Dagangan Euro pada hari ini mencatatkan kejatuhan terbesar mingguan dalam tempoh 3 minggu ekoran kemerosotan kadar pulangan bon kerajaan yang kembali menambahkan tekanan terhadap rangsangan baru polisi oleh bank pusat global.

Hasil pulangan bon 10-tahun Jerman, DE10YT=RR mencecah kadar deposit bank pusat Eropah pada -0.40%, di satu paras yang dilihat sebagai halangan psikologi oleh penganalisis.

Namun berbanding USD, dagangan Euro masih lagi disokong sekitar paras 1.1200 iaitu paras dagangan lebih tinggi sejak awal Jun lalu dan 1.5% di atas paras terendah untuk tahun ini iaitu sekitar paras harga 1.1055 yang dicecah pada lewat dagangan Mei lalu.

Penganalisis berpendapat, kekuatan Euro yang tidak terjangka adalah disebabkan rangsangan oleh bank pusat Eropah selepas beberapa tahun mengekalkan kadar polisi yang negatif dan pengulangan pembelian bon akan berkurangan berikutan terkesan oleh tindakan penurunan kadar yang besar oleh Federal Rerserve.

Risiko terhadap dagangan Euro turut bergantung pada keputusan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam ini. Sebagai matawang anti-USD dan berdasarkan kecenderungan ke arah pelonggaran polisi monetari oleh ECB, dagangan Euro akan mengharungi detik dagangan yang sukar dalam tempoh masa terdekat ini lebih-lebih lagi jika USD terus mengukuh.