BUY FXO Forum Shares
1316
Shares in the BANK:
We BuyWe Sell
$1.8495$1.9067
Page 1 of 9 12345 ... LastLast
Results 1 to 15 of 125

Thread: Kongsi Cerita $155 > $800 Hanya 2 Hari

  1. #1
    Piplet
    Join Date
    Dec 2007
    Posts
    22
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Thumbs up Kongsi Cerita $155 > $800 Hanya 2 Hari

    Assalamualaikum warga fxmalay!

    Title bagi thread ni mungkin gempaq tapi kengkawan semua perlu baca 1st post ni dari awal sampai akhir.

    Alkisah, seperti juga ramai trader lain, saya dah trade dengan macam2 broker dan lalui sejuta satu kisah pahit manis forex ni sejak masuk gelanggang pada Mac 2007. STATUS - masih newbie yang teraba2 merangkak.

    Saya depositkan USD 130 pada 4 Januari (Jumaat 10.30mlm) & lebih kurang 10 minit dah ada kat mt4. 130 + bonus 25 = 155.

    Malam tu juga mula trade dan profit USD 9. Sabtu & Ahad off. Sambung Isnin & Selasa. Ini kisah PENTING! Selasa tengah malam ... USD terkumpul 450 ... mungkin ramai rakan trader kat sini yang biasa profit macam tu TAPI itu pengalaman pertama dalam dunia trading saya. Sebelum ni trade kat lain dengan leverage 1:100. Bila trade dengan leverage 1:500 ni, wow! macam tu sekali beranaknya duit! Bukannya tak tahu hal2 leverage & nilai pip ni, tapi tak pernah try, maka bila dapat macam tu, terkejut B awak juga!

    Ok, sambung alkisah ... 4.30 subuh tu saya withdraw USD 200. Ambik balik modal & USD 70 untung. Service fxmalay memang #1. Duit dah ada dalam akaun pada hari Khamis walaupun cuti Awal Muharram. 200 tu memang la tak besar bagi otai2 dan senior2 yang jagoan2, tapi for me ianya sangat bermakna.

    Rabu 2.30 ptg, amaun kat mt4 dah dipotong siap. Petang Rabu sambung trade dengan balance 250. Menjelang tengah malam tu $ terkumpul dah capai 610. Kalau campur semula dengan 200 yg dah withdraw = USD terkumpul yang sebenar ialah 810. MAKA bermulalah kisah datangnya hantu dan makhluk ghaib yang biasa mengganggu sekelian traders di seluruh pelusuk dunia.

    Dah lebih 2 hari mampu 'control handsome' entry tak lebih daripada 2 post dalam satu masa TETIBA jadi berani open hingga 9 post. Tu pun nasib baik (?) trade hanya pair yang 0.1 lotnya USD20 je. Pada pukul 5.45am datanglah cik marginah (panggilan kat platform lain) atau Encik stopped Out kat MT4. TINGGALLAH baki hanya USD 86 untuk berkelana pada hari Khamis. PADAN MUKA AKU!

    Moral kisah ini .... macam yang biasa dipesan oleh sekelian guru/sifu/master/otai dalam pengajian forex ni .... disiplinkan diri ... plan your trade & trade your plan. Ambik sikit2 asal selamat, lama2 bukan setakat jadi bukit, jadi gunung Himalaya pun boleh.

    Nasib baik (lagi ?) dah withdraw 200 dan memang kononnya nak try test tengok ngan fxmalay ni esp. guna leverage 1:500 .. try pun, siapa nak rugi!!!!

    Khamis petang & malam sambung trade dengan balace USD 86. Mungkin rezki awal Muharram, menjelang tengah malam $ dah beranak jadi USD 474! Tapi kali ni beringat sikit, tak de lah open bersusun-susun, tapi [email protected] baris ada juge kat terminal tu.

    Rumusan awal - trade dengan leverage 1:500 ni memang cun habis dari segi nak cepat kaya (he he he!), namun awas perahu-perahu kecil! ombak dijangka setinggi 1.5 meter sepanjang hari!

    OK! Saya bukan guru bukan master bukan otai bukan bukan bukan! Saya newbie @ beginner seperti ribuan yang lain. Selalunya cerita yang untung, yang rugi diamkan aje! Saya buka ladang baru kat forum ni untuk bertukar2 cerita dan pengalaman dengan kengkawan sume, mudah2an kita dapat MANTOPkan (kata ustaz Zamri TV9) skill kita untuk tambah koleksi dalam akaun bank.

