PDA

View Full Version : Pelombong-pelombong EMAS / GOLD

BudakSelangor
02-18-2012, 03:43 AM
Salam, bagi mereka yang trade GOLD boleh berkongsi pengalaman dan teknik trade anda disini. Saya mula trade GOLD mulai Oktober tahun 2011 dan dapati harga emas tidak bergerak terlalu pantas dan anda boleh buat keuntungan yang baik setiap bulan bergantung kepada modal anda.

Setakat ini saya mempunyai 7 akaun mikro yang berjalan serentak, dengan modal yang rendah iaitu USD40 average untuk setiap akaun saya menyasarkan keuntungan sebanyak 100% setiap bulan (7 akaun x USD40 = USD 280). Bagaimana saya trade?

Untuk setiap akaun saya akan buka sebanyak 0.15 lot sahaja bagi setiap OP. Dengan modal akaun hanya USD40 , 015 lot memungkin saya menahan floating sebanyak 250 pips. Dengan harga semasa GOLD diparas 1721.70 saya boleh bertahan sehingga 1471.70 jika ianya jatuh atau 1971.70 jika harga GOLD naik. Harga emas pernah naik setinggi 1923.50 dan dijangka akan naik lagi tahun ini.

Sehingga 18 Februari 2012, harga emas dijangka berlegar-legar antara 1700 - 1800. Untuk 2 akaun saya yang bermodalkan USD25 telah pun meningkat kepada USD46 untuk trade selama sebulan. Mungkin ianya kecil bagi sesetengah trader yang mahir tetapi apa yang saya titikberatkan ialah supaya tidak lagi menerima Margin Call. Saya mencadangkan modal USD150-USD300 bagi setiap akaun untuk memberikan kekebalan kepada akaun mikro ini daripada Margin Call. Dengan modal USD150 anda boleh menahan pergerakan bertentangan dengan OP yang telah anda buka sebanyak 1000 pips. Anda tentu akan diketawakan jika mengatakan harga GOLD akan jatuh sehingga USD700 ketika ini jadi daripada harga semasa 1721.70 apakah ianya akan jatuh sehingga 721.70? Mengikut logik ianya tidak akan berlaku dan agak mustahil maka anda tidak mungkin akan dapat Margin Call. Jika modal anda USD300 anda boleh menahan gerakan bertentangan sebanyak 2000 pips.

OP 0.15 terlalu kecil? Bagi saya ianya ialah cara trade yang selamat untuk modal yang kecil. Untuk 20 pips keuntungan 0.15 lot memberikan anda USD3 bagi setiap akaun. Jika anda ada 7 akaun anda akan untung USD21 setiap hari. Jika anda trade selama 24 hari sebulan anda akan dapat 24 x USD21 = USD504 sebulan. Namun itu hanya unjuran diatas kertas tetapi anda mampu memperolehi minimum USD200 sebulan dengan cara teknik saya ini.

Jika ada yang berminat untuk kongsi pengalaman , saya amat mengalu-alukan.

roceli08
02-18-2012, 12:16 PM
...teruskan masta ... biasa guna tf berapa ?

BudakSelangor
02-18-2012, 04:57 PM
TF biasanya saya gunakan 1 minit sahaja .. sebenarnya saya tak lihat indicator secara keseluruhan tetapi hanya untuk reference harga tertinggi dan terendah yang telah dicapai dalam sehari. Sebelum ini saya menggunakan berbagai indicator untuk menentukan hala tuju GOLD tetapi tiada indicator yang boleh memberikan signal yang tepat. Untuk mengelakkan masuk pasaran tanpa hala tuju , saya menggunakan template KuasaForex beserta indicator SK2009. Daripada pemerhatian saya , GOLD ini apabila trend UP iaitu harga naik melebihi 300 pips, dan jika sudah sampai ke R2 , ianya ada kemungkinan untuk naik lagi ke R3. Jika jarak R2 dan R3 tidak jauh, boleh la OP SELL di R2. Jika sanggup tunggu ianya naik ke R3 untuk OP SELL anda juga boleh berbuat demikian jika tidak mahu tanggung risiko jika harga masih bergerak ke atas.

