FXOpen Broker

10+ years’
experience in FX

VISIT WEBSITE

Trading Accounts

ECN, STP,
Micro, Crypto

START TRADING

Free Demo

Practice Forex trading
risk free

OPEN DEMO ACCOUNT

PAMM Technology

Become a Master
or a Follower

JOIN PAMM SERVICE
Page 2 of 2 FirstFirst 12
Results 16 to 30 of 30

Thread: Analisa GBPJPY

  1. #16
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,318
    Thanks
    186
    Thanked 413 Times in 288 Posts

    Default


  2. #17
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,318
    Thanks
    186
    Thanked 413 Times in 288 Posts

    Default

    Debat parlimen UK akan menjadi tumpuan pada minggu ini untuk pelabur mendapatkan gambaran hala tuju Brexit yang lebih jelas selepas ini. Undian ketiga Brexit akan menentukan keputusan yang seterusnya namun Perdana Menteri Britain Theresa May telah menyatakan bahawa sokongan yang diperolehi tidak cukup meyakinkan untuk undian Brexit seterusnya.

    Dengan itu, Sterling dilihat gagal untuk mengukuhkan dagangan pada permulaan minggu ini ekoran perkembangan semasa Brexit yang masih berisiko.

    Sementara itu, sentimen pasaran yang dilihat semakin pulih bakal memberikan kelebihan terhadap matawang safe-haven Yen.

    Dagangan Yen dilihat masih stabil selepas penetapan kadar faedah yang kekal rendah oleh bank pusat pada dua minggu yang lalu. Bank pusat terus komited mengekalkan dasar monetari yang longgar dan tidak melihat untuk mengubah pendirian dasar buat masa ini.

    Namun, Yen turut merupakan matawang yang sensitif terhadap perubahan sentimen dalam pasaran ekoran pelaburan yang lebih selamat akan menjadi pilihan pelabur dalam situasi pasaran yang berisiko dan mempengaruhi permintaan terhadap matawang Yen.

    Jika diperhatikan dagangan pada chart pasangan matawang GBP/JPY, harga dilihat masih menguji paras support 144.800 sejak minggu lalu sehingga dagangan semalam di mana harga gagal membuat penurunan ke paras lebih rendah.

    Kenaikan harga yang dibuat semalam berjaya menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum kembali membuat penurunan ke paras 144.800 semula.

    Dagangan bersambung pada hari ini melihatkan harga naik lebih tinggi melepasi paras Magic Pivot 145.154 namun harga kembali berlegar di paras tersebut semula.


    Jika harga terus membuat kenaikan, jangkaan kenaikan harga akan menuju ke paras sekitar 146.854 (MagicR3) yang berada pada paras tumpuan harga pada chart GBP/JPY.

    Namun jika harga berjaya breakout paras support 144.800, harga bakal turun menguji paras support terdahulu yang berada lebih rendah iaitu pada sekitar paras 143.700 dengan mencatatkan 140 pips penurunan harga.

    Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda menentukan paras tumpuan harga.



    Paras support: 144.518, 143.986, 143.350.

    Paras resistance: 145.686, 146.322, 146.854.

  3. #18
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,318
    Thanks
    186
    Thanked 413 Times in 288 Posts

    Default

    Persidangan Kesatuan Eropah yang berlangsung semalam memberikan hasil keputusan yang positif. Permohonan Perdana Menteri Britain, Theresa May untuk melanjutkan tempoh pengunduran Brexit diluluskan sehingga tarikh 31 Oktober nanti.

    Keputusan tersebut dilihat sebagai faktor positif buat rundingan Brexit yang berlarutan dan bakal menyokong kembali dagangan Pound Sterling dalam pasaran semasa.

    Pada sesi pasaran Eropah semalam juga, data pertumbuhan GDP serta data-data ekonomi di UK secara keseluruhannya dilihat mencatatkan bacaan yang baik. Ini akan turut menyumbang terhadap faktor pengukuhan semasa matawang GBP.

