FXOpen Broker

10+ years’
experience in FX

VISIT WEBSITE

Trading Accounts

ECN, STP,
Micro, Crypto

START TRADING

Free Demo

Practice Forex trading
risk free

OPEN DEMO ACCOUNT

PAMM Technology

Become a Master
or a Follower

JOIN PAMM SERVICE
Page 2 of 3 FirstFirst 123 LastLast
Results 16 to 30 of 35

Thread: Analisa GBPUSD

  1. #16
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,952
    Thanks
    176
    Thanked 409 Times in 285 Posts

    Default

    Dagangan Sterling pada penghujung minggu lalu merosot dengan melihatkan pergerakan harga GBP berbanding USD membuat penurunan menguji paras support 1.30000 pada Jumaat.

    Perkembangan semasa bagi isu Brexit, Perdana Menteri Theresa May memohon Brussels untuk menangguhkan tarikh akhir Brexit sehingga 30 Jun untuk tempoh persediaan menghadapi pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah.

    Pesuruhjaya Eropah, Pierre Moscovici telah meyakinkan bahawa UK tidak akan meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa sebarang perjanjian pada 12 April. Laporan ini sedikit mengurangkan ketegangan yang melanda pada isu Brexit dan menyokong dagangan Sterling untuk permulaan dagangan minggu ini.

    Pengundi di Britain juga mendesak mahukan pemimpin yang lebih meyakinkan bagi menyelesaikan krisis Brexit yang berlarutan tiga tahun dan berita ini bakal menggugat kedudukan Theresa May.

    Sementara USD masih didagangkan positif selepas laporan data pekerjaan NFP pada Jumaat lalu mencatatkan angka yang meningkat pada pertambahan pekerjaan bagi bulan Mac.

    Namun, bacaan laporan tersebut agak bercampur berikutan data purata pendapatan di Amerika Syarikat mencatatkan penurunan.

    Pada minggu ini, tumpuan pada matawang USD terarah kepada data inflasi di Amerika Syarikat serta minit mesyuarat FOMC.

    Dilihat pergerakan harga pada chart GBP/USD, harga telah membuat kenaikan dari paras support 1.30000 yang diuji pada penghujung dagangan minggu lalu selepas harga gagal tembusi paras tersebut.


    Harga dilihat berlegar di sekitar paras Magic Pivot 1.3047 pada indicator Moshed Magic Line hari ini. Jika Sterling didagangkan meningkat, harga bakal meneruskan kenaikan menuju ke paras sekitar resistance 1.32000 yang gagal ditembusi minggu lalu dengan mencatatkan sekitar 150 pips pergerakan harga.

    Namun, jika harga membuat penurunan semula, paras support 1.3000 bakal diuji kembali dan jika paras tersebut berjaya ditembusi, penurunan harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar support 1.2838 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line dengan potensi sekitar 200 pips penurunan.

    Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dagangan.



    Paras support: 1.2973, 1.2912, 1.2838.

    Paras resistance: 1.3108, 1.3182, 1.3243.

  2. #17
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,952
    Thanks
    176
    Thanked 409 Times in 285 Posts

    Default

    Pound Sterling mempunyai peluang untuk mengukuh dalam masa terdekat ini didorong oleh faktor penangguhan tarikh akhir Brexit yang dilanjutkan sehingga enam bulan selepas mendapat persetujuan pemimpin Kesatuan Eropah ketika persidangan pada minggu lalu.

    Penganalisis pasaran melihat risiko terhadap situasi Brexit tanpa sebarang perjanjian semakin berkurangan dan Perdana Menteri Theresa May perlu bijak menggunakan peluang tempoh masa penangguhan yang diberikan untuk alternatif Brexit yang meyakinkan semua pihak.

    Dalam pada itu, dagangan GBP akan mengambil peluang ini untuk mengukuh dalam pasaran semasa khususnya berbanding dolar Amerika yang sedang mengalami masalah untuk mengekalkan pengukuhannya.

    Sesi dagangan pada penghujung minggu lalu menyaksikan USD didagangkan lemah terkesan oleh sentimen pasaran yang semakin pulih dan meningkatkan keyakinan pelabur untuk beralih ke aset yang lebih berisiko.

    Ini adalah disebabkan data ekonomi di China yang mengukuh di mana kadar eksport pada data imbangan dagangan mencatatkan bacaan yang memberangsangkan. Pelabur melihat kestabilan pada ekonomi di China semakin meningkat dan ini telah memberi kesan terhadap dagangan safe-haven terutamanya USD dan Yen dalam pasaran.