T-REX
02-19-2012, 03:56 AM
bagus cam tu TT..gold nih setakat nih TT tread ok ker..?maksud saya kebanyakkan orang tak minat GOLD pasal besar spread..cam nih boleh ler tunjuk ajar cam mana cara2nya...masa yg sesuai utk tread..atau ikut EU..

tennoajak
02-19-2012, 09:59 AM
Salam, bagi mereka yang trade GOLD boleh berkongsi pengalaman dan teknik trade anda disini. Saya mula trade GOLD mulai Oktober tahun 2011 dan dapati harga emas tidak bergerak terlalu pantas dan anda boleh buat keuntungan yang baik setiap bulan bergantung kepada modal anda.

Setakat ini saya mempunyai 7 akaun mikro yang berjalan serentak, dengan modal yang rendah iaitu USD40 average untuk setiap akaun saya menyasarkan keuntungan sebanyak 100% setiap bulan (7 akaun x USD40 = USD 280). Bagaimana saya trade?

Untuk setiap akaun saya akan buka sebanyak 0.15 lot sahaja bagi setiap OP. Dengan modal akaun hanya USD40 , 015 lot memungkin saya menahan floating sebanyak 250 pips. Dengan harga semasa GOLD diparas 1721.70 saya boleh bertahan sehingga 1471.70 jika ianya jatuh atau 1971.70 jika harga GOLD naik. Harga emas pernah naik setinggi 1923.50 dan dijangka akan naik lagi tahun ini.

Sehingga 18 Februari 2012, harga emas dijangka berlegar-legar antara 1700 - 1800. Untuk 2 akaun saya yang bermodalkan USD25 telah pun meningkat kepada USD46 untuk trade selama sebulan. Mungkin ianya kecil bagi sesetengah trader yang mahir tetapi apa yang saya titikberatkan ialah supaya tidak lagi menerima Margin Call. Saya mencadangkan modal USD150-USD300 bagi setiap akaun untuk memberikan kekebalan kepada akaun mikro ini daripada Margin Call. Dengan modal USD150 anda boleh menahan pergerakan bertentangan dengan OP yang telah anda buka sebanyak 1000 pips. Anda tentu akan diketawakan jika mengatakan harga GOLD akan jatuh sehingga USD700 ketika ini jadi daripada harga semasa 1721.70 apakah ianya akan jatuh sehingga 721.70? Mengikut logik ianya tidak akan berlaku dan agak mustahil maka anda tidak mungkin akan dapat Margin Call. Jika modal anda USD300 anda boleh menahan gerakan bertentangan sebanyak 2000 pips.

OP 0.15 terlalu kecil? Bagi saya ianya ialah cara trade yang selamat untuk modal yang kecil. Untuk 20 pips keuntungan 0.15 lot memberikan anda USD3 bagi setiap akaun. Jika anda ada 7 akaun anda akan untung USD21 setiap hari. Jika anda trade selama 24 hari sebulan anda akan dapat 24 x USD21 = USD504 sebulan. Namun itu hanya unjuran diatas kertas tetapi anda mampu memperolehi minimum USD200 sebulan dengan cara teknik saya ini.

Jika ada yang berminat untuk kongsi pengalaman , saya amat mengalu-alukan.

nak tanya bro, kenapa kena bukak banyak acc. kalau combine dalam 1 acc bukankah margin lebih besar. Nubie tumpang bertanya

tennoajak
02-19-2012, 10:00 AM
bagus cam tu TT..gold nih setakat nih TT tread ok ker..?maksud saya kebanyakkan orang tak minat GOLD pasal besar spread..cam nih boleh ler tunjuk ajar cam mana cara2nya...masa yg sesuai utk tread..atau ikut EU..