    Sementara itu, Yen masih dipengaruhi oleh sentimen pasaran risk-off yang berlanjutan sehingga ke sesi Asia hari ini. Antara faktor yang menyumbang kepada risiko dalam pasaran adalah peningkatan kebimbangan terhadap ketegangan hubungan dagang antara Amerika Syarikat dan Eropah selain daripada isu Brexit.

    Presiden Donald Trump telah mengancam untuk mengenakan tarif berjumlah $11 bilion dolar terhadap produk daripada Kesatuan Eropah. Pelabur berkemungkinan melihat gambaran situasi perang dagang melibatkan Eropah seperti yang tercetus antara Amerika Syarikat dan China sebelum ini.

    Jika dilihat pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY, harga melihatkan corak pergerakan harga yang menurun sejak dua minggu yang lalu. Dagangan semalam melihatkan harga menyentuh paras ketinggian pada resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum kembali membuat penurunan semula.

    Bersambung pada dagangan hari ini pula, harga dilihat bergerak di atas paras Magic Pivot 145.279 sehingga ke sesi pasaran Eropah.


    Jika harga berjaya membuat kenaikan ke paras lebih tinggi, paras resistance pada 146.276 (MagicR2) berkemungkinan akan menjadi destinasi sasaran kenaikan harga. Kenaikan lebih tinggi akan menguji pula paras ketinggian semasa pada GBP/JPY sekitar resistance 147.100.

    Namun jika harga dilihat membuat penurunan ke paras lebih rendah berbanding Magic Pivot hari ini, paras support pada 144.800 akan diuji harga sebelum harga terus menuju ke paras support 143.749 (MagicS3) yang telah dicecah harga pada penghujung dagangan Mac lalu.

    Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.



    Paras support: 144.746, 144.282, 143.749.

    Paras resistance: 145.743, 146.276, 146.740.

  4. #19
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,318
    Thanks
    186
    Thanked 413 Times in 288 Posts

    Default

    ][/url]

  5. #20
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,318
    Thanks
    186
    Thanked 413 Times in 288 Posts

    Default

    Pasangan matawang GBP/JPY meneruskan siri penurunan harga pada dagangan semalam berikutan perkembangan semasa rundingan Brexit masih menuju ke arah kebuntuan.

    Dengan tekanan yang turut diberikan oleh pengukuhan Yen, harga pada GBP/JPY terus ditekan ke paras terendah yang baru semalam menguji support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

    Namun harga kembali pantul membuat pembetulan harga sebelum menutup dagangan sesi New York di sekitar paras tumpuan 142.700.

    Bersambung pada sesi dagangan hari ini, harga yang memulakan dagangan pada paras Magic Pivot 142.723 menunjukkan sedikit kenaikan harga sehingga menyentuh paras resistance 143.223 (MagicR1) hari ini sebelum kembali menurun semula ke paras Magic Pivot.

    Pelabur turut menantikan data-data ekonomi di UK yang akan dikeluarkan pada jam 4.30 petang.

    Data pertumbuhan GDP UK dijangka menurun kepada paras sifar dari bacaan 0.2% sebelum ini. Turut diramalkan menurun adalah data pengeluaran kilang yang berkemungkinan jatuh ke paras 0.1% berbanding 0.9% pada bacaan sebelumnya.

    Jika data pada petang ini mencatatkan bacaan yang positif, dagangan GBP/JPY bakal membuat kenaikan semula dan melepasi paras resistance MagicR1 yang diuji pada sesi Asia pagi ini.

    ARTIKEL BERKAITAN
    EUR/USD Kembali Melonjak Setelah Gagal Tembusi Support 1.11800

    Sentimen Pasaran Semasa Menjadikan NZD/JPY Antara Pasangan…

    GBP/USD Cenderung Meneruskan Siri Penurunan Harga Setelah…

    Kenaikan seterusnya akan melihatkan harga menguji paras resistance pada 143.731 (MagicR2) yang juga berada pada zon SBR (support become resistance).


