PDA

View Full Version : Suggestion : Money Management + Trading Business Plan



mclarenfc
11-26-2007, 02:24 PM
ASAS UNTUK BAKAL KEKUATAN SAYA --> MONEY MANAGEMENT + TRADING BUSINESS PLAN

Salam kepada semua,

Saya merupakan newbies di dalam bisnes FOREX ini. Jadi, di sini saya ingin berkongsi jurnal saya yang tak seberapa ini untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Semoga ada yang sudi berkongsi dengan apa yang telah diperolehi serta yang bakal diperolehi.

Saya menekankan kepada DISIPLIN "MONEY MANAGEMENT + TRADING BUSINESS PLAN" untuk berjaya. Insya-Allah semoga Allah makbulkan doa saya ini.

Berkenaan dengan cara memperolehi keuntungan, saya menggunakan semua cara yang boleh digunapakai dalam menghasilkannya. Tiada cara spesifik. Yang penting asas pengetahuan yang membantu.

- STOCH
- RSI
- MACD
- EMA
- Bollinger Bands
- etc..

Sekian, terima kasih.

Account (login) : 19601
Investor password : e0ra0wrfg
Account : Micro
Leverage : (500:1)

"Trading without knowledge is a kind to committing suicide in this market, pls do go thru babypips website , its very good education..."

mclarenfc
11-26-2007, 02:41 PM
RESEPI KEJAYAAN

Rahsia Sebenar Kejayaan Dalam Bisnes Adalah Datangnya Daripada Diri Sendiri Yang Menggunakan Akal Fikiran Dan Kemampuan Fizikal Dengan Cara Yang Betul Serta Berkesan.

Di Samping Itu, Ilmu Pengetahuan Adalah Asas Terbaik Untuk Berjaya. Ilmu Ibarat Cahaya Yang Akan Menerangkan Apa Yang Ada Di Dalam Gelap.

Semua Insan Boleh Berjaya Jika Insan Tersebut Tahu Mengkaji Diri Sendiri, Mengenalpasti Kelemahan Serta Kekuatan, Menetapkan Matlamat, Berusaha Dan Mempunyai Pelan Yang Baik Serta Hampir Sempurna.

Setiap Kejayaan Perniagaan Yang Telah Dilakar Adalah Bersandarkan Kepada Pelan Perniagaan Yang Baik. Disiplin Diterapkan Di Dalam Menjayakan Pelan Tersebut.

Peraturan Adalah Untuk Dilanggar. Diri Sendiri Yang Menetapkan Peraturan. Diri Sendiri Tahu Di Mana Akan Munculnya Kejayaan.

Ringkasan :

1 - Ilmu Pengetahuan
2 - Disiplin
3 - Pelan Perniagaan
4 - Usaha + Kerja Keras

Di Antara Resepi Kejayaan Setiap Insan.. Lebih Elok Lagi Jika Ditambah Dengan Perisa-perisa Yang Membuatkan Kejayaan Lebih Sempurna.

" Ilmu Di Dada Menjamin Kejayaan Dalam Kehidupan... "

Semoga Mendapat Tunjuk Ajar.

Sekian, Terima Kasih.

mclarenfc
11-26-2007, 02:57 PM
Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya Melainkan Melaluinya. Itulah Yang Dipanggil Pengalaman. Pengalaman Yang Membekalkan Kematangan. Kematangan Membekalkan Keyakinan. Keyakinan Membekalkan Kejayaan Dalam Hidup. Kejayaan Dalam Hidup Membekalkan Apa Yang Dihajati Oleh Setiap Insan.

Jika Setiap Insan Telah Berupaya Membuat Entry Post Sebanyak 10,000 Tak Kira Di Akaun Demo Mahupun Akaun Benar, Sememangnya Beliau Akan Memperolehi Banyak Pengalaman Pahit Manis Yang Dialami.

Ini Adalah Asas Kehidupan. Setelah Pengalaman Diperolehi, Maka Setiap Tindakan Yang Ingin Dilaksanakan Akan Dikaji Dahulu Keberkesanannya, Mengenalpasti Implikasi Di Atas Tindakannya Samada Baik Atau Pun Buruk.

Alhamdulillah.

Semoga Sama-sama Mendapat Tunjuk Ajar Dan Keberkatan Dalam Mencari Rezeki Oleh Allah.

Amin...

mclarenfc
12-03-2007, 06:51 AM
Salam semua,

Jika mengikut catatan akaun saya, masih banyak kelemahan. Setiap kali membuat transaksi, saya akan bertemu dengan perkara yang baru. Pengalaman yang akan membuatkan saya berfikir.

