PDA

View Full Version : Wira Yang Tak Di Dendang



Faredz73
03-23-2012, 07:36 PM
Salam kembali...

Kepada semua rakan2 yang mengenali, salam kembali daripada saya pada anda semua. Mungkin kerana terlampau lama tak aktif, maka thread saya yang terdahulu dah kena closed ngan Admin. So... ni thread baru.


Izinkan saya memulakan satu lagi thread dengan sebuah lakaran tentang keinginan kita semua menjadi kaya dalam menceburkan diri ke bidang Forex ini. Sayugia , kita semua sedia maklum akan hukum yang di fatwakan...apa pun thread ini dibuka bukan kerana hal tersebut tetapi lebih kepada pemahaman kita sendiri tentang apa itu Forex, tujuan dan arah kita sebagai 'Trader Bilis' ni.

Akhir2 ini di FB saya sendiri, salah seorang kwn ( perempuan ) telah menunjukkan peningkatan yang mengalakkan. Saban hari beliau postkan kat wall dia ttg profit yang diperolehi. Sesungguhnya, sbg seorang kwn dan teman yg penah terlibat mengajar beliau ttg Forex secara online YM, saya tumpang berbangga. Seperti saya pernah katakan pada beliau, kejayaan itu akan datang bila tiba masa dan ketikanya. Cuma kita kena bersabar dan sentiasa perbaiki kesilapan dan kurangkan kesilapan serta akhirnya kita akan mendapatkan hasil yang kita inginkan.

Sebagai mukadimah, buat permulaan...setakat ini dapat saya kongsikan dulu. Akan datang, saya akan cuba postkan berkenaan dengan Forex, kejayaan dan kegagalan serta segala benda yang terlibat di dalam bidang Forex ni semampunya.

Jumpa anda di posting saya yang akan datang.


Salam sayang dari saya.

--- Jadikan diri anda yang terbaik untuk orang sekeliling anda ---

Faredz73
03-24-2012, 01:38 PM
Salam kembali,

Mumpung ada kesempatan update jurnal ini, izinkan saya meneruskan catatan di jurnal ini, untuk renungan dan panduan kita bersama.


Pertama mula, byk kali kita dengar ttg Forex, bagaimana ingin menjadi seorang trader yang sentiasa konsisten? Adakah ianya semudah yang kita sangka? Tentu tidak semudah itu. Byk yang kita perlu belajar, terutama sekali ttg asas Forex. Apa itu asas Forex? Maklumat tu semua anda boleh dpt melalui internet, byk sekali panduan dan pandangan dari orang lama yang bergiat di dalam bidang Forex, termasuk di dalam forum ini.

Kedua, seharusnya kita kena faham Forex ini bukanlah tempat kita boleh duduk senang , tgk skrin, pastu buat buy atau sell, tetapi lebih kepada permerhatian apakah yang sedang berlaku pada pasaran semasa. Cuba anda renungkan secara teliti bagaimana sesuatu pergerakan matawang itu terjadi. Ada beberapa petua yang perlu anda ikuti dan pelajari... Cuma apa yang akan saya cuba ajak anda ialah...sama-sama kita renungankan dan perhatikan sama ada apa yg saya akan perkatakan nanti adalah benar atau sebaliknya...

Akan di sambung semula....

Faredz73
03-25-2012, 09:58 PM
Kembali...

Apa dia petua untuk berjaya dalam Forex? Soalan ini byk ditanya oleh mereka2 yang baru menceburkan diri dalam bidang Forex. Apa yang paling utama petua untuk berjaya ialah SABAR. Tetapi berapa ramaikah di antara kita yang bersifat dan bersikap sabar. Majoriti kita semua sering bersikap dan bersifat tidak sabar dalam mengendalikan akaun masing2. Begitu juga tentang belajar Forex nie....semua nk cepat nak segera nk berjaya tgk kwn2 yang lain berjaya. Betul kan?

Jangan munafik. Kerana itu lah yang sebenarnya berlaku terhadap kita semua. Setiap sesuatu yang kita buat di dalam mana-man bidang sekalipun, kesabaran itu adalah yang paling utama. Percayalah, tanpa kesabaran tidak akan datang kejayaan tetapi sebaliknya kegagalan yang anda tempuhi.

Mungkin ramai yang tersenyum sinis mendengar omelan ini. Jujurnya, saya bercakap dan berkata dari pengalaman. Berapa ramai yang mampu buat dengan modal 1000usd dalam masa 12 jam boleh buat profit 1200usd? Atau berapa ramai yang mampu buat profit setakat 100usd dalam masa 2 ke 3 jam sahaja dengan 2 ke 3 post buy/sell ?