    Namun jika bacaan data adalah lemah sementara sentimen pasaran kekal berisiko dan mendorong Yen terus mendominasi harga, penurunan bakal dilihat pada GBP/JPY sehingga harga mencari paras terendah yang baru mengatasi paras yang dicecah pada dagangan semalam.

    Destinasi penurunan seterusnya yang berkemungkinan menjadi tumpuan harga adalah ke paras sekitar support 141.715 (MagicS2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

    Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.



    Paras support: 142.215, 141.715, 141.207.

    Paras resistance: 143.223, 143.731, 144.231.

  6. #21
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,318
    Thanks
    186
    Thanked 413 Times in 288 Posts

    Default

    Jika diperhatikan pada pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY semalam harga telah kembali menunjukkan penurunan setelah kenaikan menguji paras ketinggian pada resistance 139.500.

    Walaupun ada yang berpendapat Pound akan kembali mengukuh selepas jawatan Theresa May sebagai Perdana Menteri Britain digantikan, namun sentimen bagi matawang British tersebut masih kekal berisiko dalam pasaran semasa.

    Theresa May telah mengumumkan peletakan jawatan beliau pada Jumaat lalu dan akan berkuatkuasa pada 7 Jun ini berikutan kegagalan berterusan beliau dalam mendapatkan sokongan terhadap pelan perjanjian Brexit.

    Berbanding Yen, GBP terus didagangkan lemah dengan pergerakan menurun harga pada chart GBP/JPY. Harga yang cuba membuat kenaikan menguji paras 139.500 yang berada pada zon SBR (support become resistance) kemudiannya kembali membuat penurunan semula ke paras lebih rendah dari Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam.

    Pergerakan harga kemudiannya mendatar sehingga bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini. Dagangan hari ini juga dilihat berlegar di bawah paras Magic Pivot 139.023 hari ini dan menguji paras tersebut beberapa kali.

    Harga menunjukkan penurunan dan bakal menguji zon support 138.500 yang merupakan paras terendah yang dicapai harga sejak dagangan Januari yang lalu.

    Jika harga berjaya breakout zon support tersebut, harga bakal meneruskan pencarian paras terendah yang terbaru berkemungkinan mampu membuat penurunan ke paras sekitar support pada 137.450 (MagicS3) dengan mencatatkan sekitar 110 pips penurunan harga.


    Namun jika paras support tersebut gagal ditembusi, harga berkemungkinan akan pantul membuat kenaikan semula dan kembali menguji paras tumpuan pada zon SBR iaitu pada 139.500 yang diuji semalam.

    Jika harga berjaya menembusi zon SBR tersebut, harga berpotensi meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju ke paras sekitar resistance pada 140.342 (MagicR3).

    Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.



    Paras support: 138.414, 138.059, 137.450.

    Paras resistance: 139.023, 139.987, 140.342.

  7. #22
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,318
    Thanks
    186
    Thanked 413 Times in 288 Posts

    Default

    Pound Sterling dilihat sebagai matawang paling berisiko untuk didagangkan pada minggu ini berikutan beberapa faktor yang memberi tekanan terhadap matawang British tersebut.

    Antara faktor utama yang menjejaskan dagangan GBP adalah ketidaktentuan politik yang melanda Britain. Pemilihan pemimpin baru bagi menggantikan Theresa May akan berlangsung pada minggu ini dan calon utama yang dilihat menjadi pilihan adalah Boris Johnson.

    Berdasarkan data ekonomi pula, data pertumbuhan GDP UK yang dikeluarkan semalam mencatatkan bacaan yang menurun berbanding angka sebelum ini dan juga jangkaan pasaran.

    Pada sesi pasaran Eropah hari ini pula, pelabur menumpukan fokus terhadap laporan data pekerjaan di Britain di mana indeks purata pendapatan dan kadar pengangguran menjadi perhatian. Data yang dikeluarkan dilihat positif dengan bacaan bagi indeks purata pendapatan sedikit tinggi iaitu 3.1% berbanding jangkaan penurunan 2.9% oleh pasaran. Manakala kadar pengangguran kekal di paras 3.8% tidak berubah seperti bacaan sebelumnya.

