FXOpen Broker

10+ years’
experience in FX

VISIT WEBSITE

Trading Accounts

ECN, STP,
Micro, Crypto

START TRADING

Try Free Demo

Practice Forex trading
risk free

OPEN DEMO ACCOUNT

PAMM Technology

Become a Master
or a Follower

JOIN PAMM SERVICE
Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 15 of 29

Thread: Analisa GBPJPY

  1. #1
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,554
    Thanks
    133
    Thanked 394 Times in 275 Posts

    Default Analisa GBPJPY



    Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY pada dagangan semalam menunjukkan harga yang cuba membuat kenaikan kembali ditekan semula ke paras lebih rendah.
    Walaupun perkembangan Brexit sedikit menunjukkan tanda-tanda yang positif dan memulihkan kembali nilai matawang GBP, Yen lebih mendominasi berikutan mendapat kelebihan dalam suasana pasaran yang berisiko dan membuatkan permintaan terhadap matawang safe-haven meningkat dalam pasaran semasa.
    Harga yang membuat kenaikan menguji paras Magic Pivot semalam kembali ditekan semula menuju ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line namun tidak berjaya mencecah penurunan ke paras tersebut.

    Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak agak mendatar dan berada lebih rendah dari paras Magic Pivot 142.554.
    Namun harga dilihat menunjukkan tanda-tanda penurunan pada penghujung sesi Asia menuju ke paras support 141.886 (MagicS1) sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah.
    Jika harga berjaya membuat penurunan sehingga melepasi paras support tersebut, harga bakal meneruskan penurunan untuk menguji zon major support yang masih gagal ditembusi harga pada dagangan awal Disember ini sekitar paras 141.473 (MagicS2).
    Sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencatatkan paras terendah yang baru pada penurunan seterusnya berkemungkinan mencecah paras sekitar 140.805 (MagicS3).

  2. #2
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,554
    Thanks
    133
    Thanked 394 Times in 275 Posts

    Default



    Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY, harga dilihat bergerak agak mendatar pada dagangan sesi pasaran semalam berikutan kedua-dua matawang didagangkan positif dalam pasaran semasa.
    Harga mendatar sejak sesi pasaran Asia semalam namun dilihat sedikit melonjak menguji paras Magic Pivot ekoran perkembangan semasa dalam isu Brexit menunjukkan isyarat yang positif.
    Namun, harga gagal menembusi ke paras lebih tinggi sebelum kembali turun dan bergerak mendatar semula sehingga sesi dagangan New York ditutup.

    Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga menunjukkan tanda-tanda kenaikan di mana harga bergerak naik melepasi paras Magic Pivot 142.234 hari ini menuju ke paras resistance 142.552 (MagicR1).
    Namun, belum sempat harga menyentuh paras resistance tersebut, harga kembali turun semula lebih rendah dari paras Magic Pivot.
    Pada awal sesi pasaran Eropah, harga dilihat bergerak perlahan di bawah paras Magic Pivot dan menguji paras tersebut buat seketika.
    Jika harga gagal melonjak semula lebih tinggi, harga berkemungkinan menuju ke paras support 141.828 (MagicS1) sebelum turun lebih rendah menguji zon major support 141.510 (MagicS2) yang gagal ditembusi ketika dagangan awal bulan ini.
    Jika harga berjaya breakout paras tersebut, paras support pada 141.104 (MagicS3) dilihat paras awal yang menjadi destinasi tumpuan penurunan harga seterusnya.

    Namun jika harga kembali melonjak apabila Sterling didagangkan lebih mengukuh berbanding Yen, harga bakal membuat kenaikan melepasi paras resistance MagicR1 dan meneruskan kenaikan menuju ke paras resistance pada 142.958 (MagicR2).
    Sedikit lagi kenaikan harga akan menguji paras resistance sekitar 143.276 (MagicR3) untuk harga cuba mengatasi paras ketinggian harga pada dagangan yang dicapai pada Isnin lalu.

