PDA

View Full Version : PAMM 5001



mrl5001
10-23-2012, 09:32 AM
Atas permintaan ramai, pemantauan keupayaan Pengurus Dana yang menggunakan FXOpen PAMM kini di paparkan kepada umum melalui http://www.fxopen.com/Pamm/List.aspx

tahap keselamatan yang tinggi untuk kedua dua belah pihak antara pelabur dengan pengurus dana telah di sediakan, system back office memberi laluan serta merta dan secara automatic menguruskan bahagian masing masing mengikut syarat syarat di ditetapkan. Apa yang dilihat itu yang dapat.

Untuk maklumat lanjut berkenaan PAMM FXopen, sila ke http://www.fxopen.com/Pamm/List.aspx atau ke forum khusus untuk PAMM di http://forum.fxopen.com/forumdisplay.


dibawah ini adalah akaun PAMM yang saya kendalikan,

kepada semua yang ingin mengikuti atau menpunyai persoalan mengenai akaun PAMM bolih mengajukan soalan di sini kepada saya di tread ini.

sila klik widget di bawah untuk info terkini

cerminmataku
10-23-2012, 01:11 PM
Semoga Encik Ramli terus sukses dalam trading,
Saya personally dalam proses memahami apa itu PAMM dan objektiff PAMM..

BOYO-LEPER
10-23-2012, 03:12 PM
Cikgu Ramli ke..... tahniah teman ucapkan di atas journal AC pam ini.... disini teman nak tahu berkenaan AC pam yg Cikgu kendalikan :

1 / Berapakah kadar minima nak ikut serta AC pam ini
2 / Ianya dalam micro atau standard

tq ...

mrl5001
10-24-2012, 02:14 AM
Cikgu Ramli ke..... tahniah teman ucapkan di atas journal AC pam ini.... disini teman nak tahu berkenaan AC pam yg Cikgu kendalikan :

1 / Berapakah kadar minima nak ikut serta AC pam ini
2 / Ianya dalam micro atau standard

iya saya, ac pamm ini adalah ecn. untuk melihat tawaran yang disediakan, lihat pada paparan charta pamm mempunyai 3 tab, klik tab OFFER. contoh (10/0/5 - 0/5 - 15/1/10)

3 angka pertama dalam kurungan 10/0/5 adalah 10% imbuhan saya mengandalikan ac ini, kemudian diikuti dengan 0% upah pengurusan dan yg ketiga 5% adalah pencapaian minima yang harus di tunaikan untuk imbuhan saya.

sekiranya profit dalam tempoh tersebut tidak mencapai tahap minima, saya tidak mendapat imbuhan saya tetapi profit yang ada dibahagi sama rata untuk semua mengikut nisbah masing masing

2 angka ditengah 0/5 0% commision untuk deposit dan denda 5% pengeluaran (withdrawal) awal atau tak cukup tempoh matang biasa nya satu bulan

3 angka terakhir 15/1/10
angka pertama adalah deposit minima dan maxima tanpa had jadi dalam contoh ini 15usd
angka tengah adalah topup yang minima dan maxima juga tanpa had
dan akhir sekali baki minima, baki yang kurang dari itu dikira pengeluaran penuh

fyi. sikap trading pada dasarnya terbahagi kepada 3 jenis, 1 aggresif, 2 moderate dan 3 conseversif . olih itu ukur selera masing masing jika mengharapkan lebih 50% pulangan cari pamm manager yang aggresif , saya ingin mengambil cara ketiga yang lebih consevesif dan berisiko rendah.

jumpa di aina jumaat depan kot, minggu ini mungkin tak ada perjumpaan kerana raya haji.

BOYO-LEPER
10-24-2012, 12:44 PM
iya saya, ac pamm ini adalah ecn. untuk melihat tawaran yang disediakan, lihat pada paparan charta pamm mempunyai 3 tab, klik tab OFFER. contoh (10/0/5 - 0/5 - 15/1/10)

3 angka pertama dalam kurungan 10/0/5 adalah 10% imbuhan saya mengandalikan ac ini, kemudian diikuti dengan 0% upah pengurusan dan yg ketiga 5% adalah pencapaian minima yang harus di tunaikan untuk imbuhan saya.

sekiranya profit dalam tempoh tersebut tidak mencapai tahap minima, saya tidak mendapat imbuhan saya tetapi profit yang ada dibahagi sama rata untuk semua mengikut nisbah masing masing

