Harga emas melonjak ke paras tertinggi berikutan kebimbangan kemerosotan ekonomi akibat peningkatan kes pandemik Covid-19, sekali gus berlakunya peningkatan terhadap permintaan emas.

Spot emas diniagakan stabil pada paras haraga AS$1,974.29 per auns (1.08 petang waktu Malaysia), setelah mencapai paras tertinggi AS$1,984.66 pada sesi dagangan awal Asia.

Niaga hadapan emas AS meningkat sebanyak 0.3% kepada AS$1,992.20.

Menurut Ketua Strategi CMC Markets, Michael McCarthy, sentimen seluruh pasaran semakin merosot, didorong oleh peningkatan kes Covid-19 di dunia dan sokongan terhadap emas. Susulan itu, perkara itu turut mendorong US Dollar melonjak naik.

Peningkatan kes Covid-19 dan ketegangan AS-China yang semakin memuncak telah merencatkan pemulihan ekonomi, sekali gus mendorong aliran masuk ke aset-aset ‘safe-haven’ seperti emas.

Dalam pada itu, ujar penganalisis teknikal Reuters, Wang Tao berkata, spot emas dijangka turun sekitar AS$1,943-1,954 per auns.