    Saya tak ada pakai sebarang sistem yang established. Lebih kurangnya .. betul2 kampung mali punya system. Chart tf 1 minit & hanya ada stochastic bersusun 4 lapis kat bawah. Itu saja! Kalau nak suruh cerita macam mana entry & exit pun, tak tau nak mula story kat mana. Mungkin kalau ada yang sudi nak berkampung kat thread ni, sembang2, bolehlah kita storystory.

    Salam Persahabatan

    Orang Tua sm_cool sm_cool sm_cool
    baby

  2. #2
    Intraday Master braderped's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Posts
    456
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    ape kate tunjuk SS kat kitorang.... bleh tak?

  3. #3
    FXMalay Supporter arialun's Avatar
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Taiping, Bukit Subang & Shah Alam.
    Posts
    1,310
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    2.200
    Thanks
    7
    Thanked 3 Times in 3 Posts

    Default

    Kalu bro boleh share setup trading Bro, bagus gak, untuk kami kat sini belajar..
    Bro trade pair apa? GJ, EJ, GU ke, sbb pips gila baban ratus tuh..

  4. #4
    In Profit T-REX's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Posts
    216
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.900
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    ermm..banyak gak tu dapat dalam dua hari kat 800..banyak tu leh tau cam mana caranya hechzee,..kongsi2 ler caranya..kiter pun modal ciput jugak..tapi tak ler dapat banyak cam hechzee..kalau dapat ilmu yang berguna tu ok ler..

  5. #5
    In Profit yanshinoda's Avatar
    Join Date
    Nov 2007
    Location
    Batu Pahat, Senggarang
    Posts
    240
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    aku rase kesimpulan cite ni jangan tamak lah, kene disiplin dan puas pe yang ade... tapi hebat gaban care ko trade kan, 2 hari boleh dapat 800, modal ciput je... kalo bukan otai pun kongsi-kongsi dah ler... huhuhu

  6. #6
    Piplet
    Join Date
    Dec 2007
    Posts
    22
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Thumbs up Macam mana nak upload SS?

    Thanks pada semua yang repond.

    Oleh kerana 'ini bukan cobaaaan - ini betul2' maka memang cantik kalau saya dapat postkan SS daily statement yang kita terima dalam email tu. TAPI (malu lah) ... saya tak tau macam mana nak uploadkan jpeg imej SS tu kat sini.

    Harap ada yg sudi membantu. Boleh la saya postkan kat sini SS statement + chart saya yg tak bernama tu. Btw, tengok je tau! jangan cuba2 kat live account.

    Tolong inform cara upload tu ... saya generasi warga hampir emas yg masa ngaji dulu memang tak ada computer.

    Orang Tua sm_cool sm_cool sm_cool
    baby

  7. #7
    Old Member lord's Avatar
    Join Date
    Mar 2007
    Location
    Peaceful Earth
    Posts
    995
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.050
    Thanks
    4
    Thanked 3 Times in 1 Post

    Default

    Quote Originally Posted by hechzee View Post
    Thanks pada semua yang repond.

    Oleh kerana 'ini bukan cobaaaan - ini betul2' maka memang cantik kalau saya dapat postkan SS daily statement yang kita terima dalam email tu. TAPI (malu lah) ... saya tak tau macam mana nak uploadkan jpeg imej SS tu kat sini.

    Harap ada yg sudi membantu. Boleh la saya postkan kat sini SS statement + chart saya yg tak bernama tu. Btw, tengok je tau! jangan cuba2 kat live account.

    Tolong inform cara upload tu ... saya generasi warga hampir emas yg masa ngaji dulu memang tak ada computer.

    Orang Tua sm_cool sm_cool sm_cool
    baby
    good story....leh amik iktibar tu...

    p/s: sblm nk post tu...scroll down ada button utk attachment....klik situ dan upload SS tu masuk attachment...then baru submit post...
    Never Say Never
    Don't trade hard but trade smart
    __________________________

    <<--FREE Forex Sources-->>

  8. #8
    Intraday Master braderped's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Posts
    456
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    salam bro...
    cara nak upload imej utk SS ade dalam post kat SINI

  9. #9
    In Profit jaih's Avatar
    Join Date
    Jun 2007
    Posts
    111
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    pepatah melayu ada mengatakan...kelapa makin tua makin berminyak huhuhuh.....jgn pandang rendah pd org tua huhuh ...congratss


    upload laa ss tuh...tak pun bagi jer investor pass kat sesapa mcm lord ke then lord leh bantu utk uploadkan sc...dok gitu saing heheh

  10. #10
    Piplet
    Join Date
    Dec 2007
    Posts
    22
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default SS statement

    Salam rezeki untuk semua yang mai sembang kat sini.

