Pasaran minyak mentah mengalami kejatuhan pada hari ini berikutan kebimbangan terhadap unjuran permintaan selepas petunjuk yang baru terhadap ketegangan perdagangan antrabangsa yang menjejaskan ekonomi global, walaupun konflik di Timur Tengah masih berpotensi menyokong harga minyak mentah.

Pasaran niaga hadapan minyak mentah Brent menyusut pada kadar 0.3% setong sementara minyak mentah WTI Amerika Syarikat pula menurunan pada kadar 0.4% setong.

Tekanan terhadap harga minyak mentah adalah didorong oleh kegelisahan terhadap kadar permintaan disebabkan oleh faktor perang dagang antara Amerika Syarikat dan China yang memasuki tempoh tahun kedua, menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi global di mana memberi impak besar terhadap kadar petumbuhan permintaan minyak mentah.

Isu ini dilihat serius oleh pasaran ekoran kedua-dua negara tersebut merupakan pengguna terbesar minyak mentah di dunia.

Unjuran ekonomi global yang lemah akan terus memberi tekanan terhadap harga minyak. Namun buat masa ini, isu ketegangan di Timur Tengah menjadi faktor menyokong harga minyak mentah dari terus merosot.

Iran pada Isnin telah memberi amaran untuk mengaktifkan semula mesin sentrifugal dan meningkatkan pengayaan Uranium kepada 20% sebagai langkah untuk meneruskan ancaman terhadap perjanjian nuclear 2015 yang telah diabaikan oleh Washington tahun lalu.

Washington sebelum ini telah melancarkan sekatan dan menghapuskan kepentingan Iran bertujuan untuk mendapatkan persetujuan halangan terhadap program nuklear di bawah perjanjian 205 bersama kuasa dunia.

Konfrontasi tersebut telah meningkatkan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran. Pada bulan lalu, Presiden Donald Trump telah menarik balik arahan serangan udara pada saat akhir yang sebelum itu bertujuan sebagai tindakan balas terhadap serangan Iran ke atas drone milik Amerika Syarikat. Insiden tersebut adalah susulan daripada serangan dua kapal tangki minyak di Teluk Oman bulan lalu.

Sementara itu, Goldman Sachs mengatakan pertumbuhan pengeluaran di Amerika Syarikat akan terus melebihi permintaan global sekurang-kurangnya sehingga tahun 2020, menghadkan kenaikan harga minyak walaupun pengeluaran bekalan akan dikurangkan oleh OPEC.