PDA

View Full Version : Trade Bersama Amat

amat_kayu
10-11-2009, 02:30 PM
https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/assalamualaikum-nasakh.jpg

aku mulakan thread ini dengan,

Bismillahirahmannirrahim.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Journal ini adalah untuk berkongsi perjalanan aku sebagai Forex traders. Banyak buku-2, dan rakan-2 mensyorkan agar merekodkan setiap trade yang dibuat. Tujuan nya adalah untuk kita belajar dari kesilapan dan memperbaiki setiap kelemahan.

salah satu kelemahan aku adalah, aku tidak consistent dalam merekodkan trade aku. Aku tak tahu berapa lama aku boleh rekod dekat journal ini,.. tapi aku cuba sedaya upaya utk merekodkannya.

Rakan-2, otai-2, sifu-2 , master-2 etc, bebas untuk memberi komen di sini atau untuk post chart, dan sebagai nya. Tidak kira pakai teknik apa sekali pun, apa jenis indi-2 atau EA. Bebas untuk berbincang dan sebagainya. Tiada halangan dan tidak perlu mintak izin. Cuma aku minta , diharapkan janganlah kita menyakiti hati org lain sebab kita sesama berniaga , dan semua orang mahu buat untung termasuk aku.

Disclaimer:
setiap yang direkodkan di sini adalah pendapat peribadi aku, dan bukan lah clue atau hint untuk trading. aku tak layak untuk memberi hint atau clue sebab aku memang totatlly newbie. Jika ada sesiapa yang mengalami kerugian kerana ikut hint dari thread ini maka tanggung lah sendiri. Bak kata otai-2 TAYOR (Trade at your own risk)

rdgs
amat

NewInForex
10-11-2009, 02:36 PM
:sm12: Cak! ..Tahniah dengan pembukaan jurnal anda, harap selalu update yer...boleh kita berkongsi ilmu...hamba newbie gak nih....lagi newbie dari tuan hamba......harap beri tunjuk ajar.....

amat_kayu
10-11-2009, 02:43 PM
Pengenalan

Rakan sepejabat aku telah memperkenalkan forex pada aku sejak tahun lepas iaitu lebih kurang bulan august 2008, tetapi aku tidak ambik indah. Berbagai-2 cara dia mengajak aku, tapi langsung aku tidak berminat. Bukan aku sahaja, tapi satu ofis aku langsung tak tertarik. Sehingga sampai suatu masa iaitu bulan February 2009, ada rumors yang company tempat aku berkerja bercadang untuk menutup operasi nya di Malaysia. Time itu kerja memang dah takde mode, dan sangat kurang. banyak masa yang terluang, aku tak tahu nak buat apa.

So sebagai pengisian, aku mencarik hobby baru yang boleh mengisi masa lapang aku. Aku diperkenalkan pada Forex oleh sorang ofismate aku yg lain, yang senyap-2 berforex tanpa pengetahuan org lain. Aku buat research, dan semakin lama aku study aku makin berminat.

begitulah ceritanya.

amat_kayu
10-11-2009, 02:49 PM
:sm12: Cak! ..Tahniah dengan pembukaan jurnal anda, harap selalu update yer...boleh kita berkongsi ilmu...hamba newbie gak nih....lagi newbie dari tuan hamba......harap beri tunjuk ajar.....

Insyaallah, hamba akan kongsi apa yang hamba tahu. Hamba berpegang pada konsep what goes around comes around. Kalau kita nak ilmu kita bertambah, kita kena bagi ilmu pada orang (atau apa yang termampu)

Satu hadis mengatakan yang lebih kurang begini bunyi nya

" Ingat Wahai Ali, Jika kau bagi satu dengan ikhlas, Allah akan beri 10 "

sama-2 kita belajar,.... :sm52:

amat_kayu
10-11-2009, 02:59 PM
sekalung penghargaan buat Cikgu Sham dan sifu-2, otai dan rakan-2 yang lain (banyak sangat nama mereka utk disebut) kerana aku dapat banyak belajar secara langsung mahupun tidak langsung dari post-2 mereka. termasuk juga sifu-2 dari forum Forex Factory. Yang baik aku jadikan teladan, dan yang tak baik aku jadikan sempadan.

amat_kayu
10-11-2009, 03:12 PM
Teknik dan Analysis

Teknik yang aku gunakan adalah seperti berikut, dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa. Aku cuba link atau mengabungkan setiap teknik yang aku belajar dari masa ke semasa. Aku cuba berpikiran terbuka dengan apa segala teknik selagi ianya boleh difahami dan menyumbang kan green pips.

ada org kata jangan belajar banyak teknik kerana ianya akan mengelirukan kita. satu teknik kata sell dan satu lagi kata buy,... so last-2 confius . takeplah itu kata mereka. nobody is wrong. tetapi bagi aku sebaliknya. semakin banyak teknik semakin aku suka dan aku cuba mengaitkan antara satu sama lain. tapi apa yang paling penting boleh buat profit.

Teknik
1) KISS - Keep it simple and short
2) support and resistance
3) Trendline
4) Fibo
5) candlestick
6) Pivot Point
7) Elliot Wave
8) Round Number
9) MacD

Bersambung di lain masa,....

roceli08
10-11-2009, 03:20 PM
syabas & tahniah buat bro AMAT , sejak2 dua menjak ni , dah semakin ramai para individu/trader memahami maksud journal ni ... apa2 aktiviti lebih mudah utk direkod terutama demi utk membaiki kesilapan kita di dalam dunia forex yg mencabar ini ....

... journal dari 5 usd , 25 usd 50 usd , 150 usd dan terkini dari 1 usd ... masing2 ada pembelajaran yg boleh dimanfaati ... ( mungkin bro HAFIZ akan mewujudkan journal dari 10 usd pulok ) ...

... teruskan bro utk kita sama2 menajamkan ilmu .... diam2 kayu , penuh dgn isi ...

:sm53:

amat_kayu
10-11-2009, 10:45 PM
Salam,

untuk hari nih aku tengah mennunggu setup yang baik. Aku nak tengok price action sekiranya cable sampai kat 5860, 5880 dan 5895. Sekira nya candle stick menunujukkan tanda-2 reversal, then aku masuk sell. Sekira nya takde apa-2 PA,... aku just duduk diam.

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable12oct2009.gif

amat_kayu
10-11-2009, 10:49 PM

Thanks bro Cekli, atas dorongan semangat.
yup sama-2 kita belajar dan makan green pip.

amat_kayu
10-11-2009, 11:00 PM
Salam,

untuk hari nih aku tengah mennunggu setup yang baik. Aku nak tengok price action sekiranya cable sampai kat 5860, 5880 dan 5895. Sekira nya candle stick menunujukkan tanda-2 reversal, then aku masuk sell. Sekira nya takde apa-2 PA,... aku just duduk diam.

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable12oct2009.gif

Oops ada satu lagi resistance yang aku terlepas pandang iaitu 5905. By right cable tak boleh naik lebih dari 5905. by left sekiranya terlepas 5905,.. then makna nya aku salah kira dan kena buat recounting.

point-2 yg perlu diperhatikan PA
1. 5860
2. 5880
3. 5895
4. 5905

Always guna teknik SFB (sell from bounce) dan jangan sesekali melawan trend. Trend is your best friend, and don't against him.

rdgs
amat

deeprazel
10-11-2009, 11:39 PM
tahniah brade amat sebab diatas pembukaan thread sendiri..
smoga perkongsian ilmu nie dpt la dimanfaatkn pada sesape yg memerlukn..
harap thread nie berjalan lancar .. :sm52: :malaysia-flag:

amat_kayu
10-12-2009, 01:23 AM
Balik dari hantar anak sekolah nampaknya cable sudah bounce kat 5860. Terlambat, tapi aku yakin dia akan still gerak ke bawah.

next target 5770. lepas tuh mungkin akan mantul balik naik atas, dan tunggu next setup utk sell.