ya ramai yang takut sebab spread besar termasuk lah saya hehehe. Harap dapat ilmu berguna di sini

BudakSelangor
02-19-2012, 10:40 AM
GOLD nie memang spread besar tapi sebenarnya ianya lebih kurang sahaja dengan currency pair punya spread. Pergerakan pips untuk GOLD dalam gandaan 5. Jika anda OP 1721.00 dengan 0.15 lot anda akan floating 15 sen atau - 0.15 untuk spread. Jika anda OP BUY dan harga GOLD bergerak ke atas atau BULL ianya akan jadi macam nie 1721.05, 1721.10, 1721.15 , 1721.20, 1721.25, 1721.30 , 1721.35, 1721.40, 1721.45, 1721.50, 1721.55, 1721.60, 1721.65, 1721.70, 1721.75, 1721.80, 1721.85, 1721.90, 1721.90, 1721.95 , 1722.00 dan seterusnya mengikut gandaan 5. Dengan 2 kali pergerakan gandaan 5 ini spread GOLD akan dipadamkan menjadi 0. Aku tunjukkan screen shot contoh http://i1154.photobucket.com/albums/p528/BudakSelangor/FXMalay/goldtf1015lot.png

BudakSelangor
02-19-2012, 10:54 AM
Jika anda sedang lihat screen shot yang aku berikan diatas, cuba lihat dibahagian yang aku highlight berwarna biru. BUY GOLD 0.15 lot di 1714.90 dan closed position di 1715.00 pun anda dah ada profit 1.50 sen. Pergerakan sebanyak 10 pips itu telah memberikan anda keuntungan minimum 1.5 sen walau pun anda rasa spreadnya adalah besar. Setakat ini pergerakan GOLD masih lagi perlahan. Hujung tahun 2011 GOLD mengalami kejatuhan harga daripada harga tertingginya 1922 kepada 1516 iaitu sebanyak 4000 pips. Penjualan panik ini selalunya berlaku pada bulan August hingga akhir tahun sebelum ianya akan naik semua selepas cuti panjang tahun baru dan pasaran dibuka semula. Jadi untuk awal tahun sehingga ke August saya menjangkakan harga GOLD akan naik perlahan-lahan ke harga tertinggi baru sebelum mengulangi kejatuhan seperti tahun 2011 mulai bulan August atau September. Tapi ianya semua bergantung kepada ekonomi semasa dunia, jika ada berita mengatakan penjualan panik jangan la gatal tangan OP BUY ye kawan-kawan.

BudakSelangor
02-19-2012, 11:15 AM
nak tanya bro, kenapa kena bukak banyak acc. kalau combine dalam 1 acc bukankah margin lebih besar. Nubie tumpang bertanya

Satu soalan yang bagus, sebenarnya ia bergantung pada modal kita enche tennoajak. Sebab modal saya kecil maka saya akan buka lot kecil supaya margin saya mencukupi menampung floating. Jika saya mempunyai modal yang besar , katakanlah USD300 untuk setiap akaun saya itu ..saya akan tetap buka lot sekecil 0.15 untuk trade. Ianya adalah teknik trade saya dimana saya tidak mahu ambil risiko membuka lot yang besar dimana melalui pengalaman saya selalunya berakhir dengan margin call. Biarlah margin keuntungan kecil bagi setiap akaun asalkan saya dapat mengawal margin akaun saya dengan baik. Orang tua2 kata "Sikit sikit menjadi bukit" .

mzi04
02-19-2012, 11:20 AM
Salam masta...tumpang belajar...nak beralih ke gold plak...kene belajar sifat2 gold nih....almaklumlah sejak dua menjak MFK keluarkan statement .... duk saf depan

BudakSelangor
02-19-2012, 11:53 AM
Salam masta...tumpang belajar...nak beralih ke gold plak...kene belajar sifat2 gold nih....almaklumlah sejak dua menjak MFK keluarkan statement .... duk saf depan

