PDA

View Full Version : Pengalaman perjalanan trade aku - faredz73

Faredz73
05-24-2009, 03:46 PM
Salam sejahtera kepada semua otai-otai serta newbie yang melibatkan diri dalam bidang bernama Forex.

Thread ini dibuka bukanlah bertujuan untuk menyaingi lain-lain thread yang dipostkan di sini. Cuma sekadar berkongsi pengalaman di dalam perjuangan Forex yang sering kali tak seindah yang diimpikan.

Asal mula pertama mula sy melibatkan diri ini dalam bidang Forex ini adalah kerana sy telah terkena dengan Skim Internet ( EA Index, AbFund dsbnya ). Mulanya percaya tentang apa yg diperkatakan di dalam laman web mereka...berkenaan dengan wang yang dilaburkan akan dilaburkan di dalam Forex Market.

Setelah melibatkan diri dan mempunyai rangkaian yang ramai..serta mampu memperolehi untung beribu2 dolar ( untung dalam angka ), keluarlah berita di media prima dan media massa...berkenaan dengan skim2 yang ada. Arahan dari kerajaan untuk membekukan semua urusniaga yang berkaitan dengan Skim Internet. Maka terkebil-kebil mata, kerana telah merugikan diri sendiri...serta membuatkan networking yang ada mula menyalahkan sy. Saya hanyalah salah seorang dari leader yang terperangkap di dalam permainan Skim Internet....

Bersambung...

- Faredz73 -

... Aku hanyalah pengembara di bumi Mu ...

learn2biz
05-25-2009, 12:07 AM
Lain kali post ler dlm thread yg berkenaan .. mujur la tak kena delete dan dipindahkan dalam thread jurnal ni .. idak kalu .. letih jer menaip .. hueheuheue

simi7347
05-25-2009, 01:07 AM
Salam sejahtera kepada semua otai-otai serta newbie yang melibatkan diri dalam bidang bernama Forex.

Thread ini dibuka bukanlah bertujuan untuk menyaingi lain-lain thread yang dipostkan di sini. Cuma sekadar berkongsi pengalaman di dalam perjuangan Forex yang sering kali tak seindah yang diimpikan.

Asal mula pertama mula aku melibatkan diri ini dalam bidang Forex ini adalah kerana aku telah terkena dengan Skim Internet ( EA Index, AbFund dsbnya ). Mulanya percaya tentang apa yg diperkatakan di dalam laman web mereka...berkenaan dengan wang yang dilaburkan akan dilaburkan di dalam Forex Market.

Setelah melibatkan diri dan mempunyai rangkaian yang ramai..serta mampu memperolehi untung beribu2 dolar ( untung dalam angka ), keluarlah berita di media prima dan media massa...berkenaan dengan skim2 yang ada. Arahan dari kerajaan untuk membekukan semua urusniaga yang berkaitan dengan Skim Internet. Maka terkebil-kebil mata, kerana telah merugikan diri sendiri...serta membuatkan networking yang ada mula menyalahkan aku. Aku hanyalah salah seorang dari leader yang terperangkap di dalam permainan Skim Internet....

Bersambung...

- Faredz73 -

... Aku hanyalah pengembara di bumi Mu ...

bro,
teruskan kisah bro itu krn p'kongsian pengalaman yg dilalui sebegini banyak m'beri kita pengajaran, tauladan & sempadan... juga utk proses penilaian & muhasabah diri serta apa yg sdg & telah kita lakukan...

Faredz73
09-06-2009, 07:06 AM
Lain kali post ler dlm thread yg berkenaan .. mujur la tak kena delete dan dipindahkan dalam thread jurnal ni .. idak kalu .. letih jer menaip .. hueheuheue

Salam boss...

Sorry, tersilap masuk hari tu...hehehee.. By the way baru hari ni perasan thread ni ada lagi...so...sementara masa masih mengizinkan..maka disambungkan lah perjalanan seorang trader nie...

Faredz73

Faredz73
09-06-2009, 07:27 AM
Bersambung semula...

Maaf pada yang melihat dn membaca jurnal ni kerana tidak diupdate @ diteruskan kisah suka dan duka di dalam Forex...

Baiklah...izinkan saya meneruskan kembali rentetan demi rentetan waktu bagaimana boleh berkecimpung di dalam Forex.

Berbalik kepada kisah skim Internet. Setelah terkena dgn pukulan maut ( bukan bro pukulan maut dlm thread di fxopen yer...hehehee.. ), agak lama menyepikan diri dari dunia IT terutamanya melibatkan pelaburan dn sebagainya. Kecuali utk YM je lah.

Bermula semula minat ni disebabkan sebelum tu dah pun mengetahui ttg Forex tetapi tk tau kat mana nak masuk dsbnya. Apatah lagi dengar kata-kata org...nak main Forex kena ada ribu-ribu ringgit. Manalah nak cekau...kan? Setelah masalah hilang wang pertaruhan ( cewahh...mcm calon pilihanraya lak )...terpaksa la bertanya ngan member2 kat mana nak try main Forex nie.

Akhirnya ...dpt la satu platform yg menawarkan modal percuma 5usd. ( takleh mention nama broker...TST je la kan ..hheeehee ). Maka bermulanya perjalanan seorg trader yg penuh suka dn duka. Untungnya dibroker tersebut ada ruangan chat...so byklah belajar ngan otai2 yang ada. Tapi almaklumlah....newbie mmg selalu la kena buli... So, nak tak nak kena terimalah apa jua yg mendatang, janji ilmu masuk. Walaupun ilmu tu pada sesetengah org tklah seberapa mana...tetapi nilai tu bagi seorg newbie mcm saya ni...mmg tinggi... Sekalung tahniah buat bro Hafiz ( thegreathafiz ), bro miba..dn lain2 dlm platform tersebut atas tunjuk ajar kalian.

Memang benarlah kata2 otai..bukan senang nak senang dn bukan mudah nak mudah. Sememangnya Forex ni memerlukan tahap kecekalan yg tinggi ( org tua kata, hati nak kering ), jujur saja pengalaman di dalam askar membantu ( now dlm Rejimen 501- badan gatal2 kalau tk pakai uniform, lagipun aweks -pranita ramai..heheee... - unit asal 9KPD Rascom ), maka boleh jugak mengharungi liku2 perjalanan walaupun payah dn perit terasa. Al-Maklumlah...keja tk ada..cuma main Forex je la...ngan modal ciput...(5usd selesai sekejap je- newbie main ikut rasa ). Pastu, adalah modal sikit...main lak ngan 20usd ...keuntungan pertama tk silap dlm 100 ke 150usd sehari tu. ( kebetulan tekaan tepat) . Napa berdasarkan tekaan? Pastinya ramai yg tertanya2. Sebab tkde asas langsung. Main terjah... Cuma faham bab chart tu je la...biasa tngk line chart turun naik...so...main agak2 je...naik ke turun.

Sambil main, sambil belajar. Org biasa main guna demo dulu baru real money, ni terbalik...main real dulu baru demo. Kenapa? Sebabnya mudah saja. Takde pendapatan...so kena la main live waima apa pun org nak kata. Sapa nak suap anak bini kat umah kalau tk wat mcm tu? Harapkan simpanan? Byk mana? So...sendiri mau ingat maa... Bak kata org lama2...hidup ini satu perjuangan selagi nyawa ada di badan. Makanya, tetap ditelan pengalaman pahit ( 20usd loss, besar value bg yg tkde duit mcm saya ni. ) yg manis pun ditelan jua lah adanya ( time untung 100usd tu withdrawal-alhamdulillah )

To be continued...

Faredz73
09-06-2009, 12:02 PM
Sambungan...

Bab Untung/ Profit.

mesti ramai yang mengatakan...kalau dah main forex bertahun2..takkan tak untung? Yup.. Untung ada dn rugi pun ada. Bukan nak mengatakan sesiapa tetapi, hakikatnya tk semudah yg kita sangka. Ada yg untung hari ni beribu2 dolar...minggu depan rugi habis. Kenapa? Masalah ilmu? Masalah tekanan? Masalah server down? Masalah sikap? Ramai yg bertanya perkara yg sama pada diri sendiri. Termasuklah saya sendiri.

Jujur dengan diri sendiri. Ada newbie yg beruntung sebab ada tempat bertanya, terutamanya newbie2 yg celik IT skrg ni makin ramai melibatkan diri dalam Forex. Sama ada sepenuh masa dan separuh masa. Begitu juga yg sering YM dgn sy di yahoo messenger. Sampai satu tahap masa di platform yg lagi satu tu, sy pernah di band... kerana bagi tips percuma. Sebabnya? Ramai yang untung. Now dah boleh chat semula lah kat situ.

Sesungguhnya...ilmu memorex ni makin lama makin byk, dn makin susah lak kita nak faham. Sampai teknik makin lama makin byk dipelbagaikan dgn bermacam2 indikator yg diubahsuai bagi kegunaan semua. Baik yg free maupun yg berbayar. Pilihlah sendiri di mana nak amik. Ada duit amik la yg berbayar...ye tak? Apapun pengalaman saya sendiri...di dalam Forex ni bukan dgn nilai yg murah. Diam tak diam, sejujurnya saya habis dekat rm100k ke atas. Dah tk nak fikir. Kenapa sampai mcm tu sekali?

Pertama dn utama dalam Forex ialah sikap/perangai kita sbg manusia. Sama ada kita nak ikut law yg sedia ada diberikan para pemorex otai atau kita buat law sendiri. Dan, selalunya...para newbie akan menggunakan...my own law... Maknanya? Ikut tekak sendiri, walau dah tau benda tu akan mengakibatkan kerugian pada diri sendiri. Sebabnya? Ghairah mengejar keuntungan berlipat kali ganda dlm masa yang singkat cuma. Tidak mau atau suka menunggu/ menyimpan keuntungan dari masa ke semasa agar bertambah. Di sini, ceritanya...senang dn mudah... nak untung segera dn cepat. Macam masak mee maggie...cepat dimasak...sedap dimakan.

Sayugia di ingatkan. Bukan semudah itu kita nak meraih keuntungan. Sebabnya? Ada masa2 tertentu untung berganda. Dan ini pernah berlaku kepada saya sendiri. Lupa pada tahun bila... Tahun 2008/2007 mcm tu. Pagi Isnin yg mulia...pair GJ...platform yg satu tu tp bukan menggunakan meta4. TF5. Teknik yg mudah dan senang. Moving average dn RSI sahaja. Indikator yg sedia ada..dn bukan ubah suai. Modal 1k usd...Kalau sesapa yg main pair GJ time tu mungkin ada yg perasan..GJ buat movement mengejut...sell giler-giler... Rasanya dlm pagi tu dari kul 8/9 mcm tu ke kul 10pg... GJ wat sell non stop...terus menerus dn hanya break sekejap. Masa tu la mmg tergolek2 collect pips hijau nie. Modal 1k usd menjadi hampir 2k usd...dlm masa yg singkat. Tu guna lot kecik...tak silap main dlm 5usd per pips je. Dah dpt dlm 1.8k usd..tp...ahaaa....sikap tamak dah mula...masuk lagi post sell byk2...last2...GJ wat rebound/retracement...mean buy la sekejap...tinggal la profit dlm 600usd mcm tu. Tu nasib baik...call member..tanya pendapat... Nak stop ke tidak nie.. Member suruh tutup je. Maka selamatlah profit hari tu 600usd. Tapi kalau tutup awal? Berapa leh dapat? 850usd mcm tu kalau tk silap ..dlm masa tk sampai 2 jam. Sapa nak bagi tu? Tapi, sebab perasaan tamak. Teruja ngan untung...yg sekelip mata... Maka masih lagi nak stay kat market. Dah tak peduli apa indikator kata..walaupun RSI kata ada cukup limit..masih degil. So... pengajaran dari pengalaman saya ini...jangan lah tamak. Walau untung kita rasa mcm tak cukup..ingatlah satu perkara... dah Allah bagi rezeki takat tu je hari ni. Maka, bersyukurlah.. Ni cerita bab untung... Nanti kita cerita bab rugi..bab teknik dsbnya.. Moga sesiapa yg sudi membaca jurnal ni mendapat faedah. Ingat satu perkara saja, kita fikir kita terer..tapi ada yg lebih terer..cuma senyap atau... silent trader... Tp sy tak termasuk dlm katagory tu..sebab sy ni suka bercakap...so..timbul la idea nak coret pengalaman kat sini... So... to be continued...

Faredz73
09-06-2009, 12:27 PM
Teknik Orang Kampung. Gambarajah ttg simple teknik ni bukan sy nak pamerkan utk perbincangan...hanya utk tengok je la... Lagipun teknik nie teknik kampungan je. Tak mcm teknik yg ada dlm thread2 yg lain tu... So..just utk pandang2 dn jeling2 je....

pukulan_maut
09-06-2009, 01:07 PM
Selalu UPDATE bro.

Nak dgr hingga akhir................. :D

Faredz73
09-06-2009, 02:10 PM
Selalu UPDATE bro.

Nak dgr hingga akhir................. :D

Perghh...Masta Pukulan Maut ...anda berada di mana-mana. Terima kasih di atas sokongan anda... Heheheee... Harap makin rancak la income masyuk tu...
Akan di update kan dari masa ke semasa... cuma waktu mengterbataskan minda utk berkarya di dalam jurnal nie. Insyallah..

:sm40:

roceli08
09-06-2009, 02:26 PM
Bersambung semula...

Maaf pada yang melihat dn membaca jurnal ni kerana tidak diupdate @ diteruskan kisah suka dan duka di dalam Forex...

Baiklah...izinkan saya meneruskan kembali rentetan demi rentetan waktu bagaimana boleh berkecimpung di dalam Forex.

Berbalik kepada kisah skim Internet. Setelah terkena dgn pukulan maut ( bukan bro pukulan maut dlm thread di fxopen yer...hehehee.. ), agak lama menyepikan diri dari dunia IT terutamanya melibatkan pelaburan dn sebagainya. Kecuali utk YM je lah.

Bermula semula minat ni disebabkan sebelum tu dah pun mengetahui ttg Forex tetapi tk tau kat mana nak masuk dsbnya. Apatah lagi dengar kata-kata org...nak main Forex kena ada ribu-ribu ringgit. Manalah nak cekau...kan? Setelah masalah hilang wang pertaruhan ( cewahh...mcm calon pilihanraya lak )...terpaksa la bertanya ngan member2 kat mana nak try main Forex nie.

newbie mmg selalu la kena buli... So, nak tak nak kena terimalah apa jua yg mendatang, janji ilmu masuk. Walaupun ilmu tu pada sesetengah org tklah seberapa mana...tetapi nilai tu bagi seorg newbie mcm saya ni...mmg tinggi... Sekalung tahniah buat bro Hafiz ( thegreathafiz ), bro miba..dn lain2 dlm platform tersebut atas tunjuk ajar kalian.

Memang benarlah kata2 otai..bukan senang nak senang dn bukan mudah nak mudah. Sememangnya Forex ni memerlukan tahap kecekalan yg tinggi ( org tua kata, hati nak kering ), jujur saja pengalaman di dalam askar membantu ( now dlm Rejimen 501- badan gatal2 kalau tk pakai uniform, lagipun aweks -pranita ramai..heheee... - unit asal 9KPD Rascom ), maka boleh jugak mengharungi liku2 perjalanan walaupun payah dn perit terasa. Al-Maklumlah...keja tk ada..cuma main Forex je la...ngan modal ciput...(5usd selesai sekejap je- newbie main ikut rasa ). Pastu, adalah modal sikit...main lak ngan 20usd ...keuntungan pertama tk silap dlm 100 ke 150usd sehari tu. ( kebetulan tekaan tepat) . Napa berdasarkan tekaan? Pastinya ramai yg tertanya2. Sebab tkde asas langsung. Main terjah... Cuma faham bab chart tu je la...biasa tngk line chart turun naik...so...main agak2 je...naik ke turun.

Sambil main, sambil belajar. Org biasa main guna demo dulu baru real money, ni terbalik...main real dulu baru demo. Kenapa? Sebabnya mudah saja. Takde pendapatan...so kena la main live waima apa pun org nak kata. Sapa nak suap anak bini kat umah kalau tk wat mcm tu? Harapkan simpanan? Byk mana? So...sendiri mau ingat maa... Bak kata org lama2...hidup ini satu perjuangan selagi nyawa ada di badan. Makanya, tetap ditelan pengalaman pahit ( 20usd loss, besar value bg yg tkde duit mcm saya ni. ) yg manis pun ditelan jua lah adanya ( time untung 100usd tu withdrawal-alhamdulillah )

To be continued...

.. salam bro ....rejimen 501 kat mana ? muar/batu pahat ? .... 100k modal ..huyoo..byk tu ....teruskan perjuangan mu bro ..jangan kena sampai kawad hentak kaki !! ....ke belakang pusing !! tak sudah2...

Faredz73
09-06-2009, 03:01 PM

Salam tuan guru...

Kluang, tp based kat Kem Sri Pantai, Mersing. Battalion 3. Biasanya akhir2 ni kalau kem tahunan selalu kena amik Orderly Sarjan. Tu je la. Kalau kenal Kopral Fauzi...tu geng saya kat sini. Kenal dia..kenal la sy Koperal Fared. Hehehe..

Terimakasih atas support.

roceli08
09-06-2009, 03:11 PM

.. .. ooh ..kat Kluang ..dulu saya kat 31 artileri ..hari2 main tembak meriam , sekarang tembak porex lak ..he hee....dah bertahun tinggalkan...ingatlah sikit2 pasal kawad kaki & senjata ni..Mersing sy lum pernah masuk...kalau kem Muar & segamat pernah gak..jumpa kawan lama ( dah pencen ) ... btw , semuga bro tuan sarjana berjaya dalam porex lak...:sm1:

Faredz73
09-06-2009, 03:13 PM
Sambungan semula.

Rugi/Loss/Mc/Cik Marginah. ( Bab 1 )

Dah taip tadi...maybe terlampau panjang sangat citernya sampai terpaksa masuk semula, page lak kena refresh..terpaksa la cut story bab loss ni.

Peristiwa terjadi dlm tahun 2007/2008. Lokasi Kluang. ( Ada keja kat sana ). Modal asal 1200usd. Pair sama. GJ. Tf5 min. Masa: jam 1800 ( kul 6 ptg la ) Tarikh mmg tk ingat.

Time tu pair GJ tgh sedap sell..dah suku lagi nak cecah lantai. Apa lagi...time tu hentak la..sebab based dari pengalaman leh makan lagi. Buatlah sell dlm 2 ketul. 5usd per pip. Tapi jenis tak buat tp sebab suka manual. Turun la byk mana...tk kisah...rasa2 cukup baru la tutup. Dah dpt 2 post tu dlm 20pips mcm tu. Kira dh banyaklah kan. Tapi tamak haloba mengiringi jiwa. Tak tutup lagi tu. Konon2nya nak makan lagi besar. Biasanya GJ makan dlm 30 ke 50pips time yg sedap la. Moving average dh tunjuk mcm ada nak reverse...begitu juga ngan RSI...dh pandang dn dah tau...tp tk nak tutup. Sebab apa? Sebab yakin tu semua hanya ilusi je.

