Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menuduh Jerome Powel dengan kenyataan bahawa Pengerusi Federal Reserve (Fed) itu tidak menjalankan tugasnya dengan baik namun tindakan seperti melucutkan jawatannya akan mengundang kekacauan yang besar terhadap pasaran kewangan.

Trump kembali mengkritik tindakan Powell yang tidak menurunkan kadar faedah untuk membantu Amerika Syarikat bersaing dengan China dalam temubual di Fox Business Network. Kritikan tersebut adalah siri serangan terbaru yang telah dimulakan sejak sebulan selepas Trump memilih Powell sebagai Pengerusi Fed yang baru pada awal awal 2018.

“Saya ada hak untuk menghukum dan memecat beliau”, demikian kata-kata Trump dalam temubual pada Rabu dengan menambah lagi bahawa beliau sebelum ini tidak pernah bercadang untuk berbuat demikian.

Dalam Akta Rizab Persekutuan, ada menyatakan bahawa Presiden boleh menghapuskan jawatan pengerusi Fed, namun mestilah “bersebab”. Mengikut sejarah, mahkamah tidak menafsirkan garis panduan tersebut termasuk dengan perbezaan polisi.

Powell pula dalam ucapannya pada mesyuarat polisi monetari Jun, mengatakan bahawa undang-undang telah jelas menyatakan beliau mempunyai tempoh empat tahun untuk berkhidmat.


Namun, White House sepertinya akan terus mencari sebab untuk melucutkan jawatan beliau dan kekal dalam kalangan ahli mesyuarat.

Pertelingkahan dalam kepimpinan Fed akan meninggalkan kesan signifikan dalam konflik terbesar bank pusat dunia dan akan menjurus terhadap kelembapan ekonomi global dengan perpecahan kepada dua pimpinan, satu yang memimpin Lembaga Fed, dan satu lagi yang menguruskan penetapan kadar faedah dalam ahli mesyuarat FOMC.

Senario tersebut tidak pernah lagi berlaku sebelum ini. Dalam sejarah sehingga kini, Pengerusi Fed bertanggungjawab memimpin kedua-dua kumpulan tersebut, dan jika Powell dilucutkan jawatan beliau, ahli FOMC dijangka akan tetap mengundi beliau untuk kekal sebagai ketua.

Trump sebelum ini telah beberapa kali menyatakan keluhan beliau terhadap keputusan penetapan kadar faedah oleh bank pusat. Terutamanya apabila tidak bersetuju dengan kenaikan kadar dengan mengatakan kadar faedah terlalu tinggi.

Konflik antara Federal Reserve dan White House turut menjadi faktor yang meningkatkan kebimbangan pemain pasaran terhadap dagangan dolar Amerika selain faktor sentimen luar yang lain seperti risiko perang dagang dan ketegangan geopolitik.