US dolar menyusut berbanding enam matawang pada hari Rabu selepas data inflasi lebih lemah daripada yang dijangkakan pada hari Selasa. Hal ini membawa indikasi bahawa the Fed the fed berkemungkinan tidak akan mengurangkan pembelian aset dalam jangka masa pendek.

Indeks US dolar didagangkan pada paras dagangan 92.463 turun sekitar 0.3% sejak semalam susulan data inflasi dan kemudian mula catat pemulihan disebabkan kejatuhan dalam saham Wall Street.

Dalam masa yang pemulihan US dolar turut didorong kejatuhan harga import jatuh tanpa diduga pada bulan Ogos dan bacaan yang lebih daripada yang dijangkakan bagi tinjauan perniagaan NY Fed.

Indeks US dolar berbanding enam matawang utama setakat ini didagangkan di antara 92.3 dan 92.9 selama seminggu terakhir berikutan beberapa pegawai the Fed mencadangkan bank pusat A.S dapat mengurangkan pembelian bon pada akhir tahun.

Shaun Osborne, ketua strategi FX di Scotiabank, US dolar sedang berusaha untuk mendapatkan momemtum selepas data NFP dan CPI yang lemah akan mempengaruhi keputusan the Fed. Dalam masa yang sama para pelabur juga mengambil faktor momentum dalam pasaran saham yang cederung lemah.

Pasaran akan memberi tumpuan pada mesyuarat FOMC minggu hadapan untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenai tapering dan kadar faedah. Tapering biasanya akan mendorong US dolar untuk mengukuh kerana membawa indikasi bahawa the Fed cenderung untuk menerapkan dasar monetari yang lebih ketat.