    Secara teknikal, dapat dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY gagal meneruskan kenaikan pada minggu lalu dengan harga mula menunjukkan tanda-tanda penurunan.

    Matawang safe-haven Yen pula bakal mendapat permintaan kembali berikutan ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China masih berlanjutan. Trump menyatakan akan meneruskan tindakan kenaikan kadar tarif terhadap China jika rundingan bersama Presiden Xi Jinping gagal mencapai kesepakatan pada persidangan negara G20 di Osaka Jepun, penghujung bulan ini.

    Dapat dilihat harga pada GBP/JPY yang membuat kenaikan semalam menguji paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam kembali membuat penurunan ke paras support sekitar 137.500.

    Dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini melihatkan harga cuba membuat kenaikan menguji paras Magic Pivot 137.753 hari ini sehingga awal sesi pasaran Eropah bermula dan mencecah paras resistance 138.033 (MagicR1) selepas laporan pekerjaan UK dikeluarkan sebentar tadi.


    Jika harga terus membuat kenaikan, harga bakal menguji paras ketinggian yang dicapai semalam sekitar 138.200 yang turut berada pada zon SBR (support become resistance) terdekat.


    Kenaikan seterusnya dijangka akan menuju ke paras SBR seterusnya pada 138.500 yang juga merupakan paras resistance (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

    Namun jika dagangan GBP kekal lemah, harga berkemungkinan akan kembali ditekan semula sehingga ke paras yang lebih rendah. Penurunan awal akan cuba melepasi paras terendah dagangan harian semalam pada 137.500.

    Penurunan lebih rendah bakal menguji semula zon support pada 136.600 yang gagal ditembusi harga pada dagangan awal Jun ini dan mencatatkan sekitar 120 pips penurunan harga ke paras tersebut dari paras Magic Pivot hari ini.

    Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.



    Paras support: 137.257, 136.977, 136.481.

    Paras resistance: 138.033, 138.529, 138.809.

  8. #23
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,318
    Thanks
    186
    Thanked 413 Times in 288 Posts

    Default

    Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY, harga telah menunjukkan kenaikan sejak semalam selepas perkembangan positif rundingan dagang AS-China kembali menyebabkan dagangan Yen melemah.

    Komen positif oleh Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Steven Mnuchin nyata meredakan risiko dalam pasaran dan kembali meningkatkan semula keyakinan para pelabur terhadap aset berisiko dan memberikan pulangan tinggi. Situasi tersebut menyebabkan pelabur mula melepaskan dagangan Yen sebelum ini dengan jangkaan rundingan dagang yang sukar mencapai kesepakatan oleh kedua-dua pihak.

    Walaupun dagangan Sterling masih dikategorikan sebagai berisiko ekoran ketidaktentuan politik di Britain, harga pada carta GBP/JPY kekal melonjak disebabkan kejatuhan ketara nilai matawang Yen.

    Kenaikan ketara ditunjukkan pada sesi pasaran Eropah semalam apabila harga mula melonjak dari paras Magic Pivot dan melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

    Kenaikan harga diteruskan lagi pada dagangan hari ini di mana harga dilihat menguji paras resistance 137.129 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini yang berada pada zon SBR (support become resistance) tersebut.

    Jika harga berjaya meneruskan kenaikan melepasi zon SBR tersebut, kenaikan tertinggi harian dijangka mampu mencapai ke paras resistance 138.179 (MagicR3) dengan tambahan 100 pips lagi pergerakan harga.

    Paras ketinggian tersebut juga telah diuji beberapa kali pada dagangan Jun namun harga gagal melepasi kenaikan ke paras lebih tinggi.


    Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula dan melepasi paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang dilihat akan menjadi destinasi tumpuan harga adalah pada support 136.079 (MagicS1).

