FXOpen Broker

10+ years’
experience in FX

VISIT WEBSITE

Trading Accounts

ECN, STP,
Micro, Crypto

START TRADING

Try Free Demo

Practice Forex trading
risk free

OPEN DEMO ACCOUNT

PAMM Technology

Become a Master
or a Follower

JOIN PAMM SERVICE
Page 1 of 4 1234 LastLast
Results 1 to 15 of 49

Thread: Pelombong-pelombong EMAS / GOLD

  1. #1
    Bullish BudakSelangor's Avatar
    Join Date
    Jul 2009
    Posts
    89
    Thanks
    1
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default Pelombong-pelombong EMAS / GOLD

    Salam, bagi mereka yang trade GOLD boleh berkongsi pengalaman dan teknik trade anda disini. Saya mula trade GOLD mulai Oktober tahun 2011 dan dapati harga emas tidak bergerak terlalu pantas dan anda boleh buat keuntungan yang baik setiap bulan bergantung kepada modal anda.

    Setakat ini saya mempunyai 7 akaun mikro yang berjalan serentak, dengan modal yang rendah iaitu USD40 average untuk setiap akaun saya menyasarkan keuntungan sebanyak 100% setiap bulan (7 akaun x USD40 = USD 280). Bagaimana saya trade?

    Untuk setiap akaun saya akan buka sebanyak 0.15 lot sahaja bagi setiap OP. Dengan modal akaun hanya USD40 , 015 lot memungkin saya menahan floating sebanyak 250 pips. Dengan harga semasa GOLD diparas 1721.70 saya boleh bertahan sehingga 1471.70 jika ianya jatuh atau 1971.70 jika harga GOLD naik. Harga emas pernah naik setinggi 1923.50 dan dijangka akan naik lagi tahun ini.

    Sehingga 18 Februari 2012, harga emas dijangka berlegar-legar antara 1700 - 1800. Untuk 2 akaun saya yang bermodalkan USD25 telah pun meningkat kepada USD46 untuk trade selama sebulan. Mungkin ianya kecil bagi sesetengah trader yang mahir tetapi apa yang saya titikberatkan ialah supaya tidak lagi menerima Margin Call. Saya mencadangkan modal USD150-USD300 bagi setiap akaun untuk memberikan kekebalan kepada akaun mikro ini daripada Margin Call. Dengan modal USD150 anda boleh menahan pergerakan bertentangan dengan OP yang telah anda buka sebanyak 1000 pips. Anda tentu akan diketawakan jika mengatakan harga GOLD akan jatuh sehingga USD700 ketika ini jadi daripada harga semasa 1721.70 apakah ianya akan jatuh sehingga 721.70? Mengikut logik ianya tidak akan berlaku dan agak mustahil maka anda tidak mungkin akan dapat Margin Call. Jika modal anda USD300 anda boleh menahan gerakan bertentangan sebanyak 2000 pips.

    OP 0.15 terlalu kecil? Bagi saya ianya ialah cara trade yang selamat untuk modal yang kecil. Untuk 20 pips keuntungan 0.15 lot memberikan anda USD3 bagi setiap akaun. Jika anda ada 7 akaun anda akan untung USD21 setiap hari. Jika anda trade selama 24 hari sebulan anda akan dapat 24 x USD21 = USD504 sebulan. Namun itu hanya unjuran diatas kertas tetapi anda mampu memperolehi minimum USD200 sebulan dengan cara teknik saya ini.

    Jika ada yang berminat untuk kongsi pengalaman , saya amat mengalu-alukan.

