FXOpen Broker

10+ years’
experience in FX

VISIT WEBSITE

Trading Accounts

ECN, STP,
Micro, Crypto

START TRADING

Free Demo

Practice Forex trading
risk free

OPEN DEMO ACCOUNT

PAMM Technology

Become a Master
or a Follower

JOIN PAMM SERVICE
Results 1 to 9 of 9

Thread: Analisa NZDUSD

  1. #1
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,164
    Thanks
    181
    Thanked 412 Times in 287 Posts

    Default Analisa NZDUSD


  2. #2
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,164
    Thanks
    181
    Thanked 412 Times in 287 Posts

    Default


  3. #3
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,164
    Thanks
    181
    Thanked 412 Times in 287 Posts

    Default



    Pasangan NZDUSD bersandar pada tahap 0.6795 semalam dan mula untuk bangkit semula untuk mencari paras rintangan terdekat, untuk mengekalkan aliran menaik yang dominan pada dasar intraday,ianya bergantung kepada kestabilan harga di atas paras yang disebutkan, kerana memecahkan paras ini akan menekan harga untuk menurun dengan lebih banyak lagi, sementara sasaran utama saya terletak pada paras 0.6910.



    Julat dagangan yang dijangkakan untuk hari ini adalah sokongan 0.6780 dan 0.6910



    Trend yang dijangka untuk hari ini: Bullish

  4. #4
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,164
    Thanks
    181
    Thanked 412 Times in 287 Posts

    Default


  5. #5
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,164
    Thanks
    181
    Thanked 412 Times in 287 Posts

    Default


  6. #6
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,164
    Thanks
    181
    Thanked 412 Times in 287 Posts

    Default


  7. #7
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,164
    Thanks
    181
    Thanked 412 Times in 287 Posts

    Default

    Dolar New Zealand menjadi tumpuan utama pasaran pada sesi pasaran Asia pagi ini selepas penetapan kadar faedah diumumkan pada jam 9 pagi tadi.

    Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% tidak berubah seperti mana yang telah dijangkakan oleh pasaran.

    Para penggubal dasar yang menilai prospek ekonomi global yang perlahan melibatkan rakan-rakan dagang New Zealand serta momentum yang perlahan pada perbelanjaan domestik, memberi isyarat yang dovish terhadap langkah kenaikan kadar yang berikutnya.

    Isyarat dovish dari bank pusat tersebut telah menyebabkan kejatuhan ketara pada satu jam pertama pada dagangan Kiwi sebaik sahaja keputusan penetapan kadar faedah dikeluarkan.

    Lebih 100 pips penurunan harga dicatatkan pada chart pasangan matawang NZD/USD pada sesi Asia hari ini dari paras sekitar Magic Pivot 0.6907 melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line hari ini. Zon RBS (resistance become support) sekitar 0.68200 turut berjaya ditembusi harga.

    Penurunan harga masih diteruskan waluapun momentum dilihat semakin perlahan. Kejatuhan drastik pada chart NZD/USD juga turut didorong oleh faktor pengukuhan semula dagangan USD dalam pasaran.

    Setelah terkesan oleh kemerosotan pada hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat, USD kembali positif untuk mendapatkan semula momentum kenaikannya selepas peningkatan positif pada pasaran saham Wall Street.


    Jika harga kekal meneruskan penurunan pada hari ini, jangkaan paras 0.67700 bakal dituju harga sebelum paras support pada 0.67440 yang merupakan paras terendah harga dicecah pada bulan Mac akan kembali diuji.

    Namun jika harga kembali pantul membuat kenaikan semula, antara paras yang dilihat bakal menjadi tumpuan harga adalah pada sekitar support 0.6877 (MagicS2) pada indicator Moshed Magic Line yang berada pada zon RBS sebelum ini.

    Lihat gambar chart pasangan matawang NZD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Lihat juga paras tumpuan harga yang berpotensi untuk menjadi destinasi tarikan harga selain daripada paras penting pada indicator Moshed Magic Line hari ini.



    Paras support: 0.6890, 0.6877, 0.6860.

    Paras resistance: 0.6920, 0.6937, 0.6950.

  8. #8
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,164
    Thanks
    181
    Thanked 412 Times in 287 Posts

    Default

    Matawang dolar Amerika didagangkan sederhana semalam namun sedikit meningkat selepas laporan dovish oleh bank pusat Eropah memberi peluang untuk USD kembali mengukuh berbanding Euro.

    Euro yang sebelum ini didagangkan meningkat kembali mengalami kejatuhan semalam selepas laporan bahawa beberapa penggubal dasar European Central Bank (ECB) berpendapat unjuran ekonomi bank pusat adalah terlalu optimistic.

    Kebimbangan terhadap unjuran tersebut adalah berikutan faktor pertumbuhan ekonomi di China yang masih dilihat lemah dan juga isu ketegangan hubungan dagang menurut empat sumber yang berlainan.

