Bermula dari sesi Asia, pasaran hari ini didagangkan dengan amat baik, dipandu oleh laporan bahawa Amerika Syarikat dan China bakal mencapai perjanjian perdagangan mereka pada sidang kemuncak G-20 hujung minggu ini.

Semalam, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Steven Mnuchin mengatakan rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China telah hampir 90% sempurna.

Komen beliau walaubagaimanapun dinyatakan semula bahawa beliau merujuk kepada keadaan rundingan dagang pada situasi sebelum ini antara dua ekonomi gergasi dunia itu.


Ketika komen Mnuchin disiarkan semalam, pasaran menunjukkan reaksi di mana dapat dilihat penurunan ketara pada dagangan safe-haven Yen. Susulan hal ini, pelabur mula menjangkakan sentimen pasaran kembali pulih.

Matawang USD hari ini memanjangkan pemulihannya berikutan suasana pasaran yang semakin optimis terhadap perbincangan AS-China sekaligus menyebabkan jangkaan untuk pemotongan kadar faedah di Amerika Syarikat semakin pudar.

Di tempat lain, keyakinan ekonomi kawasan euro merosot lebih daripada ramalan pada bulan Jun, jatuh ke tahap paling rendah sejak 2016 memandangkan ketegangan perdagangan mendalam dan tinjauan yang lebih berhati-hati bagi ekonomi global menimbang pada sentimen perniagaan dan pengguna.

Untuk sesi dagangan seterusnya, pelabur akan memberi tumpuan pada data pertumbuhan KDNK Amerika Syarikat untuk bacaan akhir. Bacaan data ini akan memberi petunjuk terhadap kesihatan ekonomi semasa di AS.