FXOpen Broker

10+ years’
experience in FX

VISIT WEBSITE

Trading Accounts

ECN, STP,
Micro, Crypto

START TRADING

Try Free Demo

Practice Forex trading
risk free

OPEN DEMO ACCOUNT

PAMM Technology

Become a Master
or a Follower

JOIN PAMM SERVICE
Page 2 of 2 FirstFirst 12
Results 16 to 24 of 24

Thread: NogarD's Lair

  1. #16
    Market Maker hamba_taat's Avatar
    Join Date
    Sep 2013
    Location
    earth
    Posts
    4,246
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.510
    Thanks
    9
    Thanked 23 Times in 22 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by NogarD View Post
    Ni akaun micro je. Modal USD400. Kalau maintain lot 1.0, saya kene dapatkan 4000 pip untuk balik modal. Jauh perjalanan lagi tu. Untuk analisis, saya pun main bedal2 je tu. Saya tak berape pandai pakai indicator, jadi trade ikut logic je. Ni ada buat gambar contoh support/resistance yang saya pakai..
















    Jadi formulanya :

    Sell point A - TP point B
    Buy point B - TP point A / Hedging TP point C
    Buy point C - TP point B / Hedging TP point D

    Dan seterusnya.....

    Setiap minggu atau bulan point akan bertukar ikut pada price action bergantung pada timeframe. Dan untuk akaun scalping, point akan bertukar setiap hari pada timeframe M1 & M5...
    terbaik la bro u punya sitem trading nie..cuma line yang A,B,C dan D itu melalui indicator atau line yang u create sendiri?cantik sangat system trading nie..asalkan system yang kita pakai itu dapat memberikan profit untuk kita semasa trading dah cukup..

  2. #17
    FXMALAY Supporter cool user learn2biz's Avatar
    Join Date
    Mar 2008
    Posts
    5,243
    FXO Shares
    20
    FXO Bonus
    1.707
    Thanks
    60
    Thanked 171 Times in 110 Posts

    Default

    maaf cakap ada beza 'main' forex ngan 'trade' forex ... nak berforex kena ada ilmu .. kalau 'main bedal' .. mmmm ... tu yg bakal masuk dalam 95% rugi ... nak dapat ilmu kena belajar .. sekurang2nya tau TA (technical analysis) atau FA (fundamental analysis) .. ilmu yg membezakan dari 'berjudi' .. apa sebab entry sekian2 .. apa sebab price action tiba2 berubah arah .. sebagai asas, baca la babypips : http://www.babypips.com/school .. entry tanpa sebab ni la yg bahaya ... adeh
    Indicator utk lihat margin requirement/leverage/spread/server time (bg anda yg hairan kenapa 'not enough money') - download sini atau rujuk laman web.
    Pada yg ingin verify akaun, TOLONG la baca link ini
    U punya nasi u makan, dia punya nasi dia makan. Apa salah kita makan sama-sama?
    Pastikan buang browser cookies/cache sebelum buka akaun baru di www.fxmalay.com

  3. #18
    Piplet NogarD's Avatar
    Join Date
    Dec 2013
    Location
    Kolumpo
    Posts
    29
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.180
    Thanks
    2
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    Terima kasih kepada learn2biz atas pencerahan. Yang sebenarnya istilah "main bedal" yang saya sebut tu hanya metafora bagi menunjukkan sifat rendah diri. Tak mungkin saya terjun dalam bisnes forex ni tanpa ilmu kan?

    Untuk menjawab pertanyaan sahabat hamba_taat, line tu semua saya buat sendiri. Seperti yang saya ada beritahu, saya tak pandai pakai indicator (melainkan esok learn2biz akan ajar saya di Restoran Abdullah...hehe). Jadi di sini saya tunjukkan macamana lebih kurang line2 tu terhasil..


