Berikut adalah sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Pertumbuhan GDP UK (Isnin 4.30 Petang): Britain telah mengubah pengeluaran angka GDP kepada asas bulanan pada tahun lalu. Sistem yang baru ini membantu memantau prestasi ekonomi untuk suku tahun kedua 2019. Bacaan GDP menguncup 0.1% pada Mac dan dijangka akan kekal pada bacaan yang sama untuk bulan April.

Laporan Pekerjaan UK (Selasa 4.30 Petang): Bacaan laporan pada bulan lalu agak bercampur namun mengejutkan apabila kadar pengangguran menurun kepada 3.8% untuk bulan Mac. Indeks purata pendapatan dijangka menurun pada laporan kali ini lebih rendah berbanding penurunan bulan sebelumnya.

Data Inflasi AS (Rabu 8.30 Malam): Indeks harga pengguna pada bulan April mencatatkan bacaan yang menurun sementara bacaan indeks teras meningkat. Bacaa data untuk bulan Mei bakal mempengaruhi keputusan FED pada mesyuarat penetapan kadar pada minggu berikutnya.

Laporan Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Pagi): Selepas Reserve Bank of Australia (RBA) menurunkan kadar faedah pada minggu lalu, pelabur tertarik untuk melihat sama ada pasaran buruh masih kekal menjadi tumpuan bank pusat dan bakal mempengaruhi keputusan penetapan kadar yang seterusnya. Jangkaan laporan pada bulan Mei berkemungkinan menunjukkan peningkatan.


Penetapan Kadar Faedah di Switzerland (Khamis 3.30 Petang): Swiss National Bank (SNB) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras -0.75% seperti sebelum ini. SNB juga masih mengekalkan pendirian untuk tindakan campur tangan (intervene) dalam pasaran jika perlu.

Data Jualan Runcit AS (Jumaat 8.30 Malam): Dilihat bacaan data pada bulan April, kadar jualan runcit merosot sehingga mencatatkan penurunan pada angka bacaan yang dikeluarkan. Jangkaan laporan pada bulan Mei berkemungkinan mencatatkan peningkatan yang sederhana.

Sentimen Keyakinan Pengguna AS (Jumaat 10.00 Malam): Data tinjauan keyakinan pengguna oleh University of Michigan meramalkan sedikit penurunan pada bacaan bulan Jun selepas peningkatan pada bulan Mei. Data ini juga boleh dijadikan petunjuk untuk kadar penggunaan bagi ekonomi Amerika Syarikat.