Kadar inflasi tahunan Kanada berkembang pada kadar terpantas dalam tempoh 18 tahun iaitu pada kadar 4.1% pada bulan Ogos yang didorong oleh lonjakan besar dalam kenaikan harga petrol seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Statistik Kanada pada hari Rabu.

Bacaan yang dilaporkan adalah lebih tinggi daripada yang dijangkakan oleh penganalisis. Penganalisis sekadar menjangkakan peningkatan sebanyak 3.9% pada bulan Ogos setelah naik sebanyak 3.7% pada bulan Julai. Kadar inflasi pada bulan Ogos adalah yang tertinggi sejak 4.2% yang dicatatkan pada bulan Mac 2003.

Harga petrol meningkat 32.5% jika dibandingkan setahun yang lalu didorong oleh pengeluaran yang lebih rendah dari negara pengeluar minyak jika dibandingkan dengan tahap pra-pandemik.

Tiga ukuran inflasi teras semuanya mencatatkan peningkatan. IHP biasa, yang disebut Bank of Canada sebagai pengukur prestasi rendah ekonomi, meningkat hingga 1.8% daripada 1.7% yang dikecapi pada bulan Julai.

Matawang Kanada mengukuh sedikit berbanding US dolar pada tukaran C $ 1.2671 atau 78.92 sen U.S.