2 angka ditengah 0/5 0% commision untuk deposit dan denda 5% pengeluaran (withdrawal) awal atau tak cukup tempoh matang biasa nya satu bulan

3 angka terakhir 15/1/10
angka pertama adalah deposit minima dan maxima tanpa had jadi dalam contoh ini 15usd
angka tengah adalah topup yang minima dan maxima juga tanpa had
dan akhir sekali baki minima, baki yang kurang dari itu dikira pengeluaran penuh

fyi. sikap trading pada dasarnya terbahagi kepada 3 jenis, 1 aggresif, 2 moderate dan 3 conseversif . olih itu ukur selera masing masing jika mengharapkan lebih 50% pulangan cari pamm manager yang aggresif , saya ingin mengambil cara ketiga yang lebih consevesif dan berisiko rendah.

jumpa di aina jumaat depan kot, minggu ini mungkin tak ada perjumpaan kerana raya haji.

sebenarnya teman berada kat kampong kerana terkena sakit strok pd 30/7 lalu kat KL sana ... sekarang teman bertambah sihat ... alhamdullilah ... oleh sebab itu teman tak boleh hadirkan diri kat aina cafe ... nanti klu ada apa2 sy akan hubungi Cikgu ... kirimkan salam sy pada semua ... :sm35:

mrl5001
10-24-2012, 05:44 PM
salam boyo, stroke ! serious tu jangan buat main main kena jaga sikit makan minum la lepas ini,

bila buat post untuk trade pun jangan terlalu mengganas sangat, takut nanti pressure naik kat kepala, usah buat scalping lagi , belajar trade swing dan manage trade lagi rilak tidak menbebankan

semoga cepat semboh dan kembali sihat

mrl5001
10-25-2012, 05:40 AM
kepada investor yang telah hampir dengan tempoh matang

sila login ke trader's cabinet untuk permohonan pengeluaran profit sekurang kurangnya sehari sebelum tarikh matang (sebelum jam 12.00 waktu server)

klik PAMM Acount lihat tempoh di end of trade interval, klik withdrawal, dalam menu pilih planned withdrawal profit kemudian check kotak Withdraw profit over offer initial investments dan masukkan pin code anda dan klik withdrawal , tunggu sebentar apabila screen refresh isi lagi sekali pin code dan klik withdrawal

apabila charta account PAMM keluar akan kelihatan current request. selesai dan lock out.

fxopen akan process pada tarikh tersebut.

bagi mereka yang tidak membuat process pengeluaran profit, nisbah modal akan bertambah berbanding mereka yang menbuat pengeluaran profit :)

selamat hari hari raya haji - eid ul adha al mubarak to all

mrl5001
10-27-2012, 06:03 AM
di minggu akhir bulan october,

berlaku sedikit perubahan dalam akaun PAMM, dimana seorang investor telah menbuat pemindahan dari offer awalnya. dari micro100 migrate kepada link5001 , dengan cara ini beliau akan mendapat penjimatan hampir 10% dari keuntung dihujung interval akan datang.

dan semalam 6 dari 11 orang yang menyumbang modal telah menambah jumlah modal masing masing, dan diucapkan terima kasih diatas keyakinan mereka.

diakhir minggu ini terdapat 2 open post yang masih floating untuk mencari target yang sesuai untuk close trade post tersebut apabila market bersambong semula pada minggu depan. sejak akaun ini dimulakan dibulan may jumlah post sebanyak 292 dengan 26 ditutup dalam keadaan negatif.

bagi mereka yang beraya balik kampong, berhati hati dijalanraya semasa memandu, eid mubarak

mrl5001
10-27-2012, 01:43 PM
Entah mengapa setiap minggu bila datang hari sabtu dan ahad, itu lah hari yang paling bosan rasanya, teringat pulak adanya tread di forum ini.

Hari ini dah masuk hari yang ke 171 hayat akaun ini, PAMM 5001 ini daftar pada 9 hb May 2012 dengan modal 1000usd, hasil dari akaun std dan micro dengan fxopen, (entah berapa tahun dah lupa, rasanya lebih kurang 3 tahun kot). trade demi trade, sedikit demi sedikit ditambah lagi modal hampir 2000usd akhirnya pada 8hb Aug 2012 genaplah modal menjadi 5000usd seperti yang disyaratkan olih fxopen.

sejak 8hb Aug 2012 hingga hari ini terdapat 11 trader dari fxopen telah memberi peluang dan membantu dengan mengambil risiko untuk mengukohkan kekuatan akaun PAMM ini mengadapi keganasan pergerakkan harga turun naik setiap waktu.

