PDA

View Full Version : NogarD's Lair



NogarD
12-22-2013, 01:32 PM
Bismillahirrahmanir Rahim..

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua trader Fxmalay (walaupun nampak gaya tak ramai yang aktif di forum). Saya merupakan pendatang baru dalam broker ni dan difahamkan di forum ni ada memberi bonus kepada setiap post. Jadi, di sinilah saya akan memulakan perjalanan di dalam bisnes ni dan diharap dapat menimba sedikit sebanyak ilmu dan tips2 daripada otai2 yang dah lama berkecimpung dalam bidang forex ni.

Forex trading
Apa itu forex trading? Saya mengenali forex trading dari rakan2 yang pernah manjalankan bisnes MLM & yang pernah mengalami kerugian atas kegagalan Swiss Cash/AB Fund beberapa tahun dah dulu.

Jadi 1st impression saya berkenaan forex trading ini adalah, "just another getting-rich-quick sceme". Namun saya difahamkan forex trading tak memerlukan kita untuk cari2 orang untuk mendapat keuntungan. Hanya perlu mengadap computer je boleh dapat duit.

Wow, mungkin bunyinya agak too good to be true ditambah lagi dengan iklan2 broker di serata lama web yang lebih kurang berbunyi "...saya baru belajar dagangan matawang dan telah mendapat keuntungan 500 dollar seminggu." Dan disebabkan sifat ingintahu yang sangat mendalam, saya terus mecari segala informasi mengenai bisnes ni. Malangnya, informasi tentang forex trading di negara kita sangatlah terhad malah masih ada perbalahan tentang hukum halal haram untuk bisnes ni.

Namun, salah seorang rakan saya dengan beraninya mempertaruhkan RM15k pada tahun 2008. Katanya akaun trading beliau diuruskan oleh seorang professional trader dan mendapat keuntungan RM3k pada minggu pertama. Wow lagi sekali. Dari itulah saya semangat berkobar2 untuk menjalankan bisnes ni. Sewaktu semangat tengah memuncak, rakan tadi mengumumkan pelaburan dia telah mencapai angka USD 2.04 setelah sebulan. Aiyo, apa sudah jadi????? Si kawan menangis tak berlagu...

Semenjak itu saya dapati banyak lagi berita2 buruk mengenai forex trading yang semua pakat rugi belaka. Saya agak hairan kerana apabila saya mencari maklumat di internet, ramai yang mengatakan boleh menjana sehingga jutaan ringgit dalam forex trading tapi ternyata tiada bukti yang nyata di luar sini kerana kebanyakannya RUGI.

Jadi, tutup cerita mengenai dengar cerita orang, saya sendiri turun padang memulakan trading untuk melihat apakah benar segala khabar2 angin yang saya dengar tentang forex trading.......

- - - Updated - - -

........ Saya memulakan trade dengan akaun demo dan diperkenalkan dengan berbagai2 jenis indicator & bermacam2 teknik. Memang pening kepala nak belajar satu2 dan akaun saya tetap rugi (demo pun rugi apetah lagi live). Dan akhirnya, seorang mat saleh yang saya kenali dari internet menyarankan saya untuk melakukan jurnal di setiap trading supaya saya dapat track setiap kesalahan2 yang telah saya lakukan. Dan inilah jurnal saya & saya akan menjana keuntungan (atau kerugian) di FxMalay untuk beberapa tahun mendatang...

- - - Updated - - -

Sementara nak menunggu akaun saya di verified, kita mulakan dengan analisis pertama saya tentang GBP/USD (satu-satunya pair yang saya trade buat masa sekarang)...