    Saya sering tertanya2, apa yang membuatkan harga bergerak? Kenapa dia berhenti kat satu tempat, reverse, lepas tu berhenti lagi? Jadi fundamental nya adalah, carta adalah seperti perniagaan yang menggunakan konsep demand & supply, atau dalam bahasa forex, support & resistance. Harga akan melambung apabila demand/permintaan tinggi, dan harga akan jatuh apabila banyaknya supply/bekalan.

    Contoh 1:
    Perniagaan di pasar, apabila satu2 produk tu banyak permintaan pembeli, bekalan akan berkurangan dan produk tersebut akan naik harga. Begitu juga sebaliknya harga akan jatuh apabila produk tersebut banyak penjual serta bekalan tapi permintaan kurang.

    Contoh 2:
    Dalam pasaran stock market, saham sesebuah syarikat baru adalah pada tahap rendah pada mulanya. Namun lama-kelamaan syarikat tersebut akan berkembang maju dan semakin lama pelabur2 akan semakin yakin dan tidak putus2 membeli saham syarikat tersebut yang akhirnya melonjakkan harga saham. Sebaliknya, syarikat yang sudah lama beroperasi yang mengalami masalah kegoyahan dalaman seperti pengurusan, hutang dan lain2, ditambah pulak dengan kabar2 angin yang kurang baik daripada "orang dalam" syarikat, para pelabur akan merasa takut lalu menjual saham mereka di syarikat tersebut yang mana pada akhirnya harga saham di syarikat itu akan jatuh. Biasanya kegiatan orang dalam ini selalu dikaitkan dengan istilah "insider trading". Dalam pasaran forex, saya belum pernah dengar lagi pasal insider trading, mungkin ada tapi ia di luar jangkauan pengetahuan saya yang masih lagi setahun jagung dalam bisnes ni..

    Ok, berbalik pada tajuk asal, di sini saya sediakan gambarajah bagai mana contoh line support dan resistance saya terhasil...

    PERINGATAN : Saya adalah di tahap amatur, jadi tak semestinya line yang saya buat benar2 tepat...























    Inilah sedikit sebanyak contoh line support & resistance saya terhasil... Dan carta dibawah adalah harga terkini... belum ada line baru lagi.



  4. #19
    Piplet NogarD's Avatar
    Join Date
    Dec 2013
    Location
    Kolumpo
    Posts
    29
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.180
    Thanks
    2
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    Sebagai tambahan, economic news yang penting selalu menghasilkan spike. Jadi saya juga kadang2 menambah beberapa level atau line di hujung setiap spike sebagai support & resistance. Saya menggunakan forexfactory untuk membaca news...

    Contoh economic news yang penting adalah NFP, FOMC bagi USD, ECB bagi EUR, dan BOE Inflation bagi GBP dan ada beberapa lagi yang lain. News juga tergolong dalam salah satu indicator dalam trading yang akan mempengaruhi sentiment setiap trader terhadap kekuatan sesebuah matawang. Namun, seperti indicator yang lain, ia tak semestinya tepat. Jadi walaupun data actual lebih baik dari forecast yang menunjukkan kekuatan sesebuah matawang, tak semestinya harga matawang tersebut akan naik.

    Itu saja yang dapat saya terangkan sedikit sebanyak tentang apa yang saya tau mengenai forex trading. Sekarang, saya akan bersiap2 dari Seremban untuk ke KL dan akan ke Restoran Abdullah malam ni. Harap dapat menimba lagi ilmu dari otai2 yang berada di sana..

  5. #20
    Bullish
    Join Date
    Feb 2012
    Posts
    41
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    1.180
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Tuan NogarD;

    Saya setuju dengan konsep "Support & Resistance" dan "Supply & Demand". Boleh gunakah Fibonaci Retracement dan Modified mengunakan Murray Matematic untuk menghalusinya. Jadi tak payah fikir pasal pivot sebab boleh diturunkan atau dinaikkan megikut perubahan semasa. Banyak2 pakai indicator membuat kepala pening. Saya dah lama pening dah.....

