FXOpen Broker

10+ years’
experience in FX

VISIT WEBSITE

Trading Accounts

ECN, STP,
Micro, Crypto

START TRADING

Free Demo

Practice Forex trading
risk free

OPEN DEMO ACCOUNT

PAMM Technology

Become a Master
or a Follower

JOIN PAMM SERVICE
Page 3 of 3 FirstFirst 123
Results 31 to 40 of 40

Thread: Analisa Gold

  1. #31
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,820
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Memerhati carta pergerakan harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD tampaknya kembali mencatatkan kenaikan setelah bergerak perlahan pada Khamis berikutan ‘Thanksgiving Day’.

    Corak harga juga dilihat telah didagangkan sendu pada penghujung sesi New York semalam sebelum kembali memaparkan semula lonjakan pada dagangan yang bersambung di awal sesi Asia pagi Jumaat.

    Lonjakan tersebut secara tidak langsung telah menguji zon SBR (support become resistance) 1800.00 dan menyaksikan reaksi junaman pada sesi Eropah hari ini untuk kekal berlegar-legar di dalam zon itu.



    Dagangan emas nampaknya memperoleh manfaat setelah hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) memberi kejutan dengan kejatuhan agresif selepas hampir mencapai ke paras 1.70% di awal minggu.

    Pelabur turut masih lagi berjaga-jaga terhadap kenyataan hawkish pada minit mesyuarat FOMC yang boleh menjadi pemangkin yang jelas untuk Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah lebih awal.

    Bukan itu sahaja, kebarangkalian untuk berlaku aktiviti pengambilan untung (profit taking) di ketika dagangan menuju ke penghujung minggu serta menghampiri ke penutup pergerakan bulan November.

    Penganalisis menjangkakan bahawa pergerakan harga emas berkemungkinan akan terlebih dahulu uji zon SBR seterusnya pada 1830.00 sebelum dikukuhkan dengan jangkaan mampu untuk terus mendaki.

    Langkah pendakian yang lebih agresif akan melihat harga menuju ke zon SBR 1850.00 dan yang sama sekali bakal membuat perubahan trend bullish untuk sekali lagi menggapai ke zon rintangan 1880.00.

    Jika dagangan emas terus menerima tekanan daripada dolar greenback, zon RBS (resistance become support) 1780.00 atau boleh dianggap sebagai paras sokongan pada minggu ini untuk kembali dicecah.

    Kemampuan untuk menyusut lebih parah pula bakal menyaksikan pergerakan harga menjejaki ke zon sokongan 1760.00 yang mana zon tersebut pernah menyokong semula lonjakan pada awal November.

  2. #32
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,820
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Pergerakan harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD tampaknya kekal meneruskan gerakan perlahan serta mendatar sehingga ke penghujung sesi di kala permulaan dagangan minggu ini.

    Ini dapat diperhatikan pada rangka masa 1 jam di carta harga apabila dagangan emas terus berlegar-legar di zon SBR (support become resistance) 1780.00 yang sebelum ini telah dianggap sebagai zon sokongan.

    Namun pelabur juga berkemungkinan akan mengambil kira terhadap pergerakan harga yang kembali didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) bagi isyarat awal kepada trend bullish.

    Dagangan emas terus terpalit dengan ketidaktentuan pasaran dan kekal bergelut dalam mendapatkan pemangkin yang lebih jelas untuk memangkin pergerakan yang agresif di akhir dagangan tahun 2021.

    Membataskan lagi pergerakan harga emas adalah susulan jangkaan bahawa terdapat kebarangkalian bahawa Federal Reserve (Fed) mungkin akan lebih segera dalam melaksanakan peningkatan kadar faedah.

    Pemangkin utama bakal ditumpukan kepada terbitan indeks data harga pengguna (CPI) AS yang akan diterbitkan pada Jumaat dan dijangka berupaya untuk mempengaruhi permintaan dagangan emas.

    Secara tidak langsung jangkaan terbabit akan mengukuhkan harapan agar harga emas dapat kekalkan lonjakan yang dipamerkan pada penutup dagangan minggu lalu (Jumaat) untuk mencapai zon 1800.00.

    Tambahan pula zon tersebut sering kali membantaskan lonjakan dan dek kerana itu ia telah menjadi zon tumpuan yang akan diuji terlebih dahulu sebelum jangkaan harga emas akan terus menyerlah lagi.

