FXOpen Broker

10+ years’
experience in FX

VISIT WEBSITE

Trading Accounts

ECN, STP,
Micro, Crypto

START TRADING

Free Demo

Practice Forex trading
risk free

OPEN DEMO ACCOUNT

PAMM Technology

Become a Master
or a Follower

JOIN PAMM SERVICE
Results 1 to 3 of 3

Thread: Analisa Fundamental Matawang

  1. #1
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,078
    Thanks
    179
    Thanked 412 Times in 287 Posts

    Default Analisa Fundamental Matawang

    Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CAD Hari Ini (24 Disember 2018)

    FUNDAMENTAL: DOVISH

    Bank of Canada (BOC) menaikkan kadar faedah daripada 1.50% kepada 1.75% pada 24 Oktober dengan kenyataan yang hawkish.
    Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 9 Januari 2019.

    Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOC (Unjuran bank pusat BOC – Muka surat 10 ).
    BOC mengjangkakan kadar inflasi akan berkurang berikutan harga minyak mentah yang rendah serta momentum ekonomi Kanada diramalkan lembab.

    DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA
    Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di Kanada menurun kepada 1.9% daripada 2.3% sebelumnya.
    Kadar pengangguran di Kanada menurun kepada 5.6% pada bulan November 2018 daripada 5.8% pada bulan sebelumnya.
    Inflasi tahunan Kanada merosot kepada 1.7% pada November 2018 daripada 2.4% pada bulan sebelumnya. Jangkaan pasaran adalah 1.8%.
    PLAN: SELL CAD.

    Harga minyak mentah global merosot.
    Data inflasi dicatatkan melemah pada November berbanding Oktober.
    Data jualan runcit menurun.

  2. #2
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,078
    Thanks
    179
    Thanked 412 Times in 287 Posts

    Default

    Analisis Fundamental & Sentimen Matawang EUR Hari Ini (24 Disember 2018)

    FUNDAMENTAL: DOVISH

    ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 25 Oktober.
    Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 24 Januari 2019.

    Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 ).
    ECB menyatakan bahawa program QE akan diteruskan pada kadar bulanan 30 billion sehingga akhir bulan ini, dan akan berkurang ke 15 billion hingga akhir Disember 2018 kemudian berakhir.
    ECB mengulangi bahawa kadar faedah tidak akan berubah menjelang musim panas 2019.
    ECB menjelaskan pembuat polisi tidak membincangkan halatuju masa hadapan buat masa sekarang dan menekankan risiko yang terdapat di Itali dan Brexit.

    DATA EKONOMI TUMPUAN ECB
    Kadar pengangguran di Kawasan Euro stabil pada 8.1% pada Oktober 2018, sama seperti sebelum ini.
    Data GDP (KDNK) di Euro menurun kepada 1.6% untuk suku tahun ketiga daripada 2.2% sebelum ini.
    Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro berkurang kepada 1.9% pada November 2018 daripada 2.0% pada Oktober dan merupakan kadar inflasi paling rendah dalam tempoh 6 bulan.
    PLAN: BUY EURO.

    Jangkaan terdapat permintaan terhadap Euro selepas FOMC yang dovish dan kebimbangan terhadap penutupan kerajaan akan melemahkan USD.
    Sumber dari Kerajaan Itali mengatakan bahawa Suruhanjaya Kesatuan Eropah telah menerima bajet defisit untuk 2019 sebanyak 2.04%.

  3. #3
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,078
    Thanks
    179
    Thanked 412 Times in 287 Posts

    Default

    Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (24 Disember 2018)

    FUNDAMENTAL: KURANG DOVISH

    Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
    Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve menaikkan kadar faedahnya seperti dijangka pada sebanyak 0.25% kepada 2.50%.
    Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 31 Januari 2019.

    Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
    FOMC menyatakan merendahkan ramaan pertumbuhan dan inflasi untuk 2018 dan 2019.
    FED memberi bayangan akan terdapat pengetatan lagi 2019 dan nada yang agak positif daripada jangkaan pasaran.

    DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE
    Kadar pengangguran di AS tidak berubah pada paras terendah 49 tahun pada bulan November, sama seperti jangkaan pasaran.
    Ekonomi AS mencatatkan 3.5% tahunan pada suku pada suku ketiga 2018, mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 3.3%.

    Kadar inflasi tahunan di Amerika Syarikat jatuh kepada 2.2 peratus pada bulan November 2018 daripada 2.5 peratus pada bulan Oktober.
    PLAN: SELL USD.

    Hasil perbendaharaan 10 tahun AS jatuh ke paras terendah 8 bulan. Jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah juga merosot dengan ramalan pasaran akan terdapat pemotongan kadar faedah pada 2020.
    Unjuran KDNK dan inflasi diturunkan untuk tahun 2018 dan 2019.

    Ancaman terhadap penutupan kerajaan Amerika Syarikat oleh Trump.
    Trump menyampaikan retorik yang menunjukkan bahawa beliau mahu mencari jalan untuk memecat Gabenor Federal Reserve iaitu Jerome Powell.

Tags for this Thread

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
Disclaimer
2005-2020 © FXOpen All rights reserved. Various trademarks held by their respective owners.

Risk Warning: Trading on the Forex market involves substantial risks, including complete possible loss of funds and other losses and is not suitable for all members. Clients should make an independent judgment as to whether trading is appropriate for them in the light of their financial condition, investment experience, risk tolerance and other factors.

FXOpen Markets Limited, a company duly registered in Nevis under the company No. C 42235. FXOpen is a member of The Financial Commission.

FXOpen AU Pty Ltd., a company authorised and regulated by the Australian Securities & Investments Commission (ASIC). AFSL 412871ABN 61 143 678 719.

FXOpen Ltd. a company registered in England and Wales under company number 07273392 and is authorised and regulated by the Financial Conduct Authority (previously, the Financial Services Authority) under FCA firm reference number 579202.

FXOpen does not provide services for United States residents.

Join us