Dalam perjanjian perdagangan fasa 1 antara AS dengan China yang telah ditandatangani pada minggu lepas menunjukkan China berikrar untuk meningkatkan import dari A.S dan hal ini berkemungkinan akan menyebabkan Kesatuan Eropah menelan kos kira-kira $11 bilion tahun hadapan.

Hasil kajian Insititut Kiel Jerman bertentangan dengan penyataan yang baru-baru ini dikeluarkan oleh Kerajaan China yang menyatakan jika kos perdagangan dan harga relatif tidak berubah, import China dari A.S mesti datang melalui perbelanjaan negara-negara ketiga.

Dalam satu kajian yang diterbitkan pada minggu ini, badan penyelidik telah membuat perkiraan tentang berapa jumlah perbelanjaan yang mungkin akan dipertuntukkan terhadap rakan-rakan dagang lain selepas perjanjian perdagangan AS-China disimpulkan. Badan penyelidik berpendapat bahawa ia sangat mungkin bagi Kesatuan Eropah untuk menyekat beberapa bahagian pasaran.

Jerman dan Perancis antara negara yang akan paling terkesan berikutan pembahagian perdagangan. Antara industri yang akan terkesan di EU adalah industri penerbangan, kenderaan, jentera perindustrian dan perubatan, farmasi dan barangan pertanian lain.

Perjanjian perdagangan China dan A.S pada 15 Januari lepas meramalkan peningkatan dalam import barangan dan perkhidmatan Amerika Syarikat sebanyak $200 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang. Kebimbangan bahawa China akan membeli lebih banyak dariapda A.S dan mengurangkan pembelian dari negara lain, bukan sahaja EU namun negara seperti Australia, Brazil atau Argentina juga akan terkesan.

Dibawah pernjanjian semasa, badan penyelidik melihat bahagian A.S dalam import China akan naik dariapda 10% pada tahun 2017 kepada 15% pada tahun 2021, sementara bahagian EU akan mengecut daripada 16% kepada 15%. Sebahagian daripada import dari seluruh dunia akan jatuh dari 74% kepada 70%.

Pada ketika ini EU sedang menilai semula perjanjian perdagangan antara AS-China sama ada perjanjian itu melanggar peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia atau tidak.