  3. #3
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,554
    Thanks
    133
    Thanked 394 Times in 275 Posts

    Default



    Matawang Sterling dilihat bergelut untuk mengukuh berbanding Yen ekoran Yen yang lebih mendapat permintaan dalam suasana pasaran yang masih dilihat berisiko.
    Diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY untuk sesi dagangan semalam menunjukkan pergerakan harga mendatar namun lebih cenderung bergerak menurun.
    Harga beberapa kali cuba menuju ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line pada sesi Asia semalam sebelum mula membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot dan turun menguji paras support MagicS1 sehingga sesi dagangan New York berakhir.

    Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih dilihat bergerak mendatar dan gagal melepasi kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 141.965 hari ini dan kembali menunjukkan tanda-tanda penurunan pada penghujung dagangan Asia.
    Jangkaan penurunan harga akan menguji paras 141.409 (MagicS1) yang merupakan paras major support pada chart GBP/JPY.
    Harga yang berjaya turun lebih rendah melepasi zon support tersebut dijangka akan menuju ke paras support 141.004 (MagicS2). Sekiranya Yen terus kekal memberi tekanan terhadap Sterling,
    harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 140.448 (MagicS3).

    Namun, jika harga kembali menunjukkan lonjakan semula pada chart GBP/JPY, paras awal kenaikan yang dilihat akan dituju harga adalah pada resistance 142.370 (MagicR1).
    Seterusnya harga berkemungkinan naik lebih tinggi dan menguji semula paras ketinggian pada dagangan Isnin lalu di sekitar paras 142.926 (MagicR2) sebelum sedikit lagi kenaikan dilihat akan mencapai paras resistance 143.331 (MagicR3).

  4. #4
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,554
    Thanks
    133
    Thanked 394 Times in 275 Posts

    Default


  5. #5
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,554
    Thanks
    133
    Thanked 394 Times in 275 Posts

    Default



    Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY dilihat mendatar pada dagangan Isnin menyambung pergerakan harga pada penghujung minggu lalu. Harga dilihat bergerak mendatar di sekitar paras Magic Pivot dan turun menyentuh paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line pada penghujung sesi New York sebelum menutup dagangan Isnin di sekitar paras tersebut. Kedua-dua matawang Sterling dan Yen bergerak seimbang dan tiada sebarang berita-berita ekonomi yang memberi impak besar pada matawang-matawang tersebut pada minggu terakhir dagangan untuk tahun ini dan dijangka akan terus bergerak mendatar sehingga dagangan minggu ini berakhir dan menutup tirai 2018.

    Namun, pada sesi pasaran Asia pagi Rabu, harga dilihat memulakan dagangan lebih rendah dan meninggalkan jarak (gap) berikutan pasaran ditutup sempena cuti perayaan Krismas pada Selasa dan mempengaruhi kecairan dalam pasaran. Harga yang dibuka lebih rendah dari paras support 139.734 (MagicS1) kemudiannya terus dilihat membuat kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut sejak awal sesi bermula sehingga menguji paras Magic Pivot 140.281 hari ini. Namun harga dilihat gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi dan bergerak mendatar di sekitar paras Magic Pivot tersebut sehingga penghujung dagangan Asia. Jika harga kembali membuat penurunan dan turun lebih rendah semula, harga bakal kembali menuju ke paras support MagicS1 semula sebelum meneruskan penurunan menguji paras support yang lebih rendah sekitar paras 139.391 (MagicS2). Dan jika harga terus ditekan ke paras lebih rendah, harga bakal mencatatkan paras terendah semasa yang baru pada chart GBP/JPY dan berkemungkinan boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 138.844 (MagicS3).

    Sebaliknya, jika harga terus didagangkan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang akan diuji harga adalah pada resistance 140.624 (MagicR1). Kemudiannya harga dijangka akan meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi berkemungkinan menuju ke paras resistance 141.171 (MagicR2) untuk harga menguji paras resistance pada Jumaat lalu. Kenaikan yang diteruskan akan ke paras 141.514 (MagicR3) yang dilihat berpotensi menjadi paras SBR (support become resistance) yang baru pada chart GBP/JPY.