  2. #2
    Market Maker roceli08's Avatar
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    tangkak,muar, arab saudi
    Posts
    2,456
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    ...teruskan masta ... biasa guna tf berapa ?
    " Belajar dan kuasai forex " ... 014- 3801444

    LEARNED AND CONQUERED
    CEKLI - FXSNIPER

  3. #3
    Bullish BudakSelangor's Avatar
    Join Date
    Jul 2009
    Posts
    89
    Thanks
    1
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    TF biasanya saya gunakan 1 minit sahaja .. sebenarnya saya tak lihat indicator secara keseluruhan tetapi hanya untuk reference harga tertinggi dan terendah yang telah dicapai dalam sehari. Sebelum ini saya menggunakan berbagai indicator untuk menentukan hala tuju GOLD tetapi tiada indicator yang boleh memberikan signal yang tepat. Untuk mengelakkan masuk pasaran tanpa hala tuju , saya menggunakan template KuasaForex beserta indicator SK2009. Daripada pemerhatian saya , GOLD ini apabila trend UP iaitu harga naik melebihi 300 pips, dan jika sudah sampai ke R2 , ianya ada kemungkinan untuk naik lagi ke R3. Jika jarak R2 dan R3 tidak jauh, boleh la OP SELL di R2. Jika sanggup tunggu ianya naik ke R3 untuk OP SELL anda juga boleh berbuat demikian jika tidak mahu tanggung risiko jika harga masih bergerak ke atas.

  4. The Following User Says Thank You to BudakSelangor For This Useful Post:

    ilearn2t (02-18-2012)

  5. #4
    In Profit T-REX's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Posts
    201
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    bagus cam tu TT..gold nih setakat nih TT tread ok ker..?maksud saya kebanyakkan orang tak minat GOLD pasal besar spread..cam nih boleh ler tunjuk ajar cam mana cara2nya...masa yg sesuai utk tread..atau ikut EU..

  6. #5
    Bullish
    Join Date
    Apr 2010
    Posts
    54
    Thanks
    1
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by BudakSelangor View Post
    Salam, bagi mereka yang trade GOLD boleh berkongsi pengalaman dan teknik trade anda disini. Saya mula trade GOLD mulai Oktober tahun 2011 dan dapati harga emas tidak bergerak terlalu pantas dan anda boleh buat keuntungan yang baik setiap bulan bergantung kepada modal anda.

    Setakat ini saya mempunyai 7 akaun mikro yang berjalan serentak, dengan modal yang rendah iaitu USD40 average untuk setiap akaun saya menyasarkan keuntungan sebanyak 100% setiap bulan (7 akaun x USD40 = USD 280). Bagaimana saya trade?

    Untuk setiap akaun saya akan buka sebanyak 0.15 lot sahaja bagi setiap OP. Dengan modal akaun hanya USD40 , 015 lot memungkin saya menahan floating sebanyak 250 pips. Dengan harga semasa GOLD diparas 1721.70 saya boleh bertahan sehingga 1471.70 jika ianya jatuh atau 1971.70 jika harga GOLD naik. Harga emas pernah naik setinggi 1923.50 dan dijangka akan naik lagi tahun ini.

    Sehingga 18 Februari 2012, harga emas dijangka berlegar-legar antara 1700 - 1800. Untuk 2 akaun saya yang bermodalkan USD25 telah pun meningkat kepada USD46 untuk trade selama sebulan. Mungkin ianya kecil bagi sesetengah trader yang mahir tetapi apa yang saya titikberatkan ialah supaya tidak lagi menerima Margin Call. Saya mencadangkan modal USD150-USD300 bagi setiap akaun untuk memberikan kekebalan kepada akaun mikro ini daripada Margin Call. Dengan modal USD150 anda boleh menahan pergerakan bertentangan dengan OP yang telah anda buka sebanyak 1000 pips. Anda tentu akan diketawakan jika mengatakan harga GOLD akan jatuh sehingga USD700 ketika ini jadi daripada harga semasa 1721.70 apakah ianya akan jatuh sehingga 721.70? Mengikut logik ianya tidak akan berlaku dan agak mustahil maka anda tidak mungkin akan dapat Margin Call. Jika modal anda USD300 anda boleh menahan gerakan bertentangan sebanyak 2000 pips.