So, masih kekalkan posisi yg sedia ada. Senang kata masuk kubu bertahan la konon2nya. Tak berapa lama, akhirnya...ramalan ku benar belaka. GJ membuat lompat katak ke atas. Mulanya ingatkan sekejap je terlompat tu..rupanya makin tinggi. Tak puas hati...masuk lagi post sell... Berapa post dah sell tk ingat. Rasanya ada lagi statement tu. Malas nak jenguk situ. Sampai satu tahap buat lagi post sell, kononnya nak lawan arus la nie.

To be continued...

Faredz73
09-06-2009, 03:19 PM
.. .. ooh ..kat Kluang ..dulu saya kat 31 artileri ..hari2 main tembak meriam , sekarang tembak porex lak ..he hee....dah bertahun tinggalkan...ingatlah sikit2 pasal kawad kaki & senjata ni..Mersing sy lum pernah masuk...kalau kem Muar & segamat pernah gak..jumpa kawan lama ( dah pencen ) ... btw , semuga bro tuan sarjana berjaya dalam porex lak...:sm1:

Oic... 31ati rupanya tuan guru kita nie.. Oklah tu tuan guru. Tembak forex bagi luruh sekali ngan jantung2 nya. Hehehee... Guna tembakan arti ke dlm Forex? 5 butir tembak efek... Penah la gak main meriam masa kat Asahan. Cuma tak rajin nak tembak je 105mm tu. Just tngk je member godek2 benda alah tu.. Yg best sekali dapat tembak RPG7...Pakistan made punya. Pergh...sedap tuan guru. Rasa nak tembak lagi. Tp malang, harga sebutir jantung pisang ( peluru mcm jantung pisang daa.. ) mahal...rm15k sebutir kalau tk silap....huhuuu....

roceli08
09-06-2009, 03:38 PM

.. pssst ...segan puloklah tuan sarjana panggil saya tuan guru ..tuan guru sebenar ada kat Kelantan...sy lum layak lagi..

.... dalam porex ni kena tukar lak strategi..tak boleh suka2 main bom..boleh kena diri sendiri .. yg paling best tukar ke tektik SNIPER... MARKS MAN ...baru kena tempat...macam kita guna senjata , tahu situasi mana setiap senjata itu digunakan...dari pistol sampai bom nuklear , ada tempat2 tertentu yg boleh disesuaikan..

..kita ni umpama sniper/gerila , hit & run....

Faredz73
09-06-2009, 03:51 PM

Hehee.. tu tuan guru lain. Ni tuan guru forex.
Bab tektik sniper ni mmg best. Walau asal bukan unit infantry tp masuk TA duduk gak unit infantry ni. Kira kwn masih lagi tahap kelas Jaguh dlm menembak nie. Cuma pening nape masih lum dpt tawan forex ni betul2. Isnin ni baru nak test satu tektik sniper ampuh punya.. Insyallah...akan dikongsikan bersama. Cuma segan nak post thread nanti. Tunggulah... andai result memberansangkan..silalah test teknik tu nanti...

**** Satu peluru satu musuh ****

tunperak
09-06-2009, 04:01 PM

:malaysia-flag: buloh tahan juga cerita koperal kita ni.......teruskan bro......

roceli08
09-06-2009, 04:05 PM

..yep ...ditunggu tekniknya..dah jaguh menembak , pasti tak susah punya.. ..lebih2 lagi kalau dah biasa temak malam - angkat senjata , perhatikan laras depan dan belakang sasarkan target , tenang , tarik nafas ketika nak tarik picu...dan kita bubuh sama dia...!!

p/s ..kita lihat dulu hasilnya minggu depan..

Faredz73
09-06-2009, 04:20 PM
:malaysia-flag: buloh tahan juga cerita koperal kita ni.......teruskan bro......

Terimakasih la bro kerana sudi nak jenguk jurnal yg tak seberapa nie. Jgn risau..cerita ni based pd pengalaman sendiri. Bukan rekaan. Cuma teringat masa berjinak2 dlm forex, tkde sapa yg sudi bantu kecuali beberapa nama yg disebutkan dlm jurnal. Time tu FxMalay lum bukak kedai. So, tkde la forum nak amik ilmu para otai mcm tuan nie la. Sebab tu la..wujudnya jurnal nie... Harap2 adalah panduan berguna pada para newbie yg lain nya. Begitulah hendaknya. Insyallah..

kmbeng
09-06-2009, 04:24 PM
Oic... 31ati rupanya tuan guru kita nie.. Oklah tu tuan guru. Tembak forex bagi luruh sekali ngan jantung2 nya. Hehehee... Guna tembakan arti ke dlm Forex? 5 butir tembak efek... Penah la gak main meriam masa kat Asahan. Cuma tak rajin nak tembak je 105mm tu. Just tngk je member godek2 benda alah tu.. Yg best sekali dapat tembak RPG7...Pakistan made punya. Pergh...sedap tuan guru. Rasa nak tembak lagi. Tp malang, harga sebutir jantung pisang ( peluru mcm jantung pisang daa.. ) mahal...rm15k sebutir kalau tk silap....huhuuu....

.. pssst ...segan puloklah tuan sarjana panggil saya tuan guru ..tuan guru sebenar ada kat Kelantan...sy lum layak lagi..

.... dalam porex ni kena tukar lak strategi..tak boleh suka2 main bom..boleh kena diri sendiri .. yg paling best tukar ke tektik SNIPER... MARKS MAN ...baru kena tempat...macam kita guna senjata , tahu situasi mana setiap senjata itu digunakan...dari pistol sampai bom nuklear , ada tempat2 tertentu yg boleh disesuaikan..

..kita ni umpama sniper/gerila , hit & run....

Sambungan semula.

Rugi/Loss/Mc/Cik Marginah. ( Bab 1 )

Dah taip tadi...maybe terlampau panjang sangat citernya sampai terpaksa masuk semula, page lak kena refresh..terpaksa la cut story bab loss ni.

Peristiwa terjadi dlm tahun 2007/2008. Lokasi Kluang. ( Ada keja kat sana ). Modal asal 1200usd. Pair sama. GJ. Tf5 min. Masa: jam 1800 ( kul 6 ptg la ) Tarikh mmg tk ingat.

Time tu pair GJ tgh sedap sell..dah suku lagi nak cecah lantai. Apa lagi...time tu hentak la..sebab based dari pengalaman leh makan lagi. Buatlah sell dlm 2 ketul. 5usd per pip. Tapi jenis tak buat tp sebab suka manual. Turun la byk mana...tk kisah...rasa2 cukup baru la tutup. Dah dpt 2 post tu dlm 20pips mcm tu. Kira dh banyaklah kan. Tapi tamak haloba mengiringi jiwa. Tak tutup lagi tu. Konon2nya nak makan lagi besar. Biasanya GJ makan dlm 30 ke 50pips time yg sedap la. Moving average dh tunjuk mcm ada nak reverse...begitu juga ngan RSI...dh pandang dn dah tau...tp tk nak tutup. Sebab apa? Sebab yakin tu semua hanya ilusi je.

So, masih kekalkan posisi yg sedia ada. Senang kata masuk kubu bertahan la konon2nya. Tak berapa lama, akhirnya...ramalan ku benar belaka. GJ membuat lompat katak ke atas. Mulanya ingatkan sekejap je terlompat tu..rupanya makin tinggi. Tak puas hati...masuk lagi post sell... Berapa post dah sell tk ingat. Rasanya ada lagi statement tu. Malas nak jenguk situ. Sampai satu tahap buat lagi post sell, kononnya nak lawan arus la nie.

To be continued...

wah saspen gler... update cepat skit:sm42:

Faredz73
09-06-2009, 04:25 PM
..yep ...ditunggu tekniknya..dah jaguh menembak , pasti tak susah punya.. ..lebih2 lagi kalau dah biasa temak malam - angkat senjata , perhatikan laras depan dan belakang sasarkan target , tenang , tarik nafas ketika nak tarik picu...dan kita bubuh sama dia...!!

p/s ..kita lihat dulu hasilnya minggu depan..

Insyallah bro tuan guru. Akan dimajukan ke pihak yg berminat teknik nie. Tak perlu bayar. Free je...Moga hasilnya seperti yg dikehendaki. Amin.

roceli08
09-06-2009, 04:28 PM
Terimakasih la bro kerana sudi nak jenguk jurnal yg tak seberapa nie. Jgn risau..cerita ni based pd pengalaman sendiri. Bukan rekaan. Cuma teringat masa berjinak2 dlm forex, tkde sapa yg sudi bantu kecuali beberapa nama yg disebutkan dlm jurnal. Time tu FxMalay lum bukak kedai. So, tkde la forum nak amik ilmu para otai mcm tuan nie la. Sebab tu la..wujudnya jurnal nie... Harap2 adalah panduan berguna pada para newbie yg lain nya. Begitulah hendaknya. Insyallah..

..INSYA ALLAH TUAN SARJANA ... forum ni byk kelebihannya..mana2 anggota yg nak bersara awal tu , ajak & ajar kongsi2kanlah ilmu yg ada kat sini ... selain dpd nak mencari kerja jaga , boleh gak berjaga dgn porex ni... salam...

tunperak
09-06-2009, 04:29 PM
Insyallah bro tuan guru. Akan dimajukan ke pihak yg berminat teknik nie. Tak perlu bayar. Free je...Moga hasilnya seperti yg dikehendaki. Amin.

:sm32: illmu yg setitik ni kalu dikongsi bertambahlah keberkatannya......majukanlah teknik tu.....mari kita sama2 bincangkan......

Faredz73
09-06-2009, 04:42 PM
..INSYA ALLAH TUAN SARJANA ... forum ni byk kelebihannya..mana2 anggota yg nak bersara awal tu , ajak & ajar kongsi2kanlah ilmu yg ada kat sini ... selain dpd nak mencari kerja jaga , boleh gak berjaga dgn porex ni... salam...

Insyallah..akan tiba jua waktunya. Moga semua mendapat manfaat sempena bulan yg mulia ini. Amin.

Faredz73
09-06-2009, 04:44 PM
:sm32: illmu yg setitik ni kalu dikongsi bertambahlah keberkatannya......majukanlah teknik tu.....mari kita sama2 bincangkan......

Insyallah..akan dimajukan bersama cuma nanti ada yg terperanjat...ehh..teknik aku tuh...hehee...mmg teknik dlm forum ni..cuma ada penambahbaikan agar lebih terang dan nyata. Cuma rasa segan lak ngan owner asal, takut dikata memandai2. Tapi andai betul dn tepat lah hasilnya nanti...insyallah...kredit juga utk TT asal nya. Amin.

Faredz73
09-08-2009, 10:48 AM
Sementara market masih dlm kedudukan stabil ( time taip jurnal ni )Nak sambung citer bab 1 yg lepas.

Kat mana eh? Ermm... Oh ye.. Bab tgh floating giler/rugi giler... Merah mcm biji saga lak pips yg ada. Bertahan punya bertahan, rupanya...musuh lagi kuat. Terpaksa lah mintak bantuan datang.( topup akaun la... apa lagi..) Masukkan semula modal dlm 1k usd lagi. Jujurnya time tu mmg berduit la sikit. Tp tahap cipan punya kepala, tak reti nk jaga MM. Walaupun dh berkali2 diingatkan oleh orang lama. ( Perangai ni jgn ikut tau..bg yg nak jinak2 dlm Forex. ) Cerita mudahnya..takyah la nak cong lama-lama... Ada lak org yg bosan baca citer nie...melalut2 lak.. To get to the point...akaun MC. Bal tak silap ada dlm 20usd mcm tu. Total hari tu loss dlm 2k +++ usd.. Anda sendiri leh bayangkan. 2k usd leh loss dlm masa tak sampai pun 2 jam mcm tu. Apa maknanya tu? Maknanya..org tu mmg tahap maksima punya tk reti main. Tak reti main ke? Ok.. Nanti kita sambung lagi...masuk Bab 3, baru kita citer kenapa ianya terjadi. Yg dah tau, jgn la citer ye...Tunggu...

bersambung....

kmbeng
09-08-2009, 04:54 PM

diharap tt leh update cita cepat2...

ps : benda masuk peksa aku x nak baca, jurnal org suka plak baca:sm9:

Faredz73
09-09-2009, 09:25 PM
Mata masih tk merasa ngantuk lagi... So, amiklah peluang nak sambung citer Bab 2 hari tu.

Kenapa berlaku mcm tu? Apa sebabnya? Di mana silapnya? Terlalu byk soklan yg diajukan pada diri sendiri. Atas sebab apa gagalnya sesuatu yg kita lakukan? Tu yang kena renung balik pelan2. ( Minggu ni gagal trade 50usd jadikan 1k seminggu, tk mampu ke tahap tu atas sebab byk kekurangan. Jenguk2lah thread kat jurnal lagi satu kalau nak tau citernya.)

Awal mula pertama mula, kita menceburkan diri dlm Forex ni atas sebab apa? Rasa2nya ramai yg jwp, nakkan kebebasan kewangan yg tak terhad. Betul tk sedara2 ku? Jgn mare yer...

Ni adalah kenyataan yg kita kena hadapi, semua mencari kebebasan kewangan tanpa had. Sebab tu masuk Forex. Loan sana, loan sini, pinjam sana, pinjam sini...termasuklah sy sendiri. Ok.. tu sebab yg pertama.

Kedua, asas memorex. Asas penting...sebab itu lah faktor penentu kejayaan seseorang. ( Sy sendiri masih kekurangan dlm serba-serbi. Tak perlu malu mengaku dgn kelemahan diri sendiri ). Sebabnya, dari asaslah, kita akan tau siapa diri kita.

Ketiga, selepas asas ada walaupun nak kata cukup, ilmu ni tkkan habis sampai ke liang lahad. Memadailah yg termampu kita bwk. Lebih2 karang leh duduk Tanjung Rambutan...
Kita dh praktikan asas sambil tu cari teknik yg sesuai dgn jiwa. Dari situlah kita akan tau perkara ketiga ini, yakni ' Kita trader jenis apa? '. Ada yg suka scalp, hedging, intraday dsbnya. Tak larat nak senaraikan satu persatu. Bila kita faham yg mana kita suka, maka itulah jenis trader diri kita yg sebenarnya... Sebabnya? Ia berkait rapat dgn sikap sebenar diri kita di alam realiti. Jgn takut dgn realiti. Apa yg ada pada diri, itulah yg akan kita terjemahkan sama di dalam dunia Forex nie...

Bersambung...

Faredz73
09-10-2009, 06:43 AM
Salam kembali...sementara situasi market tgh senang lenang time taip jurnal nie...disambungkan lah ceritera perjalanan trade sy nie.

Selain dari perkara yg disebutkan tadi, satu faktor umum yg penting diketahui semua. Terutama yg baru je join Forex ni. Sebab kita sering tngk, dengar, baca dsbnya dari sumber-sumber lain ttg kejayaan dlm Forex.

Uikkkss...si polan, hari tu dpt rm20k dlm seminggu. Si polan tu, si polan nie....mcm2 si polan la citer yg kita dngr. Dan membuatkan kita pun terliur sama. Dab bab si polan ni...ada la satu citer dari sumber yg boleh dipercayai.

Ceritanya... seorang rakan dari sebuah bank ternama di Malaysia..lambang rimau. Dia ni seorg aweks...single lagi. Pernah berurusan bab jual beli anak sawit ngan sy satu masa dulu. ( dia ada share company ngan member dia.) So, masa berurusan ni lah dia terjumpa secara tk sengaja ttg seorang trader yg mmg betul2 berjaya. ( kalau dia tipu maka sy pun tipu jugak lah yer... Tp, apa faedah dia dpt? Takde punn...emmm...)

Ok, back to the story....

Sorry, bersambung lak....huhuhuuu...

Faredz73
09-10-2009, 08:27 PM
Oklah...kerana dah tak nak ngadap market lagi, maka izinkan saya smbung balik citer semlm...

Nama, lokasi trader di rahsiakn. Tak perlulah rasanya nak dedahkan siapa org nya. Sebab, tak nak nanti kena saman tk tentu pasal. So, tau sendiri sudah lah yer...

Beliau ni pernah ditawarkan oleh org dari pihak Bank ..dot..dot.. ( tk leh bgtau bank mana, nanti kena saman ), kononnya hamba Allah ni ngaku la dari Bank tersebut. Bab ni agak lemah sikit kedengarannya. Sebabnya, ada tak pihak bank akan tawarkan harga seciput utk indikator berserta teknik yg berkesan pada owner dgn harga..tak silap antara 250,000.00 usd @ 350,000.00 usd... mcm tu. Ermmm...takkan Bank tersebut sengkek sngt nak beli teknik harga sedemikian...? Sebab, kalau Bank ni rasanya...takat 10m usd tkde masalah lah. Dah tentu terang2 leh buat duit teknik tu. Hanya satu je yg sy fikir, org ni menyamar dari pihak bank berkenaan, tu je. Maybe cuba utk menipu beliau agar menjual teknik tersebut. Cuma hanya ada beberapa perkara yg betul dlm cerita aweks nie.

1st...mmg dia ada jumpa tp atas sebab perniagaan dn secara tak sengaja. Kerana beliau sendiri memaklumkan mmg tngk sendiri akaun hamba Allah ni.

2nd...modal org ni bukan sikit ( dari maklumat kwn nie lah..)..dlm akaun dia tk silap 85k usd. Sehari beliau total dpt dlm 20k usd mcm tu. Maybe lebih... Dah lupa pasal berapa sehari org ni dpt. Tak mustahil kalau teknik betul dn sikap dlm MM betul juga serta modal yg sebesar itu...tiada yg mustahil...

So, kita berhenti seketika...

Di sambung di lain waktu..insyallah..

Faredz73
09-10-2009, 08:52 PM
Sambil berehat membaca...

Me and my lovely wife..

https://i776.photobucket.com/albums/yy44/Faredz73/08122008005-1.jpg

Me and my frenz...

https://i776.photobucket.com/albums/yy44/Faredz73/DSC00166.jpg

p/s: bukan aweks sy tau..tp dia ni la tunjuk cara guna meta4..
Ni kitaorg tgh trade kat Cafe...apa tah namanya...dah lupa...pasal lama tk gi sana...

Faredz73
09-11-2009, 07:10 PM
Salam kembali kepada para trader yg budiman.

Maaf kerana leka dgn bermcm2 indi yg ditestkan. Apa pun, yg ingin sy perkatakan kali ini ttg sikap diri sendiri. Berkenaan dgn tajuk di atas, yakni kegagalan yg berulang.

Sy sendiri sedia maklum bahawa sy adalah tergolong dlm golongan trader jenis apa. Tapi mengapa sering kali mengalami kegagalan yg berulang-ulang? Jawapannya mudah. Ego.