Jawapannya...amat sedikit, tetapi saya bangga kerana saya dulunya salah seorang dari mereka yang mampu membuat itu semua. Masih ada persoalan di minda anda yang membaca jurnal ini? Tanyalah...dan saya akan jawap...

Jumpa lagi dan bersambung...

learn2biz
03-26-2012, 03:19 AM
Salam, welcome back bro ... ekceli .. thread lama tu ditutup utk mengelakkan spammer post benda bukan2 .. kalau nak, sy boleh bukakan semula dan merge thread ni ke sana ... kalau nak biar pun boleh ... huhuhu

halzu
03-26-2012, 07:31 AM
welcombe back tuan tanah..... semoga kembali anda ke sini dpt mencetuskan kembali kerancakan dlm memberi pandangan serta analisa.... teruskan semoga anda berjaya....

Faredz73
03-26-2012, 09:32 PM
Thanks Masta,....

Tersenyum saya sendirian bila baca tuan punya ayat2. Hehee.... Takpelah... thread yang terdahulu tu biarkan la closed je. Ni thread baru...ada lain sikit.... sebab byk masa free belah pagi nak update kt sini. Balik keja, update...cuma lum nak aktifkan 'trade' lagi...

Semoga tahun 2012 akan kembali ke arena yang di idamkan.

Faredz73
03-26-2012, 09:50 PM
Salam kembali kepada mereka yang sudi menjengah thread ini.

Sebelum memulakan bicara, izinkan saya meminta maaf sebab thread ini buat masa sekarang lebih kepada pembetulan ttg apa yg pernah saya alami dulu. Bagaimana, mengapa dan kenapa...yakni 95% kita gagal dalam trade.

3 perkara utama dalam trade kena kita fikirkan apakah ia?

1- Sikap
2- Sifat
3- Kelakuan


1. Sikap.

Apakah yang dikatakan sikap? Anda pembaca mesti sedia maklum jawapannya kan? Sikap yang ingin saya kongsikan di sini ialah...' sikap ' kita sebagai trader bilis @ picisan.
Perlu kita tanya pada diri sendiri bagaimanakah sikap kita diluaran, itulah sikap kita semasa berada di dalam ' market '. Tiada banyak beza atau lari...plus minus 10 ke 5 %. Percaya pada apa yg saya katakan ini? Anda tidak percaya? Buktikan pendapat saya ini salah...

Sikap kita diluar menentukan sikap kita di dalam pasaran. Jika kita kt luar seorang yang gopoh membuat keputusan, begitulah sikap kita di dlm pasaran. Jika kita diluar seorang yang berfikir sebelum bertindak, begitulah juga sikap kita dalam pasaran. Tiada bezanya. Jadi anda kena fikir sendiri, bagaimana menghindarkan sikap semasa ( negatif ) di luar pasaran dengan sikap semasa ( jadikan positif ) di dalam pasaran.

Sesekali,...janganlah kita kata... tak boleh ubah sikap, boleh sebenarnya. Tiada apa yang mustahil. Yang penting dan utama, percaya pada sikap kita sendiri. Sama ada kita ingin mempunyai sikap yg positif atau negatif. Itu saja. Renungkan dan kaji sendiri dulu apakah sikap2 yang ada pada diri kita sebenarnya. Senang cakap...orang kampung kata...' cermin diri sendiri dulu @ ukur baju di badan sendiri. Barulah kita tau dan sedar sikap kita...

Jangan pening2... baca dan fahamkan apa yang saya ingin terangkan pada anda sebenarnya...dan sesekali jangan bersikap prejudis. Elakkan... Silakan baca betul2 ... pastu anda fikir...

Akan saya sambung ttg perkara yang no 2 ... pulak.

roceli08
04-02-2012, 04:53 PM
salam ttt ..ss terkini takde ka ?

Faredz73
04-04-2012, 06:52 AM
Salam kembali tuan,

Wat masa ni lum masuk market lagi. Dok tepi je dulu. Insyallah dalam masa terdekat akan kembali dgn SS Real. Apapun, dlm masa yg sama, sy cuma ingin kongsi apa yg penah berlaku. Sekadar renungan untuk diri sendiri terutamanya dan ingatan pada yang baru nak berjinak2.

Rizal
12-15-2018, 01:24 AM
jom meriahkan jurnal TT :)

Rizal
10-30-2019, 10:33 AM
mana wiranya?