    Penurunan seterusnya bakal menguji semula paras terendah semasa harga yang dicecah pada minggu lalu di sekitar paras support 135.432 (MagicS2) dengan mencatatkan sehingga 170 pips penurunan ke paras ini.

    Lihat gambar carta harga bagi pasangan matawang GBP/JPY untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.



    Paras support: 136.079, 135.432, 135.029.

    Paras resistance: 137.129, 137.532, 138.179.

  9. #24
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,318
    Thanks
    186
    Thanked 413 Times in 288 Posts

    Default

    Sesi Eropah pada Selasa menyaksikan penurunan pada nilai dagangan Pound Sterling setelah lonjakan harga ditunjukkan pada sesi semalam.

    Data indeks harga pengguna tahunan di UK kekal seperti bacaan bulan lalu di paras 1.7% untuk bulan September, meleset berbanding jangkaan peningkatan kepada 1.8% oleh pasaran. Kadar inflasi tersebut juga kekal di paras terendah dua setengah tahun sejak Disember 2016 berikutan kos pengangkutan yang perlahan selain kejatuhan harga petrol paling teruk sejak Ogos 2016.

    Selain itu juga, terdapat kegoyahan pada rundingan Brexit yang terbaru ekoran keyakinan pelabur mulai pudar. Perdana Menteri UK Boris Johnson kelihatan sukar untuk mendapatkan sokongan daripada Parti Kesatuan Eropah untuk mendapatkan kelulusan majoriti di Parlimen nanti.

    Jika dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY, harga mulai turun semula menguji zon RBS (resistance become support) pada 137.700 selepas harga mencecah paras ketinggian pada 139.200 penghujung sesi dagangan New York semalam.

    Matawang safe-haven Yen juga akan turut disokong oleh sentimen goyah pasaran selepas Amerika Syarikat meluluskan rang undang-undang berkenaan kes protes di Hong Kong yang tidak disenangi oleh China.

    ARTIKEL BERKAITAN
    Tindakan Amerika Syarikat Luluskan Rang Undang-Undang…

    Kenapa AUD/USD Terus Turun Walaupun Sentimen Pasaran Positif?

    Rundingan AS-China – Apa itu Perjanjian Perdagangan Fasa…

    Faktor-faktor ini berpotensi mengganggu sentiment rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang sebelum ini mula menunjukkan tanda-tanda yang positif untuk perjanjian yang lebih besar pada masa hadapan.

    Harga pada GBP/JPY dilihat menguji zon RBS 137.000 dan jika harga berjaya turun ke paras lebih rendah, paras support terdekat yang dijangka akan dituju harga adalah pada 135.800. Penurunan lebih rendah berkemungkinan akan mencecah paras 134.400 bergantung pada perkembangan semasa rundingan Brexit.

    Namun jika harga kekal meneruskan momentum kenaikan minggu lalu, harga bakal menembusi paras resistance 139.200 sebelum mencatatkan paras ketinggian terbaru pada GBP/JPY.

    Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.


  10. #25
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,318
    Thanks
    186
    Thanked 413 Times in 288 Posts

    Default

    Perkembangan terbaru rundingan dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China kembali menyokong sentimen positif pasaran untuk permulaan yang baik bagi dagangan minggu ini.

    Isyarat optimis oleh wakil perunding dari AS dan China berhubung usaha untuk memuktamadkan perjanjian perdagangan fasa pertama dan dimaklumkan bahawa perjanjian bakal ditandatangani pada bulan ini.

    Presiden AS Donald Trump juga menyatakan bahawa beliau akan bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping di sebuah lokasi yang akan disahkan untuk menandatangani perjanjian tersebut selepas persidangan kemuncak di Chile telah dibatalkan.

    Sentimen pasaran yang positif kembali menyebabkan dagangan safe-haven melemah terutamanya terkesan pada matawang Yen Jepun.

    Sementara matawang Pound Sterling kembali mengukuh pada awal sesi pasaran Eropah hari ini berikutan laporan bahawa tinjauan undian menunjukkan parti Konservatif kerajaan masih mendahului keputusan.

    Oleh itu, dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY mula menunjukkan kenaikan pada awal sesi pasaran Eropah dengan pengukuhan matawang British Pound di samping Yen Jepun yang kembali diniagakan lemah dalam pasaran.

    Kenaikan harga tersebut juga telah menembusi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) setelah harga bergerak mendatar di bawah garisan tersebut sejak dagangan Jumaat lalu.

    Harga mula menunjukkan kenaikan menuju ke paras resistance terdekat di sekitar paras 140.700 untuk harga menguji paras ketinggian harga minggu lalu.

    Kenaikan lebih tinggi dijangka menuju pula pada paras resistance 141.300 yang dicapai pada dagangan Oktober lalu.

    Namun jika harga kembali membuat penurunan, jangkaan destinasi yang bakal dituju harga adalah pada zon support 139.200 hingga 139.000.

    Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

  11. #26
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,318
    Thanks
    186
    Thanked 413 Times in 288 Posts

    Default

    Pada dagangan Khamis, pelabur mula mengambil langkah berwaspada berikutan sentimen pasaran yang dinilai kembali berisiko ekoran keraguan pada perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

    Matawang safe-haven Yen Jepun mencatatkan pengukuhan setelah Reuters melaporkan pegawai tinggi dalam pentadbiran Presiden AS Donald Trump telah memaklumkan bahawa perjanjian perdagangan fasa pertama bersama China yang dijadualkan akan ditandatangani pada bulan ini bakal ditangguhkan sehingga Disember.

    Sementara dagangan Pound Sterling mula bergerak pasif berikutan pelabur berhati-hati menantikan keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat England edisi November.

    Pasaran menjangkakan tiada perubahan polisi dan kadar faedah akan masih dikekalkan namun kenyataan susulan oleh gabenor akan menjadi tumpuan pelabur untuk isyarat dasar yang lebih jelas ke arah mesyuarat yang seterusnya.

    Di samping itu juga, pelabur turut mengikuti perkembangan tinjauan pilihan raya umum UK pada Disember ini sebelum menunggu tarikh akhir pengunduran Brexit yang terbaru pada 31 Januari 2020 nanti.

    Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY antara yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu ini.


    Setelah mencapai paras ketinggian pada zon resistance 140.700 pada Selasa, harga mula menunjukkan penurunan kembali berikutan risiko yang melanda pasaran menyokong pengukuhan Yen untuk menekan harga ke paras lebih rendah.

    Sehingga setakat sesi pasaran Asia pagi ini, harga telah membuat penurunan lebih 100 pips dan bergerak di paras paras Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat trend penurunan harga.

    Penurunan lebih rendah harga dijangka akan menguji zon support pada 139.200 dengan tambahan 50 hingga 60 pips lagi penurunan.

    Namun berwaspada jika harga kembali membuat lonjakan dan cuba melepasi garisan MA50, harga akan kembali menguji zon resistance 140.700 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi mencatatkan paras ketinggian dua minggu terbaru.

  12. #27
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,318
    Thanks
    186
    Thanked 413 Times in 288 Posts

    Default

    Prestasi matawang safe-haven terutamanya Yen Jepun merosot pada permulaan dagangan minggu ini ekoran sentimen pasaran yang kembali pulih.

    Sentimen rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang dilaporkan optimis menuju ke arah tandatangan perjanjian disokong oleh kenyataan positif oleh kedua-dua Presiden dua negara tersebut.

    Walaupun begitu, pelabur kekal berwaspada untuk sebarang risiko yang bakal tercetus jika terdapat laporan terbaru yang kurang menyenangkan.

    Sementara dagangan Pound Sterling mencatatkan pengukuhan nilai semalam dengan kenaikan ketara harga berikutan sentimen Brexit masih kekal optimis.

    Tinjauan pilihan raya UK kekal didahului oleh Parti Konservatif kerajaan dan Perdana Menteri Boris Johnson turut menabur janji manifesto untuk memenangai keyakinan dan sokongan rakyat Britain.

    Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY telah menunjukkan corak penurunan harga pada minggu lalu dengan dagangan harga berakhir di zon support hampir di paras 139.300.

    Memulakan dagangan pada minggu ini dengan perbezaan jarak (gap) pembukaan harga pada sesi Asia yang lebih tinggi, harga terus menunjukkan kenaikan sehingga ke paras zon SBR 140.600.

    Kenaikan harian telah mencecah lebih 100 pips melepasi paras-paras penting termasuk garisan halangan Moving Average 50 (MA50). Ini memberi isyarat perubahan trend harga untuk bergerak lebih tinggi.

    Bersambung dagangan sesi Asia pada Selasa, harga bergerak perlahan pada zon SBR berlegar di paras 140.600, paras ketinggian harga dicapai semalam.

    Jika tiada perkembangan terbaru dan sentimen kekal tidak berubah, harga bakal meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi berkemungkinan menguji semula zon resistance pada ketinggian 141.500.

    Namun, jika harga kembali membuat penurunan semula, harga akan cuba melepasi garisan MA50 sebelum meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

    Paras tumpuan pada 139.700 atau zon support 139.400 antara destinasi yang bakal dituju harga pada penurunan seterusnya.

  13. #28
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,318
    Thanks
    186
    Thanked 413 Times in 288 Posts

    Default

    Tekanan terhadap matawang Pound Sterling pada dagangan semalam apabila Perdana Menteri UK Boris Johnson menyatakan keyakinan beliau bahawa UK bakal mencapai perjanjian perdagangan yang komprehensif bersama Kesatuan Eropah (EU) menjelang penhujung tahun 2020.

    Kenyataan tersebut kembali mengangkat dagangan Pound berbanding matawang utama yang lain pada carta harga.

    Dapat dilihat kenaikan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY telah kembali melonjak dari paras 142.450 pada penurunan sebelumnya dan mencapai paras ketinggian sekitar 143.420 di penghujung sesi pasaran New York.

    Kenaikan turut didorong oleh penyusutan dagangan Yen Jepun sebagai matawang safe-haven dalam sentimen positif pasaran menjelang upacara menandatangani perjanjian perdagangan fasa 1 AS-China hari ini.

    Jika diperhatikan harga bergerak dalam julat sekitar 100 pips tersebut sejak minggu lalu sementara pelabur masih menantikan perkembangan terbaru Brexit untuk permulaan dagangan tahun yang baru.

    Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini, harga bergerak perlahan dan cuba menguji kembali paras ketinggian yang dicapai semalam sekitar 143.400 yang juga merupakan zon SBR (support become resistance).

    Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut dilihat akan menuju paras ketinggian 144.300 yang dicapai pada dagangan penghujung Disember lalu.

    Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras terendah harian semalam sekitar 142.500 yang juga merupakan zon tumpuan harga itu akan kembali diuji.

    Penurunan lebih rendah berkemungkinan ke paras penting 142.000 atau terus turun lebih rendah ke zon support sekitar 141.200 yang diuji minggu lalu.

  14. #29
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,318
    Thanks
    186
    Thanked 413 Times in 288 Posts

    Default

    Matawang Pound Sterling kembali menjunam pada dagangan semalam memulakan dagangan pada Februari dengan kurang baik berikutan timbul kebimbangan terhadap risiko hard-Brexit.

    Perdana Menteri UK Boris Johnson dalam ucapan pertamanya selepas Britain rasmi meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) menyatakan keinginan untuk mendapatkan perjanjian seperti yang diperolehi oleh Kanada yang berkemungkinan tidak akan dipenuhi oleh EU.

    Pound mencatatkan penurunan harian terbesar 1 setengah tahun khususnya berbanding US dolar dan Yen berikutan kebimbangan tersebut.

    Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY telah menjunam sekitar 200 pips semalam ditambah pula pengukuhan Yen dalam suasana pasaran yang masih berisiko.

    Sentimen pasaran risk-off masih lagi membuatkan pelabur gelisah dengan angka korban wabak Coronavirus meningkat kepada 425 kematian sementara 20,438 kes disahkan.