Saya amat berharap sesiapa yang telah melihat akaun mikro saya dapat memberikan komen dan pandangan.

Terima kasih.

mclarenfc
12-15-2007, 12:55 PM
Hmm..

Bagi yg baru berkecimpung, pelajari asas utk bekalan..

Setiap yg berharga tiada jalan mudah..

Semoga ilmu yang diperolehi diberkati dan dapat digunakan berpanjangan..

Belajarlah mengawal emosi.. EMOSI yang paling penting dalam bisnes..

FOREX adalah satu bisnes.. Jadi, asas utk berniaga adalah penting..

Mungkin kata2 saya tidak dialu-alukan..

Bagi yg telah lama berada dalam bidang bisnes forex ini, mmg mengerti apa yg dikongsikan..

Amin..

mclarenfc
12-15-2007, 12:56 PM
Hmmm..

Dugaan dan pengalaman penting dalam proses kejayaan pada masa hadapan..

Adat berniaga, ada untung banyak ada untung sikit, ada rugi sikit ada rugi banyak..

Yang penting, pengalaman akan mematangkan minda dalam membuat keputusan yg lebih bernas..

Kaji kenapa keadaan tersebut boleh berlaku.. Di samping itu, jangan lupakan ilmu asas..

KEYAKINAN adalah daripada diri sendiri.. Menggunakan teknik orang lain belum tentu membuatkan diri sendiri betul2 yakin.. Mengkaji teknik orang lain dan menggunakan mengikut citarasa sendiri serta tak berhenti belajar akan membuahkan KEYAKINAN yang jitu..

Amin..

mclarenfc
12-15-2007, 12:58 PM
Hmmm..

Kita yang mengawal emosi kita.. Tangan masing2 yang pegang mouse.. Mata masing2 yg melihat.. Untung masing2 merasa.. Rugi masing2 merana.. Tetapi dengan ILMU akan membuahkan KEYAKINAN.. Dari KEYAKINAN akan membuahkan HASIL.. Dari HASIL akan membuahkan KEJAYAAN..

Tidak ada jalan singkat untuk berjaya..

Berapa banyak entry pun kalau tak ada KEYAKINAN.. Tepuk la dada tanya selera..

Bagi yg baru, perolehilah KEYAKINAN terlebih dahulu.. Tidak salah untuk mencuba.. Tapi biar la mencuba itu membuatkan ILMU semakin bertambah.. Rugi mungkin perkara biasa.. Tapi kalau rugi 10 kali in a row mmg melampau..

Amin..

mclarenfc
12-15-2007, 12:59 PM
Hmm..

Jika KEYAKINAN dah masa baru berjinak2 dalam bidang ni.. Yang tu bukan KEYAKINAN.. sbb yg tu cuma EMOSI TAMAK..

Dalam FOREX kita mengikut halatuju matawang.. Bukan kita yg tentukan halatuju matawang tersebut.. Jadi, BELAJARLAH ILMU UNTUK MENCARI ENTRY POINT YANG CANTIK DAN BAGUS..

"RIGHT TIME, RIGHT PLACE, SELL/SHORT OR BUY/LONG.."
(Dalam maksud ni.. Bila dah menuntut ilmu, satu persatu pintu rezeki akan terbuka..)

Hanya jauhari mengenal manikam..

Banyakkan bersabar dalam menuntut ilmu..

Hanya ilmulah merupakan CAHAYA.. Trade tanpa ILMU ibarat berniaga dalam kegelapan..

Amin..

PulunSakan
12-15-2007, 03:09 PM
aminnnn.. good n nice artikel.... saya appreciate u.... tabik sama u...
bukan senang woo nak senang..sm_win

pipserv
12-18-2007, 08:43 AM
ASAS UNTUK BAKAL KEKUATAN SAYA --> MONEY MANAGEMENT + TRADING BUSINESS PLAN

Salam kepada semua,

Saya merupakan newbies di dalam bisnes FOREX ini. Jadi, di sini saya ingin berkongsi jurnal saya yang tak seberapa ini untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Semoga ada yang sudi berkongsi dengan apa yang telah diperolehi serta yang bakal diperolehi.

Saya menekankan kepada DISIPLIN "MONEY MANAGEMENT + TRADING BUSINESS PLAN" untuk berjaya. Insya-Allah semoga Allah makbulkan doa saya ini.

Berkenaan dengan cara memperolehi keuntungan, saya menggunakan semua cara yang boleh digunapakai dalam menghasilkannya. Tiada cara spesifik. Yang penting asas pengetahuan yang membantu.

- STOCH
- RSI
- MACD
- EMA
- Bollinger Bands
- etc..

