Harapan untuk Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kembali pudar susulan ucapan Penolong Gabenor bank pusat, Christian Hawkesby pada awal sesi Asia hari ini.

Hawkesby mengatakan bank pusat secara meluas lebih cenderung untuk mengekalkan kadar faedah semasa mereka atau meningkatkannya hanya sebanyak 25 mata asas.

Tambah beliau lagi, apabila risiko lebih cenderung bergerak ke satu arah, dan terdapat ‘ancaman material’ yang tidak mencapai mandat bank pusat, jalan yang dikesali adalah mengurangkan rangsangan lebih cepat.

Kenyataan tersebut telah mendorong para pelabur untuk mengurangkan jangkaan untuk kenaikan kadar sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat polisi RBNZ berikutnya pada bulan Oktober.

Pelabur kini melihat kebarangkalian sifar untuk kenaikan 50 mata asas, turun dari kemungkinan 35% yang direkodkan pada hari Isnin.

Dolar New Zealand didagangkan susut ekoran kenyataan tersebut, sebelum kembali meningkat seiring dengan pergerakan matawang utama lain pada sesi Asia.

Walaupun bank pusat telah memberi isyarat yang jelas bahawa ia ingin meningkatkan kadar faedah di tengah tekanan inflasi yang kuat, tetapi ketidakpastian dari wabak coronavirus masih ada memandangkan kota terbesar Auckland masih lagi di bawah sekatan.