Secara keseluruhannya untuk dagangan hari ini, matawang Aussie dan Euro merupakan matawang yang paling ketara membuat pergerakan pada dalam sesi Asia dan Eropah.

Kelemahan Aussie berpunca daripada pelabur yang semakin khuatir menjangkakan bank pusat Australia akan menurunkan kadar faedah sekali lagi selepas kadar diturunkan pada mesyuarat sebelum ini.

Laporan minit mesyuarat mengesahkan ahli mesyuarat memutuskan untuk menurunkan kadar faedah kepada 25 mata asas adalah didorong oleh faktor pasaran buruh dan dengan jangkaan polisi yang lebih longgar untuk mesyuarat akan datang.


Sementara itu matawang Euro pula dipandu oleh ucapan Presiden Mario Draghi. Beliau dalam ucapannya menyatakan tindakan penuurunan kadar adalah sebahagian daripada rancangan bank pusat. Jika unjuran tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif, tambahan ransangan adalah diperlukan.


Tidak cukup dengan itu, kadar inflasi zon Eropah juga turut menekan matawang ini di mana disahkan pada paras terendah dalam tempoh 1 tahun. Kadar inflasi tahunan kawasan Eropah turun kepada 1.2% pada bulan Mei 2019 daripada 1.7% pada bulan sebelumnya dan merupakan kadar terendah sejak April tahun lepas.

Dalam perkembangan lain pula, Yen berada di landasan yang terbaik dalam prestasinya apabila disokong oleh sentimen pasaran yang tidak menentu akibat kebimbangan pelabur mengenai ketegangan perang dagang dan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan.