Sebentar tadi Menteri Kewangan Britain (UK) telah mendedahkan penyata belanjawan terbarunya pada hari Rabu. Secara amnya, perbelanjaan berbilion pound adalah tertumpu pada perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pengangkutan

Dalam salah satu kenyataan awal yang dikeluarkan sebelum pengumuman penuh, Sunak menekankan tema ‘ekonomi baru pasca-Covid’. Beliau menambah bahawa belanjawan itu akan membantu membina ekonomi “sesuai untuk era baru.

Sunak tekad untuk merealisasikan hal ini melalui pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan kadar pinjaman yang rendah bagi mendorong peningkatan belanjawan awam. Dalam masa yang sama, beliau berjanji akan melindungi isi rumah daripada kenaikan kadar inflasi.

Sunak menjangkakan ekonomi akan bertumbuh 6.5% pada tahun 2021, iaitu angka pertumbuhan yang lebih tinggi dari sasaran awal pada bulan Mac. Justeru, belanjawan kali ini adalah untuk ekonomi baru pasca Covid-19.

Beberapa langkah yang diumumkan ialah kerajaan UK akan memperuntukkan £5.9 bilion ($8.1 bilion) kepada Perkhidmatan Kesihatan Nasional U.K. bagi mengekang jangkitan Covid-19.

Dalam masa yang sama, Sunak juga bersedia untuk menyerahkan £6.9 bilion kepada bandar di luar London untuk menambah baik infrastruktur pengangkutan awam mereka.

Sunak juga akan mengesahkan kenaikan gaji sara hidup kebangsaan UK daripada £8.91 sejam kepada £9.50, yang akan berkuat kuasa mulai 1 April. Kerajaan U.K. juga dijangka menamatkan pembekuan gaji pekerja sektor awam, seperti guru dan jururawat, sebagai sebahagian daripada belanjawan ini.

Pelan perbelanjaan belanjawan utama lain termasuk £2.6 bilion untuk mewujudkan 30,000 tempat sekolah baharu untuk kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas dan kurang upaya.

Matawang GBP masih menunjukkan penyusutan berbanding US dolar sebanyak 0.22% kepada paras dagangan 1.3737 menjelang pengumuman penuh.