37464

Dari carta mingguan yang dapat kita lihat, berdasarkan keputusan tapering yang dibuat oleh di mesyuarat FOMC pada Khamis lalu, sepatutnya US Dollar dapat viarga untuk memancut naik dan pair Cable ni sepatutnya dah mula turun. Ditambah dengan bentuk comel shooting star yang mana signal untuk reversal trend. Tapi, nampak gaya bear di GBP/USD masih terhegeh2 untuk beraksi, Itu adalah apa yang saya paham mengenai forex trading iaitu TIADA YANG PASTI. Benda yang sepatutnya jadi tapi dia still tak jadi jugak. Mungkin juga salah satu faktor orang sibuk untuk cuti Krismas, dan mungkin ada yang menunggu minit mesyuarat FOMC dikeluarkan di media pada Januari nanti untuk mengconfirmkan kekuatan US Dollar.

mrl5001
12-22-2013, 01:32 PM
Syabas kepada NogarD, mempunyai minda yang terbuka dan menguji sendiri fakta yang terdapat hampir dimana mana saja. selamat datang dan semoga berjaya.

NogarD
12-22-2013, 01:35 PM
Terima kasih kepada encik mrl5001 atas sokongan. Harapnya thread ni kekal lama la kot. Cuma carta yang saya post tu kenapa dia ciknonit sangat. Salah upload ke macamana tu?

NogarD
12-22-2013, 11:05 PM
Prediction GBP/USD pada minggu ini. Nampak macam BEAR akan menguasai kedudukan carta tetapi selagi harga berada di atas moving average menandakan BULL masih mempunyai sedikit tenaga untuk re-test 1.6480 dan tidak mustahil untuk pergi ke 1.6550 (Monthly R1 Pivot). Saya akan memulakan trading selepas cuti krismas / tahun baru untuk menguji sejauh mana keberkesanan Weekly & Monthly Pivot ni...

37480

itrade
12-23-2013, 01:23 AM
carta yang saya post tu kenapa dia ciknonit sangat

register akaun percuma di photobucket.com kemudian upload charta anda disana, dan insert image selepas buat post dalam forum. mungkin chartanya nampak molek sikit kot

NogarD
12-23-2013, 11:13 PM
Belum ada pergerakan yang drastik lagi. Bear atau Bull masih malu2 lagi nak beraksi. Mungkin news pada US session malam karang akan membawa sedikit perubahan pada pergerakan carta.



https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/CableH1.jpg~original (http://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/CableH1.jpg~original)

hamba_taat
12-25-2013, 08:50 AM
selamat maju jaya sahabat..semoga kita sama-sama dapat mempertingkatkan kebolehan dan kemahiran dalam trading kat fxopen nie..yang baik perlu dikongsi dengan kawan-kawan untuk dijadikan sebagai contoh dan semangat bersama..

NogarD
12-30-2013, 01:38 AM
Terima kasih kerana memberikan sokongan. Nampaknya akaun trading telah pun di verified. Saya akan melakukan deposit & mula trading minggu depan apabila leverage kembali kepada 500:1. Jadi sementara menunggu minggu depan tak banyak yang dapat dikongsi sangat. Bull nampaknya dah berjaya menembusi segala resistance line. 1.6580 adalah resistance yang terakhir dan saya harap sempat untuk saya entry sell order di situ nanti untuk target 1.6010.

NogarD
01-04-2014, 08:50 AM
... 1.6580 adalah resistance yang terakhir dan saya harap sempat untuk saya entry sell order di situ nanti untuk target 1.6010.

Harga 1.6580 dah pun dilawati. Tak sempat nak tunggu minggu depan untuk sell kat situ. Nampak gaya nak kene tunggu setup seterusnya pada area 1.6238.


https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/CableH403JAN.jpg~original (http://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/CableH403JAN.jpg~original)

NogarD
01-07-2014, 12:11 PM
Hari yang agak membosan kan. USD Trade Balance lagi stengah jam. Harap2 ada sedikit aksi...

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/CableH10701.jpg~original (http://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/CableH10701.jpg~original)

NogarD
01-10-2014, 04:16 PM
ECB dah lepas, FOMC punya minit mesyuarat pun dah keluar, NFP pun dah lepas. Sebijik signal pun takda. Betul lah apa yang orang selalu cakap, "trade forex adalah membosankan". Cuba lagi minggu depan...