W'salam enche mzi04 .. nak tumpang belajar boleh. Sama-sama kita kongsi pengalaman. Saya bukan masta , hanya cari duit lebih dengan berforex sambil kongsi pengalaman dan teknik bersama rakan-rakan seperjuangan. Sifat-sifat GOLD nie kalau baca pendapat expert macam2 mereka kata. Yang kata GOLD akan cecah harga 4500 tahun 2012 pun ada. Tapi mereka yang expert ini pun hanya memberi pendapat berdasarkan ilmu mereka, realiti pasaran banyak bergantung pada keadaan ekonomi dan politik dunia. Contohnya jika Iran kena serang, harga minyak akan naik dan harga emas akan jatuh. Apabila harga minyak turun, harga emas pula akan naik. Kadang-kadang harga emas naik tak semena-mena, rupanya negara China order emas dalam kuantiti yang sangat banyak. Kadang-kadang harga emas tak semena-mena jatuh, rupa-rupanya di Australia ada mogok pekerja dilombong emas (Australia adalah antara negara pengeluar utama emas dunia). Banyak faktor boleh mempengaruhi harga emas tetapi ianya tidak terlalu drastik atau terlalu mengejutkan seperti currency pair. Pengalaman saya menempuhi 1000 pips USD/CHF apabila ada campurtangan kerajaan Amerika sangat menakutkan. Untuk GOLD tiada berita TUNGGAL yang boleh menyebabkan harga emas menjunam atau melangit dalam sekelip mata. Terdapat banyak faktor perlu diambil kira dan bersangkutan dengan harga emas. Jadi jika berminat untuk trade GOLD ................. "WELLCOME ABOARD"

T-REX
02-19-2012, 12:21 PM
dengan pengalaman TT GOLD nih biasanya akan mengikut matawang mana,iaitu berpandukan forex factory..berita dimana jadi sumber rujukan TT..

BudakSelangor
02-19-2012, 04:40 PM
dengan pengalaman TT GOLD nih biasanya akan mengikut matawang mana,iaitu berpandukan forex factory..berita dimana jadi sumber rujukan TT..

Mengikut pengalaman saya , harga GOLD ini sukar ditentukan dengan berita-berita yang diperolehi dari Forex Factory dan beberapa buah web atau blog yang membincangkan mengenai GOLD. Antara yang mengupas mengenai berita membabitkan GOLD ialah http://www.jsmineset.com/ tetapi anda tidak boleh yakin 100% kerana tiada apa yang pasti didalam menentukan harga GOLD. Sebab itu saya menggunakan template Kuasa Forex dan indicator SK2009 dalam tf1 untuk melihat dimana letaknya pivot, R1, R2,R3 serta S1,S2 dan S3 sebelum masuk pasaran. Jika indicator mencadangkan BUY , saya akan menunggu pergerakan harga GOLD ini terlebih dahulu sebelum membuka apa2 position BUY atau SELL. Jika market cenderung bergerak kebawah menghampiri S2 kebiasaannya ianya adalah TREND SELL. Jika market bergerak ke atas menghampiri R2 maka ianya kebiasaannya adalah TREND BUY. Bagi GOLD ianya mempunyai habit jika ia sudah bergerak ke suatu arah maka ia akan kekal ke arah TREND tersebut. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, anda boleh membaca berita mengenai GOLD sebagai rujukan tetapi ianya tidak banyak mempengaruhi harga GOLD. Ramai pakar mengatakan hujung tahun 2011 GOLD akan naik sehingga 2000 ++ tetapi realitinya berlaku jualan panik diseluruh dunia dan harga emas jatuh sehingga 1516. Hanya pembelian atau jualan PANIK akan menyebabkan harga GOLD bergerak dengan banyak. Selain daripada template dan indikator yang saya guna, oleh kerana saya masih memasang chart USD/CHF, ianya membolehkan saya melihat apabila pair USD/CHF naik, GOLD akan turun dan sebaliknya. Saya bercakap melalui pemerhatian dan pengalaman saya dan jika anda mempunyai pendapat berlainan bolehlah dikongsikan disini.

tennoajak
02-19-2012, 05:16 PM

kalau ada signal trend boleh share sekali bro. Kot2 berminat gak nak masuk sama :)

suremasyuq
02-20-2012, 01:11 AM
pengalaman saya.... saya dah lama tak trade gold/silver.. semenjak diberitahu.... emas dan perak hendaklah berjual beli secara FIZIKAL ... malah... akaun gold kat bank pun saya dah kluarkan....