Kenapa pula sy ego? Sedangkan di dlm hal yg melibatkan ilmu apa perlu ego? Perlu ke? Ermm...rasanya tak perlu ego. Bukan lah sy nak tunjuk pandai dlm bab2 Forex nie. Walaupun sikit lama je dh berada di sini namun sejujurnya sy akui masih gagal utk berada di tahap trader yg konsisten profitnya.

Kalau saudara-saudara tanya sy, ...bro mesti duit riban2...keta mewah...umah besar...bini besar...orang gajian ada duaaa...( sila tiru lenggok haji bakhil...). Nope, im not a successfull trader yet. But, i will be the one of the profitable trader cause i know who i am. Yaaa... itu janji sy pd diri sendiri.

Sy tngk org lain berjaya dn sy masih gagal utk berjaya spt mereka. Kenapa? Mesti ada sebab dn sesuatu yg tidak kena. Minggu ni sy dh test bermcm2 indikator /teknik...mengkaji dn mengkaji... Org buat keja makan masa sikit, guna demo. Sy lak terbalik, masih nak guna live. Kononnya? Nak cari duit raya lebih laaa...apa lagi...

Tapi, apa sy dpt? Keputusan yg mcm mana? Nak tau? Silalah jenguk jurnal lagi satu. Tajuk :' Sirih Pulang Ke Gagang '.

Saya sendiri ada teknik/cara trade yg sy sendiri faham guna. Kenapa masih nak mengkaji? Sebabnya? Sifat manusia suka mengkaji. Tak slh. Itu ilmu. Makin byk kita belajar makin kita faham. Seperti juga saya sendiri. Now, hasilnya sy mula memahami ( baru skrg nak faham ) mcm mana caranya nak jadi trader profitable dlm Forex. Itu citer di lain waktu baru sambung. So, oleh kerana malam dah jadi pagi, rasanya elok undur diri..

Terimakasih krn sudi menjenguk thread yg tak seberapa ini. Bukan nak glamor atau apa, sekadar berkongsi pengalaman. Takde teman nak meluahkan perasaan, maka di jurnal ni lah dicurahkan segalanya. Itupun dgn izin.

Salam hormat dari sy... Faredz73.

hangtuah70
09-11-2009, 07:45 PM

SALAM saudara Faredz73........

Pada pendapat saya yang pra-newbie.. atas pengalaman saya pada bidang fx ni kita kene buang ego kita jauh2.....dan kalau boleh kita kekal dengan satu konsep/strategi fokus dan mahirkan.........insyaallah saudara akan faham dari konsep/strategi yang saudara gunakan ....

Faredz73
09-12-2009, 09:18 AM
Wa'alaikum salam bro hangtuah70...

Sememangnya tepat apa yg bro katakan. Sesekali kita merasa ego dlm sesuatu perkara termasuklah sy sendiri. Apapun, pengalaman makin mematangkan di dalam segala perkara termasuklah juga Forex.

Bro hangtuah ni bukan pra-newbie ... tp tahap otai dah ni...( masta tuah...) :malaysia-flag:

Faredz73...: :sm9:

Faredz73
09-12-2009, 09:33 AM
Kembali kepada kisah suka duka perjalanan trade nie...

Dalam duka ada ceria dan dlm ceria ada duka... Begitulah juga dgn kisah trade yg sy alami.

Bukan sedikit yg memperlekehkan Forex ni...ramai... Termasuk sahabat2 sy yg dekat. Bukan nak mengata mereka tp masing2 punya cara dn pandangan yg tersendiri. Pedulikan apa org nak kata bab Forex ni mcm mana. Andai kita tak ada duit...sapa nak bagi percuma kat kita? Betul tk...? Yg pentingnya, kita tidak melakukan sesuatu yg menyusahkan semua org termasuk diri sendiri.

Memorex ni bukanlah bidang yg sy gemari dulu, sebab sy tau risiko yg tinggi walaupun pulangan yg lumayan. Dlm sejam dgn modal 100usd boleh dpt ke 600usd.. ( ni ada kisahnya...) Mungkin ramai yg tertanya sebelum memorex ni wat keja apa? Selepas meninggalkan dunia ketenteraan utk seketika ( pastu join Rej 501 Wataniah ), byk mcm keja dibuat termasuk kerja kat pasaraya. Tp, mcm biasalah...semuanya tak lama. Sekejap je...tp makan tahun lah keja tu.

Yg paling ketara sekali melibatkan diri dlm Multi-Level Marketing...senang kata Perniagaan Pelbagai Peringkat...( ni pun ada puncanya mengapa sy nak terjun dlm Forex...walaupun tahu benda ni...risiko tinggi..)

Sambung...

Time ni sedang trade kat Mamak Cendol kat Mersing...wifi free...sebab time tu belum masuk streamyx kat umah... Lupa time bila waktu gmbr ni member amik.. 2 tahun lepas tk silap...

https://i776.photobucket.com/albums/yy44/Faredz73/25012008003.jpg

tunperak
09-12-2009, 09:56 AM

:malaysia-flag: biarlah apa orang kata.....yg penting kita tahu apa yg kita buat.....dan yg lagi penting kita tak menyusahkan sesiapa.......cuma satu kena ingat selain memorex kita juga ada kehidupan lain.....ni bukan apa, teringat diri ni.....kalu dah ngadap laptop tu tak ingat dunia .....jadi kita haruslah pandai sesuaikan dengan keadaan.....tak gitu bro

Faredz73
09-12-2009, 10:11 AM
Setuju sngt dgn bro Tun...

Dah ngadap PC/Laptop...apapun selalu lupa..( termasuk 5 waktu...jgn buat2 lupa..stop kejap...pastu smbung balik...)

Ibarat kata Forex ni serba serbi mungkin cuma kena kontrol la. Sebab baru-baru ni satu member dari Utara cerita bab Forex ngan dia dlm YM. Byk perkara kena tau bukan sj dari segi teknikal analisis semata-mata. Yang tu..nanti sy masukkan dlm jurnal nie..

Faredz73
09-12-2009, 11:58 AM
Sambungan...

Selain dari apa yg diceritakn di muka depan berkenaan dgn 'keterjunan' ke dlm dunia Forex, salah satu sebabnya MLM. Bila byk kisah2 benar di dlm MLM ni menjadi realiti dlm hidup ini, maka rasanya adalah lebih baik mengundur diri sebab tk serasi dgn situasi yg ada. Penat lelah usah cerita. Networking penting dlm MLM, silap je ..confirm jatuhlah empayar yg dibina. Terlalu byk hati dn perasaan kena jaga. Baik juga mengundur diri sebabnya tk nak dibeban dgn pelbagai masalah anak buah. Cukuplah. ( bukan mengatakan MLM tk bagus..itu terpulang pd individu itu sendiri nak menceburi bidang yg mana satu.)

Kalau org lain masuk Forex ni serba-serbi cukup tp sy join dlm keadaan serba serbi kurang. Takde peralatan asas pun. Cuma meminjam laptop member utk melibatkan diri dlm Forex. Kemudahan yg lain spt broadband yg paling mudah dibawa pun sama. Pendek kata serba serbi kurang. Tapi keinginan itu melebihi segala-galanya. Bukan senang nak senang, dn bukan susah nak susah. Diri sendiri yg memungkinkan segalanya.

Awal penglibatan spt yg diceritakan di awal muka pertama. Mmg bermula dgn 5usd je. Nak tau mcm mana yg dikatakan untung. Tak seorg pun shbt2 yg percaya pd apa yg sy usahakan. Masing2 menganggap sy ni membuang masa saja. Bukan dpt apapun... Begitulah tanggapan mereka semua. Sebabnya? Sebabnya mudah, masing2 dah teruk kena pukulan Skim Internet. So, apa saja yg berkaitan dgn Internet terutamanya melibatkan kewangan , tanggapan yg sama muncul. Tapi, ... sy tetap dgn pendirian sendiri. Sebabnya sy sendiri tau bukan semua yg berkaitan Internet tu adalah palsu. Byk yg boleh dijadikan pendapatan sampingan terutamanya Forex.

Bersambung...

Faredz73
09-12-2009, 07:32 PM
Sambungan...

Kiranya terjun utk memorex ni pada awalnya hanyalah krn inginkan kebebasan kewangan yg tidak ada sempadannya. Senang katalah...tak jutawan pun...hidup mewah...Ye tak..?

Walaupun begitu Forex ni sedikit sebanyak membantu di dalam hal2 kewangan yg meruncing. Dan ianya pernah terjadi pd saya sendiri satu waktu dulu. Kerana seringkali tidak beringat di dalam trading ni sampaikan apa yg ada semua keluar. Tanpa apa-apa bekalan utk kecemasan. Ceritanya....

Dek kerana mengejar sangat keuntungan dlm Forex ni, masa tu dah tahap ok lah. Maksudnya konsisten la pendapatan... Maka mula lah adegan-adegan sabotaj muncul. Tak perlu la di sebutkan sapa-sapa. Memadailah...sy sendiri yg tau.

Orang kita ni pelik sikit. Bila tngk member byk duit serta income konsisten...mulalah rapat semacam. Tak salah pun menumpang senang kawan2 ni,...ye tak. Tp, berpada2lah... Dan itulah kelemahan sy sendiri dan sy akui. Murah hati. Terlalu murah hati sampai sendiri dn keluarga terabai. Member bg tau ni peluang baik buat duit, sy pun menurut...walhal...Forex dh cukuplah andai diteruskan apa yg ada..kan??

Dlm masa yg sama pulak, ada lah member yg ajak buat MLM lagi... So...? Ni lah ibarat kata orang tua2. ' Yang dikejar tk dpt...yg dikendong berciciran.' Kenapa? Kalau difikirkan balik, jwpn nya mudah saja. Buat apa nak buat perkara yg kita dh lama tinggalkan dn dlm pd itu kita dah ada sumber yg lain yg boleh mendatangkan hasil tanpa perlu nak keluar pagi balik lewat mlm. ( MLM- Meniaga Larut Malam ).

Kerana masih lagi kurang yakin bahwa diri sendiri mampu mendapatkan pendapatan yg boleh lah dikatakn setimpal, masih juga nak buat keja lain. Tak perlu la. Cukuplah pada satu sumber dulu. Mantapkan...pastu baru la fikir yg lain. Senang kata, kira tahap terer dlm Forex ni, barulah beralih ke bidang lain secara sampingan. Tp, ni tak...nak kejar dua2 sekali. " Pelanduk depan mata tak nak tembak, rusa di kaki langit juga dikejarnya."

Apa faedahnya yg kita dpt? Tak dpt apa. Bila dh mcm tu punya cerita. Forex terabai lah seketika. Dgn hasutan-hasutan yg melemahkan semangat seorg trader, maka terkulai layu semula. Bila dah mcm tu, nak bermula semula dlm Forex ni...tergagap2 balik. Sebabnya...dah lama tk tengok chart...dsbnya. Kenapa lak mcm tu? Sedangkan sebelum ni pernah memorex dn penah untung...? Amik citer mudah...cuba kita campakkan sebilah parang yg tajam ke dalam semak. Lepas 5 ke 6 bulan, amik balik parang tu ...dn cuba lah tetak batang kayu ke apa ke... Tajam tak?

Mestinya tak tajam dan berkarat. Begitu jugalah dgn otak kita sebagai manusia. Dan itulah yg terjadi pd diri sy. Kena asah balik semula pelan-pelan. Dan di sini, bila masuk trade...mula lah timbul satu perasaan yg mmg paling tidak dikehendaki dlm Forex. Yakni... sabar ...emosi...kawalan emosi...( Bukan kawalan keselamatan yer..)

Buang masa dn buang duit bila semua tu berlaku semula. Serupa mcm kita baru belajar semula. Otak dh bersimpang siur. Itulah yg terjadi pd diri sy sendiri. Orang lain sy tak tau...sebab pemahaman ttg Forex dn pengetahuan serta kepakaran masing2 berbeza. Ada yg cepat dan ada yg lembap. ( mcm sy la tu... )

Bersambung...

Faredz73
09-13-2009, 06:27 AM
Sambungan...

Ada sesuatu yg akan mendorong kita melakukan perkara yg kita inginkan...termasuklah Forex ni.

Jgn mudah putus asa walau bagaimana sekalipun org cuba utk melemahkan semangat kita dlm Forex. Buktikan kita boleh berjaya, begitu jugalah pengalaman yg sy alami sendiri. Sebab apa org suka melemahkan semangat kita apabila membuat sesuatu perkara yg mereka tidak serasi yakni tk sesuai ngan jiwa mereka? Sebab yg mudah, mereka memikirkan mereka itu betul...Forex ni buang masa dn duit...

Itu tanggapan mereka2 yg berada di luar lingkungan Forex nie. Anda pembaca pasti ada yg bersetuju dgn apa yg sy perkatakan ini. Jadi...bg sy...sy tetap dgn apa yg sy fikirkan skrg...kalau tk FTT pun sy akan buat secara PTT . ( PTT ni bukan Pegawai Tanpa Tauliah...kalau dlm army ...PTT ni tu lah maksudnya. Di Forex ni..PTT...Part Time Trader. )

Selalu saja halangan2 yg seperti ini akan berlaku. Hinggakan 2 org member yg sy pernah kenalkan ngan Forex dn ajar mereka ttg Forex nie...akhirnya...mereka menyerah kalah. Kenapa? Jwpn yg mudah saja. Sebab bukan sesuai ngan jiwa mereka. Jiwa mereka mungkin di bidang lain dn bukan Forex. Hanya mereka yg betul2 tegar je boleh duduk dlm bidang Forex ni. Mereka yg kering hati dn sanggup menerima segala bentuk tekanan terutamanya kerugian.

Harus diingat...sekali gagal, bukan bermakna akan gagal berterusan. Kejayaan yg bermula dgn kegagalan adalah yg kejayaan yg cukup hebat serta menimbulkan kenangan terindah buat diri kita. Begitulah juga harapan sy dlm bidang ni. Bukan nak mendabik dada atau apa...sebenarnya...sejujurnya... kalau kita pandai menjaga MM ...pasti kita menjadi seorg trader yg profitable.

Sy masih gagal atas sebab apa? Sebabnya...terlalu byk tekanan yg dihadapi...Bukan saja dari kalangan sahabat yg seringkali mempertikaikan dn cuba melemahkan semangat, tp dari segi tanggungjawap sebagai ketua keluarga. Itu tk ada..ini tkde...ni belum byr...tu belum jelas..dn mcm2 lagi. Faktor utama ialah kekuatan mental. Alang2...org...maybe dah lama angkat tgn menyerah kalah. Tapi utk diri sy sendiri...buat apa nak serah diri...? Setelah berhabisan begitu byk...baik sy teruskan dgn apa yg ada...sementelah lagi sy sedar teknik sendiri masih boleh digunakan ke arah yg konsisten...maka sy akan meneruskan hingga apa yg sy hajati tercapai. Itulah doa dn harapan sy. Insyallah.

Madah berhelah:

Tiap yg gagal bukan bererti selamanya gagal. Tiada istilah hanya gagal saja. Sebab gagal lawannya berjaya.

Faredz73..

Faredz73
09-13-2009, 01:05 PM
Dalam Forex perkara yg utama adalah berkaitan dengan modal. Sama ada kita ada modal besar atau kecil. Apapun bukan modal yg menentukan kejayaan dlm Forex ni, sebab ada modal besar terlingkup. Ada modal kecil, berjaya. Terpulang pd individu itu sendiri bagaimana nak mengolahkan kejayaan itu sama ada besar atau kecil hasilnya.

Kisah 100usd ni berlaku pd tahun ni...tak silap masa tu baru belajar guna meta4. So, byk la teknik2 yg dicuba. Teknik dan indi di dalam Forum ni jugaklah tu...

Kalau disebutkan teknik tu ramai yg tau, tp kenalah belajar betul2 barulah leh berjaya. Sy akui sy menggunakan teknik tersebut hanya dlm masa yg singkat. Berkebetulan kisah ni berlaku pada petang Jumaat dlm pukul 4 ptg mcm tu. Lokasi time tu memorex kat Mamak Cendol, Mersing. Pair lak main pair EJ...( GJ tk berani main sebab modal kecik. ) Guna akaun Fxopen...standard akaun. 1:500.

Mungkin jugalah nak dikatakan rezeki, sebab time masuk market time baru nak mula trend sell. Oleh kerana sebelum tu dh test kat demo, maka itulah percubaan pertama guna modal 100usd saja. ( tu je yg ada pun... )

Masuk2 je...tunggu lah sekejap... Trend yg ditunggu muncul. Taktik simple je... Cuma amik 5 ke 10pips. ( scalp ). Masa tu main lot agak besar gak. Mula2 je main kecik... Pastu dah yakin...barulah masuk lot besar. Entah ada lagi ke tidak SS berkenaan dgn teknik tu. Kalau terjumpa akan dimasukkan di sini nanti.

Pendek kata...trade pd Jumaat petang tu berjayalah jugak bagi newbie mcm sy nie. Almaklumlah...bukan mudah nak dpt target yg jauh melebihi sasaran. Walaupun asalnya nak target dlm 1k usd je. Tapi kesudahan ia berakhir dgn 600++ usd mcm tu termasuk modal. So, untung bersih lebih kurang 500++usd. Dapatlah digunakan utk menyelesaikan masalah apa yg ada buat seketika.

Bersambung...

Faredz73
09-13-2009, 01:48 PM
SS ini hanyalah sekadar buat renungan...saat2 manis dapat profit walaupun tak seberapa..

https://i776.photobucket.com/albums/yy44/Faredz73/ssnostlagia3.gif

Madah berhelah:

Dalam diam ada duka dan ria. Dalam diam ada tawa dan tangis...:sm9:

Faredz73
09-14-2009, 10:04 AM
Kita mencari sesuatu utk kita banggakan terutama kepada diri sendiri, keluarga dan sahabat handai. Bangga yg mcm mana? Bangga kerana mendapat kebebasan kewangan tanpa batasan. Yup...itu lah...hajat kita semua masuk ke bidang Forex ni. Begitu juga dgn sy.

Masalah yg selalu mengikat ialah modal. Ada modal takde teknik yg senang kita faham. Ada teknik pulak takde modal yg kita kehendaki. Ada org boleh bermula dgn modal serendah 50usd/100usd...sebab beliau buat secara partime ( kiranya org baru la ni...). Ada org pulak bermula dgn modal besar, sekurang2nya 500usd/1000usd. ( Besar bagi yg berpendapatan kecik atau takde pendapatan tetap mcm sy. ) Untuk tahap masta/sifu/otai...modal ni pada mereka mudah je. Walau dgn modal 10usd sekalipun, boleh menjana beribu2 usd dlm masa yg tertentu. Tapi bg yg baru/newbie mcm sy, belum ada teknik yg betul2 mantap utk menjanakan pendapatan byk dgn modal serendah itu. Senang kata masih mentah lagi dlm soal tu.