    Akan tetapi tidak mustahil sekiranya paras rintangan MA50 berkenaan bakal kembali ditembusi yang sama sekali bakal mempengaruhi pergerakan harga untuk mencecah semula ke zon sokongan 1760.00.

    Penurunan yang lebih rendah pula akan mendorong harga emas menjejaki zon sokongan seterusnya yang dilihat pada 1740.00 dan sekali gus bakal menggerakkan harga untuk kekal dengan trend bearish.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  3. #33
    Bullish
    Join Date
    Jun 2021
    Posts
    36
    Thanks
    3
    Thanked 7 Times in 4 Posts

    Default

    dah lama hold gold ni. macam lama lagi nak buat high all time

  4. #34
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,820
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Tampaknya pelabur terus mengambil langkah berjaga-jaga menjelang mesyuarat FOMC pada minggu ini setelah penantian kenyataan hawkish yang dilontarkan oleh Federal Reserve (Fed) terus dinantikan.

    Penantian semakin hangat disebabkan pelabur mengambil kira sama ada langkah itu akan diteruskan atau tidak di samping kebimbangan Omicron yang ketika ini telah pun mengakibatkan satu kematian.

    Sementara itu, terbitan indeks data harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) mungkin akan dinilai terlebih dahulu yang mana ia bakal berupaya untuk mempengaruhi pergerakan dolar greenback.

    Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD nampaknya sedikit terbantut untuk melonjak selepas harga terus mengekalkan pergerakan perlahan dan mendatar semula.

    Ini juga secara tidak langsung telah menggambarkan bahawa harga emas masih sendu dalam tempoh hampir 3 minggu dan kekal memberi tanda tanya kepada pelabur dalam mencari hala tuju yang jelas.

    Namun pergerakan harga emas seakan memberi petunjuk untuk meningkat terlebih dahulu berikutan harga telah didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

    Hal yang demikian secara tidak langsung akan membuat pelabur mengeluarkan jangkaan untuk harga mencapai ke zon SBR (support become resistance) 1800.00 sebelum menyasarkan sasaran terbaharu.

    Menembusi zon SBR itu yang juga dianggap sebagai zon yang paling kebal ketika ini akan menyokong lonjakan harga lebih jelas dalam memaparkan kenaikan serta dijangka akan menguji zon SBR 1830.00.

    Terus kekal menjadi tumpuan adalah pada zon sokongan 1760.00 sekiranya pergerakan harga emas terus membuat penurunan semula dan mungkin akan memberi isyarat untuk harga terus menyusut.

    Penyusutan lebih rendah berkebarangkalian akan disaksikan apabila harga menembusi zon sokongan berkenaan yang sama sekali akan mendorong harga emas merekod paras terendah yang terbaharu.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  5. #35
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,820
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Pelabur kembali menarik nafas lega apabila harga emas berjaya ditutup di paras lebih tinggi semula pada penghujung sesi New York selepas pada mulanya membuat penurunan susulan reaksi terhadap keputusan mesyuarat FOMC.

    Seperti dijangkakan, penurunan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menguji zon support 1760.00, dengan paras terendah mencecah sekitar 1753.00 dengan pengukuhan awal US dolar.

    Namun, US dolar yang kemudiannya mengalami penyusutan nilai telah mendorong peningkatan harga sehingga 270 pips ke paras 1780.00.

    Walaupun situasi tersebut dilihat hanya sementara oleh pelabur, namun penyusutan US dolar tersebut telah memberi ruang untuk harga emas meningkat.

    Kebimbangan terhadap ancaman coronavirus Omicron yang masih berlegar dalam pasaran turut akan mempengaruhi pergerakan emas semasa.

    Selepas lonjakan harga melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD, kenaikan diteruskan pada dagangan hari ini namun pada kadar yang lebih perlahan.

    Zon tumpuan harga bagi kenaikan yang diteruskan bakal menuju ke paras 1800.00 dengan jangkaan reaksi menarik harga akan berlaku pada zon penting tersebut.

    Kenaikan lebih tinggi seterusnya akan menguji pula zon 1810.00 dan berpotensi untuk mencapai sehingga ke paras ketinggian 1830.00 untuk pergerakan trend bullish yang lebih jelas.

    Sebaliknya jika harga kembali papar pergerakan yang mengecewakan untuk pelabur, zon support pada 1760.00 dilihat bakal diuji semula untuk penurunan harga.