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable12oct20099pagi.gif

amat_kayu
10-12-2009, 01:27 AM
tahniah brade amat sebab diatas pembukaan thread sendiri..
smoga perkongsian ilmu nie dpt la dimanfaatkn pada sesape yg memerlukn..
harap thread nie berjalan lancar .. :sm52: :malaysia-flag:

Thanks bro. harap-2 dapat memberi manfaat kepada yg lain jugak.

:sm12:

roceli08
10-12-2009, 03:15 AM
salam tuan amat ,

aku tengok macam nak kejar pivot balik aje .... ( maaf , newbeezz tumpang tanya )....

amat_kayu
10-12-2009, 03:23 AM
salam tuan amat ,

aku tengok macam nak kejar pivot balik aje .... ( maaf , newbeezz tumpang tanya )....

w'salam Tuan Cek li,

yup aku pun setuju. tapi apakan daya aku dah ter- sell,... kena guna teknik kamikaze ,..
:sm41:

roceli08
10-12-2009, 03:34 AM
w'salam Tuan Cek li,

yup aku pun setuju. tapi apakan daya aku dah ter- sell,... kena guna teknik kamikaze ,..
:sm41:

... relax dulu bro ..tu cuma tf kecik2 ... sebelum ni aku pun ada sell jugak , tapi nampak macam payah aje , aku close dulu dan sambung buy .... utk tf beso , aku lum tumpu ...

.. scalping ni tak boleh lama2 sangat ... tengok lain macam aje kasi potong ...kalau tak kena nanti ...

.. tapi asian market nampat naik hari ni ... tengok camna london open ... pagi ni masih lum menganas lagi ...

.. maaf tuan amat , chart aku terpaksa delete sebab takut menggangu teknikmu...

.

amat_kayu
10-12-2009, 06:51 AM
tadi pagi punya op dah kena SL, tapi aku berjaya masuk balik dan lock profit.

target 5775.

:sm53:

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable12oct20093petang.gif

amat_kayu
10-12-2009, 07:31 AM
Alhamdulillah,..

sampai jugak target,....

3 trade
1 loss
2 profit

aku nak close pc,.. sbb tangan aku dah gatal nak masuk lagi bila tgk cable makin jatuh,...

aku masuk lagi malam nih , kalau dia retrace,...

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable12oct2009reachtarget.gif

NewInForex
10-12-2009, 07:54 AM

hebat ler abang nih....cam tau2 jer nak jatuh, kenapa tak calling2 saya tadi, bleh untung lebih macam bro...

amat_kayu
10-12-2009, 08:08 AM
hebat ler abang nih....cam tau2 jer nak jatuh, kenapa tak calling2 saya tadi, bleh untung lebih macam bro...

salam abang NewInForex,

tadi pagi aku dah post yang kata benda ni nak jatuh. Cuma masalah nya aku tak tahu bila dan kat mana dia akan start jatuh. aku bagi harga-2 kat bawah utk tgk PA. kalau ada shooting star ker , bearish engulfing atau doji,.. kemungkinan dia nak jatuh adalah besar.

Tapi TAK semestinya betul. kena campur dgn guts sekali :)

:sm6:

Oops ada satu lagi resistance yang aku terlepas pandang iaitu 5905. By right cable tak boleh naik lebih dari 5905. by left sekiranya terlepas 5905,.. then makna nya aku salah kira dan kena buat recounting.

point-2 yg perlu diperhatikan PA
1. 5860
2. 5880
3. 5895
4. 5905

Always guna teknik SFB (sell from bounce) dan jangan sesekali melawan trend. Trend is your best friend, and don't against him.

rdgs
amat

NewInForex
10-12-2009, 08:28 AM
salam abang NewInForex,

tadi pagi aku dah post yang kata benda ni nak jatuh. Cuma masalah nya aku tak tahu bila dan kat mana dia akan start jatuh. aku bagi harga-2 kat bawah utk tgk PA. kalau ada shooting star ker , bearish engulfing atau doji,.. kemungkinan dia nak jatuh adalah besar.

Tapi TAK semestinya betul. kena campur dgn guts sekali :)

:sm6:

ok bro...tq.....hamba kene bykkan study n trade...nak belajar action dia

aj13
10-12-2009, 09:54 AM
uish?...kalau tengok dari gambar di atas...saudara amat buka lot cam besar je...memang otai ni...
apepun tahniah atas pembukaan jurnal anda...teruskan memberi tunjuk ajar pada newbies yang banyak kekalutan dan sangkut2 dalam forex ni...hehehe...

amat_kayu
10-12-2009, 11:59 AM

thanks aj13,

aku bukan otai, tapi newbie jer. aku pun seram-2 sejuk bila masuk op, tapi kalau tak buat, bila lagi nak cuba,... rasenya lebih byk loss dari profit,....

aku willing to take risk....
:sm12:

rdgs
amat

amat_kayu
10-12-2009, 12:18 PM
salam and greeting,

aku tgh tunggu another setup. kalau cable naik sampai 5900 hingga 5970 , aku nak tengok PA. Kalau PA cantik aku sell.

mungkin aku betul, mungkin aku silap,... willing to take risk.

buat masa nii aku stay out, kasi dia naik dulu. aku hanya main satu direction. mungkin juga esok baru naik sampai 5900,... tak siapa yg tahu,...

dua George Soros punya rule

rule #1 . don't loss your money.
rule # 2 . don't ever forget rule # 1.

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable12oct20098malam.gif

WongSifu
10-12-2009, 12:35 PM
Ampun tuanku, minta keizinan testing dilaman forum nie,

WongSifu
10-12-2009, 12:39 PM
Izin lalu untuk try posting :sm6:

amat_kayu
10-12-2009, 12:39 PM
Ampun tuanku, minta keizinan testing dilaman forum nie,

Silakan kekanda. Keluarkan kungfu mabuk ko tuh ,.... hehehehe

:sm31:

BOYO-LEPER
10-12-2009, 02:20 PM
https://img38.imagefra.me/img/img38/2/10/12/boyoleper/f_12cwmqostycm_4d06891.gif (http://imagefra.me/)

gue agak dia leh jatuh lagi tu ... dia hanya buat retrace .kejap .., tu ... tapi tak tahu sampai mana dia leh jatuh ...

amat_kayu
10-12-2009, 09:51 PM
salam and greeting,

agak-2 nya cable boleh ke utara tak hari nih?

Buy at 5796
SL = 5764
TP = 5896 (mungkin boleh sampai weekly pivot 5929 atau 5970 , tapi aku tak nak tamak. musuh utama trader.

mungkin juga dia nak ke selatan. TAYOR.

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable13oct20095pagi.gif

amat_kayu
10-13-2009, 12:31 AM
kasi manderam sket supaya cepat sket cable naik,... fuhhhhhhhhhhh
:sm2:

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable13oct20098pagi.gif

amat_kayu
10-13-2009, 09:20 PM
salam and greeting,

agak-2 nya cable boleh ke utara tak hari nih?

Buy at 5796
SL = 5764
TP = 5896 (mungkin boleh sampai weekly pivot 5929 atau 5970 , tapi aku tak nak tamak. musuh utama trader.

mungkin juga dia nak ke selatan. TAYOR.

rupanya sebelum naik,.. dia jatuh dulu. habis langgar SL aku. tu la padah nya langgar pantang larang. Buy di bawah DPP. Lesson to learn.

Tapi dgn keyakinan aku masuk balik,... so dapat cover loss yg semalam. :sm12:

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/dapatbalik14oct09.gif

amat_kayu
10-13-2009, 10:06 PM
gu tgh naik, so aku tgh carik peluang utk sell,... mungkin bukan hari nih sbb, candlestick tgh strong bullish , dan price di atas DPP. Mungkin kena tunggu malam nanti atau esok pagi.