    OP 0.15 terlalu kecil? Bagi saya ianya ialah cara trade yang selamat untuk modal yang kecil. Untuk 20 pips keuntungan 0.15 lot memberikan anda USD3 bagi setiap akaun. Jika anda ada 7 akaun anda akan untung USD21 setiap hari. Jika anda trade selama 24 hari sebulan anda akan dapat 24 x USD21 = USD504 sebulan. Namun itu hanya unjuran diatas kertas tetapi anda mampu memperolehi minimum USD200 sebulan dengan cara teknik saya ini.

    Jika ada yang berminat untuk kongsi pengalaman , saya amat mengalu-alukan.
    nak tanya bro, kenapa kena bukak banyak acc. kalau combine dalam 1 acc bukankah margin lebih besar. Nubie tumpang bertanya

  7. #6
    Bullish
    Join Date
    Apr 2010
    Posts
    54
    Thanks
    1
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by T-REX View Post
    bagus cam tu TT..gold nih setakat nih TT tread ok ker..?maksud saya kebanyakkan orang tak minat GOLD pasal besar spread..cam nih boleh ler tunjuk ajar cam mana cara2nya...masa yg sesuai utk tread..atau ikut EU..
    ya ramai yang takut sebab spread besar termasuk lah saya hehehe. Harap dapat ilmu berguna di sini

  8. #7
    Bullish BudakSelangor's Avatar
    Join Date
    Jul 2009
    Posts
    89
    Thanks
    1
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    GOLD nie memang spread besar tapi sebenarnya ianya lebih kurang sahaja dengan currency pair punya spread. Pergerakan pips untuk GOLD dalam gandaan 5. Jika anda OP 1721.00 dengan 0.15 lot anda akan floating 15 sen atau - 0.15 untuk spread. Jika anda OP BUY dan harga GOLD bergerak ke atas atau BULL ianya akan jadi macam nie 1721.05, 1721.10, 1721.15 , 1721.20, 1721.25, 1721.30 , 1721.35, 1721.40, 1721.45, 1721.50, 1721.55, 1721.60, 1721.65, 1721.70, 1721.75, 1721.80, 1721.85, 1721.90, 1721.90, 1721.95 , 1722.00 dan seterusnya mengikut gandaan 5. Dengan 2 kali pergerakan gandaan 5 ini spread GOLD akan dipadamkan menjadi 0. Aku tunjukkan screen shot contoh http://i1154.photobucket.com/albums/...dtf1015lot.png

  9. #8
    Bullish BudakSelangor's Avatar
    Join Date
    Jul 2009
    Posts
    89
    Thanks
    1
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Jika anda sedang lihat screen shot yang aku berikan diatas, cuba lihat dibahagian yang aku highlight berwarna biru. BUY GOLD 0.15 lot di 1714.90 dan closed position di 1715.00 pun anda dah ada profit 1.50 sen. Pergerakan sebanyak 10 pips itu telah memberikan anda keuntungan minimum 1.5 sen walau pun anda rasa spreadnya adalah besar. Setakat ini pergerakan GOLD masih lagi perlahan. Hujung tahun 2011 GOLD mengalami kejatuhan harga daripada harga tertingginya 1922 kepada 1516 iaitu sebanyak 4000 pips. Penjualan panik ini selalunya berlaku pada bulan August hingga akhir tahun sebelum ianya akan naik semua selepas cuti panjang tahun baru dan pasaran dibuka semula. Jadi untuk awal tahun sehingga ke August saya menjangkakan harga GOLD akan naik perlahan-lahan ke harga tertinggi baru sebelum mengulangi kejatuhan seperti tahun 2011 mulai bulan August atau September. Tapi ianya semua bergantung kepada ekonomi semasa dunia, jika ada berita mengatakan penjualan panik jangan la gatal tangan OP BUY ye kawan-kawan.