Untuk timeframe H4 (GBP/USD)...... tiada sebarang trade minggu ni.

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/1stweek.jpg~original (http://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/1stweek.jpg~original)

- - - Updated - - -

Lain pulak ceritanya pada account scalping (TF 5min) 4 pair (GBP/USD EUR/USD AUD/USD EUR/JPY). Ada sedikit hasil untuk minggu ni...

Target = 4000 pip (balik modal)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/Scalping.jpg~original (http://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/Scalping.jpg~original)

+210 pip ....... lagi 3790 pip untuk capai target...

NogarD
01-13-2014, 08:11 AM
Test buy 1.6441 TP 1.6554. Stop area 1.6370..

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/Cable1301.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/Cable1301.jpg~original)

NogarD
01-13-2014, 12:46 PM
Test buy 1.6441 TP 1.6554. Stop area 1.6370..


Sekali dia turun la pulak. Hedging kat 1.6411 out kat 1.6374.

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/1301.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/1301.jpg~original)

+1020 - 670 = +35pip

hamba_taat
01-14-2014, 05:31 AM
Sekali dia turun la pulak. Hedging kat 1.6411 out kat 1.6374.

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/1301.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/1301.jpg~original)

+1020 - 670 = +35pip

wau ok la tu bro nogard...sekurang-kurangnya dapat jugak keuntungan tu...nie bro nogard main akaun micro atau standard?kekalkan prestasi yang nie pasti akan berjaya nanti...analisis yang dibuat pun baik dan tepat..boleh la share untuk kita orang kt forum nie..

NogarD
01-14-2014, 02:54 PM
Ni akaun micro je. Modal USD400. Kalau maintain lot 1.0, saya kene dapatkan 4000 pip untuk balik modal. Jauh perjalanan lagi tu. Untuk analisis, saya pun main bedal2 je tu. Saya tak berape pandai pakai indicator, jadi trade ikut logic je. Ni ada buat gambar contoh support/resistance yang saya pakai..

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/A.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/A.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/B.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/B.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/C.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/C.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/D.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/D.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/E.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/E.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/F.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/F.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/G.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/G.jpg~original)


Jadi formulanya :

Sell point A - TP point B
Buy point B - TP point A / Hedging TP point C
Buy point C - TP point B / Hedging TP point D

Dan seterusnya.....

Setiap minggu atau bulan point akan bertukar ikut pada price action bergantung pada timeframe. Dan untuk akaun scalping, point akan bertukar setiap hari pada timeframe M1 & M5...

hamba_taat
01-16-2014, 05:35 AM
Ni akaun micro je. Modal USD400. Kalau maintain lot 1.0, saya kene dapatkan 4000 pip untuk balik modal. Jauh perjalanan lagi tu. Untuk analisis, saya pun main bedal2 je tu. Saya tak berape pandai pakai indicator, jadi trade ikut logic je. Ni ada buat gambar contoh support/resistance yang saya pakai..

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/A.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/A.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/B.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/B.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/C.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/C.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/D.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/D.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/E.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/E.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/F.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/F.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/G.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/G.jpg~original)


Jadi formulanya :

Sell point A - TP point B
Buy point B - TP point A / Hedging TP point C
Buy point C - TP point B / Hedging TP point D

Dan seterusnya.....

Setiap minggu atau bulan point akan bertukar ikut pada price action bergantung pada timeframe. Dan untuk akaun scalping, point akan bertukar setiap hari pada timeframe M1 & M5...