So,... elok anda yang teringin sangat nak trade gold/silver .... pastikan terlebih dahulu mengenai hukum ..( cari tau.. bukan harapkan orang lain carikan... ) sama2 cari .. selidik... dan diskuslah......

T-REX
02-20-2012, 04:51 AM
ooo..kalo camtu contoh kat maybank2u tu kan ada pakai buku utk beli GOLD..camtu pun kira tak boleh ker?ikutkan apa yang dikata memang betul..emas dengan emas...perak dengan perak..betulkan kalo silap...

learn2biz
02-20-2012, 06:05 AM
Itu la persoalan yg bermain dlm fikiran bila nilai emas hanya pada buku dan tidak boleh dinyatakan dlm bentuk fizikal. Emas terang2 ada hukum ...

BudakSelangor
02-20-2012, 06:27 AM
pengalaman saya.... saya dah lama tak trade gold/silver.. semenjak diberitahu.... emas dan perak hendaklah berjual beli secara FIZIKAL ... malah... akaun gold kat bank pun saya dah kluarkan....

So,... elok anda yang teringin sangat nak trade gold/silver .... pastikan terlebih dahulu mengenai hukum ..( cari tau.. bukan harapkan orang lain carikan... ) sama2 cari .. selidik... dan diskuslah......

Satu persoalan yang bagus .. saya sendiri masih keliru dengan fatwa ini memandangkan urusniaga wang juga memerlukan bentuk fizikal jika ingin penuhi syarak tetapi sepanjang trade saya tidak pernah memegang pair USD atau CHF yang diperdagangkan , atau mendapat pair USD Euro yang saya beli secara online. Namun apabila berlaku kerugian atau keuntungan ianya sama sahaja sama ada kita pegang duit itu secara fizikal atau tidak. Ker kita semua kena berhenti dagangkan matawang mahu pun GOLD atau SILVER? Cer citer .. cer citer ..

BudakSelangor
02-20-2012, 06:45 AM
Itu la persoalan yg bermain dlm fikiran bila nilai emas hanya pada buku dan tidak boleh dinyatakan dlm bentuk fizikal. Emas terang2 ada hukum ...

Apa kata untuk GOLD dan SILVER pihak FXMalay sediakan emas dan perak secara fizikal untuk mereka yang trade kedua komiditi ini. Tapi kalau beli 0.15 lot agak2 serbuk emas boleh dapat tak? Serbuk emas pun serbuk emas la .. janji urusniaga halal ..

learn2biz
02-20-2012, 08:07 AM

FXMalay cuma IB ... bukannya broker/kedai emas ... nak sediakan GOLD ngan SILVER tu mana nak cari .. lesen lagi .. adoai .. kalau tak yah buat aktiviti utk trader (weekly gathering/family day/grand dinner) mungkin boleh la kot gunakan duit komisen utk buat bebenda mcm tu ... amacam? stuju? hehehehe

roceli08
02-20-2012, 08:50 AM
Satu persoalan yang bagus .. saya sendiri masih keliru dengan fatwa ini memandangkan urusniaga wang juga memerlukan bentuk fizikal jika ingin penuhi syarak tetapi sepanjang trade saya tidak pernah memegang pair USD atau CHF yang diperdagangkan , atau mendapat pair USD Euro yang saya beli secara online. Namun apabila berlaku kerugian atau keuntungan ianya sama sahaja sama ada kita pegang duit itu secara fizikal atau tidak. Ker kita semua kena berhenti dagangkan matawang mahu pun GOLD atau SILVER? Cer citer .. cer citer ..