    Ikuti perkembangan semasa dalam isu Brexit dan juga sentimen semasa dalam pasaran di mana masing-masing bakal mempengaruhi perubahan nilai matawang Sterling dan Yen. Kawal dagangan anda pada chart GBP/JPY dengan merujuk pada paras-paras yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line.



    Paras support: 139.734, 139.391, 138.844.

    Paras resistance: 140.624, 141.171,

  6. #6
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,554
    Thanks
    133
    Thanked 394 Times in 275 Posts

    Default



    Pasangan GBPJPY sekarang berada didalam keadaan sideway dan sedang membuat keputusan sama ada untuk naik dan menyentuh trendline diatas atau membuat penurunan kembali,Matawang JPY kembali mendapatkan momentum kekuatannya hari ini,Saya menjangkakan bahawa pasangan ini akan terus menurun dan akan cuba menyentuh kembali paras sokongan 139.553.Penurunan ini dilihat disokong oleh kekuatan tekanan dari EMA100 dan EMA200 yang sekarang berada diatas paras harga semasa.Pelanggaran EMA50 akan memberi petunjuk positif bahawa harga akan turun kembali.Mengingatkan anda bahawa,jika harga berjaya melanggar paras EMA100 diparas 140.685 maka harga akan naik dan mencari paras 141.509 yang sekarang ini diwakili oleh EMA200

    julat dagangan : sokongan 139.553 rintangan 140.685

    trend : bearish

  7. #7
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,554
    Thanks
    133
    Thanked 394 Times in 275 Posts

    Default


  8. #8
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,554
    Thanks
    133
    Thanked 394 Times in 275 Posts

    Default


  9. #9
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,554
    Thanks
    133
    Thanked 394 Times in 275 Posts

    Default



    Jika diteliti kembali pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY pada dagangan minggu lalu, harga kembali menunjukkan kenaikan pada penghujung minggu selepas terjunan ketara harga sehingga mencecah ke paras serendah 132.300 sebelumnya. Kenaikan harga pada GBP/JPY adalah didorong oleh faktor risiko dalam pasaran yang semakin pudar dan mengurangkan permintaan terhadap matawang safe-haven Yen sebelum ini. Pada dagangan Jumaat, kenaikan harga yang diteruskan telah berjaya mencapai ketinggian di paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line.

    Pada permulaan dagangan hari ini pula, harga dilihat bergerak agak perlahan sepanjang sesi pasaran Asia sehingga bersambung pada pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya meneruskan kenaikan yang dilakukan sejak penghujung minggu lalu, harga bakal menuju ke paras resistance 138.932 (MagicR1) dahulu sebelum naik lebih tinggi untuk menguji pula paras resistance 139.860 (MagicR2) yang dilihat akan menjadi paras SBR (support become resistance) terbaru pada chart GBP/JPY. Kenaikan lebhih tinggi harga akan menuju pula ke paras yang turut dilihat berpotensi membentuk zon SBR yang baru di sekitar paras 141.430 (MagicR3).

    Sebaliknya, jika harga menunjukkan pergerakan menurun dan bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 137.362 hari ini, harga akan menguji paras minor RBS (resistance become support) pada 136.434 (MagicS1). Kemudiannya, paras support yang berada lebih rendah di paras 134.864 (MagicS2) dilihat pula sebagai paras yang bakal menjadi destinasi tumpuan harga pada penurunan yang seterusnya. Dan sekiranya momentum penurunan harga masih dikekalkan, harga bakal turun menguji pula paras support pada 133.936 (MagicS3) sebelum reaksi harga pada paras support 132.300 yang dicecah ketika terjunan harga minggu lalu akan menjadi perhatian para pelabur.