Aku cuba mengurangkan masa berforex. tengok chart sebelom tido, dan bangun tido jer kalau boleh. Lain-2 masa aku nak spend dgn family dan kerja. Kalau asyik memorex, semua kerja tak boleh siap. Ular depan mata pun tak sedar.

tapi kalau ada masa free, aku layan jugak scalping nih.

:sm9:

rdgs
amat

amat_kayu
10-13-2009, 10:40 PM
sekiranya wave correction nih bentuk Zig-Zag

:sm42:

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/forcastecable14-oct.gif

amat_kayu
10-14-2009, 01:18 AM
salam and greeting.

Sekiranya betul, corrective wave nih bentuk zig-zag, maka aku tgh tunggu big setup

Bila cable jatuh setelah complete zig-zag (wave C), sure jatuh gilos sbb dia akan membentuk wave 3, wave yg paling panjang dan paling singkat masa completenya. Kalau terlepas yg ini,... kena tunggu minggu-2 yg lain pulak.

Tapi sekiranya cable naik terlepas 6120, makna nya aku salah kira dan tak valid analysis ini. sebab tu kena letak SL kat atas tu,...

Wave 3 nih , digemari oleh ramai elliotician.

kalau sapa-2 ternampak candle stick formation utk reversal dekat H1, calling-caling aku lah,... hehhe

shooting star
doji
bearish engulfing
top spin
etc,.....

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/forcastecable14-octpart2.gif

amat_kayu
10-14-2009, 04:02 AM
Boleh scalping jugak kalau ada masa lapang

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/scalping14-oct.gif

amat_kayu
10-17-2009, 11:17 AM
Salam,

Minggu depan hari isnin, aku nak bangun kul 6:00 pagi utk buy GU. di jangkakan GU akan naik pada hari tuh sampai 1.6500 dan turun balik.

setup utk isnin:
buy @ 1.6350
SL @ 1.6330
TP @ 1.6480

target profit 130 pips.
risk : reward = 20 : 130
= 1 : 6

mungkin juga aku tersalah analyze, jadik TAYOR,....

p/s: aku berpesan utk diri aku supaya sentiasa guna SL dan naik kan SL to BE jika dah green pips. In case berlaku sebaliknya, aku dapat kurangkan risiko nya. Risk managment is essential.

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable1710090431amh4.gif

NewInForex
10-17-2009, 12:42 PM

simple nyo chart cik amat.....tak serabut mato memandang.......kan best kalau dapat buat chart dengan indi yg se simple mungkin...naked aja....good luck cik amat...

amat_kayu
10-17-2009, 12:56 PM
simple nyo chart cik amat.....tak serabut mato memandang.......kan best kalau dapat buat chart dengan indi yg se simple mungkin...naked aja....good luck cik amat...

aminn.

ni adalah salah satu teknik KISS, keep it simple and short.

1. Follow the trend
2. as simple as possible sbb kalau dah banyak line, gambar, indicator etc,... akan mengelirukan. last-2 tak sure line mana satu nak follow.

hehehehe,.....

:sm32:

zurin
10-17-2009, 03:34 PM

sallam amat,
timakasih untuk KISS tu,
tapi aku tak khatam lagi bab naked trading ni,
aku nampak gu dengan indi macam ni.........:sm42:

https://i200.photobucket.com/albums/aa235/dinbd3/amat-1.gif

amat_kayu
10-18-2009, 02:02 AM
sallam amat,
timakasih untuk KISS tu,
tapi aku tak khatam lagi bab naked trading ni,
aku nampak gu dengan indi macam ni.........:sm42:

salam Zurin,

heheheh, sama lah kita, aku pun belom khatam lagi naked trading nih. aku main belasah jer lukis,... maklumlah bidan terjun. tapi kalau tak start bila lagi,...

bila aku tgk chart ko tuh baru perasan ada downtrend trendline kat atas sket. benda yg macam nih aku selalu overlook.

so mungkin cable tak boleh naik banyak sampai 6500 sbb ada trendline tu kat major timeframe. sbb tu penting naikkan SL to breakeven dan seterusnya lock the profit.

Kalau hari isnin close as shooting star,... mari kita sama-2 terjun sell,... ehehe,.. at least 200 pips dalam tangan ,... insyaallah.
:sm32:

roceli08
10-18-2009, 08:29 AM

... Kawe rasolah , utk short term , GU akan retrase sampai 1.6050 ... tapi kalau pecah resistance atas tu .. 1.6570 level dia ...

aj13
10-18-2009, 05:14 PM
bro amatnye chart memang simple abis...saya pun agak cam kurang faham bila jual dan belinya...apepun pada perkongsian beliau sedikit demi sedikit akan diselami,insyaAllah...

amat_kayu
10-18-2009, 10:42 PM
bro amatnye chart memang simple abis...saya pun agak cam kurang faham bila jual dan belinya...apepun pada perkongsian beliau sedikit demi sedikit akan diselami,insyaAllah...

Salam bro AJ13,

berikut adalah cara aku baca chart,

1. determind arah trend, atas atau bawah
2. cari best price, SL dan TP yg sesuai
3. confirmation dgn CS sebelom buat entry

A. banyak cara boleh di digunakan untuk determind arah trend
1. dengan membuat trend line dari kiri ke kanan pada satu TF. TF lagi besar lagi bagus
2. Guna MA pun boleh, tapi bukan tgk pada silang,... sbb normally org guna silang utk buat entry. bagaimana pun terpulang pada individu tuh nak manipulate MA
3. kenal pasti support dan resistance. biasa nya org cakap price tak suka pada support dan resistance. dia akan menjauhi salah satu nya
4. gunakan pivot point sama ada daily, weekly dan monthly. kalau bukak TF kecik, then kalau pivot bawah price maka trend adalah uptrend, dan sebaliknya
5. gunakan elliot wave pun boleh, dgn mengira 1, 2, 3,4, 5, a, b, c . kenal pasti kita berada kat wave mana. kalau tau kat wave mana, insyallah tau direction nya. tapi musuh elliot wave ialah jgn overconfident dgn kiraan sendiri. kalau boleh compare dgn org lain. kalau ada 5 org, mungkin 5-5 kira lain-2.

B. once dah tau arah, cari best price , SL, dan TP yg sesuai. yg nih boleh guna suppot dan resistance, fibo dan elliot wave

C. sebelom buat entry double confirm dgn candle stick, sebab tak semestinya analisis kita betul. Jadik CS akan tolong confirmkan

bagaimana pun semua ini hanyalah guide line, bukan nya rules. at last kita yg decide nak buat apa. kalau perlu flexible, then flexiblekan lah, kalau tak boleh flexible then jangan lah.

:sm42:

amat_kayu
10-19-2009, 03:05 PM
https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cableh41910091046pm.gif

amat_kayu
10-20-2009, 01:59 PM
semalam

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cableh41910091046pm.gif

Hari ini memang sampai 6480, unfortunately aku baru sampai dari KL. tak sempat nak letak order. :sm43:

btw, aku punya sell awal pagi tadi still selamat . tak kena SL lagi. alhamdulillah
target : 6175 ( monthly pivot)

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable2010090940pmh4.gif

roceli08
10-21-2009, 08:46 AM

... salam tuan AMAT , camna dgn GU dah 1.6530 sekarang ni ... berapa byk lagi wave dia nak sampai tu ?? :sm54:

NewInForex
10-22-2009, 08:15 PM
... salam tuan AMAT , camna dgn GU dah 1.6530 sekarang ni ... berapa byk lagi wave dia nak sampai tu ?? :sm54:

awat sonyap jo....MC ka cik kucing, dia nak pegi 1.67 tu.....huahuahua

amat_kayu
10-23-2009, 08:17 AM
... salam tuan AMAT , camna dgn GU dah 1.6530 sekarang ni ... berapa byk lagi wave dia nak sampai tu ?? :sm54:

salam bro cek li,

sekarang ni ada 2 version utk cable. satu kata nak naik, dan satu kata nak turun. apa-2 hal,.. aku tunggu news kul 4:30 pm atau kul 10 malam nih.