  6. #21
    Piplet NogarD's Avatar
    Join Date
    Dec 2013
    Location
    Kolumpo
    Posts
    29
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.180
    Thanks
    2
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    Terima kasih kepada sahabat kayubatu. Demand & Supply adalah asas mana2 perniagaan. Saya belum pandai tarik Fibonacci Retracement, jadi, saya masih menggunakan pivot sebagai panduan.

    Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh otai2 (walaupun ada yang malu nak mengaku otai...hehehe) & admin FxMalay atas segala tunjuk ajar di Selayang malam tadi kerana telah mengubah persepsi saya terhadap forex market. Segala tunjuk ajar rasanya tak ternilai harganya kalau nak di convert kepada wang ringgit mahupun USD... Ada jodoh kita akan bertemu lagi di lain2 waktu.

  7. #22
    Piplet NogarD's Avatar
    Join Date
    Dec 2013
    Location
    Kolumpo
    Posts
    29
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.180
    Thanks
    2
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    Pengalaman belajar di Restoran Abdullah adalah yang terbaik daripada seluruh seminar tentang trading yang pernah saya hadiri. Ia telah mengubah cara saya membuka setiap position yang mana signal yang saya faham daripada indicator yang telah di ajar muncul hanya beberapa kali setiap bulan. Jadi disebabkan saya hanya akan membuka beberapa position setiap bulan, adalah tak relevan untuk saya meneruskan jurnal di forum ni yang hanya akan update 2 minggu sekali. Jadi admin bolehlah menutup thread saya ni dan Insha Allah, kita akan bertemu lagi di Dollah... Di bawah adalah trading hasil dari ilmu yang otai2 di Dollah berikan...



    Jumpa lagi kita di Dollah........

  8. #23
    FXMALAY Supporter cool user learn2biz's Avatar
    Join Date
    Mar 2008
    Posts
    5,243
    FXO Shares
    20
    FXO Bonus
    1.707
    Thanks
    60
    Thanked 171 Times in 110 Posts

    Default

    tahniah kerana telah berjaya meningkatkan pemahaman dan menemui rahsia harta karun .. eh silap .. rahsia kejayaan dlm forex ... selepas ini yg penting ialah konsistensi ... ramai telah ditunjukkan benda sama tapi penerimaan masing2 berbeza .. jadi hasilnya berbeza la juga ...
    Forum ini mempunyai sistem auto-close sekiranya tiada balasan baru selepas 30 hari. Jadi thread akan dibiarkan terbuka sbb kadang2 mungkin ada benda nak diluahkan atau dikongsikan ..
    Indicator utk lihat margin requirement/leverage/spread/server time (bg anda yg hairan kenapa 'not enough money') - download sini atau rujuk laman web.
    Pada yg ingin verify akaun, TOLONG la baca link ini
    U punya nasi u makan, dia punya nasi dia makan. Apa salah kita makan sama-sama?
    Pastikan buang browser cookies/cache sebelum buka akaun baru di www.fxmalay.com

  9. #24
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    2,897
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    118
    Thanked 381 Times in 266 Posts

    Default

    jom meriahkan jurnal TT

Page 2 of 2 FirstFirst 12

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
Disclaimer
2005-2019 © FXOpen All rights reserved. Various trademarks held by their respective owners.

Risk Warning: Trading on the Forex market involves substantial risks, including complete possible loss of funds and other losses and is not suitable for all members. Clients should make an independent judgment as to whether trading is appropriate for them in the light of their financial condition, investment experience, risk tolerance and other factors.

FXOpen Markets Limited, a company duly registered in Nevis under the company No. C 42235. FXOpen is a member of The Financial Commission.

FXOpen AU Pty Ltd., a company authorised and regulated by the Australian Securities & Investments Commission (ASIC). AFSL 412871ABN 61 143 678 719.

FXOpen Ltd. a company registered in England and Wales under company number 07273392 and is authorised and regulated by the Financial Conduct Authority (previously, the Financial Services Authority) under FCA firm reference number 579202.

FXOpen does not provide services for United States residents.

Join us