    Penurunan lebih rendah akan mencatatkan paras terendah terbaru 11 minggu buat emas dengan sasaran seterusnya adalah pada zon support utama 1700.00.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  6. #36
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,820
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Pergerakan harga pada pasaran kewangan mula dilihat membuat ‘u-turn’ semula pada penghujung minggu.

    Namun, pelabur komoditi masih positif mengharapkan dagangan emas untuk kekal meneruskan kenaikan bersambung pada minggu ini.

    Pada minggu lalu, harga emas telah berjaya melonjak melepasi paras $1,800 per auns susulan reaksi pasaran selepas mesyuarat FOMC.

    Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan kenaikan sehingga $60 dari paras terendah 9 minggu pada $1,753 sehingga ke paras $1,814.00.

    Namun menutup dagangan penghujung minggu, harga susut semula ke paras sekitar $1,800 tersebut dan berlegar di sekitarnya pada dagangan yang bersambung pada awal minggu ini.

    Sejak sesi Asia hingga ke sesi Eropah hari ini, harga dilihat masih bergerak di paras $1,800 yang turut menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

    Kenaikan yang berjaya diteruskan bakal menguji kembali zon rintangan 1810.00 yang diuji minggu lalu sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi ke sasaran harga 1830.00.

    Walaupun begitu, pelabur harus berwaspada ekoran pengukuhan yang dipamerkan semula oleh US dolar boleh menekan semula harga emas untuk kembali susut.

    Untuk jangkaan corak penurunan harga, pergerakan di bawah paras 1800.00 akan mendorong harga menuju ke paras sekitar 1780.00 terlebih dahulu sebelum menyambung penurunan lebih rendah ke zon 1760.00.

    Perkembangan penularan varian Omicron akan terus dipantau pada minggu ini yang mempengaruhi pergerakan harga emas dalam pasaran.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  7. #37
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,820
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Kelemahan dolar greenback didorong oleh tarikan yang makin berkurang akibat perkembangan varian Omicron yang sedikit menggembirakan daripada kajian oleh pakar mengenai beberapa vaksin Covid-19.

    Bertitik tolak daripada hal tersebut, dagangan emas terus mengambil ruang untuk menyinari pasaran setelah terima manfaat daripada kenaikan agresif pada data inflasi Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

    Namun pelabur juga dijangka akan mengambil langkah berwaspada berikutan dolar greenback dilihat masih mendapat sokongan daripada kenyataan hawkish yang dilontarkan oleh Federal Reserve (Fed).

    Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD telah menyaksikan kenaikan setelah harga hanya membuat rebounce pada zon RBS (resistance become support) 1780.00.

    Kenaikan tersebut secara tidak langsung telah menyokong harga kembali menerajui zon 1800.00 pada penghujung sesi Rabu sebelum terus bergerak perlahan dan mendatar di sesi Eropah hari ini (Khamis).

    Harga kemungkinan mampu kekal melonjak setelah harga seakan membentuk corak bullish engulfing pada rangka masa mingguan yang dapat memberikan indikasi jelas kepada pengekalan corak uptrend.

    Disebabkan hal itu, pelabur dijangka mengeluarkan sasaran awal untuk harga emas kembali mencapai paras ketinggian yang direkod pada penghujung minggu lalu sekitar 1814.00 untuk sekali lagi diterajui.

    Intihanya zon SBR (support become resistance) 1830.00 kebarangkalian akan menjadi zon yang bakal dicapai andai kata harga terus utuh dalam memapar kenaikan sebelum menutup dagangan minggu ini.

    Dengan nada yang berbeza pula, zon RBS 1780.00 mungkin akan dicecah semula sekiranya pergerakan harga emas kembali peroleh tekanan daripada dolar greenback untuk sekali lagi meneruskan terjunan.

    Terjunan yang lebih drastik sama sekali akan mendorong harga menuju benteng sokongan yang paling kebal pada 1760.00 yang mana ia sering kali memacu kenaikan harga sejak pertengahan Oktober lalu.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  8. #38
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,820
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Pelabur emas menarik nafas lega apabila dagangan pada penghujung minggu lalu menyaksikan emas terselamat daripada mengalami penurunan nilai lebih parah selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diberikan tumpuan.

    Jangkaan untuk melihat laporan yang positif meleset apabila pertambahan pekerjaan di AS pada Disember lebih rendah berbanding jangkaan peningkatan.

