FXOpen Broker

10+ years’
experience in FX

VISIT WEBSITE

Trading Accounts

ECN, STP,
Micro, Crypto

START TRADING

Free Demo

Practice Forex trading
risk free

OPEN DEMO ACCOUNT

PAMM Technology

Become a Master
or a Follower

JOIN PAMM SERVICE
Page 3 of 4 FirstFirst 1234 LastLast
Results 31 to 45 of 60

Thread: Analisa GBPUSD

  1. #31
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,834
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD menunjukkan harga menyambung penurunan ekoran Pound Sterling yang didagangkan lemah.

    Tekanan terhadap matawang British itu didorong oleh laporan berkenaan Perdana Menteri UK Boris Johnson yang akan mengubah undang-undang supaya tempoh peralihan Brexit tidak akan dilanjutkan seterusnya menimbulkan kebimbangan terhadap hubungan perdagangan EU-UK.

    PM Johnson tekad untuk mengundurkan Britain dari EU selewatnya penghujung 2020 namun pemimpin EU memberi amaran bahawa berkemungkinan kriteria perjanjian untuk kepentingan kedua pihak sukar dicapai.

    Dagangan GBP/USD menunjukkan penurunan seawal sesi Asia bermula menyambung penurunan harga pada dagangan Isnin.

    Harga kemudian menunjukkan kenaikan yang perlahan pada sesi Asia menyentuh paras 1.33000 yang dilihat sebagai zon SBR (support become resistance).

    Kemudian harga dilihat kembali membuat penurunan semula dan penurunan lebih ketara dipamerkan ketika memasuki sesi pasaran Eropah hari ini.

    Kebimbangan terhadap laporan pekerjaan UK turut menekan harga sehingga ke paras 1.31800, paras yang menjadi tumpuan harga pada dagangan minggu lalu.

    Meneliti komponen data pekerjaan UK yang diterbitkan, indeks purata pendapatan 3 bulan mencatatkan penurunan lebih rendah berbanding jangkaan. Tuntutan bagi tidak bekerja juga catat bacaan lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan.

    Kadar pengangguran di UK masih kekal di paras 3.8% berbanding jangkaan meningkat kepada 3.9%. Paras tersebut adalah terendah untuk 45 tahun.

    Penurunan lebih rendah harga dijangka akan kembali menuju paras tumpuan pada 1.30000 sebelum menuju zon-zon support harga sehingga ke paras 1.28200 yang menjadi support bagi dagangan November.

    Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan, pasaran bakal menjangkakan kenaikan mudah harga selepas kemenangan Parti Konservatif minggu lalu.

    Kenaikan harga bakal menguji semula paras ketinggian yang dicapai pada 1.35300 Jumaat lalu.

    Pelabur akan menantikan isyarat lebih jelas berhubung isu Brexit dan tindakan yang akan diambil oleh Perdana Menteri UK, Boris Johnson selepas mengekalkan jawatan beliau sebagai pemimpin.

  2. #32
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,834
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Minggu ini menjadi minggu paling merosot bagi dagangan Pound Sterling dalam tempoh 2 tahun dengan penyusutan ketara matawang tersebut berikutan faktor ketidaktentuan Brexit kembali menjadi kebimbangan pelabur.

    Dagangan Pound berbanding dolar Euro juga mencatatkan penurunan mingguan terbesar dalam tempoh 3 tahun.

    Jika diperhatikan pada carta harga pasangan matawang GBP/USD pula, harga telah mencatatkan penurunan lebih 500 pips dari paras tertinggi yang dicapai pada lonjakan minggu lalu susulan kemenangan parti Konservatif dalam pilihan raya UK.

    Berbeza berbanding matawang lain yang mengambil peluang untuk mengukuh di atas penyusutan US dolar, Pound kekal bergerak lemah sepanjang minggu ini.

    Menjadi tumpuan semalam, mesyuarat dasar monetari bank pusat England menyaksikan kadar faedah dikekalkan di paras 0.75% dan terdapat 2 ahli jawatankuasa mesyuarat mengundi untuk kadar diturunkan.