    Jika dilihat pergerakan harga pada pasangan matawang GBP/USD, harga menguji paras resistance 1.31200 sepanjang minggu lalu namun gagal melepasi ke paras yang lebih tinggi. Begitu juga pada dagangan Jumaat lalu di mana harga yang menguji paras 1.31200 kemudiannya kembali membuat penurunan semula ke paras 1.30700.

    Bersambung pada dagangan permulaan minggu ini, harga membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.3082 hari ini sebelum kembali turun menyentuh semula paras tersebut.

    Awal sesi pasaran Eropah melihatkan harga cuba untuk membuat kenaikan semula menuju ke paras resistance 1.3115 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.


    Jika harga berjaya membuat kenaikan sehingga melepasi paras resistance 1.31200 minggu lalu, kenaikan harga berkemungkinan mampu mencapai ke paras ketinggian pada resistance 1.3200 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line dengan 120 pips kenaikan dicatatkan dari paras Magic Pivot hari ini.

    Namun jika harga dilihat membuat penurunan ke paras lebih rendah, harga dijangka akan menguji zon tumpuan pada 1.3000 yang juga merupakan paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line hari ini. Penurunan ke paras tersebut bakal mencatatkan 80 pips pergerakan harga.

    Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dagangan anda.



    Paras support: 1.3031, 1.2997, 1.3946.

    Paras resistance: 1.3115, 1.3166, 1.3200.

  3. #18
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,952
    Thanks
    176
    Thanked 409 Times in 285 Posts

    Default

    Pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD pada Jumaat telah menamatkan dagangan minggu lalu dengan lonjakan harga sehingga hampir mencecah 200 pips kenaikan selepas laporan data pekerjaan NFP dikeluarkan.

    Lonjakan harga tersebut didorong oleh kelemahan pada dagangan USD susulan laporan pekerjaan NFP dikeluarkan disamping disokong oleh pengukuhan dagangan GBP dalam pasaran semasa.

    Perkembangan semasa rundingan Brexit dilaporkan positif berikutan pemimpin parti pembangkang Britain menggesa Parlimen untuk menyelesaikan kebuntuan Brexit yang dihadapi selama ini dan mencapai persetujuan terhadap pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah.

    Penganalisis melihat faktor optimis dengan rundingan antara parti untuk menyelesaikan masalah tersebut mendorong peningkatan terhadap dagangan Sterling.

    Jika diperhatikan dagangan GBP/USD pada Jumaat lalu, harga yang menguji paras RBS (resistance become support) pada 1.3000 kemudiannya telah melonjak hampir 200 pips ke paras ketinggian yang baru sekitar 1.31760 sebelum menutup harga di paras sekitarnya.

    Namun pada sesi pasaran Asia permulaan minggu ini, harga kembali menurun semula membuat pembetulan harga (correction) ke paras Magic Pivot 1.3112 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

    Reaksi harga pada paras Magic Pivot yang juga berada pada zon RBS itu akan memberikan isyarat kecenderungan harga bagi pergerakan harga pada GBP/USD hari ini.

    Jika harga turun lebih rendah melepasi Magic Pivot hari ini, harga berkemungkinan akan menguji paras tumpuan pada 1.30700 sebelum meneruskan penurunan lebih rendah untuk kembali menguji zon RBS 1.3000 sebelum ini.


    Namun jika harga gagal menembusi paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan kembali membuat kenaikan dan cuba mengatasi paras ketinggian yang dicapai pada lonjakan Jumaat lalu.

    Kenaikan seterusnya dilihat akan cuba menuju ke paras resistance 1.3236 (MagicR1) atau lebih tinggi ke paras resistance 1.3301 (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini untuk terus merekodkan paras ketinggian terbaru pada chart GBP/USD.

    Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras tumpuan harga yang turut digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.



    Paras support: 1.3047, 1.2922, 1.2857.

    Paras resistance: 1.3236, 1.3301, 1.3425.

  4. #19
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,952
    Thanks
    176
    Thanked 409 Times in 285 Posts

    Default

    Dalam ketidaktentuan Brexit yang berlanjutan, Pound Sterling terus menunjukkan kejatuhan nilai dagangannya dalam pasaran semasa.

    Khususnya pada pasangan matawang GBP/USD, harga telah menjunam hampir 100 pips pada dagangan sesi pasaran New York semalam.

    Laporan akhbar menyatakan parlimen British berkemungkinan mampu mencapai persetujuan dalam rundingan antara parti, namun keraguan terhadap kesepakatan tersebut terus menghalang dagangan GBP untuk mendapatkan kembali momentum kenaikannya semula.

    Akhbar Guardian melaporkan dianggarkan sekitar 150 ahli parlimen dari pembangkang parti buruh bakal menolak perjanjian yang tidak mengandungi referendum.