Inilah masalah dan dilema yg selalu sy hadapi. Sebabnya? Hanya 1 tu je peluang yg terpampang di depan mata utk mendapatkan hasil dlm ertikata sebenarnya. Tapi selalu saja berlaku yg sebaliknya. Maksud? Bila ada modal dan ada teknik yg serasi, mula lah tk reti nak jaga MM dn emosi. Tak terkawal. Seolah2 duit/modal sentiasa ada sumbernya. Walaupun sendiri tahu sumber tu terhad dan kadang2 tak muncul2. Sebab tu la, ramai member2 sy sering mempertikaikan tujuan sy berada di dalam bidang Forex ni. Sebab tak pernahnya buat untung yg konsisten- profitable trader. Bkn pulak tk pernah buat untung cuma tak konsisten kiranya.

Bila dpt untung, terpaksa dikeluarkan utk menampung pelbagai keperluan. Di sini timbul satu kesedaran. Bahawa, utk mendapatkan pendapatan yg secara berterusan...jagalah MM dan emosi. Kerana, bila dah rugi...nyesal tk habis2 atas kebodohan sikap sendiri. Dan itu jugalah yg sy alami, ...boleh dikatakn seringkali terjadi.

Apapun, Forex ni mmg memerlukan kesabaran dan ketekunan utk berjaya menjadi seorang trader yg profitable. Bukan semudah ABC. Byk sekali anggapan org yg baru nak masuk Forex ni, ...perghh..bro...senang la nak wat duit mcm nie... No....no...its not easy as you said bro. Not just that simple... Yaaa...belum cuba belum tahu...dah rasa baru tau mcm mana penangan asmara Forex nie. Ramai yg undur diri sebelum waktunya...

Bersambung...

Faredz73
09-17-2009, 10:51 PM
Salam kepada semua yg sudi singgah di jurnal ini.

Terlebih dahulu izinkan sy memohon maaf kerana tak dapat nak update setiap hari berkenaan dgn perjalanan trader yg tak seindah mana nie. Apapun atas sebab-sebab masalah yang tk dpt dielakkan maka saya tidak berpeluang utk berceloteh di sini tiap hari.

Insyallah... segalanya akan bersambung semula selepas Hari Raya nanti.

Salam hormat dari saya untuk semua...

Selamat Hari Raya AidilFitri , Maaf Zahir Batin. Andai ada salah silap terkasar bahasa terkata terumpat tercaci dn bermacam-macam ter... lagi... sudilah kiranya dimaafkan segala kesalahan saya itu. Terima kasih...
Faredz73...

Faredz73
09-25-2009, 11:00 AM
Salam kembali pada para pemorex yg budiman semua.

Salam AidilFitri dn maaf zahir batin sekali lagi.

Kelmarin lewat semlm...bukan kenangan indah utk diperkatakan. Dalam ria ada duka, dlm tawa ada tangis. Lumrah kehidupan. Suka dn duka di titian perjalanan hidup ini silih berganti datang dan pergi.

Kelmarin lewat semlm...semangat berkobar2...bersungguh2 utk mengapai... Hari ni, esok dn lusa...ia tawar..setawar2nya...tanpa perisa apa pun. Maka, berakhirkah? Pertanyaan dn monolog utk diri sendiri?

Kelmarin lewat smlm...menang dn tewas...lumrah...rindu dn benci silih berganti pada yg bernama Forex ini. Tapi? Siapakah tahu isi hati Trader Picisan...? Siapa tahu? Masalah demi masalah seolah menyekat segala keinginan dn keyakinan. Mengugat segala rasa di hati. Merentap semangat waja seorang patriot.

Kelmarin lewat semlm...tiap yg bermula akan berakhir...tiap yg berakhir akan bermula semula. Ibarat roda yg sering berputar silih ganti naik dn turun. Ibarat kita sentiasa berada dlm putaran roda kehidupan itu.

Berakhirnya sebuah perjuangan?
:sm42:

learn2biz
09-25-2009, 12:51 PM
Sebuah perjuangan perlukan matlamat. Selagi belum mencapai matlamat maka perjuangan belum selesai. Berundur seketika bukan bererti kalah sekiranya berundur utk mencari jalan , mengatur strategi serta memantapkan pengetahuan yg ada. Tanpa adanya matlamat, sebuah perjuangan adalah sia-sia.

- The only person who fail is the one who quits -

Good luck :D

roceli08
09-25-2009, 03:48 PM
Salam kembali pada para pemorex yg budiman semua.

Salam AidilFitri dn maaf zahir batin sekali lagi.

Kelmarin lewat semlm...bukan kenangan indah utk diperkatakan. Dalam ria ada duka, dlm tawa ada tangis. Lumrah kehidupan. Suka dn duka di titian perjalanan hidup ini silih berganti datang dan pergi.

Kelmarin lewat semlm...semangat berkobar2...bersungguh2 utk mengapai... Hari ni, esok dn lusa...ia tawar..setawar2nya...tanpa perisa apa pun. Maka, berakhirkah? Pertanyaan dn monolog utk diri sendiri?

Kelmarin lewat smlm...menang dn tewas...lumrah...rindu dn benci silih berganti pada yg bernama Forex ini. Tapi? Siapakah tahu isi hati Trader Picisan...? Siapa tahu? Masalah demi masalah seolah menyekat segala keinginan dn keyakinan. Mengugat segala rasa di hati. Merentap semangat waja seorang patriot.

Kelmarin lewat semlm...tiap yg bermula akan berakhir...tiap yg berakhir akan bermula semula. Ibarat roda yg sering berputar silih ganti naik dn turun. Ibarat kita sentiasa berada dlm putaran roda kehidupan itu.

Berakhirnya sebuah perjuangan?
:sm42:

... KENAPA BERPUISI BUNYI CAMNI YA SARJANA ?? macam ada yg tak kena dgn jiwa nuranimu ...

Kelmarin lewat semlm...semangat berkobar2...bersungguh2 utk mengapai... Hari ni, esok dn lusa...ia tawar..setawar2nya...tanpa perisa apa pun. Maka, berakhirkah? Pertanyaan dn monolog utk diri sendiri?

.. jika tersentap dek tsunami porex .. rehatkan minda dahulu .. bertafakur sebentar , renungkan siapa diri kita ..kekuatan pasti ada ..

.. nak diceritakan camna keluh kesah diri sy ni .. rasanya bro adalah lebih baik dari saya .. cuma ianya tidak dipaparkan di sini ..takut lain pulok tanggapan yg lain ..

bab kewangan memang macam2 boleh jadi ... apa tah lagi seperti sy yg tinggal dgn keluarga mertua ni .. rasanya sy memahami masalah sarjana ni .. rehatkan diri bro ..tetapi merehatkan diri bukan bermakna keluar barisan .. !!

p/s .. benar kata mr. Mods .. berundur bukan bererti kalah .. kalau masa zaman nabi .. melarikan diri semasa berperang , boleh kena hukum potong kapra ...

Faredz73
09-25-2009, 04:30 PM
Salam kembali...

Terima kasih pd Tuan Mods ngan Bro Guru Cekli...

Rasanya hari ni...melalut lak gi thread org lain...heheheee...belek2 org punya...sendiri tk update. Rasanya lama gak baru tergerak nak menaip di jurnal nie.

Kalau ada yg bertanya, mengapa tak update...jujur...im tired bro...weak...drop...and whatever... Takde sapa akan mengerti sebab kita bukan dilahirkan utk mengemis simpati org lain, walaupun kita ingin meluahkan apa yg terbuku. Jujur saja, andai ditanya...sy dlm weak kondisi...semangat waja seakan hanyut dibuai perasaan. Hingga menjejaskan tumpuan pd Forex...menjejaskan usaha mencari yg terbaik utk diri sendiri. Menjejaskn perancangan yg dibuat. Menjejaskan segala yg berbentuk Forex.

Tanyalah pd sapa2 pun, baik yg berjaya dn yg gagal dlm Forex...yg berundur sementara..yg berundur selamanya... Kita semua pasti mengalami apa yg dikatakn ' frust ' alias ' keciwa '. Bukan semudah yg diperkatakan utk berjuang dlm Forex...pelbagai kondisi dn situasi yg akan berlaku...baik dn buruk, pahit dn manis...semua ditelan. Maka, mungkin timbul satu perasaan yg semua kita cuba elakkan. KECEWA... ya...kecewa... Atas sebab apa...perasaan kecewa ini wujud? Selagi kita bernama manusia...ia akan wujud dn pasti hadir. Begitu juga dgn sy sendiri. Tidak lari dari masalah tu. As i told before..im still not a profitable trader...not yet...but will be some day...perhaps.

' Perjuangan belum selesai...'

roceli08
09-25-2009, 04:40 PM
Salam kembali...

Terima kasih pd Tuan Mods ngan Bro Cekli...

As i told before..im still not a profitable trader...not yet...but will be some day...perhaps.

' Perjuangan belum selesai...'

.. kalau tuan sarjana perasan di dalam forum ini .. pasti ramai gak yg mengalami nasib kecewa .. ramai gak yg dulunya aktif berforum tetapi senyap sepi lak sekarang ..mungkin ini salah satunya .. umpama gugurnya bunga2 yg telah mekar .. sayang gak .. ke mana peginya dia org .. adakah sengaja mengasingkan diri atau saja menjadi trader jutawan senyap .. begitu gak dgn diri sy .. tak tahu lagi apa akan berlaku di masa mendatang ..harapnya bertambah baiklah ...

but hopely .. oneday you will fine the tune ....

.:sm53:

HAFIZ
09-25-2009, 05:00 PM
Salam kembali...

Jujur saja, andai ditanya...sy dlm weak kondisi...semangat waja seakan hanyut dibuai perasaan. Hingga menjejaskan tumpuan pd Forex...menjejaskan usaha mencari yg terbaik utk diri sendiri. Menjejaskn perancangan yg dibuat. Menjejaskan segala yg berbentuk Forex.

As i told before..im still not a profitable trader...not yet...but will be some day...perhaps.

' Perjuangan belum selesai...'

Bro Faredz,

Ayat last tu yang saya gemarkan....
Jika bro sudi membaca ebook ni tentang emosi & memahami kisah 2 orang traders didalam ebook ni saya pasti gembira. Jika dah baca sebelum ini cuba fahami lagi kisah ni...cuba trade dlm seminggu gunakan satu saja kaedah. Guna demo & disiplin...insyaallah bro boleh lakukan seperti SS dibawah yang baru saya lakukan untuk bro tatapi....Kita semua ada masalah didalam atau diluar dunia forex...sabar & tenang...

http://www.4shared.com/file/135360600/127067ab/The_Secrets_to_Emotion_Free_Trading.html

https://img38.imagefra.me/img/img38/2/9/25/merlin123456/t_we2lm_6cfb488.jpg (http://imagefra.me/view.php?img=/2/9/25/merlin123456/f_we2lm_6cfb488.jpg&srv=img38)

roceli08
09-25-2009, 05:19 PM

... thanks .. cantik tu bro HAFIZ isi kandungan buku ini walaupun lum habis baca .. ( baru sedut ) .. phykologi trader memang penting ..pernah gak sy bukakan thread ni ... tapi kureeng sokongan ..

patutnya bro HAFIZ ni dah layak menjadi mahaguru ..

Faredz73
09-25-2009, 05:27 PM
Terima kasih atas ingatan Bro Cekli dn Bro Hafiz...

Suka dn duka tak dpt tidak akan hadir juga. Tak dpt lari dari semua tu. Apapun..terima kasih krn memberikan kata2 semangat.

' Perjuangan belum selesai...'

HAFIZ
09-25-2009, 05:30 PM
... thanks .. cantik tu bro HAFIZ isi kandungan buku ini walaupun lum habis baca .. ( baru sedut ) .. phykologi trader memang penting ..pernah gak sy bukakan thread ni ... tapi kureeng sokongan ..

patutnya bro HAFIZ ni dah layak menjadi mahaguru ..

Oit...tu tahap black belt tu ...saya baru kuning je he he, tgh belajar tahap Gaban nih......untuk Faredz selamat hari raya...nak berjaya emosi kena kawal masa trade...pengalam penting yg ni takda sapa pun leh ajarkan he he he....keep smiling ceria sikit...barulah fikiran kita jadi relax...ketawa & ketawa...kalau takda modal nak ketawa amik cermin tengok muka kita sendiri n& ketawa...tak caya cubalah buat.....heh heh heh....

p/s: tadi tengok Ceplos tumbuk Ceplis....:sm31:

Faredz73
09-25-2009, 05:35 PM

Betul tu bro Cekli...bab emosi ni ramai yg tk perasan. Tp pokok utama kejayaan trade pada hari tu bergantung pd emosi seseorang trader. Walau teknik dh cantik tp masih gagal...sebabnya emosi yg tak terkawal. Yng ni, ramai trader abaikan. ( sy ni pun kadang2 emosi gak ...huhuhuu..)

Oit...tu tahap black belt tu ...saya baru kuning je he he, tgh belajar tahap Gaban nih......untuk Faredz selamat hari raya...nak berjaya emosi kena kawal masa trade...pengalam penting yg ni takda sapa pun leh ajarkan he he he....keep smiling ceria sikit...barulah fikiran kita jadi relax...ketawa & ketawa...kalau takda modal nak ketawa amik cermin tengok muka kita sendiri n& ketawa...tak caya cubalah buat.....heh heh heh....

p/s: tadi tengok Ceplos tumbuk Ceplis....:sm31:

Tergelak lak tngk Ceplos ngan Ceplis...

Tapi yer la...apa pun segalanya atas pengalaman. Tu yg mahal dlm trade nie. Selamat Hari Raya gak utk bro Hafiz ngan Bro Cekli dn kengkawan yg lain.

Now tgh test demo dulu satu simple teknik...nampaknya profitable...dn tgh nak usahakan tetap profitable 5 hari seminggu. Insyallah.

p/s : jawatan FTT terpaksa tukar ke PTT utk sementara waktu. Maybe sebulan, 6 bulan or setahun...or 2 tahun...

HAFIZ
09-25-2009, 06:00 PM

Keep it up...don't ever ever give up...either in forex or life...green pips wishes for Bro Faredz....

roceli08
09-25-2009, 06:18 PM
Oit...tu tahap black belt tu ...saya baru kuning je he he, tgh belajar tahap Gaban nih......untuk Faredz selamat hari raya...nak berjaya emosi kena kawal masa trade...pengalam penting yg ni takda sapa pun leh ajarkan he he he....keep smiling ceria sikit...barulah fikiran kita jadi relax...ketawa & ketawa...kalau takda modal nak ketawa amik cermin tengok muka kita sendiri n& ketawa...tak caya cubalah buat.....heh heh heh....

p/s: tadi tengok Ceplos tumbuk Ceplis....:sm31:

.. saya beberapa hari ni tak dapat nak tengok tv sangat .. kat rumah ni dah macam kapal karam ... dekat 16 org budak2/kanak riang yg sentiasa aktif dari celik mata sampai tutup mata dari mula raya sampai sekarang ( maklumlah emak bapak dia org cuti sampai ahad ni .. ) ... tak termasuk lagi 12 org adik beradik belah mertua .. dan para tetamu yg datang .. asyik2 tanya buat apa kat pc tu .. . dia org pelik tengok chart mt4 ni .. sy jawab aje , tengah mengkaji ramalan kaji cuaca ..nak tengok hujan turun atau tak .. - bayangkanlah suasana nak memorek kat sini ..

nak tengok tv pun asyik2 cerita hantu .. asyik2 cerita hantu , dah macam hantu pulak yg raya ( kisah hantu beraya ) .

Tergelak lak tngk Ceplos ngan Ceplis...

Tapi yer la...apa pun segalanya atas pengalaman. Tu yg mahal dlm trade nie. Selamat Hari Raya gak utk bro Hafiz ngan Bro Cekli dn kengkawan yg lain.

Now tgh test demo dulu satu simple teknik...nampaknya profitable...dn tgh nak usahakan tetap profitable 5 hari seminggu. Insyallah.

p/s : jawatan FTT terpaksa tukar ke PTT utk sementara waktu. Maybe sebulan, 6 bulan or setahun...or 2 tahun...

.. teruskan dgn kerjamu bro .. istimewanya forex ni boleh trade 24 jam ..siang boleh kerja , malam boleh memorex ..siang pun taklah aktif sangat .. atau guna pda/laptop utk sesekali jengok price ...

HAFIZ
09-27-2009, 09:40 AM
.. saya beberapa hari ni tak dapat nak tengok tv sangat .. kat rumah ni dah macam kapal karam ... dekat 16 org budak2/kanak riang yg sentiasa aktif dari celik mata sampai tutup mata dari mula raya sampai sekarang ( maklumlah emak bapak dia org cuti sampai ahad ni .. ) ... tak termasuk lagi 12 org adik beradik belah mertua .. dan para tetamu yg datang ..

nak tengok tv pun asyik2 cerita hantu .. asyik2 cerita hantu , dah macam hantu pulak yg raya ( kisah hantu beraya ) .

.. teruskan dgn kerjamu bro .. istimewanya forex ni boleh trade 24 jam ..siang boleh kerja , malam boleh memorex ..siang pun taklah aktif sangat .. atau guna pda/laptop utk sesekali jengok price ...

He he he...takpalah ramai saudara-mara...murah rezeki tu...

HAFIZ
09-28-2009, 05:47 AM
Buat Bro Faredz...saya dah jadikan akaun ni lebih 300 % keuntungan ( 2 trade win 1 trade cancelled..1 pair...1 system...no loss) ...untuk beri semangat kepada bro, bro boleh buat macam ni jika emosi tidak terganggu, analisa betul & yakin 100% dengan trade anda...jaga mm...insyaallah....BRO PASTI BOLEH LAKUKAN...Yakinlah kepada diri bro....

https://img37.imagefra.me/img/img37/2/9/28/merlin123456/t_vb2nm_6c61409.jpg (http://imagefra.me/view.php?img=/2/9/28/merlin123456/f_vb2nm_6c61409.jpg&srv=img37)

NewInForex
09-29-2009, 07:00 PM
Terus berjuang...terus maju kehadapan, jgn stop n putus asa, bermula pada golongan 95% sebagai pengalaman, terus berusaha ke golongan 5% yg berjaya mengharungi zaman kejatuhan....

PengilioFX
09-30-2009, 12:11 AM
Buat Bro Faredz...saya dah jadikan akaun ni lebih 300 % keuntungan ( 2 trade win 1 trade cancelled..1 pair...1 system...no loss) ...untuk beri semangat kepada bro, bro boleh buat macam ni jika emosi tidak terganggu, analisa betul & yakin 100% dengan trade anda...jaga mm...insyaallah....BRO PASTI BOLEH LAKUKAN...Yakinlah kepada diri bro....

https://img37.imagefra.me/img/img37/2/9/28/merlin123456/t_vb2nm_6c61409.jpg (http://imagefra.me/view.php?img=/2/9/28/merlin123456/f_vb2nm_6c61409.jpg&srv=img37)

Tahniah. Kongsi petua kejayaan dgn lebih detail?

zhaff
09-30-2009, 03:50 AM
salam geng. saya pun ade masalah phykologi trading. mintak sedut ebook yeh.
tq bro Hafiz.

murahguru
09-30-2009, 04:39 AM
Saya cukup terkesan dengan segala penulisan drpd bro faredz..semoga tabahkan semangat dan kuatkan kembali jiwa forex bro..sayang kalau gugur pemorex macam bro ni..