... klu matawang ,klu kita ada prifit kat mt4 , order kat broker utk withdraw , dalam sehari dua klu cucuk dinding , keluar pulus , klu gold ada profit , withdraw klu cucuk dinding tak keluar gold ... agaknya lah... sama macam cpolah kot...

BudakSelangor
02-20-2012, 11:28 AM
FXMalay cuma IB ... bukannya broker/kedai emas ... nak sediakan GOLD ngan SILVER tu mana nak cari .. lesen lagi .. adoai .. kalau tak yah buat aktiviti utk trader (weekly gathering/family day/grand dinner) mungkin boleh la kot gunakan duit komisen utk buat bebenda mcm tu ... amacam? stuju? hehehehe

Sebenarnya saya gurau jer enche learn2biz .. yelah .. trade GOLD takbleh .. trade SILVER takbleh .. trade currency pair takbleh .. kalau semua takbleh baik duk diam2 tengok wayang .. cuma terpulanglah untuk sesiapa nak trade GOLD ker tak .. takde paksaan pun. Kalau duit banyak boleh la beli jongkong emas tu dan simpan selama setahun ..insyaAllah harga emas akan naik dan boleh untung banyak. Aku yang modal kecil nie trade serbuk emas ajer .. hehe

tennoajak
02-20-2012, 01:26 PM

Dah simpan jongkong emas tu jangan lupa bayar zakat bro :)

suremasyuq
02-20-2012, 01:56 PM
Sebenarnya saya gurau jer enche learn2biz .. yelah .. trade GOLD takbleh .. trade SILVER takbleh .. trade currency pair takbleh .. kalau semua takbleh baik duk diam2 tengok wayang .. cuma terpulanglah untuk sesiapa nak trade GOLD ker tak .. takde paksaan pun. Kalau duit banyak boleh la beli jongkong emas tu dan simpan selama setahun ..insyaAllah harga emas akan naik dan boleh untung banyak. Aku yang modal kecil nie trade serbuk emas ajer .. hehe

ni tengok wayang ker... buat wayang ni ??????

huheu huheu huehu huhueh :)

learn2biz
02-20-2012, 06:43 PM
dah masuk page 2 .. mana jurnalnya ... ker nak kena pindah thread ni ... hehehe

BudakSelangor
02-21-2012, 01:57 AM
dah masuk page 2 .. mana jurnalnya ... ker nak kena pindah thread ni ... hehehe

Sorry boss .. sambung semula cerita .. Semalam punya trade nampaknya mencapai sasaran dimana ketujuh-tujuh akaun berjaya mendapat USD3 minimum setiap akaun. Klik link untuk lihat contoh .. http://i1154.photobucket.com/albums/p528/BudakSelangor/FXMalay/goldtf121jan2012.png . Apabila 7 x USD3 bermaksud sehari boleh dapat USD21. Harga GOLD pun tidak banyak pergerakan semalam di mana harga tertinggi dan terendah bezanya cuma 1000 pips. Hari ini punya signal mengikut indikator SK2009 harga GOLD patern D atau Expect LONG .. saya masih lihat pergerakan hari ini dimana jika ia tidak dapat melepasi 1740 bermakna esok GOLD akan SHORT. Saya juga buat Pending Order selepas paras 1743 (R3) mana la tahu jika GOLD berjaya melepasi R3 sewaktu saya tiada didepan komputer nanti.

BudakSelangor
02-22-2012, 11:31 AM
Hari ini masih floating lagi sebab semalam GOLD mencapai 1759.60. Saya Pending Order di atas 1765.00 manalah tahu jika ianya memecahkan rekod semalam dan terus naik lagi. Hari ini harga berlegar-legar diantara 1752.00 - 1759.60.