    Penganalisis berpendapat bahawa ramai pelabur yang melihat referendum kedua akan kembali memberikan gambaran yang positif buat Sterling semula.

    Sementara dagangan USD masih mencari rentak untuk mengukuh semula namun faktor ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China yang mempengaruhi sentimen pasaran terus menyukarkan matawang tersebut.

    Pasaran masih mengikuti perkembangan rundingan dagang di mana kini China pula dilaporkan akan membalas serangan tarif terhadap barangan Amerika ekoran tindak balas kepada kenaikan tarif oleh Amerika pada Jumaat lalu.

    Diperhatikan dagangan GBP/USD semalam, harga yang menguji paras ketinggian Jumaat lalu di sekitar 1.30400 juga di paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line, gagal membuat kenaikan lebih tinggi sebelum harga menjunam hampir 100 pips ke paras RBS (resistance become support) pada 1.29400.

    Penurunan tersebut juga melepasi paras support MagicS1 dan MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum pergerakan harga mula mendatar dan harga ditutup di paras sekitarnya.


    Bersambung pada sesi Asia hari ini, pergerakan harga masih lagi mendatar dan bergerak di bawah paras Magic Pivot 1.2978.

    Jika harga meneruskan penurunan lebih rendah dari paras tumpuan 1.29400 semalam, penurunan harga dilihat akan turun sekitar 70 pips lagi menuju ke paras support 1.2879 (MagicS2).

    Namun, jika harga kembali membuat kenaikan dan bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, paras penting pada 1.3000 akan diuji terlebih dahulu dan jika paras tersebut berjaya ditembusi, jangkaan kenaikan seterusnya berkemungkinan menuju ke paras resistance 1.3078 (MagicR2).

    Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.



    Paras support: 1.2917, 1.2879, 1.2817.

    Paras resistance: 1.3017, 1.3078, 1.3117.

  5. #20
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,952
    Thanks
    176
    Thanked 409 Times in 285 Posts

    Default

    Pound Sterling terus didagangkan lemah sehingga penghujung minggu ini berikutan ketidaktentuan Brexit yang terus membimbangkan para pelabur.

    Ditambah lagi tekanan dengan berita peletakan jawatan oleh Theresa May pada 7 Jun ini, dagangan GBP terus merosot dalam pasaran semasa.

    Walaupun penganalisis berpendapat dagangan GBP akan kembali mencatatkan kenaikan selepas tampuk pimpinan bertukar ganti, namun tiada faktor yang cukup kukuh untuk menyokong pandangan tersebut.

    Sementara menantikan pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah pada Oktober nanti, dagangan GBP dijangka akan terus berisiko dan melihatkan pergerakan harga yang tidak menentu bergantung pada perkembangan rundingan Brexit dari masa ke masa.

    Jika diperhatikan pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD, pergerakan perlahan harga menunjukkan harga menurun ke paras zon support pada 1.26100 yang diuji sepanjang dua minggu ini.

    Dagangan GBP/USD hari ini mendatar pada sesi Asia di bawah paras Magic Pivot 1.2635 dan selepas menyentuh paras tersebut, harga mula menunjukkan penurunan pada awal sesi pasaran Eropah hari ini menguji paras support 1.26100 semula.

    Jika harga berjaya breakout zon support tersebut, penurunan harga berkemungkinan mampu mencecah sehingga ke paras sekitar support 1.2540 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.


    Penurunan tersebut juga akan mencatatkan sekitar 100 pips penurunan dari paras Magic Pivot hari ini untuk harga terus mencari paras terendah yang terbaru pada chart GBP/USD.


    Namun jika harga gagal tembusi zon support 1.26100, jangkaan harga akan kembali membuat kenaikan semula menuju ke paras zon tumpuan sebelum ini di sekitar 1.27000.

    Paras resistance pada indicator Moshed Magic Line yang berhampiran akan turut menjadi tumpuan harga jika kenaikan berjaya diteruskan.

    Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.



    Paras support: 1.2600, 1.2575, 1.2540.

    Paras resistance: 1.2660, 1.2695, 1.2720.

  6. #21
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,952
    Thanks
    176
    Thanked 409 Times in 285 Posts

    Default

    Matawang Pound Sterling didagangkan meningkat sejak semalam selepas disokong oleh laporan data pekerjaan Britain yang positif ketika dikeluarkan pada sesi Eropah semalam.

    Bacaan data menunjukkan kadar pendapatan meningkat 3.1% dalam tempoh tiga bulan sehingga April mengatasi ramalan penurunan oleh pasaran. Sementara kadar pengangguran pula kekal di paras terendah sejak tahun 1975.