    Harga membuat lonjakan pantas sekitar 80 pips ke paras 1.31300 sebelum kembali menjunam semula sekitar 140 pips melepasi paras tumpuan pada 1.30000.

    Menyambung dagangan pada Asia hari ini, harga mendatar di atas paras 1.30000 yang juga merupakan zon RBS (resistance become support) pada carta GBP/USD.


    Data pertumbuhan GDP UK untuk suku ketiga bakal menjadi tumpuan pada sesi Eropah hari ini dan juga akan memacu pergerakan Pound Sterling.

    Jika kenaikan harga berlaku, jangkaan harga akan menguji semula zon SBR (support become resistance) sekitar paras 1.31000 sebelum meneruskan penurunan semula. Kenaikan lebih tinggi, berkemungkinan mencapai paras ketinggian 1.32000.

    Namun jika harga berjaya turun lebih rendah dari paras 1.30000, pasaran bakal menjangkakan penurunan lebih rendah untuk trend bearish harga.

    Momentum penurunan yang dikekalkan dengan isu Brexit yang terus berisiko, tambahan sekitar 200 pips penurunan bakal disaksikan pada minggu berikutnya.

  3. #33
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,834
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Pengukuhan yang dipamerkan oleh matawang Pound pada dagangan sesi Eropah semalam gagal bertahan lama apabila harga kembali mencatatkan penurunan semula dan bergerak lemah pada sesi pasaran New York.

    Keyakinan terhadap dagangan Pound meningkat apabila jangkaan optimis pasaran untuk Perdana Menteri Boris Johnson bersama Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von de Leyen dan juga Ketua Perunding Brexit, Michel Barnier mengadakan pertemuan semalam.

    Namun, Ursula telah mengatakan bahawa tempoh waktu tidak mencukupi untuk perjanjian baru antara Britain dan Kesatuan Eropah (EU) disempurnakan pada penghujung 2020 dalam ucapannya.

    Susulan tersebut, dagangan Pound kembali menyusut.

    Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga membuat kenaikan pada sesi Eropah semalam ke paras ketinggian 1.31700 sebelum harga kembali turun lebih rendah di bawah garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

    Penurunan terendah harian semalam mencecah paras 1.30800 sebelum kenaikan harga menguji semula MA50. Harga bergerak mendatar sehingga sesi New York berakhir.

    Dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini masih memperlihatkan pergerakan perlahan harga pada carta GBP/USD dengan harga masih berlegar di zon tumpuan 1.31000.

    Pasaran kini menantikan kenyataan lebih lanjut oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk perkembangan terbaru berhubung konflik bersama Iran.

    Harga boleh meneruskan penurunan lebih rendah menguji support minggu lalu sekitar 1.30600 sebelum penurunan seterusnya menguji paras tumpuan 1.30000.

    Zon support sekitar 1.29100 turut akan menjadi tumpuan harga jika penurunan harga terus berlaku.

    Sebaliknya jika harga membuat kenaikan, paras resistance pada ketinggian 1.32000 akan diuji untuk harga teruskan kenaikan lebih tinggi.

    Seterusnya, zon resistance sekitar 1.32800 yang dicapai pada dagangan penghujung Disember 2019 akan menjadi destinasi kenaikan lebih tinggi harga.

  4. #34
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,834
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Matawang Pound Sterling mempamerkan lonjakan ketara harga semalam susulan keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat England yang lebih positif berbanding jangkaan pasaran.

    Berbanding ramalan penurunan, Bank of England (BOE) sebaliknya telah mengekalkan kadar faedah di paras 0.75% dengan kenyataan bernada hawkish disokong oleh data-data ekonomi tumpuan yang bertambah pulih.

    Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD semalam, harga yang membuat penurunan menguji zon support mingguan 1.29800 pada sesi Eropah kemudiannya membuat kenaikan semula sebelum lonjakan harga mencatatkan lebih 130 pips kenaikan ke paras lebih tinggi.