    Pasaran akan memberi tumpuan pada data sektor perkilangan dan perkhidmatan di Eropah pada Khamis untuk isyarat perkembangan pada pertumbuhan di kawasan tersebut.

    Aussie pula masih kekal berada dalam kelompok dagangan berisiko selepas minit mesyuarat yang dikeluarkan menyatakan bank pusat Australia bakal menurunkan kadar faedah pada masa akan datang berdasarkan data inflasi dan kadar pengangguran yang berada pada tahap kurang menyenangkan.

    Pound Sterling merosot pada dagangan Selasa selepas laporan akhbar bahawa rundingan Brexit antara kerajaan Perdana Menteri Theresa May dan parti pembangkang Buruh masih belum mendapat kesepakatan.

    Kemerosotan dagangan GBP semalam tidak begitu ketara disebabkan laporan data pekerjaan UK yang dikeluarkan semalam adalah positif.


    Sesi pasaran Eropah petang ini juga akan memberi tumpuan terhadap data inflasi di UK yang akan dikeluarkan pada jam 4.30 petang. Dengan jangkaan bacaan data yang meningkat akan menyokong dagangan semasa buat Sterling.

    Pada sesi pasaran Asia pagi ini melihatkan kejatuhan pada matawang dolar New Zealand selepas data inflasi dikeluarkan pada jam 6.45 pagi. Indeks harga pengguna untuk suku tahun pertama kekal di paras 0.1% seperti bacaan sebelum ini namun meleset daripada jangkaan kenaikan kepada 0.3% oleh pasaran.

    Penurunan harga pada dagangan NZD berbanding dolar USD menunjukkan harga menjunam sekitar 100 pips sejurus selepas data inflasi dikeluarkan.

    Dan pada sebelah malam pula, data ekonomi di Kanada akan menghiasi pasaran kewangan. Data inflasi dan juga imbangan dagangan Kanada akan memberi impak terhadap dagangan semasa Loonie.

    Tumpuan pelabur juga akan terarah kepada data pertumbuhan GDP di China hari ini pada jam 10 pagi ini. Bacaan data akan turut memberi impak terhadap dagangan komoditi terutamanya dolar AUD. Pelabur juga akan menilai tahap kesihatan pada ekonomi China yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi global.

  9. #9
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    4,164
    Thanks
    181
    Thanked 412 Times in 287 Posts

    Default

    Sentimen pasaran yang dilihat semakin positif telah memberi kesan penyusutan terhadap dagangan US dolar sementara matawang komoditi mula mempamerkan pengukuhan pada dagangan awal minggu.

    Namun, berbeza pada matawang dolar New Zealand yang dilihat menyusut pada dagangan sesi Asia hari ini.

    Ini adalah berikutan jangkaan bank pusat Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) bakal menurunkan kadar faedah sehingga ke paras negatif telah memberi kesan terhadap dagangan Kiwi.

    RBNZ sebelum ini telah menurunkan kadar faedah sehingga ke paras terendah 0.25% dan menyatakan bahawa akan mengekalkan kadar faedah yang rendah untuk tempoh 1 tahun.

    Pada carta harga pasangan matawang NZD/USD, harga telah mempamerkan kenaikan pada dagangan semalam dengan kenaikan harian sekitar 70 pips mencecah paras ketinggian pada 0.6070.

    Namun harga telah menunjukkan penurunan semula pada sesi Asia pagi ini sehingga ke paras 0.6000 selepas turun lebih rendah di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) memberikan isyarat awal perubahan kepada trend bearish.

    Penurunan lebih rendah dijangka akan menuju semula ke zon support sekitar paras 0.5930 yang telah diuji sepanjang April namun masih gagal menembusinya.

    Penurunan lebih rendah dari paras tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu pada carta harga NZD/USD.

    Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras ketinggian 0.6700 yang berada pada zon SBR (support become resistance) akan diuji kembali sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi.

    Kenaikan seterusnya dilihat akan menuju ke paras resistance harga pada ketinggian 0.61300.

Tags for this Thread

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
Disclaimer
2005-2020 © FXOpen All rights reserved. Various trademarks held by their respective owners.

Risk Warning: Trading on the Forex market involves substantial risks, including complete possible loss of funds and other losses and is not suitable for all members. Clients should make an independent judgment as to whether trading is appropriate for them in the light of their financial condition, investment experience, risk tolerance and other factors.

FXOpen Markets Limited, a company duly registered in Nevis under the company No. C 42235. FXOpen is a member of The Financial Commission.

FXOpen AU Pty Ltd., a company authorised and regulated by the Australian Securities & Investments Commission (ASIC). AFSL 412871ABN 61 143 678 719.

FXOpen Ltd. a company registered in England and Wales under company number 07273392 and is authorised and regulated by the Financial Conduct Authority (previously, the Financial Services Authority) under FCA firm reference number 579202.

FXOpen does not provide services for United States residents.

Join us