Berikut adalah sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Keyakinan Perniagaan Jerman Tinjauan IFO (Isnin 4.00 Petang): Data yang menjadi petunjuk terhadap kesihatan ekonomi di mana perniagaan akan memberi reaksi terhadap keadaan pasaran dan perubahan pada sentimen perniagaan akan memberi isyarat awal terhadap aktiviti ekonomi. Jangkaan bacaan pada kali ini sedikit menurun ekoran bacaan lemah pada data pesanan kilang dan juga pengeluaran perindustrian.

Data Imbangan Dagangan New Zealand (Selasa 6.45 Pagi): Bacaan data untuk bulan Mei dijangka lemah berikutan penurunan pada data PMI perkilangan sebelum ini.

Data Keyakinan Pengguna Amerika Syarikat (Selasa 10.00 Malam): Data tinjauan isi rumah ini dijangka sedikit menurun untuk bulan Jun kepada 132.0 berbanding bacaan 134.1 pada bulan sebelumnya.

Penetapan Kadar Faedah Reserve Bank of New Zealand (Rabu 10.00 Pagi): Bank pusat New Zealand akan bermesyuarat untuk menetapkan kadar faedah untuk bulan Jun dengan jangkaan kadar akan terus dikekalkan di paras 1.50%. Namun, komen susulan bank pusat akan menjadi fokus pasaran untuk isyarat dasar monetari yang selanjutnya.

Data Pesanan Barangan Tahan Lama AS (Rabu 8.30 Malam): Data ini menjadi petunjuk kepada pengeluaran dengan jangkaan bacaan data untuk bulan Mei sedikit meningkat berbanding bulan sebelumnya.


Data Inflasi Jerman (Khamis 8.00 Malam): Bacaan awal inflasi di Jerman dijangka kekal rendah di paras 0.2% selepas penurunan sebelum ini. Namun, bacaan data juga berkemungkinan menurun terkesan oleh data indeks harga pengeluar yang lemah.


Data Pertumbuhan GDP Amerika Syarikat (Khamis 8.30 Malam): Bacaan terakhir untuk pertumbuhan GDP AS suku tahunan dijangka mencatatkan bacaan pada kadar 3.1% lebih tinggi berbanding bacaan pada data terdahulu yang dikemaskini semula.

Data Pertumbuhan GDP Britain (Jumaat 4.30 Petang): Bacaan akhir bagi data pertumbuhan di Britain untuk suku pertama tahun ini dijangka mencatatkan bacaan meningkat pada kadar 0.5% berbanding bacaan penurunan sebelum ini.

Data Inflasi Zon Eropah (Jumaat 5.00 Petang): Bacaan data akan dipengaruhi oleh data inflasi Jerman dan Perancis. Berkemungkinan angka bacaan akan kekal di paras yang rendah.

Data Pertumbuhan GDP Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Data pertumbuhan GDP untuk bulan April dijangka sedikit menurun selepas mencatatkan bacaan yang tinggi berbanding jangkaan pada sebelum ini.

Data Perbelanjaan Peribadi di Amerika Syarikat (Jumaat 8.30 Malam): Bacaan data dijangka meningkat didorong oleh data jualan runcit Amerika Syarikat sebelum ini yang turut meningkat.