    Faktor yang mendorong penyusutan bagi nilai US dolar memberi ruang untuk harga emas kembali melonjak semula pada minggu ini.

    Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar melihatkan harga pada mulanya membuat penurunan awal sekitar 1783.00 susulan reaksi terhadap terbitan laporan NFP.

    Harga kemudiannya meningkat sehingga hampir semula menyentuh paras penting 1800.00 sebelum mendatar perlahan di bawahnya ke penghujung sesi.

    Harga mengalami kesukaran untuk menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sehingga dagangan bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini.

    Sesi Eropah melihatkan harga sedikit melepasi halangan MA50 yang berkemungkinan menjadi isyarat awal untuk corak kenaikan harga emas semula.

    Sekiranya harga berjaya melepasi rintangan 1800.00, zon-zon rintangan tumpuan sebelum ini sekitar 1815.00 serta zon rintangan 1830.00 bakal beri reaksi menarik pada kenaikan harga.

    Sementara untuk jangkaan penurunan harga jika diteruskan bakal melepasi zon sokongan pada 1785.00 selepas beberapa minggu zon tersebut berjaya menghalang kejatuhan lebih rendah.

    Penurunan yang diteruskan bakal menuju zon support pada 1760.00 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  9. #39
    Bullish
    Join Date
    Jun 2021
    Posts
    41
    Thanks
    6
    Thanked 12 Times in 6 Posts

    Default

    elok buy je ni..buat saving 10-20 tahun

  10. #40
    Moderator cool user Rizal's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Malacca
    Posts
    5,820
    Thanks
    227
    Thanked 428 Times in 301 Posts

    Default

    Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat lebih mendatar pada minggu ini berbanding corak kenaikan harga yang dipamerkan minggu lalu.

    Sentimen pasaran yang berisiko memberi kelebihan kepada aset pelabur selamat seperti emas untuk mencatatkan peningkatan nilainya.

    Namun, tekanan dihadapi ekoran US dolar juga turut mengukuh dalam pasaran sebagai mata wang safe-haven, disokong oleh lonjakan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS).

    Zon harga 1830.00 masih menjadi halangan untuk kenaikan harga emas pada carta XAU/USD dengan terdapat petunjuk awal untuk pergerakan menurun harga pada minggu ini.

    Harga telah bergerak mendatar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, berlegar di sekitar zon 1815.00.

    Harga dilihat lebih cenderung untuk bergerak lebih rendah menuju semula zon tumpuan pada 1800.00.

    Untuk trend bearish harga yang lebih jelas, selepas penurunan harga di bawah paras 1800.00, zon sokongan harga sebelum ini sekitar 1785.00 dan juga 1760.00 akan kembali menjadi tumpuan.

    Sebaliknya, jika harga berjaya melonjak semula selepas ‘berehat’ sejak penghujung minggu lalu, kenaikan dilihat akan menguji zon rintangan 1830.00.

    Reaksi harga pada zon tersebut akan memberi isyarat kepada pelabur sama ada harga mampu meneruskan kenaikan lebih tinggi sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 8 minggu.

    Untuk jangkaan pergerakan menaik harga, paras tumpuan akan terarah sekitar zon 1850.00 dan seterusnya pada 1870.00 yang merupakan zon rintangan yang diuji pada dagangan November lalu.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


Page 3 of 3 FirstFirst 123

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
Disclaimer
2022 © FXOpen. All rights reserved. Various trademarks held by their respective owners.

Risk Warning: Trading on the Forex market involves substantial risks, including complete possible loss of funds and other losses and is not suitable for all members. Clients should make an independent judgment as to whether trading is appropriate for them in the light of their financial condition, investment experience, risk tolerance and other factors.

FXOpen Markets Limited, a company duly registered in Nevis under the company No. C 42235. FXOpen is a member of The Financial Commission.

FXOpen AU Pty Ltd., a company authorised and regulated by the Australian Securities & Investments Commission (ASIC). AFSL 412871ABN 61 143 678 719.

FXOpen Ltd. a company registered in England and Wales under company number 07273392 and is authorised and regulated by the Financial Conduct Authority (previously, the Financial Services Authority) under FCA firm reference number 579202.

FXOpen EU is a trading name of FXOpen EU Ltd. FXOpen EU Ltd is authorized and regulated by the Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) under license number 194/13.

FXOpen does not provide services for United States residents.

Join us