    Selain itu juga, faktor lain yang menyokong dagangan semasa baut GBP adalah komen daripada Timbalan Gabenor Ben Broadbent yang mengatakan bahawa Bank of England (BOE) berkemungkinan akan menaikkan kadar lebih cepat berbanding jangkaan pasaran jika rundingan Brexit berjalan lancar.

    Berbanding dagangan USD, Sterling berjaya meneruskan kenaikan harga hari ini pada chart pasangan matawang GBP/USD mengambil kesempatan terhadap dolar Amerika yang bergerak perlahan pada awal minggu.

    Selain masih terkesan oleh ketegangan perang dagang dan juga laporan pekerjaan NFP yang merosot pada minggu lalu, pelabur mengambil langkah berwaspada terhadap dagangan USD menjelang data inflasi yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam ini.

    Pergerakan harga pada chart GBP/USD mencatatkan kenaikan hari ini menyambung kenaikan harga semalam dan dilihat menguji paras resistance 1.2745 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

    Jika harga berjaya meneruskan kenaikan melepasi zon resistance tersebut, jangkaan kenaikan harga seterusnya akan mencatatkan paras ketinggian baru menuju ke paras sekitar 1.27800.

    Dan paras ketinggian lebih tinggi mampu dicapai jika momentum kenaikan pada GBP berjaya dikekalkan dan harga bakal mencecah ke paras sekitar 1.2807 (MagicR3) untuk menguji zon resistance pada bulan Mei.


    Namun jika harga kembali membuat penurunan, paras Magic Pivot 1.2707 hari ini yang berada pada zon tumpuan harga akan diuji untuk harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.


    Antara paras harga yang dilihat akan menjadi destinasi tumpuan pada penurunan adalah pada 1.26500 yang merupakan paras terendah dagangan harian pada Jumaat lalu dan seterusnya ke paras support 1.2620 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

    Penurunan tersebut mampu mencatatkan sekitar 100 pips pergerakan harga dari paras harga semasa pada resistance MagicR1.

    Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.



    Paras support: 1.2682, 1.2645, 1.2620.

    Paras resistance: 1.2745, 1.2769, 1.2807.

  7. #22
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,952
    Thanks
    176
    Thanked 409 Times in 285 Posts

    Default

    Dagangan Pound Sterling akan menjadi tumpuan pelabur pada hari ini dengan jangkaan pergerakan berimpak tinggi akan disaksikan terhadap matawang British tersebut.

    Selepas mesyuarat bank pusat pusat Amerika Syarikat dan Jepun, pada jam 7 petang ini pula keputusan mesyuarat oleh bank pusat England akan menjadi tumpuan. Bank of England (BOE) dilihat lebih cenderung ke arah pendirian yang lebih hawkish untuk polisi monetari mereka berbanding Fed dan bank pusat Jepun yang dovish.

    Dengan jangkaan tersebut, pelabur mula mengurangkan posisi jualan terhadap dagangan GBP sebelum ini yang dipengaruhi oleh sentimen ketidaktentuan politik di Britain dengan pengunduran Theresa May sebagai Perdana Menteri.

    Sebelum keputusan mesyuarat BOE, dagangan GBP akan turut memberi reaksi pada data jualan runcit UK pada sesi pasaran Eropah petang ini dengan jangkaan bacaan data yang menurun.

    Berbanding matawang USD yang melemah susulan kenyataan dovish Fed awal pagi ini, Sterling berjaya melonjakkan harga pada carta GBP/USD sejak semalam sehingga mencecah 130 pips kenaikan harga melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line semalam.

    Bersambung pada dagangan hari ini, harga masih lagi dilihat menyambung kenaikan sehingga mencecah ke paras tumpuan pada 1.27000 juga berhampiran paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

    Jika data jualan runcit UK positif dan keputusan mesyuarat polisi BOE menyokong dagangan GBP hari ini, harga bakal meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi dan diramalkan melepasi paras ketinggian semasa sekitar resistance 1.2749 (MagicR2).


    Paras ketinggian tersebut diuji sejak awal dagangan Jun namun harga gagal menembusi paras itu untuk ke paras lebih tinggi. Kenaikan seterusnya dijangka mampu mencecah paras ketinggian sekitar 1.2825 (MagicR3).


    Namun jika sebaliknya dagangan Sterling mencatatkan kejatuhan, penurunan harga dijangka akan menguji dahulu paras Magic Pivot 1.2618 hari ini sebelum meneruskan penurunan lebih rendah ke paras 1.2563 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini yang turut berada pada zon RBS (resistance become support).

    Lihat gambar carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.



    Paras support: 1.2563, 1.2486, 1.2431.

    Paras resistance: 1.2694, 1.2749, 1.2825.