Kalau boleh tolong dari segi teknik trading, bro pasti lebih otai..Kalau turun JB, inform saya boleh kita ngete sembang panjang2..

tunperak
09-30-2009, 04:53 AM
Salam kembali...

Terima kasih pd Tuan Mods ngan Bro Guru Cekli...

Rasanya hari ni...melalut lak gi thread org lain...heheheee...belek2 org punya...sendiri tk update. Rasanya lama gak baru tergerak nak menaip di jurnal nie.

Kalau ada yg bertanya, mengapa tak update...jujur...im tired bro...weak...drop...and whatever... Takde sapa akan mengerti sebab kita bukan dilahirkan utk mengemis simpati org lain, walaupun kita ingin meluahkan apa yg terbuku. Jujur saja, andai ditanya...sy dlm weak kondisi...semangat waja seakan hanyut dibuai perasaan. Hingga menjejaskan tumpuan pd Forex...menjejaskan usaha mencari yg terbaik utk diri sendiri. Menjejaskn perancangan yg dibuat. Menjejaskan segala yg berbentuk Forex.

Tanyalah pd sapa2 pun, baik yg berjaya dn yg gagal dlm Forex...yg berundur sementara..yg berundur selamanya... Kita semua pasti mengalami apa yg dikatakn ' frust ' alias ' keciwa '. Bukan semudah yg diperkatakan utk berjuang dlm Forex...pelbagai kondisi dn situasi yg akan berlaku...baik dn buruk, pahit dn manis...semua ditelan. Maka, mungkin timbul satu perasaan yg semua kita cuba elakkan. KECEWA... ya...kecewa... Atas sebab apa...perasaan kecewa ini wujud? Selagi kita bernama manusia...ia akan wujud dn pasti hadir. Begitu juga dgn sy sendiri. Tidak lari dari masalah tu. As i told before..im still not a profitable trader...not yet...but will be some day...perhaps.

' Perjuangan belum selesai...'

:sm32: salam bro faredz73.......terkejut juga saya baca puisi nam suram bunyinya dan hilangnya semangat juang seorang pemorex tegar......
............sebenarnya tak jauh bezanya antara kita......saya pon golongan "im still not profitable trader" yg dimaksudkan oleh saudara tu.......
............jadi marilah kita sama2 berjuang......mudah2an kejayaan akan datang
............dimana semangat mu sebagai seorang pahlawan bro......
............PERJUANGAN BELUM SELESAI

newbie77
09-30-2009, 07:04 AM
:sm53:

Salam saudara faredz73,
terimakasih berkongsi pengalaman kepada semua ,boleh lah dijadikan panduan pada newbie2 macam saya nie..cuma MM yang saya AMALALKAN sekarang nie tread below 5% use margin ....moga2 kita semua berjaya,,

TERUSKAN JIHAD EKONOMI KITA & UMMAH....AMIN.

Faredz73
10-01-2009, 11:24 AM
Salam kembali pada semua teman seperjuangan...

Telah lama tidak menjenguk jurnal ni. Tak sangka, ramai yg masih sudi utk membaca jurnal yg tak seberapa ini. Jujur saja, saat tgn ini menaip baris2 ayat, tak terasa air mata menitis, sebak di dada. Mungkin kerana membaca komen2 dari kwn2 semua yg menyentuh hati.

Mengapa ia jatuh jua akhirnya...? Walau sekuat mana pun insan itu, air mata tetap akn jatuh atas apa saja sebab yg terjadi. Begitu juga dgn sy. Luaran nampak seolah tk tergugat tp di dalam tiada siapa yg tahu.

Semangat ini beransur pulih sedikit demi sedikit. Bukan apa, cuma sesekali ia akan dtg. Seperti ' akhirnya ia jatuh jua... '. Kita cuma insan biasa. Pelbagai rasa yg kita hadapi di dlm hidup yg sesingkat cuma ini. Mungkin juga krn kita di dunia Forex ini memilih jalan yg bukan semua org sanggup hadapi. Begitulah juga dgn diri saya. Tidak lepas dari semua itu.

Apa pun terima kasih jua ats segala komen/nasihat/kata semangat yg diluahkan di jurnal ini. Walau tidak bersua di alam nyata, tp kita semua serupa. Memilih satu jalan yg bukan semua berani hadapi.

' Perjuangan belum selesai, ia baru bermula... '

Faredz73

Faredz73
10-01-2009, 11:29 AM
Saya cukup terkesan dengan segala penulisan drpd bro faredz..semoga tabahkan semangat dan kuatkan kembali jiwa forex bro..sayang kalau gugur pemorex macam bro ni..

Kalau boleh tolong dari segi teknik trading, bro pasti lebih otai..Kalau turun JB, inform saya boleh kita ngete sembang panjang2..

Insyallah bro, ada masa dtg JB nanti kita leh kongsi pengalaman yg ada. Terima kasih krn sudi jenguk jurnal sy yg tk seberapa ini...

Faredz73

Faredz73
10-01-2009, 11:37 AM
:sm32: salam bro faredz73.......terkejut juga saya baca puisi nam suram bunyinya dan hilangnya semangat juang seorang pemorex tegar......
............sebenarnya tak jauh bezanya antara kita......saya pon golongan "im still not profitable trader" yg dimaksudkan oleh saudara tu.......
............jadi marilah kita sama2 berjuang......mudah2an kejayaan akan datang
............dimana semangat mu sebagai seorang pahlawan bro......
............PERJUANGAN BELUM SELESAI

Salam kembali bro,

Segagah-gagah Laksamana Hang Tuah, tetap kalah dlm emosi atas gugurnya seorang sahabat karib di tgnnya sendiri. Begitulah jiwa seorang insan yg terbilang dlm Nusantara Melayu satu ketika dulu. Begitu juga dgn sy bro. Ada masa tewas dlm suasana dn emosi.

Kadang2 sy sendiri terfikir, lebih mudah menghadapi peluru musuh sebenarnya. Bab kecewa ni seolah-olah enggan berganjak... Tu yg buatkn jiwa selalu kacau. Insyallah... yg dtg tetap pergi. Begitu juga dgn perasaan bernama ' Kecewa '.

Faredz73
10-01-2009, 11:43 AM
https://i776.photobucket.com/albums/yy44/Faredz73/fkteknik2-2.gif

Crippersz
10-01-2009, 06:43 PM
salam bro Faredz73, mantap la journal bro nih.. buat saya nak komen juga.. hehe..

mungkin byk traders yg senasib mcm bro.. saya juga menghadapi masalah yg same,, cume jalan nyer lain2 sket jer.. saya demo 1 bulan terus buat live.. mule2 byk kali margin call.. account kecik jer la..

mmg nak trading forex ni nak kene hati kering dan tak mudah putus asa,.. ditambah lagi dgn mcm2 masalah yg asik timbul dlm kehidupan sebenar, nak bayar bil2 tertunggak. hutang sane, hutang sini.. family asik mintak duit.. adik mintak duit.. duit byk abis buat MLM.. last2 Money management realiti pun out gak..

berbekalkan semangat perjuangan yg dasyat, saya berjaya menyelesaikan masalah sket2. dpt jer untung withdraw utk selesaikan masalah yg mane patut diselesaikan dahulu.. mule2 20usd 1 minggu, kemudian 30usd 1 minggu, kemudian 50usd 1 minggu.. yg penting account dibank ada masuk... saya anggap trading forex ni berniaga realiti contonya jual burger contohnya.. jgn nak jadi jutawan cepat,, kalau mind set kita nak jadi jutawan cepat, nnt tamak plak.. kalau tuhan nak jdkan kita jutawan, nnt ada lah rezeki nyer nnt.. syukur pada tuhan yg telah memberi rezeki byk mane pun walapun sebutir nasik.

yang penting jgn cepat putus asa. nak study forex ni bukan nyer mudah.. seolah2 kita study di universiti. nak dpt ijazah bukan sebulan 2.. tapi 3~5 tahun. baru la mantap keputusan , baru 1 tahun belaja mmg kurang hasilnya. yg penting ILMU. ilmu segalanya.. baik baik teknik, emosi, atau pun ilmu mengenal diri.. kalau kita kenal diri kita sendiri.. kita tau potensi diri kita.. dah bermacam2 lagi kebaikannya.

EMosi, MM, teknik = untung.

HAFIZ
10-01-2009, 08:45 PM
https://i776.photobucket.com/albums/yy44/Faredz73/fkteknik2-2.gif

Cukup baik...jangan biarkan emosi kawal diri....yakin keputusan sendiri....keep it up bro...

Faredz73
10-02-2009, 08:54 AM
Salam semua...

Terima kasih pd yg sudi mencoretkan titipan kata2 di jurnal ini. Kalian dihargai tanpa prejudis.

Rasa berat hati ini, tp tk mengapalah, moga apa yg bakal dipaparkan di sini bakal menjadi pengajaran pada sesiapa yg sudi amik sebagai iktibar.

Mungkin ada yg bertanya, berapa byk pernah lost dlm Forex? Berapa lama dh main Forex? Jwpnya... cukup byk. Duit sendiri, duit 'funder' ( kalau boleh bab funder nie jgn cuba2 nak try mainkn utk org lain, kalau sendiri tk mantap lagi. ), duit kwn2 yg percaya kita leh wat untung. Berapa byk? Cukup byk, diam tk diam dekat rm150,000.00 semua sekali. Untung? Kalau bab untung, maybe baru ada dlm 20% dari jumlah tu. Byk kn? Ya...cukup byk. Dlm masa 4 tahun terlibat. Bukan jumlah yg sedikit. Semua tu masih terhutang hingga kini. Berat tak nak pikul? Berat kan... Ye..mmg berat. Sapa nak byr? Diri sendiri la yg kena byr apa yg patut dibyr. Takkn nak bawak mati kot..

Jgn terkejut. Itu adalah kenyataan. Kalau dari dulu sy menjaga MM mungkin perkara ini tidak berlaku. Kalau dari dulu sy menjaga emosi mungkin ini tidak berlaku. Semuanya kerana ' KALAU '... Hingga ke saat ini, sy masih dlm keadaan tidak menentu. Hinggakn duit utk sewa umah digunakan sekali. Akibatnya...6hb ni jwpn...sama ada masih lagi duduk umah ni atau duduk tepi jalan ngan anak2. Kalau sapa rasanya penah hadapi masalah ini, dia akan tau rasanya mcm mana. Mcm mana nak memorex kalau umah tkde? Line streamyx pun tunggu masa berkubur. So, mcm mana? Nak mula keja lmbt lagi sebab tgh tunggu panggilan. Nak berniaga dlm Forex? Modal ? Tak ada dah. Zero .

Pahit kan nak telan? Mmg pahit. Walaupun org kata pahit itu penawar tp adakalanya pahit itu juga racun...sama juga dgn madu. ( Bukan bermadu yer... )

Jadi di manakah anda akan berada jika berada di tempat sy? Kwn2? Semua ca alif but... Sebab? Lu tkde duit la bro..sapa nak kwn ngan lu... Yes... Betul. Sebab ada wang org syg..tkde wang takde sapa yg syg kita. Keluarga tk bantu ke? Ermm...soalan ni susah nak ckp. Sebabnya...

" Kassim? Siapa dia? Lawyer? Majistret? "
" Ahli muzik mak. "
" Pantang keturunan aku bersuamikan ahli muzik. "

Ingat kan dialog di atas. Itulah jwpnya pada soalan tadi. Tiada sapa yg akan bantu. Sendiri la yg selesaikan. Sebab, bukan menantu kesayangan. Family sendiri? Tak dpt nak tolong sebab bukan org kaya pun. Susah senang sendiri tanggung. Masa kwn2 susah anda boleh bantu mereka kerana anda ada wang. Bila masa anda susah pulak? Ermm...bukan nak mengata...tp itu hakikatnya... Fikirlah...

Bagaimana nak trade bila emosi sering terganggu dgn pelbagai perkara? Anda fikir sekiranya anda berada di sisi sy...

Bukan tujuan nak menagih simpati sesiapa...cuma ingin meluahkan rasa hati saja. Di manakah sy akan berada selepas ini? Tiada siapa yg tahu.

' Sebuah kebenaran yg pahit dlm kehidupan menjadi seorang trader. '

Semalam, hari ini, esok...

Semalam ia datang ke sini
Semalam ia hampir ke sisi
Semalam ia menjenguk di jendela hati
Semalam ia singgah di teratak jiwa
Semalam ia singgah bersama harapan
Semalam ia singgah ... ya... semalam ia singgah...

Hari ini ia hilang
Hari ini ia kabur
Hari ini ia berlalu di angin lalu
Hari ini ia tiada dlm gengaman
Hari ini ia cuma sebuah ilusi
Hari ini ia tiada di bingkai kehidupan

Esok...tiada yg pasti
Esok...tiada yg nyata
Esok...tiada yg zahir
Esok...tiada pada semalam
Esok...tiada pada hari ini
Esok...hanya esok...tanpa semlm dan hari ini.

Nukilan rasa.

From Putera Kenyalang @ Faredz73...

HAFIZ
10-02-2009, 09:07 AM

Bro, anda belum rasa lagi teruk apa yang saya rasa sebelum ni...lagi teruk sememangnya hanya Allah yang tahu....nak cakap susah....nasihat saya satu saja...kerja dulu walau apa kerja sekalipun , family first...dah ok sikit US100 labur masuk percayalah...trade dengan confidence part time...bro Hang Tuah pun dulu alami nasib lagi susah...yakinkan diri anda...hanya diri sendiri boleh tolong...yang kalau tu dah lepas jadikan sejarah...gantikan kalau dengan pasti...life seronok baru trade bagus...percayalah...banyakkan solat sebab kat Dia lah kita mengadu

mzi04
10-02-2009, 11:45 AM
Salam semua...

Terima kasih pd yg sudi mencoretkan titipan kata2 di jurnal ini. Kalian dihargai tanpa prejudis.

Rasa berat hati ini, tp tk mengapalah, moga apa yg bakal dipaparkan di sini bakal menjadi pengajaran pada sesiapa yg sudi amik sebagai iktibar.

Mungkin ada yg bertanya, berapa byk pernah lost dlm Forex? Berapa lama dh main Forex? Jwpnya... cukup byk. Duit sendiri, duit 'funder' ( kalau boleh bab funder nie jgn cuba2 nak try mainkn utk org lain, kalau sendiri tk mantap lagi. ), duit kwn2 yg percaya kita leh wat untung. Berapa byk? Cukup byk, diam tk diam dekat rm150,000.00 semua sekali. Untung? Kalau bab untung, maybe baru ada dlm 20% dari jumlah tu. Byk kn? Ya...cukup byk. Dlm masa 4 tahun terlibat. Bukan jumlah yg sedikit. Semua tu masih terhutang hingga kini. Berat tak nak pikul? Berat kan... Ye..mmg berat. Sapa nak byr? Diri sendiri la yg kena byr apa yg patut dibyr. Takkn nak bawak mati kot..

Jgn terkejut. Itu adalah kenyataan. Kalau dari dulu sy menjaga MM mungkin perkara ini tidak berlaku. Kalau dari dulu sy menjaga emosi mungkin ini tidak berlaku. Semuanya kerana ' KALAU '... Hingga ke saat ini, sy masih dlm keadaan tidak menentu. Hinggakn duit utk sewa umah digunakan sekali. Akibatnya...6hb ni jwpn...sama ada masih lagi duduk umah ni atau duduk tepi jalan ngan anak2. Kalau sapa rasanya penah hadapi masalah ini, dia akan tau rasanya mcm mana. Mcm mana nak memorex kalau umah tkde? Line streamyx pun tunggu masa berkubur. So, mcm mana? Nak mula keja lmbt lagi sebab tgh tunggu panggilan. Nak berniaga dlm Forex? Modal ? Tak ada dah. Zero .

Pahit kan nak telan? Mmg pahit. Walaupun org kata pahit itu penawar tp adakalanya pahit itu juga racun...sama juga dgn madu. ( Bukan bermadu yer... )

Jadi di manakah anda akan berada jika berada di tempat sy? Kwn2? Semua ca alif but... Sebab? Lu tkde duit la bro..sapa nak kwn ngan lu... Yes... Betul. Sebab ada wang org syg..tkde wang takde sapa yg syg kita. Keluarga tk bantu ke? Ermm...soalan ni susah nak ckp. Sebabnya...

" Kassim? Siapa dia? Lawyer? Majistret? "
" Ahli muzik mak. "
" Pantang keturunan aku bersuamikan ahli muzik. "

Ingat kan dialog di atas. Itulah jwpnya pada soalan tadi. Tiada sapa yg akan bantu. Sendiri la yg selesaikan. Sebab, bukan menantu kesayangan. Family sendiri? Tak dpt nak tolong sebab bukan org kaya pun. Susah senang sendiri tanggung. Masa kwn2 susah anda boleh bantu mereka kerana anda ada wang. Bila masa anda susah pulak? Ermm...bukan nak mengata...tp itu hakikatnya... Fikirlah...

Bagaimana nak trade bila emosi sering terganggu dgn pelbagai perkara? Anda fikir sekiranya anda berada di sisi sy...

Bukan tujuan nak menagih simpati sesiapa...cuma ingin meluahkan rasa hati saja. Di manakah sy akan berada selepas ini? Tiada siapa yg tahu.

' Sebuah kebenaran yg pahit dlm kehidupan menjadi seorang trader. '

Semalam, hari ini, esok...

Semalam ia datang ke sini
Semalam ia hampir ke sisi
Semalam ia menjenguk di jendela hati
Semalam ia singgah di teratak jiwa
Semalam ia singgah bersama harapan
Semalam ia singgah ... ya... semalam ia singgah...

Hari ini ia hilang
Hari ini ia kabur
Hari ini ia berlalu di angin lalu
Hari ini ia tiada dlm gengaman
Hari ini ia cuma sebuah ilusi
Hari ini ia tiada di bingkai kehidupan

Esok...tiada yg pasti
Esok...tiada yg nyata
Esok...tiada yg zahir
Esok...tiada pada semalam
Esok...tiada pada hari ini
Esok...hanya esok...tanpa semlm dan hari ini.

Nukilan rasa.

From Putera Kenyalang @ Faredz73...

Suma yg bro cakap ni... pernah saya alami...rasanya semua trader forex pun sama. Cumanya diri kita ni cepat putus asa atau nak terus berusaha.
PUTUS ASA MAKNANYA KITA KALAH. JIKA TERUS BERUSAHA INSYALLAH PASTI BERJAYA. SELAIN DARIPADA SYSTEM DAN INDI YANG CANGGIH....RUPANYA SIKAP DIRI SENDIRI YANG MEMAINKAN PERANAN UTAMA UNTUK BERJAYA... SABAR, DISIPLIN DIRI DAN SENTIASA BERSYUKUR...INILAH YANG SAYA PELAJARI BILA SAYA GAGAL DULU....ALHAMDULILLAH...EKONOMI PUN MENINGKAT.

