Nilai matawang dolar Australia pada sesi pasaran Asia hari ini mengalami kejatuhan terkesan oleh data ekonomi yang dikeluarkan.

Indeks keyakinan perniagaan tinjaun oleh Bank Negara Australia (NAB) mencatatkan penurunan kepada 2 mata untuk bulan Jun lebih rendah berbanding kenaikan kepada 7 mata untuk bulan Mei lalu.

Angka dicatatkan menunjukkan bacaan lebih rendah berbanding purata jangka panjang iaitu 6 mata, berikutan kadar jualan borong serta pengangkutan dan utility menunjukkan keyakinan di paras yang paling lemah.

Namun begitu, keadaan perniagaan meningkat daripada 2 ke 3 mata ekoran kenaikan pada kadar pekerjaan (naik 3 mata ke 5) dan kadar jualan (naik 3 mata ke 6), sementara keuntungan tidak berubah (-2).


Kadar pesanan yang dibawa ke hadapan dilihat tidak berubah dan kekal lemah (-4) dengan faktor kelemahan pada kebanyakkan industri. Kadar penggunaan meningkat daripada 82.1% kepada 80.9% pada bulan Mei, namun selepas pelonggaran pada awal 2019, bacaan kekal di bawah paras yang dicatatkan pada penghujung 2018.

Penganalisis ekonomi di NAB menyatakan, buat masa sekarang perkembangan pada pasaran buruh akan menjadi kunci utama yang memandu polisi monetari, dengan kebimbangan terarah pada pertumbuhan gaji yang lemah mempengaruhi isi rumah dan tekanan inflasi.

Dagangan dolar AUD dijangka akan diniagakan lemah sepanjang minggu ini ditambah pula oleh faktor jangkaan pelonggaran polisi bank pusat Australia untuk mesyuarat yang akan datang.