  8. #23
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,952
    Thanks
    176
    Thanked 409 Times in 285 Posts

    Default

    Dagangan Pound mencatatkan peningkatan semalam ekoran tindakan optimis Perdana Menteri UK Boris Johnson yang telah membentangkan pelan Brexit terbaru beliau untuk dinilai oleh Kesatuan Eropah (EU) walaupun peluang untuk menggantikan pelan Brexit Theresa May sebelum ini agak tipis.

    Menurut Presiden Suruhanjaya Eropah Donald Tusk kepada PM Johnson, EU masih terbuka untuk rundingan Brexit namun tahap keyakinan masih rendah ekoran tawaran oleh PM Johnson tidak mendapat sokongan dari 27 negara yang perlu menandatangani persetujuan perjanjian pengunduran.

    Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD semalam, harga telah membuat lonjakan 150 pips dari paras sekitar 1.22700 menguji paras ketinggian terbaru pada 1.24100 sebelum kembali menurun semula ke paras tumpuan sekitar 1.23400.

    Lonjakan harga oleh Pound turut disokong oleh penyusutan nilai matawang dolar Amerika Syarikat berikutan kebimbangan pelabur menjelang laporan data NFP pada malam ini.

    Selain itu juga, bacaan data PMI perkhidmatan tinjauan ISM yang diterbitkan semalam turut mencatatkan penurunan dan merekodkan bacaan terendah sejak Ogos 2016 yang lalu.

    ARTIKEL BERKAITAN
    Trump Gunakan China Pula Untuk Kepentingan Pilihan Raya?

    Mampukah AUD/USD Terus Kekalkan Momentum Kenaikan Harga?

    Ini Pergerakan Mata Wang Utama Menjelang Laporan NFP

    Pergerakan harga GBP/USD pada sesi Asia pagi ini perlahan dan menunjukkan sedikit kenaikan. Pasaran masih menantikan perkembangan Brexit yang terbaru di mana Kesatuan Eropah telah memaklumkan kepada PM Johnson bahawa beliau diberikan tempoh satu minggu sahaja untuk membentangkan tawaran yang lebih baik dan diterima.

    Jika PM Johnson mampu mencipta kejutan menerusi pelan Brexit beliau dan hasilnya adalah positif, harga dilihat akan membuat kenaikan lebih tinggi melepasi paras 1.24100 sebelum meneruskan kenaikan ke paras tumpuan seterusnya di paras 1.25000 atau lebih tinggi pada 1.25700.

    Namun jika tekanan Brexit lebih hebat, Pound bakal mengalami penyusutan nilai dan pergerakan harga bakal mencecah ke paras terendah semasa sekitar support 1.22100.

    Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.


  9. #24
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,952
    Thanks
    176
    Thanked 409 Times in 285 Posts

    Default

    Pound Sterling terus didagangkan berisiko pada sesi pasaran Eropah hari ini berikutan perkembangan negatif Brexit dengan kebarangkalian untuk situasi no-deal Brexit semakin tinggi.

    Tempoh pengunduran Britain semakin hampir dan Kesatuan Eropah (EU) tidak bersetuju pelan cadangan Brexit yang dibentangkan oleh Perdana Menteri UK Boris Johnson. Pelabur melihat Britain bakal meninggalkan EU tanpa perjanjian.

    Dengan kebimbangan tersebut, Sterling dijangka akan terus bergerak lemah pada dagangan minggu ini.

    Dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga meneruskan penurunan pada awal sesi Eropah selepas mendatar sepanjang sesi dagangan Asia pagi tadi.

    Dagangan dolar USD tidak begitu memberi tekanan berikutan sentimen terbaru rundingan dagang AS-China dilihat kembali menimbulkan kegelisahan para pelabur.

    Kementerian Perdagangan China berkemungkinan mengambil tindakan balas selepas Amerika menyenarai hitam 28 syarikat China atas alasan layanan terhadap masyarakat Uighur Muslim.

    ARTIKEL BERKAITAN
    Perjanjian Brexit Dilihat Semakin Sukar Untuk Dicapai?

    EUR/JPY Bergelut Untuk Kekalkan Kenaikan Harga Ke Paras Lebih…

    UK Bakal Tanggung Hutang Yang Tinggi Jika Berlaku No-Deal…

    Harga pada GBP/USD membuat penurunan melepasi paras 1.22800 dilihat menuju ke paras support pada 1.22100 untuk menguji paras tumpuan tersebut.

    Berkemungkinan kebimbangan terhadap isu Brexit yang berterusan bakal menyebabkan harga turun lebih rendah sehingga mencatatkan paras terendah yang terbaru pada carta harga GBP/USD.

    Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, dijangka paras resistance pada 1.23400 bakal diuji semula sebelum kenaikan lebih tinggi berpotensi mencapai ke paras 1.24100.

    Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.


  10. #25
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,952
    Thanks
    176
    Thanked 409 Times in 285 Posts

    Default

    Skrip yang sama hampir sepanjang minggu, dagangan Pound Sterling terus mengukuh walaupun terdapat laporan yang melihatkan kegoyahan untuk rundingan Brexit terus mencapai kejayaan.

    Setelah terdapat keraguan terhadap rundingan Brexit yang melemah dagangan Sterling semalam, matawang British tersebut kembali meneruskan pengukuhan pada sesi New York semalam sebelum pergerakan harga lebih mendatar pada sesi Asia pagi ini.

    Awal sesi dagangan sesi Eropah hari ini menyaksikan penyusutan nilai Sterling berikutan perkembangan terkini Brexit yang melaporkan bahawa Parti Kesatuan Demokratik (DUP) Ireland Utara telah menolak pelan Brexit Perdana Menteri UK Boris Johnson pada persidangan kemuncak EU hari ini.

    Hal ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap sokongan untuk PM Johnson mendapatkan kelulusan Parlimen.

    Khususnya isu kawalan sempadan yang tidak dipersetujui dan juga beberap penjelasan yang kurang jelas seperti isu cukai nilai tambah (VAT). Namun begitu, kerjasama akan terus diberikan untuk mendapatkan keputusan yang menyebelahi kedua-dua belah pihak.

    Untuk data ekonomi pula, bacaan data jualan runcit di UK bagi bulan September mencatatkan bacaan di paras sifar sedikit meningkat berbanding bacaan bulan sebelumnya yang dikemaskini menurun kepada -0.3%.

    ARTIKEL BERKAITAN
    Pound Melonjak Lagi, Perjanjian Brexit Akhirnya Tercapai!

    DUP Tolak Cadangan Boris Johnson Menjelang Rundingan Brexit Di…

    EUR/USD Teruskan Lagi Kenaikan Minggu Ini, Ada Peluang Nak…

    Melihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga telah melonjak ke apras ketinggian terbaru pada sesi New York semalam selepas bergerak menurun pada sesi sebelumnya.

    Paras pada 1.28750 merupakan paras ketinggian terbaru yang dicapai harga sejak dagangan Mei lalu sebelum pergerakan harga perlahan pada sesi Asia pagi ini dan menurun pada sesi Eropah ekoran laporan penolakan pelan Brexit oleh Parti DUP Ireland.

    Penurunan harga tersebut dilihat menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.27800. Jika harga hanya membuat pembetulan (retracement), kenaikan harga seterusnya bakal ke paras lebih tinggi lagi melepasi resistance 1.28800.

    Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, berwaspada pada paras penting yang menjadi tumpuan harga sebelum ini seperti di paras sekitar 1.27000 dan seterusnya pada 1.25000 iaitu 200 pips lebih rendah lagi.

    Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

    []https://intraday.my/wp-content/uploads/2019/10/GBPUSD-17.10.2019-768x383.png[/img]

  11. #26
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,952
    Thanks
    176
    Thanked 409 Times in 285 Posts

    Default

    Matawang Pound Sterling didagangkan berisiko pada minggu ini sementara pelabur terus mengikuti perkembangan Brexit yang terus menimbulkan kebimbangan dalam pasaran.

    Terkini, tarkih akhir Brexit telah disahkan dilanjutkan sehingga 31 Januari 2020 di mana tarikh asal pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah (EU) adalah dijadualkan pada Jumaat ini.

    Undian parlimen masih kekal ditolak menentang Perdana Menteri UK Boris Johnson. Beliau kini mahu mengadakan pilihan raya umum lebih awal setelah penangguhan Brexit dipersetujui EU.

    PM Johnson dilihat berdepan masalah untuk mendapatkan sokongan majoriti di parlimen dengan ditentang oleh Parti Buruh khususnya yang menentang no-deal Brexit.

    Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga bergerak mendatar sejak semalam dengan pelabur yang kekal berhati-hati mendapatkan arah yang lebih jelas untuk isu Brexit.

    Harga yang dilihat bergerak di atas garisan Moving Average 50 (MA50) menunjukkan pergerakan perlahan sejak awal sesi Asia bermula sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah hari ini.

    Kenaikan harga dilihat bakal menuju ke zon resistance sekitar paras 1.3000 jika perkembangan Brexit memberikan laporan yang positif.

    Namun jika nilai matawang GBP menyusut, harga bakal membuat penurunan menguji paras support pada 1.27800 yang berada pada zon RBS (resistance become support).

    Harga yang berjaya meneruskan penurunan melepasi zon RBS tersebut bakal menuju pula ke paras 1.27000 iaitu zon RBS lebih rendah yang menjadi paras tumpuan harga sebelum ini.

    Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.


  12. #27
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,952
    Thanks
    176
    Thanked 409 Times in 285 Posts

    Default

    Tumpuan pasaran semalam terarah pada mesyuarat dasar monetari bank pusat England untuk keputusan penetapan kadar faedah yang terbaru.

    Bank of England (BOE) seperti yang dijangkakan telah mengekalkan kadar faedah di paras 0.75% selain tidak menyelaraskan kos pinjaman menjelang pilihan raya umum pada bulan hadapan.

    Daripada 9 ahli jawatankuasa BOE (MPC) yang mengundi, 7 daripadanya memilih untuk kadar faedah dikekalkan termasuk Gabenor Mark Carney. Namun, 2 ahli MPC iaitu Saunders dan Haskel mengejutkan pasaran dengan undian untuk kadar faedah diturunkan kepada 25 mata asas.

    Dalam ucapan terbaru Gabenor Carney, beliau turut menyentuh berkenaan risiko terhadap ekonomi global dan memberi amaran bahawa situasi no-deal Brexit akan mendorong kepada kehilangan pekerjaan dan juga kemerosotan perniagaan.

    Dengan kenyataan dovish bank pusat, matawang Pound Sterling didagangkan lemah pada sesi pasaran New York semalam melihatkan penurunan jelas pada carta pasangan matawang utama terutamanya pada GBP/USD.

    Dagangan GBP/USD menunjukkan kenaikan pada sesi sebelumnya, sebelum membuat penurunan sekitar 80 pips lebih rendah mencecah paras 1.28000 pada zon support.

    Penurunan tersebut menjadikan 180 pips penurunan harga dari paras ketinggian yang dicapai penghujung minggu lalu.


    Berbeza berbanding dagangan minggu lalu yang menunjukkan siri kenaikan harga, sepanjang minggu ini harga membuat penurunan secara konsisten bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50).

    Harga bergerak mendatar sehingga penghujung sesi New York dan bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini. Pelabur menantikan perkembangan terbaru Brexit untuk isyarat pergerakan harga yang lebih jelas.

    Jika harga berjaya mengekalkan momentum penurunan, harga akan cuba melepasi zon support dan bergerak lebih rendah dari paras 1.27800 untuk mencatatkan paras terendah terbaru harga.

    Namun jika harga kembali pantul membuat kenaikan, paras halangan pada MA50 perlu ditembusi untuk harga meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

  13. #28
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,952
    Thanks
    176
    Thanked 409 Times in 285 Posts

    Default

    Dagangan Pound Sterling kembali menunjukkan kenaikan sejak sesi pasaran New York semalam setelah penyusutan pada sesi sebelumnya.

    Susulan perdebatan antara Perdana Menteri UK Boris Johnson dan pemimpin parti Buruh pembangkang, Jeremy Corbyn, matawang British tersebut menyusut dengan keputusan tinjauan pilihan raya yang bercampur-campur.

    Namun, kenyataan PM Johnson yang menyatakan bahawa beliau akan menjanjikan potongan cukai untuk golongan pekerja di Britain telah menyuntik kembali keyakinan terhadap parti kerajaan.

    Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga menyambung penurunan sejak Selasa bermula sesi Asia semalam bersambung ke sesi Eropah.

    Penurunan harga telah menguji paras 1.28900 yang merupakan zon RBS (resistance become support) sebelum harga kembali menunjukkan kenaikan semula.

    Kenaikan harga turut didorong oleh dagangan dolar USD yang berisiko dalam ketidaktentuan pada perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

    Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan berlegar di sekitar garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) menuju pembukaan sesi pasaran Eropah.

    Jika harga berjaya meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, zon resistance pada ketinggian sekitar 1.29700 akan menjadi destinasi tumpuan harga.

    Harga akan cuba menembusi zon tersebut sebelum menuju pula pada paras penting 1.30000. Paras tersebut dicapai pada Oktober lalu mencatatkan paras ketinggian terbaru pada carta GBP/USD sejak dagangan Mei.

    Namun jika harga kembali meneruskan penurunan semula, harga berkemungkinan turun lebih rendah melepasi paras terendah harian semalam pada paras RBS 1.28900.

    Penurunan seterusnya bakal menuju sekitar paras RBS lebih rendah pada 1.28200 sebelum turun ke paras support utama pada 1.27700.

  14. #29
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,952
    Thanks
    176
    Thanked 409 Times in 285 Posts

    Default

    Pound Sterling pada dagangan Khamis mengekalkan pengukuhan berbanding matawang utama yang lain termasuk dagangan berbanding dolar USD.