NewInForex
10-02-2009, 12:55 PM
Siapa la saya nih yg baru hilang usd500...kalau ikutkan sebelum2 ni,nak simpan seratus pun susah,sejak kenal forex nih dekat rm2k habis..tapi rupanyer ada yg lebih byk melabur dari saya...saya hmpir putus asa sebelum ni,tapi cuba cari punca kenapa kegagalan itu berlaku...rupanyer saya baru kenal forex ni tak sampai 2 bulan,tapi gatal trade real money....

bila gagal, carilah jalan untuk menjadi lebih baik
bila jatuh,cubalah untuk bangun dengan segala kekuatan
bila bermasalah, cari jln untuk hadapi, bukan lari dari knyataan anda bermasalah
bila dugaan datang,bykkan bersabar, anda gagal jika gagal menghadapi dugaan

kitaran hidup seperti Roda, kita takkan selamnya di bawah dan kita juga tak selamanyer di atas...bila di bawah berusaha untuk ke atas, bila di atas,jgn lupa kita akan ke bawah suatu hari nanti..jgn alpa...

DOA, BERUSAHA DAN TAWAKAL....CUKUP TIGA NI, INSYAALLAH anda akan berjaya bangkit...jgn berdoa tanpa usaha, jgn berusaha tanpa berdoa...

nazri_fx
10-02-2009, 02:10 PM
Salam semua...

Terima kasih pd yg sudi mencoretkan titipan kata2 di jurnal ini. Kalian dihargai tanpa prejudis.

Rasa berat hati ini, tp tk mengapalah, moga apa yg bakal dipaparkan di sini bakal menjadi pengajaran pada sesiapa yg sudi amik sebagai iktibar.

Mungkin ada yg bertanya, berapa byk pernah lost dlm Forex? Berapa lama dh main Forex? Jwpnya... cukup byk. Duit sendiri, duit 'funder' ( kalau boleh bab funder nie jgn cuba2 nak try mainkn utk org lain, kalau sendiri tk mantap lagi. ), duit kwn2 yg percaya kita leh wat untung. Berapa byk? Cukup byk, diam tk diam dekat rm150,000.00 semua sekali. Untung? Kalau bab untung, maybe baru ada dlm 20% dari jumlah tu. Byk kn? Ya...cukup byk. Dlm masa 4 tahun terlibat. Bukan jumlah yg sedikit. Semua tu masih terhutang hingga kini. Berat tak nak pikul? Berat kan... Ye..mmg berat. Sapa nak byr? Diri sendiri la yg kena byr apa yg patut dibyr. Takkn nak bawak mati kot..

Jgn terkejut. Itu adalah kenyataan. Kalau dari dulu sy menjaga MM mungkin perkara ini tidak berlaku. Kalau dari dulu sy menjaga emosi mungkin ini tidak berlaku. Semuanya kerana ' KALAU '... Hingga ke saat ini, sy masih dlm keadaan tidak menentu. Hinggakn duit utk sewa umah digunakan sekali. Akibatnya...6hb ni jwpn...sama ada masih lagi duduk umah ni atau duduk tepi jalan ngan anak2. Kalau sapa rasanya penah hadapi masalah ini, dia akan tau rasanya mcm mana. Mcm mana nak memorex kalau umah tkde? Line streamyx pun tunggu masa berkubur. So, mcm mana? Nak mula keja lmbt lagi sebab tgh tunggu panggilan. Nak berniaga dlm Forex? Modal ? Tak ada dah. Zero .

Pahit kan nak telan? Mmg pahit. Walaupun org kata pahit itu penawar tp adakalanya pahit itu juga racun...sama juga dgn madu. ( Bukan bermadu yer... )

Jadi di manakah anda akan berada jika berada di tempat sy? Kwn2? Semua ca alif but... Sebab? Lu tkde duit la bro..sapa nak kwn ngan lu... Yes... Betul. Sebab ada wang org syg..tkde wang takde sapa yg syg kita. Keluarga tk bantu ke? Ermm...soalan ni susah nak ckp. Sebabnya...

" Kassim? Siapa dia? Lawyer? Majistret? "
" Ahli muzik mak. "
" Pantang keturunan aku bersuamikan ahli muzik. "

Ingat kan dialog di atas. Itulah jwpnya pada soalan tadi. Tiada sapa yg akan bantu. Sendiri la yg selesaikan. Sebab, bukan menantu kesayangan. Family sendiri? Tak dpt nak tolong sebab bukan org kaya pun. Susah senang sendiri tanggung. Masa kwn2 susah anda boleh bantu mereka kerana anda ada wang. Bila masa anda susah pulak? Ermm...bukan nak mengata...tp itu hakikatnya... Fikirlah...

Bagaimana nak trade bila emosi sering terganggu dgn pelbagai perkara? Anda fikir sekiranya anda berada di sisi sy...

Bukan tujuan nak menagih simpati sesiapa...cuma ingin meluahkan rasa hati saja. Di manakah sy akan berada selepas ini? Tiada siapa yg tahu.

' Sebuah kebenaran yg pahit dlm kehidupan menjadi seorang trader. '

Semalam, hari ini, esok...

Semalam ia datang ke sini
Semalam ia hampir ke sisi
Semalam ia menjenguk di jendela hati
Semalam ia singgah di teratak jiwa
Semalam ia singgah bersama harapan
Semalam ia singgah ... ya... semalam ia singgah...

Hari ini ia hilang
Hari ini ia kabur
Hari ini ia berlalu di angin lalu
Hari ini ia tiada dlm gengaman
Hari ini ia cuma sebuah ilusi
Hari ini ia tiada di bingkai kehidupan

Esok...tiada yg pasti
Esok...tiada yg nyata
Esok...tiada yg zahir
Esok...tiada pada semalam
Esok...tiada pada hari ini
Esok...hanya esok...tanpa semlm dan hari ini.

Nukilan rasa.

From Putera Kenyalang @ Faredz73...

Trima kasih saudara kerana sudi mencurahkan pengalaman memorex disini.
Saya pun masih baru dlm dunia yg penuh mencabar ini. Dah lebih 2 tahun memorex tapi belum merasa akan hasilnya. Apa yg dilalui oleh saudara sememengnya saya lalui dan saya rasa ramai lagi yg senasib dgn kita. Coretan saudara saya baca dari awal hingga akhir dan harap2 ada sambungannya lagi. Saya masih lagi mencari akan kesilapan dan dalam proses pembaikan. harapan selalu ada dlm hati....bahawa aku mesti berjaya suatu hari nanti. Tapi bila.....saya pun tak pasti.

Harap2 saudara sentiasa memberi pedoman dan jgn hentikan penulisan ini.

selamat maju jaya buat trader semua.

roceli08
10-02-2009, 04:10 PM
... pasti sekali , berat mata memandang , berat lagi bahu yg memikul .... terasa gelap pemandangan masa depan kita .. mengenangkan nasib diri , anak2 dan isteri ..

... Jujurlah pada diri sendiri .. cermin balik diri kita .. siapakah diri kita , mampukah kita melalui dugaan ini ?? apakah punca semua ini ??

.. .. masihkah ada lagi cahaya .. ?? masihkah ada lagi sinar kalau bukan utk diri kita , hanya utk isteri dan anak2 pun jadilah .....

.. ke sana ke mari mencari cahaya .. .. itulah usaha kita .. ya Allah berikan kami hidayah , petunjuk , rahmat dan perlindungan dari Mu .. itulah doa harapan dan berserah kepadaNya .. dekatilah Ia , pasti Ia maha mendengar dan maha mengetahui kerana sesungguhnya Dialah yg maha kaya ... insyaAllah ..

.. Nukilan ... dari yg pernah mengalami nasib dan perasaan yg sama ( cuma berlainan bentuk rupa ) .. yang , mungkin juga masih belum pulih sepenuhnya ...

... SETIAP MANUSIA MEMPUNYAI DUGAAN , BAHKAN NABI SENDIRI PUN TELAH DIUJI DGN PELBAGAI DUGAAN .. ..

tunperak
10-02-2009, 05:20 PM
:sm32: walau apa pon kita buat.......... yang paling penting solat 5 waktu jangan dilupakan..........insyaallah akan dapat apa yang kita hajati........

Faredz73
10-02-2009, 09:30 PM
Dalam hening pagi subuh
Hujan renyai-renyai membasahi bumi
Seakan mengerti gejolak hati
Seakan memahami perit rasa ditanggung
Seolah menyelami segala resah di lubuk jiwa

Dalam hening pagi subuh
Dalam syahdu dakapan dingin waktu
Aku sujud di sejadah bertemu Mu
Mengadu keluh kesah hati ini
Betapa aku kerdil dlm kacamata Mu
Betapa aku ibarat setitis air di lautan Mu

Dalam hening subuh pagi
Terkedu aku menghimbau perjalanan
Tersentak aku dalam jaga pada duka
Terhenti seketika langkah kaki dalam perjalanan masa
Namun...
Aku pasrah
Aku redha
Aku tawakal
Aku berserah
Agar perjuangan ini tidak bernoktah
Selagi masa sekelumit cuma masih ada.

Nukilan Putera Kenyalang.

Faredz73
10-02-2009, 09:45 PM
Terima kasih teman2 seperjuangan.

Rasanya makin lama makin kita mengalami pelbagai mimpi di dunia Forex ini. Baik yg indah ataupun ngeri.

Rutin hari ini sy habiskan dgn mengkaji segala yg boleh dikaji. Membuat trial dn error di demo akaun. Berulangkali. Setiap teknik di lihat dn dicuba. Namun dek kerana penangan emosi masih tidak stabil bila mana mengenangkan masalah yg belum selesai...tiada kesuksessan dlm mencari bentuk teknik yg dikehendaki. Walaupun dah cuba tp masalah masih belum puashati dgn prestasi diri. Kawalan minda masih lagi lemah dn ragu2 dlm bertindak. Masih kurang percaya diri sendiri. Masih risau kemampuan diri sendiri.

Rasa akibat dari kegagalan masih menghantui. Badi kekalahan demi kekalahan seakan semakin sebati dgn diri. Mengapa sukar betul utk menghilangkan segala musykil yg ada? Walhal teknik dah pelbagai tp masih sukar menembusi badi kekalahan semlm.

Emosi...ermm...emosi...oh emosi... Mengapa jiwa ini tidak sekuat dulu? Mengapa minda ini tidak segagah dulu? Makin jauh melangkah kaki ini, makin hilangkah kekuatan diri?

Teringat semasa dlm rekrut TDM di PD tahun 94 dulu. Waktu dan masa tu mmg masih mentah dlm apa jua perkara berkaitan dgn dunia ketenteraan. Di situ lah diajar erti ketabahan, erti kesabaran, erti persahabatan dn berbagai perkara yg berkaitan emosi. 6 bulan bukan la masa yg singkat. Tapi mengapa semangat ini tidak sekental dulu, tidak segagah dulu?

... Di sini, ia bermula... adakah di sini ia berakhir ? ...

hangtuah70
10-02-2009, 10:17 PM

Salam bro faredz73......

Kuatkan semangat......bersihkan rohani......berprasangka baik.......terapkan nilai positif dlm kehidupan itu yg sy buat dahulu......ada org lain yg lebih dasyat kesusahan dari kita dan kita masih beruntung jika di bandingkan dgn mereka.......

Belajar dari kesilapan.........dari kesilapan jadi tauladan(jangan dari kesilapan sentiasa diulang)......biasa kita tahu kita sering sgt menggulangi kesilapan itu.......carilah kaedah masing2 bagaimana utk mengatasinya.......KENALI DIRI........insyallah

KEPUTUSAN DITANGAN ANDA.........(Dalam 1001 masaalah ada jln. penyelesaian cuma 1 shj yg tidak boleh diselesaikan.........jika kita sendiri tak "HIJRAH"kan kelemahan kita)

NewInForex
10-03-2009, 07:43 AM
Cari trading strategy yg terbaik setelah puas anda memcuba....dalami dan fahamkan betul2....jgn tade jika belum memahami strategi, macam2 strategi ada, yg bleh dapat4 pip hingga 100pip sehari, yg penting faham kaedah yg digunakan bukan sekadar mengikut strategi orang tanpa memahami cara orang itu menggunakan strategy tersebut....

yg paling ok bila da dapat strategy sendiri, biar strategy tu cuma menghasilkan pip yg sedikit tapi dapat menggurangkan loss o zero loss....dari strategy yg kecil2an itu akan membuat kita mampu menghasilkan strategy yg lebih baik dan mantap!!

saya masih baru dan rasa nyer dah berada di golongan trader lvl 2..

Faredz73
10-03-2009, 05:38 PM
Salam kembali.

Strategi dan teknik. Ermm...menarik tajuk nie. Apa pun strategi dan teknik memerlukan perancangan. Lihat senarai ini. Silalah bagi pandangan anda. Di alu2kan.

1. Apa strategi?
2. Apa teknik ?
3. Bagaimana kita nak merancang strategi dan teknik?
4. Apa yg perlu ada di dalam perancangan strategi dan teknik itu?
5. Bagaimana nak pastikan ia berjalan seperti yg dirancangkan?
6. Bagaimana kalau ia tidak berjaya?
7. Alternatif lain?

Sila kemuka kan cadangan anda berkaitan 7 soalan di atas. :sm9:

Faredz73
10-03-2009, 05:40 PM
Cari trading strategy yg terbaik setelah puas anda memcuba....dalami dan fahamkan betul2....jgn tade jika belum memahami strategi, macam2 strategi ada, yg bleh dapat4 pip hingga 100pip sehari, yg penting faham kaedah yg digunakan bukan sekadar mengikut strategi orang tanpa memahami cara orang itu menggunakan strategy tersebut....

yg paling ok bila da dapat strategy sendiri, biar strategy tu cuma menghasilkan pip yg sedikit tapi dapat menggurangkan loss o zero loss....dari strategy yg kecil2an itu akan membuat kita mampu menghasilkan strategy yg lebih baik dan mantap!!

saya masih baru dan rasa nyer dah berada di golongan trader lvl 2..

Terima kasih atas cadangan tu. Insyallah akan diperbaiki apa yg kurang.
:sm9:

Faredz73
10-03-2009, 05:51 PM
Terima kasih pd teman2...

Thanks bro hangtuah, cekli dll atas dorongan dan kata2 semangat dari kalian semua. Semua itu membantu sy dlm meneruskan perjuangan yg belum selesai.

Hari ini hanya duduk berehat sambil memikirkan apa yg patut difikir. Tak buat apa2 pun. Dok tengok TV ( release tension ), smbil buat keja umah, buat apa yg patut dibuat.

Dalam begitu ilham muncul. Yup... Ilham muncul. Mengapa tak terfikir nak buat mcm tu dari dulu lagi? Ermm... termenung memikirkan kekhilafan diri sendiri. Buang perkataan ' KALAU '. Yaa...buang perkataan itu jauh2 dari kamus hidup. Sebabnya? Perkataan itu lebih menjurus pada ' negatif thinking '. Ia hanya perlu dlm situasi tertentu saja. Ya... itulah yg sebaik2 pilihan yg ada skrg nie.

Dengan teknik yg sedia ada dan menggunakan ilham yg muncul. Keputusan yg positif perlu dicapai. Cuma masalah modal. Ermm... Mungkin masa belum tiba utk bermula dgn modal yg besar. Modal yg kecik? Ermmm...

Apakah ilham tersebut? :sm9: :sm9:

NewInForex
10-04-2009, 09:21 AM
Teknik cuci otak.....

Ape masalah modal kecik??open la lot kecik...aku modal usd100, gatal nak open 8.0 lots..last2 karam...modal usd500,open lagik 8.0 lots, karam lagik...lasts2 terfikir gak,ape hal dengan aku ni, forex ni bukan skim cepat kaya....forex ni lubuk duit sebenarnyer...kenapa nak tamak sgt,berapa ramai orang trade forex??ade ke duit dalam biz ni habis??tak kan habis selagi kat dunia ni biz pakai matawang yg digunakan dalam forex ni...so wat la slow2...bukan sape cepat dia dapat banyak,sape lambat dia dapat sikit, nak takut pips habis di ambil orang lain ker??trade je slow2...yg penting profit...aku rela open lot 0.1 n take profit dari orang2 yg trade lot 5.0 or lebih besar dan akhirnye MC/SO...

Modal usd25 berapa lama boleh dapat usd50??3hari?seminggu?bia lambat asal selamat,walau seminggu pun,tu kan namanyer profit gak,untung gak....seminggu usd50, sebulan usd200,cukup la nak tambah2 belanja harian, ditambah lagi dengan gaji kerja tetap kalau ada,byk gak tu...syukur!!!

murahguru
10-05-2009, 12:16 PM
untuk saya, saya tak belajar kesemua teknik sekaligus kerana ini akan memeningkan kepala dan mengambil masa yang lama..sebab tu lah ramai orang dok kata nak belajar forex sampai terer ambil masa lama, sampai 3-4 tahun..betul ker selepas 3-4 tahun belajar semua teknik boleh jadi terer gila? JAWAPNYA TIDAK..

Masuk forum2 forex yang terkenal ( cth forex factory ), cuba intai tengok apa teknik2 yang otai2 mat salleh ni pakai..pastu study teknik tersebut.. otai2 ni selalu guna 2-3 teknik saja untuk analisis diorang..SEBAB APA? Ada orang yang nak tolong jawap tak?

learn2biz
10-05-2009, 01:18 PM

You'll get wiser when you have enough experience. Kenapa org kata 3 - 4 tahun ? cari dlm forum ni ... level of a trader ... kalau dia boleh complete semua level tak sampai 1 tahun .. dia memang superman/superhuman ... heuehuehuehuheue

Org yg trade bawah 3,4 atau 5 tahun biasanya belum kena lagi market volatility yg giler2 ... mereka akan rasa mereka ini dah bijak/hebat/terel/dsb .. satu masa, bila diaorg terkena dan terduduk .. baru ada akal .... owh, ada lagi yg belum tahu rupanya ....

The most important thing is .. you must understand the market and know thyself ... kalau dah trade 10 tahun sekalipun tapi masih blur dgn keadaan market, masih tak boleh kawal emosi ketika trade, masih tak boleh jaga MM ... tak ke mana akhirnya ...

In the end, each experience trader akan ada sistem beliau sendiri ... sistem yg beliau shj faham ... dan org yg belajar dari beliau boleh follow sistem beliau tapi tak semestinya boleh dapat 100% macam pemilik asal sistem tersebut.

One day, you'll find what I said above is true ....

Just my 2 pips.

Faredz73
10-05-2009, 01:31 PM

Terima kasih la sebab sudi singgah boss... heheee...

Apa yg dikatakan tu benar belaka. Banyak org yg fikir dia dah lama dlm Forex ni dia fikir dah terer. Tapi hakikatnya, masih lagi belum berada di mana2 level sekalipun. Ulasan selepas ni...

