Matawang dolar Australia kembali pamerkan penyusutan pada dagangan sesi Asia hari ini selepas berjaya mengukuh ke paras tertinggi minggu lalu susulan keputusan mesyuarat bank pusat Australia yang mengekalkan kadar faedah di paras 0.25%.

Pengukuhan Aussie berbanding US dolar semalam mencatatkan kenaikan sekitar 130 pips di carta harga bagi pasangan AUD/USD meneruskan kenaikan pada Isnin.

Namun, harga yang menguji paras ketinggian pada resistance 0.6200 gagal tembus ke paras lebih tinggi pada dagangan sesi New York sebelum harga bergerak menurun bersambung pada sesi Asia pagi ini.

Turut mendorong penyusutan Aussie selepas S&P mengemaskini unjuran Australia ke paras negatif ekoran penularan COVID-19 yang dilihat melemahkan pelaksanaan fiskal. Australia diramalkan akan menuju ke arah kegawatan ekonomi buat pertama kali sejak tempoh hampir 30 tahun.

Harga pada carta AUD/USD telah membuat penurunan sekitar 50 pips untuk sesi Asia dengan pergerakan lebih perlahan menuju penghujung sesi.

Jika penurunan harga diteruskan, destinasi yang dilihat menjadi tumpuan adalah pada support 0.6000 yang menjadi tumpuan yang diuji pada penghujung minggu lalu sebelum harga memulakan kenaikan pada awal minggu ini dari paras tersebut.

Penurunan lebih rendah berkemungkinan melihatkan harga menuju paras support lebih rendah ke paras sekitar 0.58700.

Namun jika harga kembali menyambung semula siri kenaikan harga, paras ketinggian 0.6200 akan kembali diuji untuk harga tembusi zon resistance tersebut.

Kenaikan yang berjaya diteruskan akan menuju pula resistance seterusnya di paras 0.6300.