BudakSelangor
02-24-2012, 02:34 PM
Seperti beberapa hari lepas akaun saya masih floating , selepas mencapai 1787.35 maksimum minggu ini tidak tahu ke mana arah harga GOLD pada minggu hadapan. Kenaikan harga GOLD boleh difahami selepas Iran menghentikan penghantaran minyak ke negara EU kerana nak adakan sekatan ekonomi terhadapnya. Bila negara EU dapat masalah akibat tindakan ini , maka makin parah ekonomi mereka. Oleh kerana wang Australia yang merupakan kembar wang Euro maka sedikit sebanyak negara yang mengeluarkan antara simpanan emas terbesar dunia ini juga terjejas matawangnya. Seperti biasa EU akan mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan matawang Euro terus jatuh dan mungkin minggu depan mereka dapat stabilkan matawang dan harga minyak sebelum harga emas berkurangan sedikit dan berlegar-legar 1700 - 1800.

mzi04
02-26-2012, 03:06 PM

https://i883.photobucket.com/albums/ac39/mzi04/gold-1.gif

Gold ni macam naik jauh lagi...tapi minggu ni kenaikan agak tinggi, mungkin turun dulu sebelum naik semula...
Tapi yang tak bestnya Buletin Utama TV3 malam ni keluarkan news yg kurang menyenangkan kepada online gold trader....:sm45:

tennoajak
02-27-2012, 09:58 AM

yang berita tu berkaitan jugak ke yg trade guna meta trader?

BudakSelangor
02-27-2012, 03:06 PM

Itu la .. rasanya GOLD akan naik lagi .. tapi hari ini ada turun sedikit cuma masih lagi floating .. nak lock margin rasanya belum sesuai kot .. Saya jangkakan harga GOLD bergerak laju ke atas dipertengahan tahun ini namun untuk bulan Mac, April dan Mei ianya akan bergerak perlahan-lahan menuju harga maksimum. Menjelang NZP minggu ini mungkin akan ada sedikit kejatuhan GOLD. Err ..semalam berita TV3/4 citer apa bro mzi04?

BudakSelangor
02-27-2012, 03:08 PM
yang berita tu berkaitan jugak ke yg trade guna meta trader?

Kalau berita mengenai jualan GOLD secara online di internet rasanya kebanyakan yang saya lihat menjual emas daripada Public GOLD atau Maybank punya GOLD .. tatau la kalau itu pun HARAM juga ..

mzi04
02-28-2012, 08:15 AM
Itu la .. rasanya GOLD akan naik lagi .. tapi hari ini ada turun sedikit cuma masih lagi floating .. nak lock margin rasanya belum sesuai kot .. Saya jangkakan harga GOLD bergerak laju ke atas dipertengahan tahun ini namun untuk bulan Mac, April dan Mei ianya akan bergerak perlahan-lahan menuju harga maksimum. Menjelang NZP minggu ini mungkin akan ada sedikit kejatuhan GOLD. Err ..semalam berita TV3/4 citer apa bro mzi04?

Lum kata haram lagi...tapi urusniaga online gold boleh mengugat kestabilan pasaran gold...Awang Adek cakap ler...cam dh beri hint jer hehehehehe.... apa2 layan jer dulu...

BudakSelangor
02-29-2012, 04:59 PM
Hari ini GOLD mencapai paras tertingginya untuk tahun 2012 diparas 1790.30 sebelum menjunam ke paras 1707.05 ketika saya sedang bersantai menonton TV .. Alhamdullilah akaun saya yang floating dari minggu lepas telah pun mendapat profit hampir USD4 setiap akaun. Sebenarnya boleh dapat lebih tapi sebab tak setkan trailing dan bila monitor dah terlepas terjunan bebas GOLD maka tak dapat la nak profit lebih besar.

BudakSelangor
03-01-2012, 04:13 PM
Saya ada post mengenai GOLD yang terus jatuh mencecah 1688.10 semalam tetapi oleh kerana ada masalah dengan database post tersebut tidak dapat disiarkan. Malam nie cuba lagi untuk post sesuatu di jurnal saya ini. Harga GOLD berlegar-legar di 1694.40 dan mencecah 1724.80 paras tertinggi ketika ini. Saya jangka GOLD akan kembali kepada harganya diawal minggu ini sekitar 1760 - 1790.

