Awal sesi pasaran Asia pada Selasa menyaksikan penurunan pada harga emas dalam pasaran ekoran kenaikan pada nilai dolar Amerika Syarikat yang mencecah paras tertinggi satu minggu dengan jangkaan nilai yang lebih kecil untuk pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve pada mesyuarat polisi monetari akhir Julai.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan matawang Amerika Syarikat meningkat 0.1% ke paras tertinggi satu minggu membuatkan nilai logam kuning lebih tinggi untuk pilihan pelabur berbanding matawang utama yang lain.

Pasaran emas spot menurun 0.5% ke paras sekitar 1417.90 setakat jam 12.08 tengah hari waktu Malaysia. Sementara pasaran niaga hadapan emas turut menurun 0.5% ke paras $1419.30 per auns.

Bank pusat Amerika Syarikat dijangka akan menurunkan kadar faedah dengan julat sasaran 2.25% ke 2.50% dengan beza 25 mata asas, pada mesyuarat 31 Julai nanti. Namun, persoalan tentang pemotongan kadar lebih besar sehingga 50 mata asas berlegar dalam pasaran ekoran isyarat yang bercampur-campur daripada ahli pembuat dasar.

Tindakan penurunan kadar bank pusat global turut menjejak sehingga ke Eropah pada minggu ini dengan jangkaan European Central Bank (ECB) dijangka sekurang-kurangnya memberi isyarat polisi monetari yang lemah untuk mesyuarat penetapan dasar pada Khamis.

Ramalan pelonggaran polisi oleh bank-bank pusat utama dunia terutamanya Fed telah melonjakkan pasaran saham global pada hari ini.