Pegawai Tinggi China dan Pegawai Perdagangan Amerika Syarikat dilaporkan berhubung melalui panggilan telefon pada Isnin berkenaan pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Donald Trump pada minggu ini di mana kedua ekonomi gergasi dunia itu masih buntu mencapai kesepakatan rundingan buat masa ini.

Pelabur gelisah dengan jangkaan bahawa peluang untuk China dan Amerika Syarikat mencapai persetujuan pada pertemuan minggu ini adalah tipis. Dengan itu, sentimen pasaran masih kekal berisiko di samping memberi tempias terhadap dagangan matawang utama yang lain selain dolar Amerika.

Pengguna di Amerika Syarikat akan menangguhkan atau terpaksa melupakan langkah menaiktaraf teknologi mereka jika Presiden Donald Trump mengenakan tarif pusingan baru 25% terhadap barangan import China, memperlahankan enjin inovasi Amerika Syarikat seperti yang diucapkan oleh Eksekutif Industri Teknologi pada Isnin.

Pentadbiran Trump sedang bersiap sedia untuk menaikkan tarif dengan nilai tambahan $300 bilion dolar barangan import China jika Trump dan rakan sejawatannya dari China, Presiden Xi Jinping gagal mencapai persetujuan dalam rundingan yang akan berlangsung pada persidangan kemuncak G20 di Jepun minggu ini.

Hubungan kedua negara itu mulai renggang sejak Julai 2018 ekoran permintaan Amerika Syarikat untuk Beijing menerima perubahan polisi yang lebih melindungi hak intelektual rakyat Amerika dan membuatkan pasaran China lebih mudah diakses oleh syarikat-syarikat Amerika.


Timbalan Presiden perdagangan antarabangsa kepada Persatuan Teknologi Pengguna, Sage Chandler mengatakan bahawa produk teknologi pengguna termasuk telefon bimbit, laptop dan komputer tablet, pembesar suara dan konsol permainan video akan menyumbang kepada $167 bilion dolar daripada jumlah tarif $300 bilion yang dikenakan itu atau lebih separuh daripada senarai sasaran.


Beliau memberitahu khabar angin terhadap kenaikan kadar tarif tersebut akan mendorong kenaikan harga runcit bagi telefon bimbit pada purata sekitar $70, sementara harga komputer riba akan meningkat sekitar $120 dan konsol permainan video kepada $56 dolar.

Situasi ini digambarkan pengguna akan membuat keputusan untuk menangguhkan pembelian khususnya pada produk teknologi dan ini akan memberi kesan terhadap kadar jualan.

Chandler sebagai wakil persatuan kumpulan teknologi utama termasuk Apple Inc, Facebook Inc, Alphabet Inc’s Google dan Intel Corp, menyatakan cadangan tarif yang akan diteruskan akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi Amerika Syarikat kelak.

Selain itu, para eksekutif syarikat dari industri yang terdiri daripada peralatan makanan sehingga produk fesyen, juga turut meluahkan kegelisahan mereka disebabkan penggantungan mereka kepada China untuk pengeluaran dan akan menjadi sangat sukar dan meningkatkan kos untuk beralih rantaian bekalan mereka ke arah negara lain dan akan mengambil masa dua atau tiga tahun untuk berbuat demikian.