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable231009version1.gif

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable231009version2.gif

awat sonyap jo....MC ka cik kucing, dia nak pegi 1.67 tu.....huahuahua

biasa ler bro,... kalau tak MC tak gerek sayyy ( slang org temasik ) ehheheh

aku bz scalping sbb tuh kurang layan forum. :lithuania-flag:

amat_kayu
10-27-2009, 03:36 PM
boleh sampai 6290 tak malam nih?

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/penutupmalamnih.gif

NewInForex
10-27-2009, 04:37 PM
boleh sampai 6290 tak malam nih?

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/penutupmalamnih.gif

dia belum mau turun, mau test terbang balik lepas jatuh terduduk hari tu.....huahuahua

wanimran
10-27-2009, 07:27 PM
Bagus gak en amat buat jernal nih.... Boleh saya jadikan second opinion... Kebetulan saya juga peminat GU.... Tetapi yg kurang bestnya latly nih en amat kita kurang update jernal dia....

amat_kayu
10-28-2009, 01:28 AM
dia belum mau turun, mau test terbang balik lepas jatuh terduduk hari tu.....huahuahua

yes , u are right. cable patah balik dan langgar SL. itu lah guna nya SL, untuk pastikan kita cut loss jika salah predict. In fact, 75% dari prediction mmg tak tepat, sebab kita tgh berhadapan dgn dunia yg nonlinear. tiada siapa yg tahu apa akan berlaku kat pasaran forex.

Yg penting kita ada backup plan jika berlaku sebaliknya.

Forecast utk cable hari nih atau esok. boleh sampai 1.6000 tak?

adakah news hari nih yg akan mengerakkan cable?
USD Core Durable Goods Orders m/m
USD New Home Sales

renung-renungkan, dan selamat beramal.

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable281009.gif

amat_kayu
10-28-2009, 01:33 AM
Bagus gak en amat buat jernal nih.... Boleh saya jadikan second opinion... Kebetulan saya juga peminat GU.... Tetapi yg kurang bestnya latly nih en amat kita kurang update jernal dia....

tima kasih.
maaaf, kebelakangan ini saya sibuk menguruskan hal-2 rumah sbb org rumah outstation kat KL 2 miinggu.

sumbangan opinion en wanimran juga dihargai di sini.

rdgs
amat

NewInForex
10-28-2009, 08:31 AM
cik mat yg pakar volume, kenapa usd jatuh,GU EU pun terjun sama???....tak berlawan pulak trend dia...pening nak predict market nih...

u in trade ker bro....sedap scalp nih....semua down...da terlajak nak swing, scalp 10 pips senang2 ni bro....dapat 10, close, tunggu kalau naik sell, turun 5-10 pips close....tak gitu?? best2..

amat_kayu
10-28-2009, 11:55 AM
cik mat yg pakar volume, kenapa usd jatuh,GU EU pun terjun sama???....tak berlawan pulak trend dia...pening nak predict market nih...

tak sure la bro,... aku tak katam lagi eu nih,...
tapi otai-2 selalu cakap just follow the trend. jgn pening-2

u in trade ker bro....sedap scalp nih....semua down...da terlajak nak swing, scalp 10 pips senang2 ni bro....dapat 10, close, tunggu kalau naik sell, turun 5-10 pips close....tak gitu?? best2..

trade jugak. dapat ler sket . mungkin news kul 10;00 pm nih lagi rancak jatuh nya atau sebaliknya...

p/s: aku belom terrer scalping nih,..

amat_kayu
10-30-2009, 01:02 AM
adakah cable akan menuju 6700 hari ini?

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/30-oct-2009cableh1.gif

zurin
10-30-2009, 01:26 AM
adakah cable akan menuju 6700 hari ini?

cek amat,
hari ni berapa haribulan eah:sm37:

amat_kayu
10-30-2009, 01:40 AM
cek amat,
hari ni berapa haribulan eah:sm37:

alamak?... ada yg aku terlepas pandang ker?,...
hujung bulan org tutup kaunter dan org keluarkan duit ker?...

tolong!!!!

:sm37:

amat_kayu
10-30-2009, 01:50 AM
ada 4 jenis perasaan semasa trading,... hanya satu perasaan berfungsi pada sesuatu masa dgn kadar yg amat cepat

1. takut
2. tamak
3. confidence
4. seronok

adakah kita perasan, jika kita takut semasa trading, kita akan sentiasa kalah atau hampir kepada kalah. takut untuk let the profit run, dan takut utk cut the loss.

sebaliknya jika pada hari tuh confidence, biasanya kita akan senang profit.

macam mana kah utk mengabungkan semua perasaan ini supaya trading kita lebih profitable dan pada risk yg rendah?

roceli08
10-30-2009, 02:26 AM
alamak?... ada yg aku terlepas pandang ker?,...
hujung bulan org tutup kaunter dan org keluarkan duit ker?...

tolong!!!!

:sm37:

... minggu terakhir , hari terakhir utk oktober .. ada window dressing kot ...

ada 4 jenis perasaan semasa trading,... hanya satu perasaan berfungsi pada sesuatu masa dgn kadar yg amat cepat

1. takut
2. tamak
3. confidence
4. seronok

adakah kita perasan, jika kita takut semasa trading, kita akan sentiasa kalah atau hampir kepada kalah. takut untuk let the profit run, dan takut utk cut the loss.

sebaliknya jika pada hari tuh confidence, biasanya kita akan senang profit.

macam mana kah utk mengabungkan semua perasaan ini supaya trading kita lebih profitable dan pada risk yg rendah?

... entahlah tuan AMAT , dalam masa yg sama semua perasaan ni boleh berlaku ... macam sakit jiwa aje ....:sm10:

amat_kayu
10-30-2009, 06:11 AM
[B][SIZE="3"]
... entahlah tuan AMAT , dalam masa yg sama semua perasaan ni boleh berlaku ... macam sakit jiwa aje ....:sm10:

Mengikut pakar-2 phsychology ,

1. takut
2. tamak

perasaan takut dan tamak dikawal oleh otak sebelah kiri. otak sebelah kiri lebih kepada logik, fact, numbers, digital etc. kita takut dan tamak kerana nilai-2 pips, dollar , value. kita menjadi takut apabila loss kita mencecah ribuan dollar atau ringgit. kita menjadi tamak juga sbb mengharapkan nilai dollar yg akan masuk. Perasaan takut dan tamak amat merbahaya semasa kita buat trading. Jadik cuba switch off otak sebelah kiri SEMASA trading :)

3. confidence
4. seronok

confidence dikawal oleh otak sebelah tengah atau CORE, manakala seronok oleh otak sebelah kanan. otak CORE dan sebelah kanan adalah amat powerfull. Otak core dapat memprocess maklumat dgn pantas sebagai contoh kita mengayuh basikal. secara otomatik signal dihantar ke saraf-2 membolehkan kita mengayuh basikal dgn betul tanpa kita sedari. otak kiri pun lebih power dengan memberikan sumber inspirasi , idea, etc. sebagai contoh ahli muzik dapat mereka lagu-2 baru mengunakan otak kanan. otak kanan juga kekadang membolehkan seseorang itu connect ke dunia luar. kita perlu turn ON otak kanan semasa trading.