:sm9:

Faredz73
10-05-2009, 01:56 PM
Salam kembali...

Antara realiti dan hayalan. Ermm...apa realiti dlm Forex ni dan apa pula hayalannya? Soalan ni kena tanya diri kita sendiri. Dan pernah terjadi dlm sejarah sy 'memorex', walaupun masih baru, sy sendiri sejujurnya masih tergapai2 dlm erti kata sebenarnya. Makin lama dlm Forex ni, makin byk yg dipelajari.

Kalau nak tau, sy masih baru lagi dlm penggunaan Meta4 nie, spt yg sy sendiri pernah bagitau dulu. Tak silap baru je bermula dlm tahun nie. So, byk benda yg kena belajar balik semula. Tak apa lah kan...janji jgn jadi bodoh sombong dan memandai2. Sebab? Sendiri yg akan rugi...

Bro Hafiz pun sendiri tak bermentor belajar Forex, saya ni adalah gak org yg tolong tunjukkn. Tapi kalau nak kata belajar secara intensif/berbayar/berdepan...dn yg sewaktu dengannya...sy mmg tak adalah. Sebab, apa yg sy ada nie..hasil dari pengalaman sendiri di samping sy suka mencari kaedah yg sesuai dgn diri sendiri. Membaca apa saja yg berkaitan dgn Forex. Janji dpt ilmu. Tak penting di mana nak cari, yg penting...belajar dari pengalaman sendiri dan teman2 yg lain. Bagaimana nak mengolah situasi yg sering negatif kepada positif.

Sesiapa je boleh mengatakan dia hebat dlm Forex...termasuk juga sy sendiri dulu pernah bersikap mcm tu. Kenapa? Sebab yakin. Yakin yg keterlaluan yg mana akhirnya selalu memakan diri sendiri. Walaupun akhir2 ini, keyakinan itu agak goyah disebabkan masalah2 yg lain, tp jujur nya...masih boleh bertahan. Harapnya terus bertahan. Yakin sy sebab menggunakan teknik sendiri. Yang mana saya pratikkan bertahun. Cuma masalahnya...tak pandai menjaga MM masa tu. Mmg ada otai yg maklumkan ttg MM ni, tp seringkali diabaikan.

Bab MM ni teringat la masa bermodalkan 2k usd. Bukan meta4 tapi platform lain. Pair kesukaan, pair GJ ngan tf5/30. Satu hari tu pernah loss belah pagi dekat 800usd. Tp belah ptg dn malam dpt balik yg loss dan profit 200usd. Tu sebab yakin dgn teknik sendiri. Teruja dgn keyakinan tu...mula lah buat perangai. Apa lagi kalau bukan tamak... Bila tamak je...confirm rugi. Sebab mmg tak ber'MM'...tiada...zero...

Emosi ok, teknik ok tp MM hancur. Di manakah akaun tu berada? Jwpnya di longkang la... MC...dan MC... Tu la hasilnya. Sebab tak tau bab MM langsung. Now baru la faham apa makna MM tu...baca apa saja tajuk berkenaan MM...maka mengertilah. Baru la terfikir...andai dulu belajar betul2 apa itu MM , mungkin tak lah sesengkek sekarang ni.

3 perkara utama yg sy sendiri amik berat skrg nie.
a. Teknik
b. Emosi
c. MM ( Money Management )

Dan tgh belajar menerapkan yg ke 4 yakni - konsisten/ sentiasa konsisten...walau bukan 100%, memadailah...80 ke 90%.

' Hidup ini satu perjuangan dan perjuangan itu baru bermula '

:sm9:

NewInForex
10-05-2009, 04:09 PM
good luck bro...ku jadikan pengalaman bro sebagai pengajaran...

Faredz73
10-06-2009, 03:03 PM
good luck bro...ku jadikan pengalaman bro sebagai pengajaran...

Terima kasih bro... Sy ni masih baru lagi dlm Forex. Masa 4 tahun masih baru pada sy sebab baru lagi dlm penggunaan Meta4. Baru akhir2 ni je dpt menyesuaikan diri. Sebelum tu asyik nak rujuk chart lama je keja nye...hehehee...

Anyway, wish u gudluck bro and success always. Kira bro tahap mudah menerima ilmu sebab baru je 2 bulan. Mcm sy ni lembap sikit. Maklumlah, ketajaman pemahaman ttg pelajaran agak perlahan.

' Moga semua sahabat2 memperolehi kejayaan di dalam bidang Forex ni. ' Amin.

Faredz73
10-06-2009, 03:26 PM
https://i776.photobucket.com/albums/yy44/Faredz73/500realaccreportss2.gif

Faredz73
10-06-2009, 03:57 PM
Salam kembali pada yg sudi singgah sebentar di jurnal ini...

Rasanya dah cukup trade kat real akaun mlm ni. Esok-esok lah pulak yer... Cuma bantai kat demo je... tgh praktikkan lain2 teknik. Sebab rasanya2 lum dpt lagi yg sesuai dan masih mengkaji. Bukan apa, bab kaji mengkaji nie mmg dah jadi tabiat kot. Yng penting puas hati dgn apa saja yg dikaji terutamanya dgn teknik2 forex nie...

Dalam pada itu menyelak gak lain2 jurnal. Terbaca jurnal Cekli ... coretan dari Bro Hafiz... Ada pengajaran dari coretan beliau yg membuatkan sy sendiri terfikir. Mmg betul apa yg dikatakan oleh beliau. 100% saya setuju... ( mcm cinta 100% lak... )

Pernah kah kita terfikir bagaimana nak mendptkan profit yg konsisten dgn teknik kita sendiri? Yang kita faham? Yang kita mengerti? Pernahkan anda terfikir?

Sebabnya saya pernah dimaklumkan dan juga terbaca bab teknik nie. Cipta teknik yg kamu sendiri faham. Demikian kata2 yg bernas dari orang lama. Tak salah kita mencuba teknik org lain, sambil tu kita boleh adjust menurut kefahaman kita sendiri. Tak ada sapa yg marah pun.

Cuma bila dah tau teknik tu dan yakin, jagalah MM kita sendiri. Perkara yg saya mmg abaikan dulu. Juga emosi. Dan yg lebih penting, konsisten kan profit. Walau kecil tp konsisten. Tak perlu mengejar pips beratus atau beribu. Memadai dgn 5 pips tapi value pips tersebut tinggi. Tu yg ilham sy maksudkan sebelum ini. Hanya masuk market bila sy sendiri yakin post saya masuk tersebut betul. Walaupun tak semua tepat seperti yg kita jangkakan. Memadai kalau dari 5 post kita masuk, 3 untung dan 2 rugi. Kalau boleh kita pastikan semua untung/profit. Tapi mcm mana? Kunci nya terletak pada kita sendiri. Biar apa pun teknik yang kita gunakan, tp kunci kejayaan kita pada diri kita sendiri. Bukan pada org lain...

' Perjalanan masih jauh, ia baru bermula di sini... '

:sm9:

NewInForex
10-07-2009, 05:25 PM
TQ....jadikan pengajaran.....semoga sama kita berjaya nanti....harap acc micro saya ni boleh tandingi accstd awak tuh, sama2 cari strategy terbaik....!! anggap ini satu cabaran buat awak...saya akan selalu gak post daily ss kat thread saya, satu persaingan sihat....

:sm6:

Faredz73
10-08-2009, 05:36 PM

Ermm... Akaun sy bukan akaun strd bro. Just akaun micro cuma broker berbeza. Sebab tu ada lot 0.01 mcm tu. So, no worries...

' Biarkan ia berlalu...tiada yg perlu dikesalkan...'

:sm9:

Faredz73
10-08-2009, 06:11 PM
Kembali bersua di ruangan yg serba serbi tk berapa indah ini.

Yup...ia penuh dgn segala bentuk perasa. Baik indah mahupun buruk. Tiada yg perlu dibanggakan.

Ramai di kalangan kita menganggap...bahwa diri sendiri lebih bagus dari org lain di dalam bidang Forex nie. Jujur saja...sy sendiri pun menganggap begitu. Cuma bezanya pendekatan masing2 yg berbeza. Ada yg suka menonjol, ada yg suka bersikap silent trader. Tak kisah la di mana sekalipun janji dpt profit. Itu yg penting dlm Forex nie. Gunalah apa pun teknik yg kita yakin...dan pastikan keyakinan kita tak goyah. Supaya profit sentiasa masuk.

Ermm...duka cita..akaun 500usd tinggal 50% je. And at last, sy suruh [email protected] tu withdrawal kan semua sekali cuma tinggalkan bonus dan jumlah yg ganjil di dalam akaun tersebut. Saya akan bermula semula dgn akaun baru utk mendapatkan semula yg loss tersebut. Jadikan angka tu ke angka 500usd dlm jangka masa saya sendiri tk berani nak mengagak. Sebab tak nak lah dikatakn org berlagak. Nanti jadi riak. Bila riak akan bongkak. Bila bongkak, mata bengkak2 berjaga. Last2 jadilah sangkak...

Namun begitu, segala yg saya paparkan bukan utk mendapatkan simpati, tahniah dsbnya. Cuma sekadar berkongsi pengalaman seharian dlm Forex nie. Pada saya... ( pandangan diri sendiri ), setiap hari Forex ni adalah pembelajaran yg hidup dan nyata. Walaupun duduk dlm bidang Forex ni bertahun, namun masih tidak memadai utk menjadi seorang ' Profitable Trader '.

Saya tidak menganggap diri sendiri dah pandai dlm Forex, saya masih newbie dlm bidang nie. Tiada istilah sebulan dua belajar boleh berjaya. Sedangkan kat sekolah pun kita bermula dari Tadika baru naik Darjah/Tahun 1...dn begitu lah seterusnya. Walau kita dah berkerjaya sendiri, kita masih lagi belajar mengenal kehidupan ini hingga 'nyawa hilang di badan '. Itu prinsip saya.

Walaupun kita selalu tidak bersetuju dgn pandangan org lain, tp biarkan rasa tidak setuju itu dlm hati kita. Kerana kita sendiri yg tahu di mana kemampuan kita. Jgn paksa. Sesekali jgn paksa. Sebab...jwpn akhirnya...kecundang. Tiada maknanya pun kalau asyik kecundang.

Andai semua tngk SS yg sy paparkan...tak lari dari post yg -tive. Kerana sy masih belajar dan sentiasa akan belajar. Apa sy paparkan itulah realiti emosi sy sebenarnya. Sebab sy akui, saya tiada pendapatan lain. Tak seperti kebanyakkan org lain yg punya kerja tetap. At least masa depan dh terjamin. Memorex ni cuma sbg pendapatan sampingan. Malangnya saya bukan tergolong dlm golongan yg berkerja tetap seperti itu. Dan itu semua mempengaruhi gaya trading seseorang. Kalau tak percaya, cuba trade dlm keadaan tertekan. Anda lihat resultnya sendiri nanti bagaimana. Apatah lagi bagi mereka yg dah berkeluarga mcm saya nie. Dgn masalah dlm rumah, bil2 nak kena byr dn pelbagai lagi. Semua itu menjurus utk mempengaruhi gaya trading seseorang. Dan saya tidak terkecuali dari situasi tersebut. Jujur saja...

Bg yg boleh mengawal keadaan, result trading mereka berbeza. Emosi....mmm...mmg emosi kalau memorex nie... Lagi2 bila melihat -tive dlm result. Dan keadaan yg sama berulang-ulang. Ibarat roda. Roda org lain lmbt berputar..tp sy punya roda byk cepat wooo...sekali roda itu pusing...tergolek sakan... Kadang2 tak mampu bangun utk berberapa ketika. Itulah pahit manis bila kita bergantung pada Forex ni sepenuh masa tanpa ada sumber yg lain, yg mana tahap trading pun masih kelam kelibut kabut mabut... tak konsisten...mengakibatkan bantut... Ermmm... so... terima je la kan? Napa nak mengeluh? Sendiri yg meminta kan? Kan? Kan? Sendiri yg ingin menjadi trader sepenuh masa. Sendiri la kena terima walau apa pun keputusan.

Saya sendiri masih mencari dn belajar utk mengadaptasikan diri dn jiwa dlm Forex nie. Sebab saya rasa setiap hari saya ibarat org baru. Pasti ada saja yg saya perlu fahami. Tak berani nak kata dh pandai. Sebab...result akaun masih tak konsisten. Kadang naik...kadang turun...naik lmbt...turun cepat....cam pair dlm market lak rupa gayanya....

Yea... Itu lah realiti seorang pemorex yg tak bertauliah mcm saya nie. Jujur saja...saya akui ...as i said before... ' i'm not a profitable trader yet..but i will be the one...'

' Walau gugur jasad di rimba...kami tetap gagah setia...'

:malaysia-flag:

NewInForex
10-09-2009, 01:19 PM
bersemangat kata2 bro nih....sama la kita,saya pun baru loss juga....hehe....saya acc micro,depo usd25, skang tinggal usd1....cuba bangkit kembali nih...da jumpa sebab kesilapan tu berlaku???...kalau tak jumpa,cari sampai dapat!!....JOM SAMA2 KITA BANGKIT......!!! "dari kanan cepat jalan!!"

roceli08
10-09-2009, 02:17 PM

... kiri , kanan , kiri , ... , kiri , kanan , kiri .... ( jalan ke belakang atau ke depan bro ??

-------- ... tuan sarjana , ini templet bawang hijau yg dikehendaki ... saya send kat sini ajelah .. maaf masih tak tahu camna cara nak send guna pm ...

.. templet ni hasil kerjasama memerah otak dari bro HAFIZ , TUN PERAK & ZURIN ...
.. ADA APA2 MASALAH , KENA KAJI SENDIRI ..

Faredz73
10-09-2009, 02:28 PM

Terima kasih la sudi pas2 teknik bawang tuhh... Takpe, bab kaji menkaji nie mmg gemor... Maklumlah, semenjak dua menjak, abis semua nak kaji. Ni dok tgh mikir...

Kenapakah dinasour pupus? :sm9:

NewInForex
10-09-2009, 02:36 PM

mesti la ke depan bro....memang silap semalam,dia keatas saya ke bawah, nak patah balik da tak sempat,tunggu dia patah balik sampai nak mc...penangan GU semalam mengajar diriku...ada hikmah...

roceli08
10-09-2009, 02:41 PM
Terima kasih la sudi pas2 teknik bawang tuhh... Takpe, bab kaji menkaji nie mmg gemor... Maklumlah, semenjak dua menjak, abis semua nak kaji. Ni dok tgh mikir...

Kenapakah dinasour pupus? :sm9:

... masa tu , kat muka bumi ni ada banyak ultraman ...

mesti la ke depan bro....memang silap semalam,dia keatas saya ke bawah, nak patah balik da tak sempat,tunggu dia patah balik sampai nak mc...penangan GU semalam mengajar diriku...ada hikmah...

... tu baru GU bro , lum yg lain2 lagi ... mc tu biasa bro , kawe pung dah tak tahu berapa byk jumlah mc yg dah diterima .. huhuhuu

Faredz73
10-09-2009, 02:48 PM
... masa tu , kat muka bumi ni ada banyak ultraman ...

Kuang..kuangg...mmg betul jwpn tuan guru. Ultraman bertambah.. Dari Ultraman Gaia ke Ultraman Taro. Pastu Ultraman Tiga Bersaudara...emm...apa lagi daaa...

p/s: Sory tuan mods...saja je release tension. Penat dan letih. Sampai tersenguk2 depan laptop...

... tu baru GU bro , lum yg lain2 lagi ... mc tu biasa bro , kawe pung dah tak tahu berapa byk jumlah mc yg dah diterima .. huhuhuu

Mc...oh...Mc... lumrah dlm adat memorex nie. Baik demo mahupun real. Tah...apa tahap punya MC pun dah tk tau... Agak2nya...kalau level MC ni ada 12 Level...maybe saya duduk level tu kot...:sm22: :sm9:

Faredz73
10-09-2009, 02:52 PM
mesti la ke depan bro....memang silap semalam,dia keatas saya ke bawah, nak patah balik da tak sempat,tunggu dia patah balik sampai nak mc...penangan GU semalam mengajar diriku...ada hikmah...

Bab market ni mmg susah nak agak. Walau bermcm cara nak predict tp masih tidak perfect. So, cuma kena cari teknik jaga akaun je, agar akaun tk MC dn profit sentiasa. Yang penting profit...Jgn tk dpt profit dlm sehari tu mmg la sakit jiwa. Tu la yg selalu berlaku. Profit pun biarlah konsisten. Tp, selalunya tk konsisten utk profit tiap hari. Biasalah dlm Forex. Tapi kena cari jalan penyelesaian. Supaya menjadi profitable trader.

:sm9:

tunperak
10-09-2009, 03:00 PM
Mc...oh...Mc... lumrah dlm adat memorex nie. Baik demo mahupun real. Tah...apa tahap punya MC pun dah tk tau... Agak2nya...kalau level MC ni ada 12 Level...maybe saya duduk level tu kot...:sm22: :sm9:

:sm32: PEGALAMAN YG MAHAL TU BRO........TAK KISAH LAH YG MANIS .....YG PAHIT.....YG MASAM .......YG MASIN ATAU PON YG KELABU......HEHEHEHEHE

Faredz73
10-09-2009, 03:06 PM
Tersentak sejenak bila membuka jurnal Cekli. Terkesima dgn pemergian anak saudara beliau ( Zamri Bin Selamat ). Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh beliau dan semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang diredhaiNya.

Takziah dari saya dan keluarga. Al-Fatihah.

Faredz73
10-09-2009, 03:08 PM
:sm32: PEGALAMAN YG MAHAL TU BRO........TAK KISAH LAH YG MANIS .....YG PAHIT.....YG MASAM .......YG MASIN ATAU PON YG KELABU......HEHEHEHEHE

Tahap mahalnya pengalaman ni rasanya agak melampau bg sy bro. Mungkin pada org lain jumlahnya kecik je. Apapun, kena redha walaupun bukan MC yg kita minta dlm Forex nie.

p/s:

Teringat satu kisah seorang akak tu. Rugi dekat rm150k. Tapi beliau mampu amik balik kerugian tu hanya dlm masa sebulan. Dasat kan? Maknanya..beliau dah jumpa apa yg dicari dlm Forex ni.

tunperak
10-09-2009, 03:15 PM

:sm32: ITU LAH YG SAYA NAK KATA.......KALAU KAJI BALIK ....MESTI ADA RAHMAT DISETIAP DUGAAN YG KITA HADAPI..........WALAU SEBESAR MANA SEKALI PON......MANA TAHU DALAM MASA SEBULAN.....DUA BULAN....SETAHUN NANTI ....SAUDARA BOLIH JADI JUTAWAN DALAM BIDANG NIIIIIII......ALLAH MAHA MENGETAHUI......