    Harga yang berjaya melepasi paras 1.31000 yang merupakan zon SBR (support become resistance) kemudiannya sedikit menurun dengan pergerakan harga kembali perlahan sehingga sesi New York berakhir.

    Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini, harga masih dilihat menguji zon SBR 1.31000 tersebut sementara pasaran turut berwaspada menantikan detik bersejarah untuk Britain mengundurkan diri dari Kesatuan Eropah (EU) hari ini.

    Momentum kenaikan harga yang dikekalkan dilihat akan mendorong harga meneruskan kenaikan menuju zon resistance 1.31500.

    Zon resistance tersebut turut diuji pada minggu lalu susulan data PMI UK diterbitkan sehingga mencapai paras ketinggian 1.31730 namun harga kembali ditekan semula ke paras lebih rendah.

    Sekiranya harga kembali membuat penurunan semula hari ini, harga bakal turun semula ke paras 1.30200 yang menjadi zon tumpuan harga sebelum ini sebelum menguji zon support mingguan 1.29800.

    Penurunan lebih rendah akan menuju pula zon support 1.29600 yang gagal ditembusi 2 minggu berturut-turut.

  5. #35
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,834
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Matawang Pound Sterling dijangka didagangkan berisiko ekoran statistik pandemik di UK di tahap membimbangkan. Sejak 9 hari lepas, kes kematian akibat jangkitan COVID-19 di UK merekodkan peningkatan yang terpantas berbanding negara Eropah lain dengan jumlah korban telah mencapai angka 21,000.

    Namun jika diperhatikan pergerakan harga, Pound masih lagi berjaya bergerak kukuh berbanding US dolar pada carta GBP/USD. Ini adalah berikutan US dolar bergerak lemah menjelang data-data ekonomi penting Amerika Syarikat beserta mesyuarat FOMC.

    Rundingan Brexit yang masih lagi goyah juga menjadi faktor menyumbang kepada kebimbangan pelabur untuk matawang Britain tersebut.

    Dengan penyusutan US dolar, harga pada carta GBP/USD berjaya pamerkan lonjakan pada dagangan semalam sekitar 110 pips menguji paras resistance 1.2500.

    Namun harga kembali membuat penurunan semula pada sesi New York semalam ke paras sokongan Moving Average 50 (MA50) sehingga penghujung sesi.

    Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini, harga kembali membuat kenaikan semula namun momentum kenaikan perlahan memasuki dagangan pada awal sesi Eropah.

    Harga dilihat akan menguji sekali lagi paras resistance pada ketinggian 1.2500 semalam sebelum meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

    Paras ketinggian pada 1.2640 dilihat akan menjadi destinasi tumpuan harga pada kenaikan seterusnya.

    Namun jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah di bawah paras sokongan MA50, paras RBS (resistance become support) pada 1.24100 akan diuji.

    Jika harga berjaya melepasi zon RBS tersebut, penurunan seterusnya akan menuju zon support sekitar 1.2250 yang diuji pada minggu lalu.

  6. #36
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,834
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Dagangan Pound Sterling pada Khamis menunjukkan penurunan berbanding US dolar pada carta pasangan GBP/USD setelah siri kenaikan harga sejak minggu lalu.

    Penyusutan matawang Britain itu adalah didorong oleh amaran Gabenor bank pusat England, Andrew Bailey kepada bank-bank di UK untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan UK dan Kesatuan Eropah (EU) tidak dapat mencapai kesepakatan dalam rundingan Brexit.

    Sebelum ini, UK dilaporkan bersetuju untuk berkompromi dalam rundingan. Namun ketidaktentuan pada perkembangan rundingan tersebut telah mengurangkan keyakinan para pelabur.

    Pada carta GBP/USD semalam, harga dilihat membuat kenaikan ke paras ketinggian 1.26100 pada awal sesi Asia, namun pergerakan harga mendatar dan gagal melepasi ke paras ketinggian lebih tinggi selepas diuji pada sesi Eropah dan New York.