jadi apakah cara-2 yg boleh dibuat supaya kita dapat memanfaatkan semua 4 ciri ini utk kita berjaya dalam trading. dalam kata lain turn ON dan turn OFF otak kiri, kanan, dan CORE pada mase yg betul utk buat trading

1. gunakan otak kiri ( takut dan tamak) sebelom trading, bukan semasa trading. buat analysis upfront , menggunakan data-2 , fact etc. Gunakan perasaan takut tadi untuk buat analysis, supaya kita lebih berhati-2 , supaya modal (Capital) kita tak kaput. pikir apakah SL yg bersesuaian. buat teknikal dan fundamental analysis menentukan arah trend. Gunakan perasaan tamak utk kita forecast potential profit. pikir cam mana kita boleh maximizekan profit, dan sampai mana price bolehh sampai. buat trade plan. kalau boleh, buat analysis sehari sebelom trading. Lepas buat analysis, pi enjoy atau tgk tv atau tgk wayang

2. bila sudah tiba mase utk trading, gunakan perasaan confidence dan seronok. turn OFF otak kiri dan turn ON otak kanan dan tengah. apabila semua persediaan telah dibuat, kita akan menjadi lebih confidence utk trade. Trade ikut plan anda dan bukan speculation dari org lain. yakin dgn analysis anda sendiri. Bila confidence ada, maka baru seronok. Bila seronok baru kita rase seperti mengikut rhythm market. seolah-2 kita connected dgn market.

Have Fun ! kita sepatutnya merasa seronok trading dan bukan sebalik nya. sebab itu org yg telah berjaya seronok bila trading.

renung-renungkan dan selamat beramal.

:sm53:

rdgs
amat

amat_kayu
10-30-2009, 06:45 AM
Salam and greeting,

sesuatu yg seronok untuk dibincangkan adalah STOP LOSS. ada org takut guna stop loss dan tidak menggunakan stop loss, dan ada pula org terlalu mengunakan tight stop loss (stop loss yang kecil).

ada org berpendapat broker akan mengunakan database yg ada, plot distribution dan kejar stop loss, atau dalam kata lain "Running Stop" ( wallahualam). ada org pula berpendapat lebih baik tidak guna stop loss langsung, sebab percaya yang price itu akan kembali semula pada tempat asal nya dalam kata lain teknik floating. Ini memerlukan equity yang besar. Bagaimana jika price itu tak kembali? atau mungkin 5 tahun akan datang baru kembali?

Feedback yang aku dapat setakat ini dari member-2 aku, (termasuk aku sendiri) kebanyakkan org kena Margin Call atat STOP OUT (fxopen) adalah kerana tidak menggunakan stop loss. Stop Loss sepatutnya digunakan utk cut the loss jika trend tidak menyebelahi analysis kita. Dengan kata lain, analysis kita dan perdiction kita salah. Dari sudut baik nya stop loss dapat mengurangkan kerugian yg kita akan tanggung.

Jika anda perasan, kenapa kekadang kita letak kecik stop loss contoh 30 pip utk Cable kena, dan letak besar 50 pip pun kena? Ada sampai ketika letak 100 pip pun kena. Itu yg membuatkan org tak nak (reluctant) menggunakan stop loss.

Sebenarnya, yang salah itu bukan nya stop loss, tetapi analysis kita. analysis kita salah dan memang salah . Jika benar analysis yg kita buat, walau letak 10 pip SL insyallah tak kena, dan jika salah walau bagaimana besar pun SL, pasti kena. Kita salah dalam membuat entry. kita BUY pada harga yg tinggi dan SELL pada harga yg rendah.

Jadi, buat lah analysis sebaiknya dan gunakan lah STOP LOSS. Buat entry yg betul. Jika masih langgar SL, maknanya entry atau analysis kita buat salah. Carilah stop loss yg betul, dengan mengenalpasti support dan resistance.

:sm15:

kmbeng
10-30-2009, 08:55 AM

SL ni nak menghalang kita dari mengharap market akan kembali kepada direction asa dia... huehuehue.... lebih baik letak SL dari dapat SO... kalu margin besaq x kisah... bleh hold belemon-lemon pips.. macm aku ni kena 50 pip pown dah garu telinga... huehuehue

amat_kayu
10-30-2009, 09:39 AM

kuang kuang kuang,...

setuju, jangan mengharap sesuatu yg belom pasti jadi nya,...

NewInForex
10-30-2009, 11:12 AM
SL ni nak menghalang kita dari mengharap market akan kembali kepada direction asa dia... huehuehue.... lebih baik letak SL dari dapat SO... kalu margin besaq x kisah... bleh hold belemon-lemon pips.. macm aku ni kena 50 pip pown dah garu telinga... huehuehue

bila da letak SL, jgn lupa letak Trailing stop...baru la selamat...huahuahua...

tunperak
10-30-2009, 11:37 AM
bila da letak SL, jgn lupa letak Trailing stop...baru la selamat...huahuahua...

:sm10: betol tuuuu....setuju sangat......tak pon guna ea lock profit......

dealkhan
10-30-2009, 11:49 AM
Mengikut pakar-2 phsychology ,

1. takut
2. tamak

perasaan takut dan tamak dikawal oleh otak sebelah kiri. otak sebelah kiri lebih kepada logik, fact, numbers, digital etc. kita takut dan tamak kerana nilai-2 pips, dollar , value. kita menjadi takut apabila loss kita mencecah ribuan dollar atau ringgit. kita menjadi tamak juga sbb mengharapkan nilai dollar yg akan masuk. Perasaan takut dan tamak amat merbahaya semasa kita buat trading. Jadik cuba switch off otak sebelah kiri SEMASA trading :)

bagus pesanan tu..tapi bagaimana kita tau kita menggunakan otak kanan??
menurut apa yang saya belajo la, aktiviti sebelah kanan dikawal oleh otak kiri dan otak kanan mengawal aktiviti anggota kiri..

sebenarnya kombinasi otak kiri dan kanan akan mencetuskan kejayaan yang sebenar..perasaan bembang perlu ada tapi perlu dikawal...contohnya mm...

kmbeng
10-30-2009, 12:18 PM
penah gak la aku tgok discovery, depa kat albert einstein guna 15% ja otak dia banding manusiia besa yang guna 3-5%.... kalu kita guna 100% camna???

NewInForex
10-30-2009, 02:59 PM
penah gak la aku tgok discovery, depa kat albert einstein guna 15% ja otak dia banding manusiia besa yang guna 3-5%.... kalu kita guna 100% camna???

100%?? takde manusia perfect bro....huahuahua....kalau orang sebijak Einstein hanya guna 15% atau 10% mengikut kata cikgu kimia aku dulu, dan dah mencipta rumus yg di gunakan turun temurun, agak2 cik, kita ni guna berapa % otak kita setakat nih??????
0.15%?? 00.15%?? huahuahua.........

kmbeng
10-30-2009, 03:07 PM

2 baru cakap tentang otak... cimpanzi pown ada otak... tp kalu kita campoq ngan akal plak camna?? cimpanzi x da akal:sm28: :sm28: huehuehue....

NewInForex
10-30-2009, 03:24 PM
2 baru cakap tentang otak... cimpanzi pown ada otak... tp kalu kita campoq ngan akal plak camna?? cimpanzi x da akal:sm28: :sm28: huehuehue....

huahuahua..........akal fikiran la yg membuat otak berfungsi sehingga 15% tu....kalau cipanzi ada akal, rasa nyer ada cipanzi pulak yg tengah trade skang nih....huahuahua....

ps: ada cipanzi da naik roket ke angkasa, anda bila lagi??huahuahua.... :sm26:

roceli08
10-31-2009, 03:07 AM
Mengikut pakar-2 phsychology ,

1. takut
2. tamak

Have Fun ! kita sepatutnya merasa seronok trading dan bukan sebalik nya. sebab itu org yg telah berjaya seronok bila trading.

renung-renungkan dan selamat beramal.

