BUY FXO Forum Shares
1316
Shares in the BANK:
We BuyWe Sell
$1.8836$1.9419
Results 1 to 10 of 10

Thread: Apa pendapat anda tentang subsidi minyak

  1. #1
    Market Maker ammal07's Avatar
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    penang
    Posts
    1,011
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Apa pendapat anda tentang subsidi minyak

    Salam buat semua...

    Apakah pendapat anda tentang subsidi minyak?

    pada pendapat saya subsidi minyak perlu dikekalkan supaya harga minyak
    di pasaran tempatan tidak naik.kenaikan harga minyak hanya akan menyebabkan
    kenaikan harga barang-barang keperluan yang lain, dan pasti membebankan rakyat.

    Duit susidi yang kerajaan berikan kepada syarikat minyak itu sebenarnya datang
    dari rakyat yang membayar cukai, jadi memang wajarlah kerajaan memberikan subsidi
    kepada rakyat.Secara tak langsung duit orang kaya yang membayar cukai dapat
    di manfaatkan kepada semua rakyat.

    Saya lebih suka sekiranya projek pembangunan di kurangkan asalkan subsidi
    tidak dikurangkan.Apa gunanya negara pesat membangun, tetapi rakyat dibebani
    oleh kenaikan harga barang yang melampau, kesudahanya rakyat yang menderita.

    Kepada anda yang mempunya pendapat silalah tuliskan di sini, semuga pandangan
    anda akan mendapat perhatian dari pihak kerajaan.

    Terima kasih.

  2. #2
    Intraday Master braderped's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Posts
    455
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Ni email yg aku terima dr kengkawan

    Marilah kite same2 mencubanya.........

    kalau betul.....why not try?.....

    Tolong baca sampai habis*.buah fikiran yg sangat baik*.mari kita renung
    dan fikir fikirkan*kemudian kita lakukan.

    Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control
    Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan?

    Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol
    akan menghampiri RM 2.00. Mahu
    supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu
    tindakan bijak dan bersepadu.

    Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini.
    Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen
    "jangan beli petrol pada hari tertentu" yang
    dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat
    minyak hanya akan mentertawakan seba b mereka
    tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan
    menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan
    pengguna sendiri berbanding penjual.

    Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang
    mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan.
    Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian
    dalam rancangan ini.

    Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar
    minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah
    semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat
    syarikat pembekal minyaklah yang mengaut
    keuntungan besar dari situasi sekarang ini.

    Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif
    untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI juga
    ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan penjual sahaja.

    Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi
    sekarang ini, kita pengguna perlu bertindak
    segera. Satu cara yang disarankan untuk
    menurunkan harga petrol ialah dengan
    memberikan tamparan 'market leader' industri
    berkenaan, iaitu dengan tidak
    membeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat kita
    lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.

    Ideanya begini :-

    Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKAT
    MINYAK TERBESAR DIDUNIA iaitu

    1) ESSO/MOBIL
    2) SHELL
    3) PROJET

    Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya
    mengawal harga runcit petrol dan mengaut
    keuntungan untuk diri mereka sendiri . Sistem ini
    sejajar dengan cara business kapitalis Yahudi
    yang tidak langsung mempunyai perasaan
    bertimbang rasa sesama manusia.

    Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka
    menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing
    mereka akan terus maju, mereka akan mula
    menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat
    demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk
    kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu
    berjuta pembeli ESSO/MOBIL,SHELL dan PROJET.


    Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan disini caranya:-


    Saya menghantar mesej ini kepada ramai
    orang.Jika setiap kita menghantar kepada
    sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)?
    Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10
    orang atau lebih (300 x 10 = 3,000)? dan
    seterusnya.


    Sebaik mesej ini sampai kepada generasi
    penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah
    disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna
    petrol. Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah :


    1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.
    2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.
    Itu sahaja.....


    Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita
    menghantar email kepada 10 orang dalam satu
    hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi
    dalam masa 8 hari sahaja.


    Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada
    kuasa, bertindak secara bersama.
    Ia pasti akan membuahkan hasil.


    Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan mesej ini.
    TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA
    SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA
    DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER.


    Mudah saja, anda cuma perlu....... ...


    1. Forwardkan mesej ini kepada kawan-kawan dan kenalan,
    2. Beli petrol dari PETRONAS , dan CALTEX sahaja ..... jauhi diri anda
    dari stesyen petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.

  3. #3
    Bullish aku_si_dewi's Avatar
    Join Date
    Nov 2007
    Posts
    95
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    kat tpt dewi ada petronas, shell n excell jer. excell tak minat nak pergi. dewi prefer shell sebab lebih kilometer..sm_rolleye
    YM: aku_si_dewi

  4. #4
    In Profit jackarse316's Avatar
    Join Date
    Jan 2008
    Posts
    111
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    harga minyak skrg menyebabkan aku lebih suke naik public transport.. hehe..

  5. #5
    In Profit T-REX's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Posts
    201
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.900
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    tak lama lagi naik jugak tambang nyer...diorang pun nak untung gak...

