Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) berada dalam kedudukan yang baik untuk terus memenuhi mandatnya di tengah-tengah kejutan ekonomi akibat Covid-19, kata Gabenor Adrian Orr.

Ketika bercakap kepada Forum Ekonomi New Zealand pada hari Khamis, Gabenor Orr turut memberitahu bahawa keadaan monetari semasa masih diperlukan untuk memenuhi sasaran bank pusat.

Selain itu, beliau turut menekankan bahawa masih terdapat ketidakpastian yang berkaitan dengan kesihatan, tetapi menolak sebarang cabaran terhadap dasar monetari.

Sementara itu, Gabenor Orr juga memberitahu bahawa bank pusat di seluruh dunia bersedia untuk meningkatkan sasaran inflasi ketika mereka masih bergelut dengan penurunan harga dan ketidakpastian dalam pasaran buruh.

Hasil perbendaharaan meningkat baru-baru ini disebabkan kebimbangan bahawa perbelanjaan kerajaan di seluruh dunia untuk menyokong ekonomi akan mendorong inflasi melebihi sasaran bank pusat lebih cepat dari dijangkakan.

Bagaimanapun, Gabenor Orr mengatakan dunia tidak lagi tertumpu pada kebimbangan terhadap masalah inflasi tinggi, yang menyebabkan sasaran bank pusat tersasar sejak sekian lama.

Cabaran terbesar dunia sekarang ini adalah kejatuhan harga, deflasi dan ketidakpastian dalam pasaran buruh. Setiap bank pusat kini sedang berbincang untuk meningkatkan sasaran inflasi lebih tinggi, kata Gabenor Orr.