:sm53:

rdgs
amat

... SYABAS BRO AMAT ... best gak info ni .. cuma tengah tercari2 kat mana suiz nak on/of otak kanan/kiri tu ... :sm10:

lilinman
11-01-2009, 05:28 AM
saya amat berminat dgn psikologi dalam trading,apa yg cik amat kayu post memang relevan.emosi memang anugerah tuhan yg bernilai.orang yg tidak trading mempunyai emosi juga.mereka tak ada apa-apa loss(berkaitan dgn trade).apa yg membuat bad trade ialah emosi masa pull the trigger.tengah emosi gerenti pertimbangan kita out.game plan dah lupa.hentam cromox saje.
cara yg paling bagus masa trade tulis jurnal,apa yg saya rasa.lagi cantik dpt rekod muka saya macam mana tengah trade!!!nak lihat ada emosi teruk tak yg melanda masa trade.
anyway good stuff u wrote.kudos.

azuwan
11-07-2009, 02:47 PM
mcm mnaer lak ngan otak adi putra???? kehebatan luar biasa tu....anugerah ALLAH.

Beskal
11-07-2009, 05:23 PM
mcm mnaer lak ngan otak adi putra???? kehebatan luar biasa tu....anugerah ALLAH.

Adi putra yang mana ni yer?? budak pakar matematik tu ker??

aj13
11-09-2009, 10:50 AM
saya amat berminat dgn psikologi dalam trading,apa yg cik amat kayu post memang relevan.emosi memang anugerah tuhan yg bernilai.orang yg tidak trading mempunyai emosi juga.mereka tak ada apa-apa loss(berkaitan dgn trade).apa yg membuat bad trade ialah emosi masa pull the trigger.tengah emosi gerenti pertimbangan kita out.game plan dah lupa.hentam cromox saje.
cara yg paling bagus masa trade tulis jurnal,apa yg saya rasa.lagi cantik dpt rekod muka saya macam mana tengah trade!!!nak lihat ada emosi teruk tak yg melanda masa trade.
anyway good stuff u wrote.kudos.

uish?...menarik sungguh idea lilinman...sambil trade kemudian post pastu tengok MM sambil dikomen oleh traders yang lain,dari situ boleh diperbaiki mana2 yg patut...
cam dalam forum fotografi plak...yealah,upload gambar,pastu otai2 yg pandai tangkap gambar kasi komen-kritik untuk penambahbaikan...menarik2...

amat_kayu
11-19-2009, 06:20 AM
Salam,

Lama aku dah tak bukak journal nih semenjak masuk dalam dunia kilang semula.

Insyallah, jika dapat keje kat tempat baru nih, aku akan aktif semula.

I'll be back.

NewInForex
11-19-2009, 07:08 AM
Salam,

Lama aku dah tak bukak journal nih semenjak masuk dalam dunia kilang semula.

Insyallah, jika dapat keje kat tempat baru nih, aku akan aktif semula.

I'll be back.

selamat kembali rakan seperjuangan ku.........

amat_kayu
12-01-2009, 11:48 AM
Salam,

Insyallah,.. kalau takde aral melintang cable boleh cecah minimumly 1.6700. Mungkin juga boleh sampai 1.6900

rdgs
amat

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable1-dec.gif

amat_kayu
12-01-2009, 11:49 AM
selamat kembali rakan seperjuangan ku.........

TQ bro,.. selamat berforum kembali

sempit09
12-01-2009, 02:09 PM
rasa susah lah ...pening yop tengok:sm35:

kmbeng
12-01-2009, 02:11 PM
Salam,

Insyallah,.. kalau takde aral melintang cable boleh cecah minimumly 1.6700. Mungkin juga boleh sampai 1.6900

rdgs
amat

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable1-dec.gif

cik amat EW 2 count manual ka???

rasa susah lah ...pening yop tengok:sm35:

cari la benda yang senang nak paam... ekekeke

sempit09
12-01-2009, 02:13 PM
ada x cara yang lebih senang ...yop nak belajar gak:sm23:

amat_kayu
12-01-2009, 02:29 PM
cik amat EW 2 count manual ka???

Salam Kmbeng,

yup semua dibuat secara manual. Buat apa yg kita paham.

ada x cara yang lebih senang ...yop nak belajar gak:sm23:

Salam Sempit,

senang jer bro, belajar topic by topic,.. peringkat demi peringkat. insyallah lepas tuh semua jadik senang,... :)

:sm55:

rdgs
amat

gilos
12-01-2009, 02:30 PM
senang camner yop, senang bagi duit kat org lalu forex ka? tu paling senang nak belajar...eheheh...

yang susah sikit nak belajar, cara cari rezeki lalu forex, yang tu insyaAllah ramai nak ajar kalau rajin skit... :)

cerminmataku
12-01-2009, 02:59 PM
[QUOTE=kmbeng;490328]cik amat EW 2 count manual ka???

Teman tak pasti samada cik amat count menggunakan kaedah EW atau tidak. Nampaknya macam bukan sebab terdapat pelanggaran rule disitu.

sempit09
12-01-2009, 05:20 PM
mane2 forum semuanya macam tali tersimpul............payah lah yop nak paham..hee:sm35:

NewInForex
12-01-2009, 05:52 PM
mane2 forum semuanya macam tali tersimpul............payah lah yop nak paham..hee:sm35:

aik....rasa nyer ada da nampak ss sedara yg hijau2 profit..ingat da dapat teknik tersendiri...bleh la bagi tips pada kawan2 di sini... :sm55:

sempit09
12-01-2009, 05:52 PM
senang camner yop, senang bagi duit kat org lalu forex ka? tu paling senang nak belajar...eheheh...

yang susah sikit nak belajar, cara cari rezeki lalu forex, yang tu insyaAllah ramai nak ajar kalau rajin skit... :)

adalah sikit untuk penutup yop untung mlm ne....heee ahhhh dah nak jam 3.00am:sm35:

NewInForex
12-01-2009, 06:03 PM
adalah sikit untuk penutup yop untung mlm ne....heee ahhhh dah nak jam 3.00am:sm35:

ituuuuuu dia, baru aku cakap tadi dia nih otai...satu malam usd700....masyukkkk tuh....nake chart jer sifu nih... kongsi2 la ilmu tu...cantik betui ss sedara....tahniah....

ps:teringin nak berjaya macam sifu ni..

sempit09
12-01-2009, 06:05 PM
aik....rasa nyer ada da nampak ss sedara yg hijau2 profit..ingat da dapat teknik tersendiri...bleh la bagi tips pada kawan2 di sini... :sm55:

ada masa esok yop beritahuuu... haaani yang mula2 trade tadi heee :sm34::sm34:

NewInForex
12-01-2009, 06:20 PM
ada masa esok yop beritahuuu... haaani yang mula2 trade tadi heee :sm34::sm34:

starting tuh yg paling kaw2.....yop hang nih tak lama lagi jadi jutawan ar....kejo yop kejo!
saya tengok garis2 yg price parking tu, teknik range pips ka encik pakai?

sempit09
12-02-2009, 05:20 AM
starting tuh yg paling kaw2.....yop hang nih tak lama lagi jadi jutawan ar....kejo yop kejo!
saya tengok garis2 yg price parking tu, teknik range pips ka encik pakai?

yop x reti nak buat yg macam pelangi tu paling baik nak trade jam 6.00pm keatas .

asal untung aje TERUS TUTUP ...kalau dana kecil dan xbiasa lagi...(10 pip kebawah).