terbaik la bro u punya sitem trading nie..cuma line yang A,B,C dan D itu melalui indicator atau line yang u create sendiri?cantik sangat system trading nie..asalkan system yang kita pakai itu dapat memberikan profit untuk kita semasa trading dah cukup..:sm46:

learn2biz
01-16-2014, 11:51 AM
maaf cakap ada beza 'main' forex ngan 'trade' forex ... nak berforex kena ada ilmu .. kalau 'main bedal' .. mmmm ... tu yg bakal masuk dalam 95% rugi ... nak dapat ilmu kena belajar .. sekurang2nya tau TA (technical analysis) atau FA (fundamental analysis) .. ilmu yg membezakan dari 'berjudi' .. apa sebab entry sekian2 .. apa sebab price action tiba2 berubah arah .. sebagai asas, baca la babypips : http://www.babypips.com/school .. entry tanpa sebab ni la yg bahaya ... adeh

NogarD
01-16-2014, 03:31 PM
Terima kasih kepada learn2biz atas pencerahan. Yang sebenarnya istilah "main bedal" yang saya sebut tu hanya metafora bagi menunjukkan sifat rendah diri. Tak mungkin saya terjun dalam bisnes forex ni tanpa ilmu kan?

Untuk menjawab pertanyaan sahabat hamba_taat, line tu semua saya buat sendiri. Seperti yang saya ada beritahu, saya tak pandai pakai indicator (melainkan esok learn2biz akan ajar saya di Restoran Abdullah...hehe). Jadi di sini saya tunjukkan macamana lebih kurang line2 tu terhasil..


Saya sering tertanya2, apa yang membuatkan harga bergerak? Kenapa dia berhenti kat satu tempat, reverse, lepas tu berhenti lagi? Jadi fundamental nya adalah, carta adalah seperti perniagaan yang menggunakan konsep demand & supply, atau dalam bahasa forex, support & resistance. Harga akan melambung apabila demand/permintaan tinggi, dan harga akan jatuh apabila banyaknya supply/bekalan.

Contoh 1:
Perniagaan di pasar, apabila satu2 produk tu banyak permintaan pembeli, bekalan akan berkurangan dan produk tersebut akan naik harga. Begitu juga sebaliknya harga akan jatuh apabila produk tersebut banyak penjual serta bekalan tapi permintaan kurang.

Contoh 2:
Dalam pasaran stock market, saham sesebuah syarikat baru adalah pada tahap rendah pada mulanya. Namun lama-kelamaan syarikat tersebut akan berkembang maju dan semakin lama pelabur2 akan semakin yakin dan tidak putus2 membeli saham syarikat tersebut yang akhirnya melonjakkan harga saham. Sebaliknya, syarikat yang sudah lama beroperasi yang mengalami masalah kegoyahan dalaman seperti pengurusan, hutang dan lain2, ditambah pulak dengan kabar2 angin yang kurang baik daripada "orang dalam" syarikat, para pelabur akan merasa takut lalu menjual saham mereka di syarikat tersebut yang mana pada akhirnya harga saham di syarikat itu akan jatuh. Biasanya kegiatan orang dalam ini selalu dikaitkan dengan istilah "insider trading". Dalam pasaran forex, saya belum pernah dengar lagi pasal insider trading, mungkin ada tapi ia di luar jangkauan pengetahuan saya yang masih lagi setahun jagung dalam bisnes ni..

Ok, berbalik pada tajuk asal, di sini saya sediakan gambarajah bagai mana contoh line support dan resistance saya terhasil...

PERINGATAN : Saya adalah di tahap amatur, jadi tak semestinya line yang saya buat benar2 tepat...

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/Contoh1.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/Contoh1.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/Contoh2.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/Contoh2.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/Contoh3.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/Contoh3.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/Contoh4.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/Contoh4.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/Contoh5.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/Contoh5.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/Contoh6.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/Contoh6.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/Contoh7.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/Contoh7.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/Contoh8.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/Contoh8.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/Contoh9.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/Contoh9.jpg~original)

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/Contoh10.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/Contoh10.jpg~original)



Inilah sedikit sebanyak contoh line support & resistance saya terhasil... Dan carta dibawah adalah harga terkini... belum ada line baru lagi.


https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/Contoh.jpg~original (http://i139.photobucket.com/user/nagarademus/media/Contoh.jpg~original)

NogarD
01-17-2014, 06:22 AM
Sebagai tambahan, economic news yang penting selalu menghasilkan spike. Jadi saya juga kadang2 menambah beberapa level atau line di hujung setiap spike sebagai support & resistance. Saya menggunakan forexfactory untuk membaca news...