    Memulakan dagangan sesi Asia pagi ini di paras lebih rendah sekitar 1.25700, harga kemudiannya telah mempamerkan penurunan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD.

    Penurunan diteruskan pada sesi Eropah menuju paras tumpuan 1.25000 di zon RBS (resistance become support).

    Harga yang meneruskan penurunan lebih rendah dilihat akan emnuju zon RBS seterusnya pada sekitar 1.24000 sebelum menguji paras 1.23600.

    Sebaliknya jika harga kembali menyambung semula kenaikan sebelum ini, harga akan cuba melepasi paras ketinggian 1.26100 yang dicapai semalam dan menuju paras 1.26400.

    Paras ketinggian tersebut merupakan zon resistance utama yang gagal ditembusi ketika diuji pada dagangan April lalu.

  7. #37
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,834
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Outlook GBP/USD
    GBP/USD masih bertahan di atas 1.30 meski gagal mengamankan EMA 77. Pertarungan para pelaku pasar di area EMA masih sengit pada sesi perdagangan hari ini, dengan level 1.30 yang menjadi incaran seller selanjutnya. Jika bias bullish masih bertahan, harga bisa kembali mencoba menguji EMA 77 dan stabil di atasnya. Namun apabila yang terjadi justru sebaliknya, maka waspadai kemerosotan lebih lanjut menuju 1.29.


  8. #38
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,834
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Berbeza dengan dagangan Pound Sterling pada minggu lalu yang berakhir dengan ‘happy ending’, sebaliknya pula situasi pada awal minggu ini apabila mata wang Britain tersebut didagangkan susut semula.

    Pada minggu lalu, pelabur menyambut baik laporan persetujuan rundingan telah dicapai oleh kedua-dua pihak apabila isu perikanan yang menjadi kontroversi sebelum ini telah menemui jalan penyelesaian.

    Pada carta harga pasangan GBP/USD minggu lalu melihatkan harga melonjak ke zon resistance 1.36000 semula.

    Namun pada awal dagangan pada minggu ini kembali melihatkan corak penurunan harga mula terbentuk semula selepas harga turut turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

    Hal ini dipercayai kerana pelabur yang meneliti situasi rundingan Brexit yang diumumkan pada hujung minggu. Dokumen perjanjian dengan lebih 1,200 muka surat tersebut masih menunjukkan beberapa isu utama tidak diselesaikan.

    Kebimbangan terhadap rundingan ini turut memberi tekanan semula terhadap mata wang Euro selepas berjaya bergerak kukuh berbanding US dolar semalam.

    Harga pada carta GBP/USD semalam juga telah pamerkan 140 pips penurunan harian dengan zon 1.35000 turut berjaya ditembusi.

    Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini (Selasa), harga kembali membuat kenaikan menuju semula ke paras 1.35000, namun penurunan harga akan terus dijangkakan.

    Penurunan harga yang diteruskan bakal menguji pula zon tumpuan pada 1.34000 sebelum penurunan lebih rendah akan menuju sekitar zon 1.33000.

    Sebaliknya jika sentiment rundingan Brexit kembali positif, harga berkemungkinan pamer lonjakan semula selepas melepasi zon harga 1.35000.

    Zon resistance 1.36000 yang gagal ditembusi untuk 2 minggu berturut-turut akan kembali diuji semula untuk kenaikan seterusnya.


  9. #39
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,834
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Sesi pasaran Asia melihatkan Pound Sterling didagangkan susut berbanding US dolar selepas pamerkan kenaikan pada dagangan penghujung minggu lalu.

    Pergerakan harga pada carta pasangan GBP/USD yang mencapai paras 1.38000 pada Jumaat lalu kembali turun semula pada pembukaan dagangan awal minggu ini yang terhalang pada zon SBR (support become resistance) tersebut.

    Pengukuhan US dolar pada minggu lalu gagal dikekalkan sehingga penghujung minggu setelah penurunan harga sehingga bawah paras 1.37000.