INI TEKNIK S&R kkkyop nak gi keje ... heee..:sm35: TERkini. Time rehat.

amat_kayu
12-05-2009, 03:15 PM
Salam,

Insyallah,.. kalau takde aral melintang cable boleh cecah minimumly 1.6700. Mungkin juga boleh sampai 1.6900

rdgs
amat

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable1-dec.gif

Result :

memang cable boleh sampai 1.6700,... tapi tak dapat naik jauh sampai 1.6900. Mungkin next time kot :sm50:

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/projectioncable.gif

amat_kayu
12-05-2009, 03:27 PM
Teman tak pasti samada cik amat count menggunakan kaedah EW atau tidak. Nampaknya macam bukan sebab terdapat pelanggaran rule disitu.

Salam bro,

aku mmg guna teknik e-wave, based dgn apa yg aku paham dan based dgn pengalaman dan permerhatian aku utk pair GU,... that why aku only focus pair ini sahaja,...
mungkin bro boleh terangkan kat mana yg melanggar rule e-wave dan kita boleh bincangkan sama-2,...

generic rule utk e-wave
1. wave 3 paling panjang
2. wave 2 tak boleh lebih rendah dari permulaan wave 1
3. wave 4 dan 1 tak boleh overlap

tapi itu hanya generic rule, ada pengecualian dalam keadaan tertentu,...

:sm35:

rdgs
amat

amat_kayu
12-05-2009, 04:22 PM
Salam semua,

mengikut kiraan aku , ada 2 possibilities akan berlaku pada Cable minggu depan. Scenario pertama, mungkin akan naik minimumly sampai 1.6760, jika cable TAK berjaya jatuh lepas 6390.

Jika cable jatuh lepas 6390, maka akan jadik scenario kedua. Scenario kedua, cable akan jatuh terus sampai 1.6100.

Pada pendapat aku, scenario kedua adalah lebih kuat sebab , cable still dalam wave 2 selagi tak lepas 1.6890. So wave corrective adalah complex, dan byk yg tak dijangka boleh berlaku.

:sm23:

rdgs
amat

happy trading !

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable061209scenario1.gif

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable061209scenario2.gif

gilos
12-05-2009, 04:36 PM
tak silap saya apa yg bro amat tandakan tu betul, sebab dia kiraan utk diagonal triangle...kalau saya silap, tolong betulkan yer, sesama belajar... :)

amat_kayu
12-05-2009, 06:31 PM
scenario 3, mungkin cable akan jatuh sampai 1.6280 sahaja dan bounce balik naik atas.

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable061209scenario3.gif

fxdragon
12-06-2009, 01:01 AM
Salam semua,

mengikut kiraan aku , ada 2 possibilities akan berlaku pada Cable minggu depan. Scenario pertama, mungkin akan naik minimumly sampai 1.6760, jika cable TAK berjaya jatuh lepas 6390.

Jika cable jatuh lepas 6390, maka akan jadik scenario kedua. Scenario kedua, cable akan jatuh terus sampai 1.6100.

Pada pendapat aku, scenario kedua adalah lebih kuat sebab , cable still dalam wave 2 selagi tak lepas 1.6890. So wave corrective adalah complex, dan byk yg tak dijangka boleh berlaku.

:sm23:

rdgs
amat

happy trading !

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable061209scenario1.gif

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/cable061209scenario2.gif

salam TT....analisa yang mantap berdasarkan EW. ermm FE 100 1.6113.......sama lak dgn target Murray Math 0/8...:sm21:

amat_kayu
12-06-2009, 05:43 AM
salam TT....analisa yang mantap berdasarkan EW. ermm FE 100 1.6113.......sama lak dgn target Murray Math 0/8...:sm21:

Salam fxdragon,

thanks. Satu hari aku pun nak belajar Murray Math untuk menambahkan probabilities.

rdgs
amat

cerminmataku
12-06-2009, 09:11 AM
Salam bro,

aku mmg guna teknik e-wave, based dgn apa yg aku paham dan based dgn pengalaman dan permerhatian aku utk pair GU,... that why aku only focus pair ini sahaja,...
mungkin bro boleh terangkan kat mana yg melanggar rule e-wave dan kita boleh bincangkan sama-2,...

generic rule utk e-wave
1. wave 3 paling panjang
2. wave 2 tak boleh lebih rendah dari permulaan wave 1
3. wave 4 dan 1 tak boleh overlap

tapi itu hanya generic rule, ada pengecualian dalam keadaan tertentu,...

:sm35:

rdgs
amat

Salam bro,

Aku tak perasan yang ko punya counting dalam keadaan diagonal triangle. Sebab aku discuss kat forum lain diorang mention counting diorang dalam situasi apa.

Anyway aku setuju dengan generic rule EWP tu..

Rules for EWP:
1. Wave 2 should not break below the beginning of Wave 1.
2. Wave 3 should not be the shortest wave among all 1, 3 and 5 waves.
3. Wave 4 should not overlap with Wave 1, except for diagonal waves.

https://usera.ImageCave.com/cerminmataku/ElliottWaves-LeadingDiagonal.gif.jpg

amat_kayu
12-06-2009, 11:42 AM
Salam bro,

Aku tak perasan yang ko punya counting dalam keadaan diagonal triangle. Sebab aku discuss kat forum lain diorang mention counting diorang dalam situasi apa.

Anyway aku setuju dengan generic rule EWP tu..

Rules for EWP:
1. Wave 2 should not break below the beginning of Wave 1.
2. Wave 3 should not be the shortest wave among all 1, 3 and 5 waves.
3. Wave 4 should not overlap with Wave 1, except for diagonal waves.

w'salam bro,

terima kasih kerana telah merungkaikan persoalan tersebut. Ia adalah bagus kerana , persoalan adalah satu process pembelajaran dan sesama kita dapat mempelajari nya.

Dalam post aku,.. memang sengaja aku tak explain in detail dan mahu orang lain berfikir dan bertanyakan soalan. Aku hendak kita sama-sama berfikir and belajar "instead of" memberikan sahaja signal utk trade.
aku ingin memberikan pancing untuk seseorang tuh mengail , "instead of" memberikan ikan .

Insyallah, aku akan menjawab setiap soalan yg diutarakan utk tujuan pembelajaran. Cuma masa jer yg menentukan lambat atau cepat.

wasalam.

rdgs
amat

cerminmataku
12-07-2009, 01:36 AM

Tarian Zapin warisan johor
Lenggok gemalai tari tempua
Cik Amat kita sorang ni nampaknya kian tersohor
Jika ada kesempatan sudikah kiranya kita bersua?
=====================================

Cekmat, sejujurnya aku tak pernah menghadiri mana-mana kelas forex secara formal. Aku banyak belajar sendiri, buat research, berforum, berbual dengan ahli ekonomi. Kalau aku balik johor nanti kita berjumpa ye cekmat.

amat_kayu
12-07-2009, 03:34 PM
Nampaknya macam scenario 3 jer .
agak-2 boleh sampai 1.6500 tak?

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/gogugo.gif

amat_kayu
12-07-2009, 03:55 PM
Tarian Zapin warisan johor
Lenggok gemalai tari tempua
Cik Amat kita sorang ni nampaknya kian tersohor
Jika ada kesempatan sudikah kiranya kita bersua?
=====================================

Cekmat, sejujurnya aku tak pernah menghadiri mana-mana kelas forex secara formal. Aku banyak belajar sendiri, buat research, berforum, berbual dengan ahli ekonomi. Kalau aku balik johor nanti kita berjumpa ye cekmat.

2-3 kucing berlari,
datang JB , dijemput ke sini.

cik Cermin,

yup, just bagi tau bila ko nak datang JB,.. boleh borak-2 panjang,...