    Kat sini saya 'attach'kan SS yang kengkawan mintak tu. Ada 12 SS semuanya. Maknanya banyak beno le teman trade dalam minggu ni .. tapi bagi teman amatlah berbaloi.

    Yang penting untuk diperhatikan ialah beberapa position yang negative tu. Itulah yang meniupkan trompet Stopped Out macam yang diceritakan dalam post #1.

    Ok lah, sambung cerita ... setakat post #1 tu balance ada USD 474. Hari ni datang pulak rezeki penghulu segala hari (Jumaat), baru kejap tadi tamat trade, dan balance ada USD 1284.59 .. saya pun tak sempat nak calculate berapa % return berbanding modal. Apa pun, sangat teruja lah rasanya trade ngan leverage 1:500 ni. Tapi .... awas, tsunami boleh datang bila2 masa kalau tak betul2 kawal diri.

    Saya sertakan sekali SS tfM1 chart yang saya gunakan. Boleh tengok je. Tolong jangan gunakan untuk trade account live. Kalau sekadar nak buat perbandingan boleh la.

    Orang Tua sm_cool sm_cool sm_cool
    baby
    Attached Thumbnails Attached Thumbnails fxmalay.statement.jpg   fxmalay.statement2.jpg   fxmalay.statement3.jpg   fxmalay.statement4.jpg   fxmalay.statement5.jpg  


  11. #11
    Piplet
    Join Date
    Dec 2007
    Posts
    22
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default SS seterusnya

    sm_cool sm_cool sm_cool
    baby
    Attached Thumbnails Attached Thumbnails fxmalay.statement6.jpg   fxmalay.statement7.jpg   fxmalay.statement8.jpg   fxmalay.statement9.jpg   fxmalay.statement10.jpg  


  12. #12
    Piplet
    Join Date
    Dec 2007
    Posts
    22
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Lagi SS

    sm_cool sm_cool sm_cool
    baby
    Attached Thumbnails Attached Thumbnails fxmalay.statement11.jpg   fxmalay.statement12.jpg  

  13. #13
    Piplet
    Join Date
    Dec 2007
    Posts
    22
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Tolong! tak cukup reti lagi nak upload

    Saya dah baca panduan yang braderped bagi tu ... tapi bila saya copy address tu dan paste kan kat URL punya box tu & upload, ada notis 'invalid file' ape entah.

    So jadilah imej tu kecik bebeno. Kalau boleh nampak tulisan dalam SS tu ok lah. Kalau tak boleh, kenalah sesapa yg sudi tu .. bantulah saya utk uploadkan sekali lagi.

    Memang Dah Tua - Lambat Paham

    sm_cool sm_cool sm_cool
    baby

  14. #14
    In Profit jaih's Avatar
    Join Date
    Jun 2007
    Posts
    111
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    cuba pakcik uploadkan kat imageshack pastuh amik thumbnail utk forum punya link copy n paste kat forum..



  15. #15
    In Profit yanshinoda's Avatar
    Join Date
    Nov 2007
    Location
    Batu Pahat, Senggarang
    Posts
    240
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    betul tu pak hechzee cube upload kat imageshack... images yang pak hechzee letak kecik sangat lah! tak berape jelas sangat...
    kalo dapat letak lah sekali graf nyer ang care trade nyer ang care macam mane pak hechzee dapat banyak macam tu dalam mase beberape hari... boleh jugak kite orang blajo care pak hechzee trade forex ni.... boleh yer pak.... ;-)

Page 1 of 9 12345 ... LastLast

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
Disclaimer
2005-2016 © FXOpen All rights reserved. Various trademarks held by their respective owners.

Risk Warning:: Trading on the Forex market involves substantial risks, including complete possible loss of funds and other losses and is not suitable for all members. Clients should make an independent judgment as to whether trading is appropriate for them in the light of their financial condition, investment experience, risk tolerance and other factors.

FXOpen Markets Limited, a company duly registered in Nevis under the company No. C 42235. FXOpen is a member of The Financial Commission.

FXOpen AU Pty Ltd., a company authorised and regulated by the Australian Securities & Investments Commission (ASIC). AFSL 412871ABN 61 143 678 719.

FXOpen Ltd. a company registered in England and Wales under company number 07273392 and is authorised and regulated by the Financial Conduct Authority (previously, the Financial Services Authority) under FCA firm reference number 579202.

FXOpen does not provide services for United States residents.

Join us