    Walaupun Pound Sterling pamer prestasi yang lemah, namun harga berjaya paparkan kenaikan semula ke zon SBR 1.38000. Namun adakah kenaikan berjaya diteruskan pada minggu ini?

    Penganalisis masih memberi amaran terhadap dagangan Pound yang kekal berisiko setelah bank pusat England (BOE) pada mesyuarat terbaru mengekalkan polisi dovish.

    Penurunan harga di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pada carta GBP/USD bakal memberi isyarat untuk harga menyambung trend bearish semula.

    Zon harga 1.37000 akan menjadi zon sokongan pada penurunan awal harga sebelum penurunan yang diteruskan dijangka menuju ke sekitar 1.36000 catatkan paras terendah terbaru 8 minggu.

    Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan pada minggu ini melepasi zon SBR 1.38000, kenaikan lebih tinggi harga bakal dijangkakan.

    Paras rintangan pada 1.4000 akan kembali menjadi sasaran harga semula selepas zon tersebut masih gagal ditembusi setelah diuji beberapa kali sepanjang bulan Mac.

    Bacaan akhir pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di UK untuk suku terakhir 2020 akan dipantau pelabur dan bakal mempengaruhi dagangan Pound Sterling.

  10. #40
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,834
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Momentum pengukuhan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu gagal dikekalkan pada dagangan semalam selepas harga pamerkan penurunan semula.

    Menepati jangkaan penganalisis untuk harga mencapai paras ketinggian pada paras 1.40000. Namun, menguji paras rintangan tersebut harga kemudian membuat penurunan semula sekitar 80 pips menuju zon RBS (resistance become support) 1.39200.



    Faktor penurunan harga didorong oleh penyusutan semula US dolar dalam pasaran berikutan kejatuhan indeks-indeks utama di pasaran Amerika Syarikat (AS) mendorong kembimbangan pelabur terhadap sentimen berisiko pasaran.

    Pound juga gagal mengekalkan pengukuhan selepas laporan data pekerjaan UK diterbitkan bercampur. Tuntutan pengangguran dan kadar pengangguran dilihat menurun. Tetapi purata pendapatan pula susut lebih rendah berbanding jangkaan.

    Pergerakan harga pada zon RBS 1.39200 akan dinilai dan paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga akan memberi petunjuk untuk arah pergerakan selanjutnya.

    Sekiranya harga berjaya menyambung semula kenaikan, paras rintangan 1.4000 sekali lagi akan diuji sebelum kenaikan yang diteruskan akan menuju sehingga sekitar 1.41000.

    Sebaliknya harga akan terus jatuh lebih rendah sekiranya US dolar kekal kukuh dan memberi tekanan terhadap mata wang Pound.

    Penurunan lebih rendah dilihat akan kembali semula ke zon RBS tumpuan minggu lalu pada 1.38000.

    Pelabur akan berwaspada untuk dagangan Pound pada awal sesi Eropah hari ini menjelang data inflasi UK yang akan diterbitkan.


  11. #41
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,834
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Kempen imunisasi vaksin Covid-19 yang dipergiatkan di UK telah mendorong sekatan pergerakan mula dilonggarkan secara beransur-ansur.

    Terus memberi perkembangan yang positif, ekonomi UK dijangka untuk beroperasi semula sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

    Faktor ini meningkatkan keyakinan para pelabur dan menyaksikan pergerakan positif bagi mata wang Pound Sterling dalam tempoh dagangan beberapa bulan kebelakangan ini.



    Seperti dinilai pada carta pasangan mata wang GBP/USD, setelah penurunan ketara pada Mac 2020 mencecah paras 1.14000, harga telah berjaya pamerkan corak kenaikan yang berterusan dan sehingga setakat Mei 2021 harga telah berjaya mencapai ke paras harga 1.42000.

    Paras 1.42000 kini menjadi zon rintangan yang sukar ditembusi setelah diuji sepanjang Mei dan juga gagal ditembusi pada dagangan Februari lalu.