Sokongan dan keyakinan anda semua amat di hargai, terima kasih

mrl5001
10-30-2012, 03:48 AM
Sebagai garis panduan kepada yang berminat untuk trading atau melabur dalam PAMM, ingin saya timbulkan issue ini kerana terlalu ramai yang mempunyai harapan yang tidak setimpal dengan modal yang diperuntukan untuk tujuan tersebut.

1. wang yang dikumpulkan untuk tujuan kegunaan waktu kecemasan tidak lah patut digunakan untuk tujuan ini, cari lah sumber lain.

2. wang yang dipinjam dari **** dengan kadar bayar balik yang tinggi, lupakan saja

3. menanggohkan bayaran ansuran dengan harapan menglangsaikan hutang,

Olih kerana trading itu bersifat perniagaan, pulangannya juga demikian, kekadang sedikit adakala nya banyak dan kerap kali menanggong beban "over head" . perniagaan yang baik modal bertambah sedikit-dikit dengan keuntungan dan mencari jalan penyelesaian dalam krisis yang pasti berlaku. buat business upah driver jadi penyelia pejabat tak nampak itu masalah yang perlukan penyelesaian, lingkup business wei !

tanggong tanggong untong tak apa, tanggong tanggong rugi, ini yang parah,

dalam trading wang adalah perkerja, kalau perkerja biasa " manusia " bolih beli pelindongan dalam bentuk insuran, mana ada syarikat insuran yang mahu jual insuran kepada perkerja yang fisikal nya ada lah wang, kalau manusia, hartabenda atau jentera berebut dia datang, macam macam offer lagi.

jadi kita perlu beringat dan bersedia, untuk melabur dengan wang modal yang bolih di pertaruhkan bukan wang yang perlukan jaminan. tak ada siapa pun sangup jadi gerantor mintak maaf aje lah,

tapi kalau perlu nak berniaga jugak, mula kan kecil kecilan, bila melihat potensi baru lah ditimbang timbangkan nak dibesarkan ke.. atau smi (sendiri mau ingat) aje la. ok

jumpa lagi lagi waktu,

mrl5001
10-30-2012, 04:32 AM
satu lagi ciri baru akan diperkenalkan dimasa hadapan dalam PAMM adalah "investor's offer"

sekiranya anda tidak setuju dengan tawaran yang sedia ada olih pengurus PAMM, anda bolih ketengahkan tawaran dan syarat syarat anda kepada pengurus PAMM

Mungkin dalam masa sebulan dua lagi, tidak pasti bila

siti5106
10-31-2012, 03:47 AM
aloo disana,

bolih tolong bagi cadangan yang sebaik mungkin memilih pengurus PAMM dan langkah langkah kawalan yang harus saya ambil sebagai Investor.

terima kasih.

suremasyuq
10-31-2012, 07:20 AM
aloo disana,

bolih tolong bagi cadangan yang sebaik mungkin memilih pengurus PAMM dan langkah langkah kawalan yang harus saya ambil sebagai Investor.

terima kasih.

kamu dah silap masuk thread ni.. sebab thread ini kepunyaan pengurus PAMM 5001..

kalau dah masuk thread ni.... mmg takkan ada jawapan utk pemilihan pengurus PAMM .. so elok terus invest jer ke PAMM 5001 ni.... :)

mrl5001
10-31-2012, 08:23 AM
aloo disana,

bolih tolong bagi cadangan yang sebaik mungkin memilih pengurus PAMM dan langkah langkah kawalan yang harus saya ambil sebagai Investor.

terima kasih.

soal memilih pengurus dana, tak payah pilih la, saya kan ada disini !