    Harga pada dagangan GBP/JPY mencatatkan penurunan dari paras tertiunggian harian pada hampir 143.100 sehingga ke paras lebih rendah dari 141.100 pada penghujung sesi New York.

    Harga yang ditutup sekitar paras 141.200 bergerak perlahan bersambung pada sesi Asia hari ini. Paras tersebut merupakan zon support yang telah diuji pada Disember dan juga Januari lalu namun gagal ditembusi.

    Jika rundingan UK-EU kekal goyah, penyusutan dagangan Pound mampu menolak harga ke paras lebih rendah pada carta GBP/JPY dengan penurunan boleh mencecah sekitar 200 pips ke paras support November tahun lalu.

    Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan, paras-paras tumpuan pada 142.600 dan 143.600 akan kembali menjadi destinasi kenaikan harga.

  15. #30
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,318
    Thanks
    186
    Thanked 413 Times in 288 Posts

    Default

    Setelah bergerak mendatar untuk beberapa sesi kebelakangan ini, dagangan Pound Sterling mula mempamerkan penurunan lebih ketara pada sesi pasaran Eropah petang ini.

    Pelabur berwaspada mengikuti perkembangan rundingan Brexit antara Kesatuan Eropah dan UK yang bakal bermula pada minggu hadapan.

    Untuk minggu ini, mandat rundingan perdagangan akan menjadi tumpuan pasaran dengan harapan keputusan berakhir dengan baik bagi kedua-dua pihak.

    Beberapa pertukaran tawaran akan dibincangkan di mana sebelum ini beberapa isu tidak disenangi dan ditentang oleh Perdana Menteri UK, Boris Johnson yang menginginkan hubungan dagang seperti yang diperolehi EU bersama Kanada.

    Penurunan dapat dilihat pada carta harga bagi pasangan matawang GBP/JPY di mana Yen turut mendorong harga bergerak ke paras lebih rendah.

    Ini adalah berikutan sentimen pasaran masih berada dalam suasana berisiko atau risk-off mood. Pelabur tertumpu pada aset safe-haven untuk dagangan yang lebih selamat.

    Menguji zon SBR (support become resistance) sekitar 143.500 hari ini, harga pada carta GBP/JPY kembali memaparkan pergerakan menurun pada awal sesi Eropah selepas turun lebih rendah semula dari paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50).

    Penurunan harga dilihat menuju ke paras terendah mingguan yang dicapai pada Isnin dengan penurunan harian hampir mencecah 200 pips menghampiri paras 142.600.

    Jika harga berjaya tembusi paras 142.600, penurunan harga dilihat akan menuju paras support sekitar 141.700.

    Namun jika kenaikan harga dipamerkan semula, harga akan menguji semula zon SBR 143.500 yang diuji pada sesi Asia sebentar tadi.

    Kenaikan lebih tinggi akan menuju pula paras 144.500 sebelum menguji paras ketinggian 144.900 yang dicapai minggu lalu.

Page 2 of 2 FirstFirst 12

Tags for this Thread

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
Disclaimer
2005-2020 © FXOpen All rights reserved. Various trademarks held by their respective owners.

Risk Warning: Trading on the Forex market involves substantial risks, including complete possible loss of funds and other losses and is not suitable for all members. Clients should make an independent judgment as to whether trading is appropriate for them in the light of their financial condition, investment experience, risk tolerance and other factors.

FXOpen Markets Limited, a company duly registered in Nevis under the company No. C 42235. FXOpen is a member of The Financial Commission.

FXOpen AU Pty Ltd., a company authorised and regulated by the Australian Securities & Investments Commission (ASIC). AFSL 412871ABN 61 143 678 719.

FXOpen Ltd. a company registered in England and Wales under company number 07273392 and is authorised and regulated by the Financial Conduct Authority (previously, the Financial Services Authority) under FCA firm reference number 579202.

FXOpen does not provide services for United States residents.

Join us