Matawang Kiwi hari ini bermula dengan baik sejurus sahaja data pertumbuhan KDNK dikeluarkan. Bacaan tahunan untuk suku tahun pertama 2019 mencatatkan kenaikan 2.5% daripada 2.3% pada tempoh sebelum ini dan sejajar dengan ramalan pasaran untuk 2.5%.

Seterusnya, Keputusan mesyuarat dua hari polisi monetari oleh bank pusat Jepun diputuskan hari ini dengan Bank of Japan (BOJ) mengekalkan kadar faedah di paras -0.10% seperti sebelum ini sementara sasaran hasil pulangan kerajaan 10-tahun JGB kekal di paras sifar. Tiada sebarang pergerakan signifikan yang berlaku terhadap matawang Yen.

Secara keseluruhannya, sentimen pasaran Asia hari ini ditutup dengan tinggi, mengikuti kenaikan di pasaran Wall Street semalam selepas Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya dan mengisyaratkan kemungkinan untuk penurunan kadar faedah di negara itu.


Susulan tindakan Federal Reserve semalam, matawang AS Dolar merosot ke paras terendah dalam tempoh 3 bulan berbanding matawang-matawang utama yang lain.


Dalam perkembangan pasaran Eropah pula, data jualan runcit di United Kingdom jatuh sebanyak 0.5% pada bulan Mei 2019, menyambung lagi penurunan -0.1% pada bulan sebelumnya. Ia adalah penurunan bulanan kedua berturut-turut dan paling curam sejak Disember.

Tumpuan pasaran menjelang malam ini akan beralih kepada mesyuarat Bank of England yang dijadualkan pada jam 7:00 petang sebentar nanti. Penganalisis pasaran menjangkakan prospek hawkish oleh Bank of England (BOE) pada mesyuarat polisi kali.