Sekian, terima kasih.

Account (login) : 19601
Investor password : e0ra0wrfg
Account : Micro
Leverage : (500:1)

"Trading without knowledge is a kind to committing suicide in this market, pls do go thru babypips website , its very good education..."

salam..

bro saya amat tertarik dengan "MONEY MANAGEMENT + TRADING BUSINESS PLAN"...

bleh tak bro terangkan macamane nak apply mm dan buat trading plan?

mmg betul ilmu penting dlm forex, tanpa ilmu akan menyebabkan newbies akan tergolong dlm "golongan 95%..."

soalan saya;
- sepenting manakah mm di dalam forex trading?
- mcmane nak "plan your trade, trade your plan" berdasarkan mm?

mrfx
12-18-2007, 11:37 AM
salam..

bro saya amat tertarik dengan "MONEY MANAGEMENT + TRADING BUSINESS PLAN"...

bleh tak bro terangkan macamane nak apply mm dan buat trading plan?

mmg betul ilmu penting dlm forex, tanpa ilmu akan menyebabkan newbies akan tergolong dlm "golongan 95%..."

soalan saya;
- sepenting manakah mm di dalam forex trading?
- mcmane nak "plan your trade, trade your plan" berdasarkan mm?

common sense bro...maksud mencapah.
ni pandangan aku la eh...
kalau bro guna 100% modal,target bro lari cket,mapuih trus.
telungkup.
plan your trade.
pandai2 la set nak untung seari bape,target dah dpt,sok2 trade lagi..
biasanya,trader guna 5-10% dari modal utk open 1post trade.
trade you plan,
jgn la plak bro lari dri jadwal bro trade,..
means,kalau dah smpai target tu,cukp la..jgn tamak..
jgn ghairah tgk chart.
jgn ikut emosi.
perhati->kaji news->uji(post).
nak selamat,kalau jumpe teknik baru,sila2 lah try kat demo dulu,dah yakin...jgn ditunggu lagi,real la.
toothy9
try la teknik cipan aku..dah terbukti 99% profit utk semua pair.
tp aku xjamin ape2,try le kat demo dulu ye...;)
hehhee...toothy9

pipserv
12-18-2007, 12:19 PM
hehe... faham2... lagi pun mmg nak lam dlm forex ni...
aku ngan bro... teknik bro mmg KISS..

thanks..

mrfx
12-18-2007, 07:48 PM
hehe... faham2... lagi pun mmg nak lam dlm forex ni...
aku ngan bro... teknik bro mmg KISS..

thanks..

ko dah try ke teknik aku tu?
jge2,xsume tf bleh folo,lagi2 tf15,tf5,tf1.
efek dari news bleh sbbkan CS cross eMA tu...
kalau nak main ngan teknik cipan,biaq la tf30 ke atas...
selamat maju jaya...sm_cool

pipserv
12-18-2007, 08:58 PM
tq bro..

aku akan test teknik cipan ni..

thanks

mrfx
12-18-2007, 09:40 PM
tq bro..

aku akan test teknik cipan ni..

thanks

bagus2..
good trader comes from a big loser.
practice makes perfect.;)
:D

amin71
12-19-2007, 07:43 AM
Thanks bro....

ilmu yang bermanfaat, baik untuk dikongsi bersama...

Saya gunakan indicator :

1. MA (50)
2. Bolinger Bands
3. Stochastic

Baru 1 bln ++ dalam forex nih...

Harap-harap banyaklah tycoon forex kat sini beri tunjuk ajar kat newbie2
yang baru berjumpa dengan lombong emas FOREX nih...

Moga-moga sama-sama kita KAYA ---DUNIA+AKHIRAT-----

mrfx
12-29-2007, 01:34 AM
Thanks bro....

ilmu yang bermanfaat, baik untuk dikongsi bersama...

Saya gunakan indicator :

1. MA (50)
2. Bolinger Bands
3. Stochastic

Baru 1 bln ++ dalam forex nih...

Harap-harap banyaklah tycoon forex kat sini beri tunjuk ajar kat newbie2
yang baru berjumpa dengan lombong emas FOREX nih...

Moga-moga sama-sama kita KAYA ---DUNIA+AKHIRAT-----

blajar dari kesilapan+jgn tamak...
mesti boleh capai target idup anda...hehehetoothy9
gudluck on your porex tradingsm_cool

jackarse316
01-05-2008, 08:13 AM
teknik cipan??.. teknik mcmn tu??... mesti inventor dia org msia. lucu je bunyi nye.

narutohot
02-08-2008, 10:56 AM
good posting, money manegement sangat berpengaruh dalam kesuksesan di forex :)