Contoh economic news yang penting adalah NFP, FOMC bagi USD, ECB bagi EUR, dan BOE Inflation bagi GBP dan ada beberapa lagi yang lain. News juga tergolong dalam salah satu indicator dalam trading yang akan mempengaruhi sentiment setiap trader terhadap kekuatan sesebuah matawang. Namun, seperti indicator yang lain, ia tak semestinya tepat. Jadi walaupun data actual lebih baik dari forecast yang menunjukkan kekuatan sesebuah matawang, tak semestinya harga matawang tersebut akan naik.

Itu saja yang dapat saya terangkan sedikit sebanyak tentang apa yang saya tau mengenai forex trading. Sekarang, saya akan bersiap2 dari Seremban untuk ke KL dan akan ke Restoran Abdullah malam ni. Harap dapat menimba lagi ilmu dari otai2 yang berada di sana..

kayubatu
01-18-2014, 11:36 AM
Tuan NogarD;

Saya setuju dengan konsep "Support & Resistance" dan "Supply & Demand". Boleh gunakah Fibonaci Retracement dan Modified mengunakan Murray Matematic untuk menghalusinya. Jadi tak payah fikir pasal pivot sebab boleh diturunkan atau dinaikkan megikut perubahan semasa. Banyak2 pakai indicator membuat kepala pening. Saya dah lama pening dah.....

NogarD
01-18-2014, 12:45 PM
Terima kasih kepada sahabat kayubatu. Demand & Supply adalah asas mana2 perniagaan. Saya belum pandai tarik Fibonacci Retracement, jadi, saya masih menggunakan pivot sebagai panduan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh otai2 (walaupun ada yang malu nak mengaku otai...hehehe) & admin FxMalay atas segala tunjuk ajar di Selayang malam tadi kerana telah mengubah persepsi saya terhadap forex market. Segala tunjuk ajar rasanya tak ternilai harganya kalau nak di convert kepada wang ringgit mahupun USD... Ada jodoh kita akan bertemu lagi di lain2 waktu.

NogarD
01-26-2014, 01:16 PM
Pengalaman belajar di Restoran Abdullah adalah yang terbaik daripada seluruh seminar tentang trading yang pernah saya hadiri. Ia telah mengubah cara saya membuka setiap position yang mana signal yang saya faham daripada indicator yang telah di ajar muncul hanya beberapa kali setiap bulan. Jadi disebabkan saya hanya akan membuka beberapa position setiap bulan, adalah tak relevan untuk saya meneruskan jurnal di forum ni yang hanya akan update 2 minggu sekali. Jadi admin bolehlah menutup thread saya ni dan Insha Allah, kita akan bertemu lagi di Dollah... Di bawah adalah trading hasil dari ilmu yang otai2 di Dollah berikan...

https://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/DetailedStatement.jpg~original (http://i139.photobucket.com/albums/q311/nagarademus/DetailedStatement.jpg~original)

Jumpa lagi kita di Dollah........

learn2biz
01-27-2014, 02:11 AM
tahniah kerana telah berjaya meningkatkan pemahaman dan menemui rahsia harta karun .. eh silap .. rahsia kejayaan dlm forex ... selepas ini yg penting ialah konsistensi ... ramai telah ditunjukkan benda sama tapi penerimaan masing2 berbeza .. jadi hasilnya berbeza la juga ...
Forum ini mempunyai sistem auto-close sekiranya tiada balasan baru selepas 30 hari. Jadi thread akan dibiarkan terbuka sbb kadang2 mungkin ada benda nak diluahkan atau dikongsikan ..

Rizal
12-14-2018, 05:01 AM
jom meriahkan jurnal TT :)