Menurut laporan Reuters, Timbalan Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi ketika lawatannya di Paris berkata Iran akan mengetatkan lagi kawalan di Selat Hormuz dan membendung sebarang gangguan perkapalan untuk laluan kapal minyak utama itu.

Perancis, Itali dan Belanda serta Denmark menyokong misi ketenteraan diketuai Eropah untuk memastikan keselamatan kapal untuk melalui Selat Hormuz, berikut yang diperkatakan oleh tiga pegawai diplomat kanan Kesatuan Eropah pada Selasa, selepas Britain membentangkan cadangan ekoran rampasan kapal tangki minyak milik Britain oleh Iran.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Perancis sedang bekerjasama dengan negara-negara Eropah untuk meningkatkan keselamatan maritim di perairan Teluk namun usaha tersebut diberhentikan seketika untuk memberi lalu kepada misi angkatan laut untuk memantau keselamatan perkapalan di rantau itu.

Dianggarkan sekitar satu perlima minyak yang digunakan di seluruh dunia melalui Selat Hormuz yang merupakan laluan utama itu.

Washington mencadangkan pada 9 Julai lalu untuk meningkatkan perlindungan perairan di luar Iran dan Yaman di mana mereka menyalahkan Iran dan proksinya di atas beberapa insiden serangan ke atas kapal tangki baru-baru ini. Namun Iran menafikan tuduhan terbabit.


Iran walau bagaimanapun telah menolak cadangan tersebut dan berkata kuasa asing tidak harus masuk campur dan menyerahkan kawalan keselamatan perkapalan kepada Tehran dan rakan serantaunya.

Dalam pada Amerika turut mendesak untuk perlindungan pada laluan utama kapal tersebut, Presiden Donald Trump pada Selasa menyatakan Amerika Syarikat pada masa lalu membayar untuk laluan tersebut yang jarang digunakan.

“Kami tidak perlukannya. Kami telah menjadi pengeksport”, berikut kenyataan yang diungkapkan Trump ketika acara di Washington.

Pasaran mengharapkan agar ketegangan yang berlarutan di Selat Hormuz mampu diselesaikan secara berhemah dan disenangi oleh semua pihak.