Pertimbanbangan yang perlu diambil kira sebagai pelabur adalah modal, risiko, dan masa.

soal modal ikut kemampuan masing masing, dengan memilih tawaran yang disediakan, pengurusan modal lebih penting
sebab sifat trading sentiasa terdedah kepada risiko untung rugi yang tidak berkesudahan, olih itu adalah di
sarankan untuk pelabur mengambil usaha pada setiap interval (tempoh pelaburan) untuk mengeluar sebahagian kecil
modalnya secara berperingkat sebagai langkah berjaga jaga. dengan cara ini dapat kurangkan 'exposure modal'

contohnya jika modal sebanyak 250dolar jika setiap interval, buat process pengeluaran 25dolar

jadi modal 250dolar tolak 25dolar tinggal baki 225dolar campur untung awal, bahagian yang tinggal ini akan berkerja
untuk perlabur untuk menjana untung. 25dolar ini dah selamat. betul ?

selepas 10 kali process ini dilakukan, bermakna modal dah selamat, yang tinggal adalah untung. apa yang nak dibuat
dengan yang untung tu diri sendiri yang tahu.. ok

terdapat banyak cara cara lain yang bolih difikirkan, ini cuma salah satu yang dapat saya cadangkan untuk siti5106
difikirkan bersama sama.

terima kasih atas soalan yang di ajukan itu.

ps. sila berikan email untuk dapatkan butir lanjut bersama pwd.

mrl5001
11-01-2012, 05:16 AM
https://i1339.photobucket.com/albums/o705/mrl5001/1a.jpg

disini saya menggunakan 15usd sebagai modal untuk investor dalam account PAMM

dengan mengikut jadual yang saya cadangkan semalam , saya akan bahagikan 5 bahagian. ini bermakna pada 29hb Nov 2012 akan buat process pengeluaran yang pertama sebanyak 3usd untuk mengurangkan pendedahan risiko modal saya secara berperingkat.

objective modal ini adalah untuk menerima 50% dari modal ini di akhir tempoh yang diperuntukkan.

bersambong ..... selepas interval

siti5106
11-02-2012, 03:57 AM
terima kasih,

cadangan yang menasabah, berminat jugak, cuma yang starter tu, agak terlalu besar untuk st, yang lain tu mintak password pulak. bolih dapatkan password tak , untuk mini5001 atau link 5001 ?

ada juga yg menyibuk ye,. kalau st tersilap tanya jangan la marah. :sm14:

nonamer
11-02-2012, 07:11 AM
terima kasih,

cadangan yang menasabah, berminat jugak, cuma yang starter tu, agak terlalu besar untuk st, yang lain tu mintak password pulak. bolih dapatkan password tak , untuk mini5001 atau link 5001 ?

ada juga yg menyibuk ye,. kalau st tersilap tanya jangan la marah. :sm14:


aloo disana,

bolih tolong bagi cadangan yang sebaik mungkin memilih pengurus PAMM dan langkah langkah kawalan yang harus saya ambil sebagai Investor.

terima kasih.

Salam

Kalau anda ada pertanyaan berkaitan PAMM secara am, sila lah ke thread yang berkaitan --. http://forum.fxopen.com/forumdisplay.php?221-FXOpen-PAMM-NZ
Disini pertanyaan berkaitan tawaran yang dibuat oleh manager PAMM 5001 atau perkara2x yang berkaitan dengan manager PAMM 5001.

wassalam

mrl5001
11-07-2012, 04:20 AM
https://i1339.photobucket.com/albums/o705/mrl5001/investorratio.jpg

olih kerana modal saya sebagai pelabur hanya 15usd berbanding pengurus PAMM yang berjumlah 5000usd, setiap post untuk pelaburan saya ini menggunakan margin pada nisbah yang sama dengan pengurus PAMM, contoh dalam gambar di atas volume bahagian saya sebagai pelabur adalah 0.000172

lagi ramai lagi kurang. sambung di lain waktu

mrl5001
11-30-2012, 03:28 AM
https://i1339.photobucket.com/albums/o705/mrl5001/PAMMWithdrawalstag.jpghttps://i1339.photobucket.com/albums/o705/mrl5001/PAMMWithdrawalstag01.jpg

Pengeluaran pertama modal saya sebanyak 3usd dari modal asal 15usd, baki modal bersama untung akan berkerja sehingga interval akan datang

mrl5001
01-04-2013, 04:44 PM
selamat kembali,
sebenarnya saya ni dah hilang punca nak bicara, berkenaan akaun PAMM ini, entah macamana dan dimana nak mula, 2012 sambutan terasa muram aje, mungkin tahun 2013 akan berubah corak agak nya. walau bagaimana pun, bagi mereka yang ingin tahu tentang akaun PAMM saya selalu nya akan berada di AINA CAFE di taman batu caves setiap hari jumaat malam, sambil minum berbual tentang trading dan yang berkaitan dengan nya.

Rizal
07-27-2019, 11:29 AM
selamat berhujung minggu