  6. #6
    Market Maker ammal07's Avatar
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    penang
    Posts
    1,011
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default subsidi hanya kepada golongan tertentu ??

    Apakah pendapat anda tentang ura-ura kerajaan untuk memberikan
    subsidi hanya kepada golongan miskin??

    Saya tidak setuju dengan cadangan ini, kerana jelas tidak adil.

    kerajaan mungkin terlepas pandang bahawa sumber kewangan kerajaan
    datangnya dari hasil cukai yang dibayar oleh golongan kaya,jadi
    kenapa pula subsidi hanya diberikan kepada golongan miskin?

    Apakah keistimewaannya golongan tidak membayar cukai ini hendak
    dimanjakan oleh kerajaan? sedangkan mereka tidak menyumbangkan
    apa-apa hasil kepada perbendaharaan negara.

    Sebagai contoh saya membayar cukai melalui potongan gaji kira-kira
    RM50 sebulan.Saya pula menggunakan petrol lebih-kurang RM120 sebulan,
    dari jumlah itu jika subsidi kerajaan sebanyak 20%, ini bermakna
    saya hanya berjimat sebanyak RM24 sebulan,ini bermakna RM26 masih berada
    dalam poket kerajaan.

    Sebaliknya golongan miskin walaupun tidak membayar cukai, tetapi mereka
    juga memiliki kereta atau motor,mereka mungkin menggunakan petrol
    sekitar RM50 hingga RM100 sebulan,mereka menikmati subsidi walaupun
    mereka langsung tidak menyumbangkan apa-apa hasil kepada kerajaan.

    Saya berharap kerajaan akan bertindak lebih adil dengan memberikan
    subsidi secara sama-rata kepada semua golongan rakyat.

    sekian terima kasih.

  7. #7
    Elder Analyst mrfx's Avatar
    Join Date
    Nov 2007
    Location
    depan PC
    Posts
    495
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by jackarse316 View Post
    harga minyak skrg menyebabkan aku lebih suke naik public transport.. hehe..
    sokong!!!!!!
    sm_cool
    toothy9
    ..::Free USD$100+USD$25..FxMALAY::..
    sm_cool ..::Basic For Newbie+Simple Profit Technicque::..sm_cool




    sm_win "money is not everything but everything needs money"sm_win [/I]

  8. #8
    Piplet rush21's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Location
    bawah tanah...
    Posts
    12
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by jackarse316 View Post
    harga minyak skrg menyebabkan aku lebih suke naik public transport.. hehe..
    aku naik basikal je...

  9. #9
    In Profit jackarse316's Avatar
    Join Date
    Jan 2008
    Posts
    111
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    sy sokong subsidi ke atas org miskin.. yes org kaya yg bayar cukai smua.. tp if org miskin pun dh kaya dorg jg kena byr tax kan.. so it's fair situation.. tp sy ada cdgn juga utk kerajaan.. subsidi utk pekerja swasta.. tak acih la kenaikan ke atas pgwai kerajaan je.. buknnye pgwai awam saje yg membangunkan eko negara.. abis trader2 yg bkn berpangkat awam tak meningkatkan eko ke??..

  10. #10
    In Profit jackarse316's Avatar
    Join Date
    Jan 2008
    Posts
    111
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Sebaliknya golongan miskin walaupun tidak membayar cukai, tetapi mereka
    juga memiliki kereta atau motor,mereka mungkin menggunakan petrol
    sekitar RM50 hingga RM100 sebulan,mereka menikmati subsidi walaupun
    mereka langsung tidak menyumbangkan apa-apa hasil kepada kerajaan.

    sy tak stuju ngn ini.. sbb ms sekrang kenderaan sdh menjadi mcm brg keperluan asas, bkn spt 30thn dahulu yg memiliki kenderaan ini hanyala sbg status..

    pemberian subsidi bukan sj menolong meringankan beban ttp jg utk meningkatkan motivasi individu.. ( mcm bos korg bagi bonus/elaun kan,, mesti hepi g keje kalo mcm ni)...

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
Disclaimer
2005-2017 © FXOpen All rights reserved. Various trademarks held by their respective owners.

Risk Warning:: Trading on the Forex market involves substantial risks, including complete possible loss of funds and other losses and is not suitable for all members. Clients should make an independent judgment as to whether trading is appropriate for them in the light of their financial condition, investment experience, risk tolerance and other factors.

FXOpen Markets Limited, a company duly registered in Nevis under the company No. C 42235. FXOpen is a member of The Financial Commission.

FXOpen AU Pty Ltd., a company authorised and regulated by the Australian Securities & Investments Commission (ASIC). AFSL 412871ABN 61 143 678 719.

FXOpen Ltd. a company registered in England and Wales under company number 07273392 and is authorised and regulated by the Financial Conduct Authority (previously, the Financial Services Authority) under FCA firm reference number 579202.

FXOpen does not provide services for United States residents.

Join us