  10. #9
    Bullish BudakSelangor's Avatar
    Join Date
    Jul 2009
    Posts
    89
    Thanks
    1
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Quote Originally Posted by tennoajak View Post
    nak tanya bro, kenapa kena bukak banyak acc. kalau combine dalam 1 acc bukankah margin lebih besar. Nubie tumpang bertanya
    Satu soalan yang bagus, sebenarnya ia bergantung pada modal kita enche tennoajak. Sebab modal saya kecil maka saya akan buka lot kecil supaya margin saya mencukupi menampung floating. Jika saya mempunyai modal yang besar , katakanlah USD300 untuk setiap akaun saya itu ..saya akan tetap buka lot sekecil 0.15 untuk trade. Ianya adalah teknik trade saya dimana saya tidak mahu ambil risiko membuka lot yang besar dimana melalui pengalaman saya selalunya berakhir dengan margin call. Biarlah margin keuntungan kecil bagi setiap akaun asalkan saya dapat mengawal margin akaun saya dengan baik. Orang tua2 kata "Sikit sikit menjadi bukit" .

  11. #10
    Elder Analyst
    Join Date
    Jun 2008
    Posts
    597
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Salam masta...tumpang belajar...nak beralih ke gold plak...kene belajar sifat2 gold nih....almaklumlah sejak dua menjak MFK keluarkan statement .... duk saf depan

  12. #11
    Bullish BudakSelangor's Avatar
    Join Date
    Jul 2009
    Posts
    89
    Thanks
    1
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Quote Originally Posted by mzi04 View Post
    Salam masta...tumpang belajar...nak beralih ke gold plak...kene belajar sifat2 gold nih....almaklumlah sejak dua menjak MFK keluarkan statement .... duk saf depan
    W'salam enche mzi04 .. nak tumpang belajar boleh. Sama-sama kita kongsi pengalaman. Saya bukan masta , hanya cari duit lebih dengan berforex sambil kongsi pengalaman dan teknik bersama rakan-rakan seperjuangan. Sifat-sifat GOLD nie kalau baca pendapat expert macam2 mereka kata. Yang kata GOLD akan cecah harga 4500 tahun 2012 pun ada. Tapi mereka yang expert ini pun hanya memberi pendapat berdasarkan ilmu mereka, realiti pasaran banyak bergantung pada keadaan ekonomi dan politik dunia. Contohnya jika Iran kena serang, harga minyak akan naik dan harga emas akan jatuh. Apabila harga minyak turun, harga emas pula akan naik. Kadang-kadang harga emas naik tak semena-mena, rupanya negara China order emas dalam kuantiti yang sangat banyak. Kadang-kadang harga emas tak semena-mena jatuh, rupa-rupanya di Australia ada mogok pekerja dilombong emas (Australia adalah antara negara pengeluar utama emas dunia). Banyak faktor boleh mempengaruhi harga emas tetapi ianya tidak terlalu drastik atau terlalu mengejutkan seperti currency pair. Pengalaman saya menempuhi 1000 pips USD/CHF apabila ada campurtangan kerajaan Amerika sangat menakutkan. Untuk GOLD tiada berita TUNGGAL yang boleh menyebabkan harga emas menjunam atau melangit dalam sekelip mata. Terdapat banyak faktor perlu diambil kira dan bersangkutan dengan harga emas. Jadi jika berminat untuk trade GOLD ................. "WELLCOME ABOARD"

  13. #12
    In Profit T-REX's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Posts
    201
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    dengan pengalaman TT GOLD nih biasanya akan mengikut matawang mana,iaitu berpandukan forex factory..berita dimana jadi sumber rujukan TT..