    Untuk tempoh 2 minggu terbaru ini, harga bergerak dalam julat sekitar 100 pips dengan paras sokongan pada 1.41000 dan paras rintangan 1.42000.

    Dengan jangkaan Pound untuk terus mengukuh berbanding US dolar, harga perlu mengatasi rintangan 1.42000 sebelum kenaikan terbaru diunjur menuju pada ketinggian sekitar 1.43000.

    Jika harga mencapai paras tersebut, ini adalah harga tertinggi pernah dicapai harga sejak April 2018.

    Namun pelabur perlu berhati-hati untuk situasi penurunan harga selepas zon rintangan 1.42000 masih gagal harga tembusi.

    Malah pengukuhan sementara US dolar boleh menjadi petunjuk awal untuk US dolar membuat ‘comeback’ semula dan menekan harga kembali ke paras lebih rendah.

    Untuk penurunan harga, paras sokongan pada 1.41000 akan diuji sekali lagi selepas 2 minggu berjaya menyokong kenaikan semula ketika harga turun ke paras ini.

    Seterusnya, penurunan yang berjaya diteruskan akan menuju pula ke paras sokongan lebih rendah pada sekitar 1.4000 yang berada di zon RBS (resistance become support).

    Pelabur akan berwaspada bagi pergerakan harga minggu ini menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan menjadi acara tumpuan utama.


  12. #42
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,834
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Analisis Teknikal GBP / USD
    Pound Britain memulakan kenaikan baru dari zon sokongan 1.4080 berbanding Dollar AS. Pasangan GBP / USD naik di atas rintangan 1.4150 dan purata bergerak sederhana 50 jam.

    Walau bagaimanapun, pasangan ini gagal memperoleh rentak di atas rintangan 1.4200. Ia diperdagangkan setinggi 1.4199 di FXOpen dan kini memperbaiki keuntungan. Terdapat penembusan di bawah tahap sokongan 1.4165. Beruang mendorong pasangan di bawah tahap retracement Fib 23.6% dari pergerakan menaik dari ayunan 1.4083 rendah ke tinggi 1.4199.



    Pasangan ini kini menguji tahap 1.4140 dan purata bergerak sederhana 50 jam. Ia mendekati tahap retracement Fib 50% dari pergerakan menaik dari ayunan 1.4083 rendah ke tinggi 1.4199.

    Penembusan penurunan di bawah 1.4140 dapat menetapkan langkah untuk penurunan baru ke arah sokongan 1.4100. Sokongan utama masih mendekati 1.4080, di mana pasangan ini dapat menyelam ke arah 1.4000.

    Pada kenaikan, rintangan segera berada di tahap 1.4170. Terdapat juga garis tren penurunan harga utama dengan rintangan mendekati 1.4175 pada carta jam GBP / USD. Rintangan utama seterusnya mendekati tahap 1.4200.

    Penutupan yang berjaya di atas 1.4170 dan langkah susulan di atas 1.4200 dapat membuka pintu untuk bergerak menuju rintangan 1.4250.

  13. #43
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,834
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Analisis Teknikal GBP / USD
    Dalam beberapa sesi terakhir, Pound Britain kebanyakan diperdagangkan dalam julat di bawah zon rintangan 1.4200 berbanding Dolar AS. Pasangan GBP / USD merosot baru-baru ini setelah gagal menetap di atas 1.4180.

    Terdapat penembusan di bawah tahap sokongan 1.4150 dan purata bergerak sederhana 50 jam. Pasangan ini juga diperdagangkan di bawah 1.4100, tetapi ia tetap berada di atas tahap 1.4080. Nilai rendah terbentuk berhampiran 1.4086 di FXOpen dan pasangan itu kini menyatukan.



    Terdapat penembusan di atas tahap 1.4100. Pasangan ini pulih di atas tahap retracement Fib 23.6% dari penurunan baru-baru ini dari tahap tinggi 1.4184 ke tahap rendah 1.4086.