  10. #10
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,554
    Thanks
    133
    Thanked 394 Times in 275 Posts

    Default


  11. #11
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,554
    Thanks
    133
    Thanked 394 Times in 275 Posts

    Default


  12. #12
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,554
    Thanks
    133
    Thanked 394 Times in 275 Posts

    Default


  13. #13
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,554
    Thanks
    133
    Thanked 394 Times in 275 Posts

    Default


  14. #14
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,554
    Thanks
    133
    Thanked 394 Times in 275 Posts

    Default


  15. #15
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,554
    Thanks
    133
    Thanked 394 Times in 275 Posts

    Default

    Matawang Pound Sterling masih dibayangi risiko isu Brexit yang bersambung pada minggu ini namun dilihat masih berjaya mengekalkan pengukuhan nilai dagangannya.

    GBP berjaya melonjakkan nilai pada minggu lalu selepas undian Parlimen telah menolak pengunduran Brexit tanpa perjanjian dan undian seterusnya akan bersambung pada minggu ini pula.

    Selain itu juga, turut menjadi perhatian untuk GBP minggu ini adalah penetapan kadar faedah oleh bank pusat England pada Khamis nanti. Kadar faedah dijangka kekal di paras 0.75% tidak berubah seperti kadar sebelum ini.

    Berbanding Sterling, Yen didagangkan agak berisiko selepas bank pusat Jepun telah mengumumkan kadar faedah kekal di paras rendah iaitu pada -0.10% pada mesyuarat dasar monetari minggu lalu.

    Pengeluaran perindustrian di Jepun yang merosot turut dilihat menjadi faktor yang akan mempengaruhi dagangan Yen. Namun perlu dilihat juga pada faktor sentimen pasaran yang memberi kesan signifikan terhadap dagangan matawang berstatus safe-haven.

    Jika dilihatkan pada pergerakan harga chart pasangan matawang GBP/JPY, Sterling masih kekal mendominasi dagangan berbanding Yen dengan harga dilihat menguji paras ketinggian semasa pada zon resistance 148.500 minggu lalu.

    Dagangan bersambung pada permulaan minggu ini di mana harga berlegar di sekitar bawah paras resistance 148.500 pada sesi Asia sebelum awal pembukaan sesi Eropah hari ini melihatkan harga cuba untuk membuat penurunan dan menguji paras Magic Pivot 147.966 hari ini.


    Jika harga berjaya breakout zon resistance 148.500 hari ini, jangkaan kenaikan harga boleh mencapai ke paras sekitar resistance 149.460 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line. Kenaikan sekitar 100 pips pergerakan harga itu juga bakal mencatatkan paras ketinggian semasa yang terbaru pada chart GBP/JPY.

    Namun, jika harga gagal membuat kenaikan lebih tinggi melepasi paras resistance tersebut, berkemungkinan harga akan membuat penurunan menuju ke paras tumpuan harga sekitar 147.018 (MagicS2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini atau lebih rendah lagi jika Sterling didagangkan lemah.

    Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan paras tumpuan harga yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko pada posisi dagangan.



    Paras support: 147.564, 147.018, 146.616.

    Paras resistance: 148.512, 148.914, 149.460.

Page 1 of 2 12 LastLast

Tags for this Thread

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
Disclaimer
2005-2020 © FXOpen All rights reserved. Various trademarks held by their respective owners.

Risk Warning: Trading on the Forex market involves substantial risks, including complete possible loss of funds and other losses and is not suitable for all members. Clients should make an independent judgment as to whether trading is appropriate for them in the light of their financial condition, investment experience, risk tolerance and other factors.

FXOpen Markets Limited, a company duly registered in Nevis under the company No. C 42235. FXOpen is a member of The Financial Commission.

FXOpen AU Pty Ltd., a company authorised and regulated by the Australian Securities & Investments Commission (ASIC). AFSL 412871ABN 61 143 678 719.

FXOpen Ltd. a company registered in England and Wales under company number 07273392 and is authorised and regulated by the Financial Conduct Authority (previously, the Financial Services Authority) under FCA firm reference number 579202.

FXOpen does not provide services for United States residents.

Join us