Antara satu perkara yang sangat sukar dan mencabar bagi seorang trader adalah menangani emosi ketika berdepan kerugian. Tekanan yang dirasai akan mengganggu persekitaran trading anda.

Jadi artikel ini akan berkongsikan tips untuk meredakan kecelaruan anda dan jika anda sedang mengalami kerugian, ini masa terbaik untuk membaca perkongsian menarik ini.

#1 Lupakan niat untuk membalas dendam ke atas market

Seperti kebiasaan yang berlaku pada ramai trader apabila emosi mengawal diri, pasti ada niat untuk membalas dendam ke atas market dengan harapan dapat kembali mengaut profit yang lebih berganda daripada kerugian yang dialami.

Pastikan anda lebih berdisiplin dan kawal emosi sebaiknya untuk tidak melakukan kesilapan remeh ini. Jika tidak, kerugian dialamai anda akan berlipat kali ganda.

#2 Fahami bahawa kerugian bukan satu kesalahan

Trader perlu sedar bahawa mengalami kerugian adalah tidak menjadi kesalahan besar dan tidak terlalu cepat untuk berputus asa melihat kerugian pada akaun trading.

Trader profesional juga tidak dapat lari daripada berdepan situasi kerugian kerana ia merupakan satu proses yang normal dalam trading.

Tiada trader yang tidak pernah rugi. Apa yang membezakan adalah pengawalan risiko yang berkesan walaupun terdapat kerugian dalam proses trading.

#3 Jadikan setiapkan kerugian sebagai ruang untuk mantapkan trading anda

Trader profesional yang berjaya mengakui bahawa salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan tahap skill trading mereka adalah posisi yang mengalami kerugian.

Ini adalah kerana daripada kerugian tersebut, trader boleh mengkaji punca-punca yang menyebabkan sesuatu posisi trade tersebut supaya kerugian di masa hadapan dapat dielakkan.

Sama seperti ungkapan yang menyebut, anda akan berjaya jika anda belajar dari kesilapan. Ye betul! Belajarlah dari kerugian yang anda alami.