    Pengukuhan matawang British tersebut didorong oleh laporan tinjauan undian pilihan raya UK yang terbaru dikongsikan oleh YouGov dengan peratusan undian terus dimonopoli oleh Parti Konservatif kerajaan pimpinan Perdana Menteri Boris Johnson.

    Walaupun dolar USD berjaya mengukuh berikutan bacaan data ekonomi Amerika Syarikat yang diterbitkan positif semalam, namun gagal memberi tekanan terhadap Pound.

    Ini dapat dilihat pada pergerakan harga bagi carta pasangan matawang GBP/USD yang mencatatkan kenaikan dari paras terendah semalam sekitar 1.28300 sehingga melepasi garisan trendline harga dan juga paras Moving Average 50 (MA50).

    Kenaikan harga mencecah 120 pips ke paras lebih tinggi sekitar ketinggian 1.29500 sehingga bersambung pada awal sesi pasaran Asia hari ini.

    Harga bergerak perlahan namun masih menguji paras ketinggian tersebut memasuki awal dagangan sesi Eropah.

    Harga dijangka akan kembali menguji zon resistance pada paras ketinggian 1.29700 yang gagal ditembusi harga pada dagangan minggu lalu.

    Jika momentum kenaikan harga berjaya dikekalkan, harga bakal melepasi kenaikan lebih tinggi melepasi paras 1.30000 yang merupakan paras tertinggi dicapai harga pada Oktober lalu selepas kali terakhir ke paras tersebut sejak Mei.

    Namun jika Pound kembali didagangkan susut, harga bakal kembali membuat penurunan semula menuju zon tumpuan harga sekitar 1.28700 dan akan cuba melepasi garisan MA50.

    Penurunan lebih rendah akan kembali semula ke paras support mingguan di atas paras 1.28200 yang juga merupakan zon RBS (resistance become support) utama pada carta GBP/USD.

  15. #30
    Moderator Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    3,952
    Thanks
    176
    Thanked 409 Times in 285 Posts

    Default

    Pound Sterling berjaya mengekalkan pengukuhan pada minggu ini dengan laporan tinjauan pilihan raya UK terbaru menunjukkan Parti Konservatif kerajaan mendahului parti Buruh dengan perbezaan sekitar 10 mata.

    Dengan pilihan raya yang akan berlangsung pada minggu hadapan, kemenangan Parti Konservatif kerajaan pimpinan Boris Johnson akan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap perjanjian Brexit.

    Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD telah mencatatkan paras ketinggian terbaru semalam menguji kembali resistance dagangan Oktober pada paras 1.30100.

    Kenaikan 80 pips harga pada dagangan semalam melepasi paras ketinggian 1.29700 yang berada pada zon RBS (resistance become support).

    Kenaikan harga pada carta GBP/USD tersebut turut didorong oleh faktor penyusutan dagangan dolar USD ekoran sentimen rundingan dagang yang kembali berisiko.

    Presiden AS Donald Trump memberi isyarat perjanjian bersama China berkemungkinan akan berlaku selepas pilihan raya Amerika Syarikat pada 2020 nanti.

    Harga yang bergerak lebih tinggi dari paras garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat harga masih cenderung untuk melakukan kenaikan.


    Pada dagangan sesi Asia hari ini, harga mula bergerak mendatar di sekitar paras tumpuan 1.30000 dan menunjukkan tanda-tanda penurunan memasuki sesi pasaran Eropah.

    Jika harga kembali menurun, zon RBS 1.29700 akan kembali diuji harga begitu juga dengan garisan MA50.

    Penurunan yang berjaya melepasi zon berikut bakal turun lebih rendah menuju support terdekat sekitar 1.28800.

    Namun jika harga berjaya mengekalkan momentum kenaikan, harga bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Mei berkemungkinan mencapai paras 1.31500.

Page 2 of 3 FirstFirst 123 LastLast

Tags for this Thread

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
Disclaimer
2005-2020 © FXOpen All rights reserved. Various trademarks held by their respective owners.

Risk Warning: Trading on the Forex market involves substantial risks, including complete possible loss of funds and other losses and is not suitable for all members. Clients should make an independent judgment as to whether trading is appropriate for them in the light of their financial condition, investment experience, risk tolerance and other factors.

FXOpen Markets Limited, a company duly registered in Nevis under the company No. C 42235. FXOpen is a member of The Financial Commission.

FXOpen AU Pty Ltd., a company authorised and regulated by the Australian Securities & Investments Commission (ASIC). AFSL 412871ABN 61 143 678 719.

FXOpen Ltd. a company registered in England and Wales under company number 07273392 and is authorised and regulated by the Financial Conduct Authority (previously, the Financial Services Authority) under FCA firm reference number 579202.

FXOpen does not provide services for United States residents.

Join us