:fxopen-black2-flag:

rdgs
amat

sempit09
01-04-2010, 06:17 PM
YOp peninggg lah WAK...pasal banyak sangat kiraaa..ada yg lebih senang x:sm22:

Contoh nya cam niii

amat_kayu
01-08-2010, 12:13 PM
YOp peninggg lah WAK...pasal banyak sangat kiraaa..ada yg lebih senang x:sm22:

Contoh nya cam niii

salam bro,

tahniah sbb green pip,... apa pun sistem yg kita pakai pastikan sesuai dgn diri kita,...
kalau hang rase senang dgn sistem hang tu,.. teruskan,.. as long green pip,... jgn susah-susah kan diri,...

trade ikut hati hang, bukan hati org lain,... good luck bro,...

:sm33:

amat_kayu
01-08-2010, 12:27 PM
salam semua,

Selamat tahun baru,.. semoga tahun 2010 lebih byk green pip.
Sempena tahun baru, azam baru, keje baru, dan byk lah lagi yg baru,... harap nya tahun ini lebih cemerlang,...

kalau tgk chart H4,.. nampaknya cable tersepit antara 1.6230 (monthly pivot) dan 1.5830 (previous Support). Kemungkinan cable akan rangging kat sini agak lama sbb dekat wave 4. (kalau lah counting ni betul)

kalau tgk chart H1,..
immediate support adalah 1.5961 (daily pivot) dan immediate resistance adalah 1.6070 (weekly pivot). terdapat juga up trendline.

so skrg nih aku tgh tunggu cable jatuh kat daily pivot,.. dan tunggu kalau ada price action bagi tau yg dia akan bounce utk buat BFD (buy from dip). kalau ada hammer ker, bullish engulfish aku akan masuk.

let wait and see.

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/GBPUSD/h4gu.gif

https://i253.photobucket.com/albums/hh55/amat_kayu/Forex/GBPUSD/h1gu.gif

amat_kayu
01-17-2010, 12:04 AM
Salam and greeting,

Sementara menunggu anak aku pi kelas takewondo, lepak-2 kat Sayed Perling dan jenguk-2 Journal aku nih.

Agak lama aku tak update Journal aku nih disebabkan sibuk dengan day job yang lepas. Sekarang nih alhamdullilah, dengan kerja baru di company X bermula 4 Januari 2010 yang lepas, dapatlah aku meluangkan masa untuk mendalami ilmu FOREX ini. Aku baru lepas menonton video mengenai Elliot Wave oleh Robert Prechter . Walaupun sebelom ini banyak membaca pasal Elliot wave, banyak detail yang aku terlepas pandang , dan mungkin juga kurang pemahaman dari pembacaan. Video memberi satu pandangan pemahaman dari sudut yang lain yang boleh lah juga dianggap sebagai ulangkaji.

Elliot Wave Video (http://www.4shared.com/dir/13612295/9e28931c/Robert_Prechter_Elliot_Wave_Co.html)
terima kasih pada orang yang telah muat naik video ni. Kalau nak beli memang aku tak mampu lah buat masa ni.

Ulangkaji Mengenai Peraturan Elliot Wave dan Garis panduan nya. Peraturan adalah sesuatu yg kita mesti ikuti jika hendak apply Elliot wave manakala garis panduan adalah yang selalu dijumpai oleh elliotician, tetapi tidak menjamin 100% adalah betul, cuma diggalakkan mengikuti untuk memudahkan pengiraan wave dan mengenali bentuk wave.

Peraturan Elliot Wave
1. Wave no 2 tidak boleh lebih rendah dari permulaan wave no 1 (untuk bull market).
2. Wave no 3 tidak boleh paling pendek di antara wave 1, 3 dan 5.
3. Wave 4 tidak boleh overlap (berlapis) dengan wave 1 kecuali dalam keadaan diagonal triangle.

Garis Panduan Elliot wave
1. Sekiranya wave 3 paling panjang, maka amplitude wave 1 dan 5 adalah lebih kurang sama panjang dari segi price dan juga masa.
2. Alternation biasanya berlaku di antara wave 2 dan wave 4. Jika wave 2 simple (zig-zag / sharp) wave 4 akan jadik komplex ( sideway / FLAT )
3. Wave C biasanya akan tamat di kawasan wave 4, bagi wave yang sebelumnya pada degree yang sama.

alhamdulillah selepas menonton video tersebut pengiraan wave menjadi lebih mudah.

rdgs
amat

gilos
01-17-2010, 03:34 AM
salam bro...video2 tu sama ker (beza kualiti sahaja) or different studies? sebab ada banyak part1- part 9 cthnya...

papahal pun, thanx sebab share yer... :)

amat_kayu
01-17-2010, 04:09 AM
salam bro...video2 tu sama ker (beza kualiti sahaja) or different studies? sebab ada banyak part1- part 9 cthnya...

papahal pun, thanx sebab share yer... :)

wa'salam bro,

rase nya sama content yg high quality (dekat main folder) dan low quality(dekat low quality folder) . Walaupun low quality, still ok jugak jer gambar nya, masih nampak dgn jelas. Memang agak letih nak download,... pulak-2 tuh ari nih server mcm slow jer,.. semalam laju.

yg ada byk part tuh dari part1 - part9 sbb dia org terpaksa pecah kan file tuh kepada byk bahagian sbb satu file saiznya sgt besar. harap membantu.

:sm24:

rdgs
amat

gilos
01-17-2010, 04:26 AM
so yang low quality tu merangkumi semua part- part tu ker?

amat_kayu
01-17-2010, 05:21 AM
so yang low quality tu merangkumi semua part- part tu ker?

yup betul,.. cuma cd01 utk low quality kat main folder ,bukan dalam low quality folder.

rdgs
amat

amat_kayu
01-30-2010, 03:28 PM
Salam and greeting,

Ini adalah analysis terkini untuk Fibre. adalah dianggarkan EU akan bergerak terus ke Selatan hingga 1.3500 ~ 1.3600.

rdgs
amat

https://3.bp.blogspot.com/_MYKMaYee1Ko/S2RaiTYnAqI/AAAAAAAAAfI/OHHF4UhLiR8/s1600/30-jan-2010%2Beu%2Bdaily.gif

amat_kayu
01-30-2010, 05:40 PM
Salam and Greeting,

Berikut adalah analysis terkini GJ . Dijangkakan GJ akan turun serendah 140.00 ~ 141.00 dan start bounce balik ke atas. Mungkin juga aku salah .

rdgs
amat

https://2.bp.blogspot.com/_MYKMaYee1Ko/S2SGwlpNCXI/AAAAAAAAAfo/3lWAT35en3o/s1600/30-jan-2010%2Bgj%2B%2Bdaily%2Bpossibility%2B1.gif

https://4.bp.blogspot.com/_MYKMaYee1Ko/S2SGxCiFjfI/AAAAAAAAAfw/ykpXpW3l4Lc/s1600/30-jan-2010%2Bgj%2B%2Bdaily%2Bpossibility%2B2.gif

ulatsawa
07-29-2011, 10:47 AM
As salam 'Maharaja ura2' :)
Ape kabo? lama x dgr bita...awat x update jurnal...dah sethn lbh ni...

kmbeng
08-26-2011, 04:36 PM
cek li mana kome

roceli08
08-26-2011, 04:38 PM
cek li mana kome

...Tengah wirid agaknya ....

rio_daniell
10-29-2011, 12:55 PM
sy newbie...
cuma nak kongsi jew...
sy ada guna fibo,,,hasil nya,,,ok jg
ini hasil untuk dua hari lepas....

Trend is a friend,,,,trade with mind not with heart :)

Rizal
12-15-2018, 01:25 AM
jom meriahkan jurnal TT :)

Rizal
08-27-2019, 05:27 AM
jurnal ni bagus utk track rekod trading

Rizal
02-28-2020, 10:59 AM
jom masuk pertandingan crypto free je..daftar kat sini https://forum.fxopen.com/threads/153487-FXOpen-Melancarkan-Cryptomania-Pertandingan-Baru-untuk-Akaun-Demo