Rizal
03-01-2012, 07:07 PM
mantap ni..dh blh buy ke?ke tgh retrace kebawah lg?

Saya ada post mengenai GOLD yang terus jatuh mencecah 1688.10 semalam tetapi oleh kerana ada masalah dengan database post tersebut tidak dapat disiarkan. Malam nie cuba lagi untuk post sesuatu di jurnal saya ini. Harga GOLD berlegar-legar di 1694.40 dan mencecah 1724.80 paras tertinggi ketika ini. Saya jangka GOLD akan kembali kepada harganya diawal minggu ini sekitar 1760 - 1790.

BudakSelangor
03-01-2012, 11:11 PM
Kalau ikutkan signal SK3 yang saya pakai Patern adalah D atau Expect LONG .. Pagi nie saya dah pun BUY. Cuma hari ini kalau tak silap ada NFP, kalau taknak masuk market pun tidak mengapa.

learn2biz
03-02-2012, 08:59 AM
Kalau ikutkan signal SK3 yang saya pakai Patern adalah D atau Expect LONG .. Pagi nie saya dah pun BUY. Cuma hari ini kalau tak silap ada NFP, kalau taknak masuk market pun tidak mengapa.

NFP bukan minggu depan eh? hehehehe

Rizal
03-02-2012, 09:32 AM
NFP bukan minggu depan eh? hehehehe

a'a mggu dpn..kt FF mggu ni xde nfp.slmt sket mlm ni blh trade dgn tenang :D

BudakSelangor
03-02-2012, 04:05 PM
Ye la .. Minggu depan NFP .. ingatkan minggu pertama setiap bulan ada NFP .. nampaknya bulan nie minggu kedua baru NFP .. malam nie boleh la trade lagi .. Position yang ada semuanya BUY. Kalau GOLD jatuh memang standby untuk BUY lagi. InsyaAllah hari Isnin pagi GOLD akan melonjak naik semula.

smasm
03-03-2012, 12:32 PM

brapa spread fxop

tennoajak
03-04-2012, 08:10 AM

pakcik kayoooo hehehe. Kalau gold melonjak, GU biasanya akan follow kan. Harap2 lah

mfs
03-04-2012, 12:57 PM
kuatkan azam tekadkan semangat..terus mengali

BudakSelangor
03-04-2012, 06:43 PM
brapa spread fxop

100 bro .. tapi dalam gandaan 5 .. 3 kali gerak sudah boleh dapat untung. Naik dan turun GOLD tidak sehebat pair matawang .. pelan2 kayuh ..janji dapat untung.

BudakSelangor
03-05-2012, 02:39 PM
pakcik kayoooo hehehe. Kalau gold melonjak, GU biasanya akan follow kan. Harap2 lah

Hari ini nampaknya GOLD cuba nak pecahkan rekod kejatuhan minggu lepas 1688.10 tetapi setakat ini hanya mencecah 1694.35 sahaja. Jika GOLD tidak melepasi 1688.10 ada harapan GOLD untuk naik semula ke paras tertinggi tahun ini iaitu 1790. Mulai esok saya akan biarkan ketujuh-tujuh akaun yang ada OP BUY 0.15 lot floating kerana berada diluar kawasan yang mempunyai internet coverage. InsyaAllah bila kebali nanti semua dah ada profit.

Rizal
12-15-2018, 02:25 AM
jom meriahkan jurnal TT :)

Rizal
06-12-2019, 12:31 PM
https://i.postimg.cc/q7HY3RpM/00b4ad3b27661d84e047de8e2965a9c7.jpg

Rizal
10-30-2019, 11:33 AM
ada lagi ke lombong emas ni?

Rizal
12-30-2019, 11:18 AM
info utk semua