  14. #13
    Bullish BudakSelangor's Avatar
    Join Date
    Jul 2009
    Posts
    89
    Thanks
    1
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Quote Originally Posted by T-REX View Post
    dengan pengalaman TT GOLD nih biasanya akan mengikut matawang mana,iaitu berpandukan forex factory..berita dimana jadi sumber rujukan TT..
    Mengikut pengalaman saya , harga GOLD ini sukar ditentukan dengan berita-berita yang diperolehi dari Forex Factory dan beberapa buah web atau blog yang membincangkan mengenai GOLD. Antara yang mengupas mengenai berita membabitkan GOLD ialah http://www.jsmineset.com/ tetapi anda tidak boleh yakin 100% kerana tiada apa yang pasti didalam menentukan harga GOLD. Sebab itu saya menggunakan template Kuasa Forex dan indicator SK2009 dalam tf1 untuk melihat dimana letaknya pivot, R1, R2,R3 serta S1,S2 dan S3 sebelum masuk pasaran. Jika indicator mencadangkan BUY , saya akan menunggu pergerakan harga GOLD ini terlebih dahulu sebelum membuka apa2 position BUY atau SELL. Jika market cenderung bergerak kebawah menghampiri S2 kebiasaannya ianya adalah TREND SELL. Jika market bergerak ke atas menghampiri R2 maka ianya kebiasaannya adalah TREND BUY. Bagi GOLD ianya mempunyai habit jika ia sudah bergerak ke suatu arah maka ia akan kekal ke arah TREND tersebut. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, anda boleh membaca berita mengenai GOLD sebagai rujukan tetapi ianya tidak banyak mempengaruhi harga GOLD. Ramai pakar mengatakan hujung tahun 2011 GOLD akan naik sehingga 2000 ++ tetapi realitinya berlaku jualan panik diseluruh dunia dan harga emas jatuh sehingga 1516. Hanya pembelian atau jualan PANIK akan menyebabkan harga GOLD bergerak dengan banyak. Selain daripada template dan indikator yang saya guna, oleh kerana saya masih memasang chart USD/CHF, ianya membolehkan saya melihat apabila pair USD/CHF naik, GOLD akan turun dan sebaliknya. Saya bercakap melalui pemerhatian dan pengalaman saya dan jika anda mempunyai pendapat berlainan bolehlah dikongsikan disini.

  15. #14

    kalau ada signal trend boleh share sekali bro. Kot2 berminat gak nak masuk sama

  16. #15
    Old Member suremasyuq's Avatar
    Join Date
    Feb 2007
    Posts
    2,031
    Thanks
    19
    Thanked 53 Times in 29 Posts

    Default

    pengalaman saya.... saya dah lama tak trade gold/silver.. semenjak diberitahu.... emas dan perak hendaklah berjual beli secara FIZIKAL ... malah... akaun gold kat bank pun saya dah kluarkan....

    So,... elok anda yang teringin sangat nak trade gold/silver .... pastikan terlebih dahulu mengenai hukum ..( cari tau.. bukan harapkan orang lain carikan... ) sama2 cari .. selidik... dan diskuslah......
    Pastikan setiap soalan berkaitan dengan akaun, disertakan sekali no akaun trade anda beserta server

Page 1 of 4 1234 LastLast

Tags for this Thread

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
Disclaimer
2005-2020 © FXOpen All rights reserved. Various trademarks held by their respective owners.

Risk Warning: Trading on the Forex market involves substantial risks, including complete possible loss of funds and other losses and is not suitable for all members. Clients should make an independent judgment as to whether trading is appropriate for them in the light of their financial condition, investment experience, risk tolerance and other factors.

FXOpen Markets Limited, a company duly registered in Nevis under the company No. C 42235. FXOpen is a member of The Financial Commission.

FXOpen AU Pty Ltd., a company authorised and regulated by the Australian Securities & Investments Commission (ASIC). AFSL 412871ABN 61 143 678 719.

FXOpen Ltd. a company registered in England and Wales under company number 07273392 and is authorised and regulated by the Financial Conduct Authority (previously, the Financial Services Authority) under FCA firm reference number 579202.

FXOpen does not provide services for United States residents.

Join us