Harga minyak kembali meningkat pada Rabu menyambung kenaikan sebelum ini ekoran laporan kejatuhan lebih besar berbanding jangkaan pada inventori minyak Amerika Syarikat sementara tentera laut Amerika Syarikat mengatakan kejatuhan tersebut adalah didorong oleh isu tembakan dron Iran pada minggu lalu.

Pasaran niaga hadapan minyak Brent meningkat 0.4% selepas peningkatan 1% pada Selasa. Sementara minyak WTI Amerika Syarikat juga meningkat 0.4% setelah meningkat 1% pada sesi sebelumnya.

Petanda terhadap peningkatan ketegangan di Timur Tengah mengimbangi prospek pertumbuhan global yang lemah daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang mengekalkan harga mendatar pada sesi Selasa.

Faktor ketegangan di Timur Tengah turut mendorong kenaikan pada harga emas yang kembali meningkat selepas mencecah paras terendah mingguan pada sesi sebelum ini selain dipengaruhi oleh jangkaan penurunan kadar oleh Fed pada mesyuarat polisi minggu hadapan.

Pasaran emas spot meningkat 0.2% ke paras $1420.25 per auns sekitar jam 12.22 tengah hari selepas mencecah paras terendah sejak 17 Julai pada sesi sebelumnya.

Pasaran niaga hadapan emas stabil di sekitar paras $1420.80 per auns.

Jangkaan penurunan pada nilai dagangan USD menjelang mesyuarat polisi oleh Fed pada minggu hadapan dengan jangkaan penurunan pada kadar faedah, akan menjadi faktor mendorong kenaikan pada dagangan pasaran komoditi terutamanya emas dan juga minyak mentah.