    Pada kenaikan, rintangan awal di dekat tahap 1.4135. Ia hampir dengan tahap retracement Fib 50% dari penurunan baru-baru ini dari tahap tinggi 1.4184 ke tahap rendah 1.4086. Rintangan kunci seterusnya adalah berhampiran tahap 1.4150, di mana pasangan boleh naik ke arah rintangan 1.4200 utama.

    Pada sisi negatifnya, terdapat garis arah aliran bullish utama dengan sokongan berhampiran 1.4100 pada carta GBP / USD setiap jam. Sekiranya terdapat penembusan di bawah sokongan garis tren, pasangan ini dapat menguji sokongan 1.4080. Sekiranya terdapat kerugian tambahan, pasangan mata wang tersebut dapat menurun ke tahap 1.4000.

  14. The Following User Says Thank You to Rizal For This Useful Post:

    keisha (06-16-2021)

  15. #44
    Bullish
    Join Date
    Jun 2021
    Posts
    43
    Thanks
    6
    Thanked 12 Times in 6 Posts

    Default

    usd makin kukuh ni. baik buy usd dulu

  16. #45
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,834
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Analisis Teknikal GBP / USD
    Pound Britain membuat beberapa percubaan untuk menetap di atas 1,4150 dan mengatasi 1.4200 berbanding Dolar AS. Walau bagaimanapun, pasangan GBP / USD gagal terus tinggi, dan ia memulakan penurunan baru dari jauh di atas tahap 1.4100.

    Pasangan ini memperoleh momentum penurunan di bawah zon sokongan 1.4000 utama. Terdapat penembusan yang jelas di bawah tahap sokongan 1.3920 dan purata bergerak sederhana 50 jam. Pasangan ini bahkan menembusi sokongan 1.3840 dan diperdagangkan serendah 1.3790 di FXOpen.



    Pasangan ini kini menggabungkan kerugian di atas tahap 1.3800. Rintangan awal pada kenaikan adalah berhampiran tahap 1.3840. Terdapat juga garis arah aliran menurun utama dengan rintangan mendekati 1.3850 pada carta jam GBP / USD.

    Rintangan seterusnya adalah berhampiran tahap retracement Fib 23.6% dari pergerakan ke bawah dari ayunan 1.4132 tinggi ke 1.3790 rendah. Rintangan utama adalah berhampiran tahap 1.3900 dan purata bergerak sederhana 50 jam.

    Sebilangan kenaikan boleh membawa pasangan ke tahap retracement Fib 50% dari pergerakan ke bawah dari swing tinggi 1.4132 ke 1.3790 rendah. Sokongan awal pada penurunan hampir pada tahap 1.3800. Sokongan utama pertama adalah berhampiran tahap 1.3780.

    Lebih banyak kerugian boleh membuka pintu untuk bergerak menuju zon sokongan 1.3720. Sokongan utama seterusnya terletak berhampiran tahap 1.3650.

Page 3 of 4 FirstFirst 1234 LastLast

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

Tags for this Thread

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
Disclaimer
2022 © FXOpen. All rights reserved. Various trademarks held by their respective owners.

Risk Warning: Trading on the Forex market involves substantial risks, including complete possible loss of funds and other losses and is not suitable for all members. Clients should make an independent judgment as to whether trading is appropriate for them in the light of their financial condition, investment experience, risk tolerance and other factors.

FXOpen Markets Limited, a company duly registered in Nevis under the company No. C 42235. FXOpen is a member of The Financial Commission.

FXOpen AU Pty Ltd., a company authorised and regulated by the Australian Securities & Investments Commission (ASIC). AFSL 412871ABN 61 143 678 719.

FXOpen Ltd. a company registered in England and Wales under company number 07273392 and is authorised and regulated by the Financial Conduct Authority (previously, the Financial Services Authority) under FCA firm reference number 579202.

FXOpen EU is a trading name of FXOpen EU Ltd. FXOpen EU Ltd is authorized and regulated by the Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) under license number 194/13.

FXOpen does not provide services for United States residents.

Join us