NewInForex
10-09-2009, 03:15 PM
:sm32: PEGALAMAN YG MAHAL TU BRO........TAK KISAH LAH YG MANIS .....YG PAHIT.....YG MASAM .......YG MASIN ATAU PON YG KELABU......HEHEHEHEHE

pengalaman ku selalu berwarna hijau........tapi sesekali warna merah, yg merah ni la yg sakit, sebab sekali datang terus mc....

https://i927.photobucket.com/albums/ad117/pakanjang/pengalaman.jpg

Faredz73
10-09-2009, 03:22 PM
:sm32: ITU LAH YG SAYA NAK KATA.......KALAU KAJI BALIK ....MESTI ADA RAHMAT DISETIAP DUGAAN YG KITA HADAPI..........WALAU SEBESAR MANA SEKALI PON......MANA TAHU DALAM MASA SEBULAN.....DUA BULAN....SETAHUN NANTI ....SAUDARA BOLIH JADI JUTAWAN DALAM BIDANG NIIIIIII......ALLAH MAHA MENGETAHUI......

Betul tu bro. Mungkin weekend ni kena tngk balik perjalanan trade. Nak tngk balik teknik asal yg mmg boleh profit dgn penjagaan MM + emosi yg betul Asyik terganggu fikiran ni mmg memenatkn kalau memorex.

:sm9:

Faredz73
10-09-2009, 03:25 PM
pengalaman ku selalu berwarna hijau........tapi sesekali warna merah, yg merah ni la yg sakit, sebab sekali datang terus mc....

https://i927.photobucket.com/albums/ad117/pakanjang/pengalaman.jpg

Bro punya teknik rasanya dah ok. Takde masalah tu. Hijau mmg cantik. Tak selang seli mcm yg saya selalu ada. Tapi kalau boleh, hijau tu konsisten kan. Rasanya bro lagi mudah utk berjaya dlm Forex ni sebab kurang tekanan dari keadaan keliling. Insyallah, teknik dah ok, cuma nak kena tetapkan target berdasarkan teknik bro sendiri. Saya sendiri pun sedang berusaha ke arah itu.

:sm9:

tunperak
10-09-2009, 03:28 PM
pengalaman ku selalu berwarna hijau........tapi sesekali warna merah, yg merah ni la yg sakit, sebab sekali datang terus mc....

https://i927.photobucket.com/albums/ad117/pakanjang/pengalaman.jpg

:sm32: KALU KITA PERHATIKAN KAT SS TU......KENAPA YG MERAH DIBIARKAN BERTERUSAN SEHINGGA MERAH MENYALA...............DAN YG HIJAU PULA CEPAT2 DITUTUP POSITION TU...........
KITA MESTI ADIL UNTUK KEDUA-DUA ARAH............DARI SAYA YG NEWBALANCE

NewInForex
10-09-2009, 03:31 PM

silap dugaan....tgk TF kecik, ni la padahnye....lagi satu tak set SL....sabar je la....

p/s: hamba lagi newbie...

Faredz73
10-09-2009, 03:32 PM

Chart ni bacaan nya dari bawah ke atas. Maybe TT berharap agar trend beralih arah. Ikut pada post yg TT dah masuk agaknya. Mmmm...susah gak kalau membiarkan merah menyala. Biar loss sikit janji tk MC.

p/s: Pengalaman ngan 500usd minggu ni mengajar. Walau dh loss...taknak biar sampai MC. Bukan senang nk dpt modal.

Faredz73
10-09-2009, 03:35 PM
silap dugaan....tgk TF kecik, ni la padahnye....lagi satu tak set SL....sabar je la....

p/s: hamba lagi newbie...

Takpe bro. Kesilapan mmg akan terjadi. Tak akan lari dari kita selagi kita ni namanya manusia. Cuma kalau boleh kesilapan kita tu, kurangkan. SL dn TP mmg penting. Kena belajar guna walau perit kalau kena SL. Tapi tkpe, sekurangnya akaun selamat dn tak MC.

:sm9:

NewInForex
10-09-2009, 04:07 PM
Yes.....masih ada sabar, ada hikmah nyer, da dapat sesuatu dari kegagalan semalam....GU hari ni menjunam...FUH...

Faredz73
10-09-2009, 04:15 PM
Yes.....masih ada sabar, ada hikmah nyer, da dapat sesuatu dari kegagalan semalam....GU hari ni menjunam...FUH...

Yup..GU menjunam. Biasa la..ada turun ada naik. Ni yg tgh dok fikir nie. Mcm mana nak dpt kan arah yg betul. Masalahnya, mcm saya lebih kepada scalp. Tak sesuai lak ngan swing trade. Ermm...

:sm22: :sm9:

tunperak
10-09-2009, 04:24 PM

:sm32: YA LAH KESABARAN TU PENTING DALAM MEMOREX...........

https://img01.imagefra.me/img/img01/2/10/9/tunperak/f_120m_814dea7.gif (http://imagefra.me/)

Faredz73
10-09-2009, 04:29 PM
:sm32: YA LAH KESABARAN TU PENTING DALAM MEMOREX...........

https://img01.imagefra.me/img/img01/2/10/9/tunperak/f_120m_814dea7.gif (http://imagefra.me/)

Ermmm... penggunaan BB ni rasanya mcm bagus. Cuma saya masih tak yakin pada diri sendiri ( trauma lagi kot ). Kalau cecah titik garis atas biasa akan turun dn begitu gak sebaliknya. Trend akan sentiasa bergerak ke dlm lingkungan arah tersebut. Cuma nak yakin berapa pips nak makan. Betul tk Sifu? :sm22: :sm9:

Faredz73
10-09-2009, 04:32 PM

Indikator panah malam tu nampak best. Apakah gerangan panah tersebut wahai tuan hamba? ( kira nk mintak la nie...hehehee... )

:sm9:

tunperak
10-09-2009, 04:33 PM

:sm32: BETOL TUUU......YG PENTING JANGAN LAWAN ARUS.....UNTUK HARI NI KALU TENGOK RANGE BOLIH TURUN LAGI SIKIT TU.....TAPI DALAM POREX APA2 PON BOLIH JADI..........DARI NEWBALANCE........HEHEHEHE

P/S: BELUM TAHAP CIFU LAGI...

NewInForex
10-09-2009, 04:43 PM
Yup..GU menjunam. Biasa la..ada turun ada naik. Ni yg tgh dok fikir nie. Mcm mana nak dpt kan arah yg betul. Masalahnya, mcm saya lebih kepada scalp. Tak sesuai lak ngan swing trade. Ermm...

:sm22: :sm9:

nak kongsi ilmu....kalau scalp saya selalu guna color stoc je...pips hijau dengan nilai2 rendah yg dalam SS tu bukti nyer saya scalp...bila rasa tak yakin je terus close...janji jgn tamak kalau tak nak dapat MC (bukan Medical Checkup tau...)

tunperak
10-09-2009, 04:43 PM
Indikator panah malam tu nampak best. Apakah gerangan panah tersebut wahai tuan hamba? ( kira nk mintak la nie...hehehee... )

:sm9:

:sm32: TU BRO WHA PUNYA.......

AMBIL LAH........TERIMA KASIH PADA TUAN PUNYA..........

Faredz73
10-09-2009, 04:45 PM
:sm32: BETOL TUUU......YG PENTING JANGAN LAWAN ARUS.....UNTUK HARI NI KALU TENGOK RANGE BOLIH TURUN LAGI SIKIT TU.....TAPI DALAM POREX APA2 PON BOLIH JADI..........DARI NEWBALANCE........HEHEHEHE

P/S: BELUM TAHAP CIFU LAGI...

Masalahnya selalu tak yakin ngan BB yg ada. Asyik ragu2 je la bro. Penat lak rasanya. Kalau bro tngk dlm jurnal yg lagi satu tu..mmg tk stabil nak scalp berapa pips. Kejap buy kejap sell utk pair GU... Nasib baik last post ada cover profit sikit hari ni. Pastu trend continue lak sell.....huuuuhuuu... ( nyesal lak tutup awal @ tamak la nie...hehehe... )

:sm9:

NewInForex
10-09-2009, 04:53 PM
sedia OP bang oi....GU da terbenam...

tunperak
10-09-2009, 04:54 PM
Masalahnya selalu tak yakin ngan BB yg ada. Asyik ragu2 je la bro. Penat lak rasanya. Kalau bro tngk dlm jurnal yg lagi satu tu..mmg tk stabil nak scalp berapa pips. Kejap buy kejap sell utk pair GU... Nasib baik last post ada cover profit sikit hari ni. Pastu trend continue lak sell.....huuuuhuuu... ( nyesal lak tutup awal @ tamak la nie...hehehe... )

:sm9:

:sm32: .............yg paling selamat pastikan arus kemana dulu.....jgn sesekali melawan arus.......kalu bro ada masa jengok2 lah thread cekli..guru kita bro hafiz sentisa bersedia memberi tunjuk ajar kat sana.......jangan malu2 silakan silakan

Faredz73
10-09-2009, 05:21 PM
:sm32: TU BRO WHA PUNYA.......

AMBIL LAH........TERIMA KASIH PADA TUAN PUNYA..........

thnks bro... Nak test panah tu beracun ke tak ngan market....hehehee

sedia OP bang oi....GU da terbenam...

Dah tutup platform. Dah nak rilek...Penat seharian....Untung pun ciput..Modal kecik...hehehee

:sm9:

:sm32: .............yg paling selamat pastikan arus kemana dulu.....jgn sesekali melawan arus.......kalu bro ada masa jengok2 lah thread cekli..guru kita bro hafiz sentisa bersedia memberi tunjuk ajar kat sana.......jangan malu2 silakan silakan

Kadang2 tu suka sngt tk percaya ngan arus yg sedia ada. Asyik percaya ngan arus diri sendiri je. Huhuhu..nak kena betulkan semula sifat dan tingkahlaku dlm Forex market ni gamaknya...

:sm9:

nak kongsi ilmu....kalau scalp saya selalu guna color stoc je...pips hijau dengan nilai2 rendah yg dalam SS tu bukti nyer saya scalp...bila rasa tak yakin je terus close...janji jgn tamak kalau tak nak dapat MC (bukan Medical Checkup tau...)

Ermmm...menarik gak guna color stoc. Bagus gak. Guna yg asal ke yg dah modified punya bro?

:sm9:

NewInForex
10-10-2009, 04:38 AM
thnks bro... Nak test panah tu beracun ke tak ngan market....hehehee

Dah tutup platform. Dah nak rilek...Penat seharian....Untung pun ciput..Modal kecik...hehehee

:sm9:

Kadang2 tu suka sngt tk percaya ngan arus yg sedia ada. Asyik percaya ngan arus diri sendiri je. Huhuhu..nak kena betulkan semula sifat dan tingkahlaku dlm Forex market ni gamaknya...

:sm9:

Ermmm...menarik gak guna color stoc. Bagus gak. Guna yg asal ke yg dah modified punya bro?

:sm9:

saya guna yg asal punya jer, dia tunjuk oversold dan over bought,so senang kita nak tau arah trend, saya scalp guna timeframe kecik2...asal jangan tamak da la...dapat 5 atau 10 pip close je sbb kita tak tau trend tu sementara atau kekal untuk lama skit, so set TP tu penting,tak kira trend tu terus menjunam masa kita sell, or meroket masa kita buy, yg penting dapat taget kita terus close, lepas tu tgk trend balik dan open lagi....ni ilmu masa2 dulu2, skang tengah belajar ilmu yg lebih mantap lagi....hehe

Faredz73
10-10-2009, 05:35 AM

Biasanya ilmu masa awal2 mula dlm Forex ni selalu menjadi, sebab otak tgh fresh dan boleh berfikir cepat. Tp makin lama lain lak rasanya...seolah makin bengap adanya. Maybe nak kena amik cuti panjang dlm Forex nie. Rehatkan minda... Tak pun cuti terus je...huhuuu...:sm9:

Faredz73
10-10-2009, 06:16 AM
Sebenarnya idea nak menaip kat jurnal ni byk, cuma yg bernas tu rasanya kena simpan dulu. Perap lama-lama sikit bagi matang...

Newbie dan otai dlm Forum. Ada newbie dan ada otai Forum. Masing2 ada kelebihan tersendiri. Diakui bukan semua newbie forum nie takde ilmu memorex. Ada yg sengaja menyamar sebab nak tau pandangan rakan2 lain. Berbeza lak ngan otai...lebih advance dlm menyampaikan ilmu beliau. Berbeza ngan senior member dan member...yg ni duduk kelas pertengahan tp bukan semua lak duduk tgh2...saja je kurang berforum mungkin lebih pada silent trade.

Bab silent trade nie ...ramai yg wujud dikalangan kita. Diakui silent trader lebih profitable dari yg lain2 ( pada pendapat sayalah...org lain saya tak tau..masing2 ada pendapat sendiri). Mungkin juga beliau lebih senang mendengar dari berkata-kata. Bukan pulak beliau tak boleh meluahkan pendapat cuma sikapnya mmg semulajadi mcm tu.

Senyap dan kecoh ni bukan saja berlaku di sini tp di luar sana pun ia sama saja. Amik contoh, masa dlm army dulu ( regular ) , pasti ada di dalam Platun seorang dua yg jenis senyap. Sekali bersuara pasti yg lain2 senyap. Sebab suara beliau selalunya bernas dan tepat. Tapi ada jugak yg jenis kecoh ni mempunyai idea yg sama juga. Pendek kata, mcm2 la gaya yg ada.

Walau newbie atau otai atau senior atau junior...yg penting kita samalah saling membantu antara satu sama lain. ' Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat/kerjasama.' Tak dinafikan gak ada yg kedekut dlm bab2 nak share nie ( maaf kalau ada yg terasa... ), tu terpulang pd dia sendiri. Cuma yg penting dlm berforum ni, sama2lah berkongsi ilmu yg ada agar semua beroleh manfaat dan menambah apa-apa yg kurang. Tak rugi berkongsi dgn org lain. Lagi membawa berkat.

Moralnya:

' Berkongsi lah utk kebaikan bersama agar kita sentiasa mendapat dari perkongsian itu.'

:sm9:

NewInForex
10-10-2009, 07:11 AM
Biasanya ilmu masa awal2 mula dlm Forex ni selalu menjadi, sebab otak tgh fresh dan boleh berfikir cepat. Tp makin lama lain lak rasanya...seolah makin bengap adanya. Maybe nak kena amik cuti panjang dlm Forex nie. Rehatkan minda... Tak pun cuti terus je...huhuuu...:sm9:

hamba rasa pun begitu gak....sebab makin lama dalam forex,macam2 indi dan teknik baru kita jumpa, sampai ilmu lama kita lupa sbb nak try ilmu baru,last2 kantoi sebab tak faham teknik baru tu,berbalik la balik pada teknik lama yg bleh buat profit walaupun sedikit2....

Faredz73
10-10-2009, 07:21 AM

Senang kata lagi bagus kita guna semula teknik yg mmg serasi dgn kita dan yakin. Cumanya kalau teknik tu ada kekurangan kita baik pulih agar dpt menjadi terbaik utk diri kita sendiri. Sebagusnya kita ada teknik yg kita faham bahasa teknik tersebut dan lagi elok kalau dpt buat teknik sendiri dgn bahasa yg kita sendiri fahami. Tak gitu bro...??:sm9:

NewInForex
10-10-2009, 07:35 AM

iya btol...cuma teknik lama saya tu sikit2 profit,tu yg cuba beralih mencari teknik baru, last2 hampir MC....ni da balance usd1 baru nak guna teknik lama.,....haha...pengajarannyer jgn tamak jer...

Faredz73
10-10-2009, 03:20 PM
iya btol...cuma teknik lama saya tu sikit2 profit,tu yg cuba beralih mencari teknik baru, last2 hampir MC....ni da balance usd1 baru nak guna teknik lama.,....haha...pengajarannyer jgn tamak jer...

Biasalah bro. Tu mmg akan berlaku bila tamak, tk terkecuali sy gak. Ermm... Masih terasa kesukaran walau lama dah berkecimpung. Makin lama, makin byk lak yg perlu dimantapkan lagi. Takper la kan...janji masyuk...jgn asyik kuar je..Letih bro..letih...

:sm9:

Faredz73
10-10-2009, 03:41 PM
Ada masanya dan ada ketikanya kita akan letih dan ingin berehat sekejap. Tp kekadang tuntutan keperluan memaksa kita utk tidak berehat lama-lama. Byk perkara yg perlu di selesaikn. Terutama mereka yg terlibat secara FTT tanpa ada sumber-sumber lain terutamanya diri sendiri.

Tekanan merupakan salah satu cabang emosi yg perlu dihadapi. Baik rela atau pun tidak. Hari yg berlalu tetap berlalu. Tidak akan kembali. Begitu juga dgn post yg rugi. Rugi tetap rugi. Juga post yg untung. Tiada bezanya. Cuma yg membezakan ialah ada masa dan ada ketikanya kita berasa letih di dlm perjuangan. Seakan ingin berehat terus pun ada. Betul? Mungkin ada yg kata betul dan mungkin ada juga yg tidak. Tak kisah lah apa pendapat anda yg membaca nie. Cuma anda saja yg berhak utk menentukannya dn bukan saya.

Ada juga masa dan ada ketikanya, kita memberontak pd diri sendiri, andai kita melakukan kesilapan dan kesalahan. Terutama nya bila kita salah entry post. Begitu juga dgn saya sendiri...hingga saya terlupa satu je...Hedging...ngapa tak buat? Huhuhuuu...emosi yg mengawal segala hingga lupa... Jgn lupa....dn mudah lupa. Kena ingatkan diri sendiri.

Masih ada lagi yg perlu diperbaiki rasanya...tiada hari yg tiada masalah. Cuma perlu pandai menghadapinya...tetapi kadang2 kita seakan ingin lari dari segala masalah. Itu lah juga yg saya rasakan kadang2...

Sama Ada Saudara Betul Ataupun Salah, Itu Tidak Penting. Apa Yang Penting Adalah Berapa Keuntungan Yang Saudara Peroleh Apabila Saudara Betul Dan Berapa Banyak Kerugian Saudara Apabila Saudara Salah.-

George Soros, Salah Seorang Pelabur Di Dunia.

:sm9:

Faredz73
10-17-2009, 06:07 PM
Salam kembali pada teman-teman seperjuangan...

Maaf kerana lama tak menjengah di dalam jurnal sendiri nie. Byk masa yg dihabiskn utk trade live acc dlm masa yg sama sibuk di jurnal2 mereka yg lain-lain hingga yg ni terabai.

Tidak byk pengalaman yg hendak dikongsikan bersama. Minggu demi minggu yg berlalu...tiada sesuatu yg boleh dibanggakn. Sementelah lagi dgn trade yg tak konsisten.

Perkara-perkara yg remeh tp sering diabaikan di dalam trade ialah:

1. MM
2. Emosi/Perasaan/Jiwa

2 Perkara yg mudah dn seringkali kita lupa. Byk yg mengutamakan teknik tanpa memperdulikan 2 perkara tersebut. Termasuk la diri saya sendiri yg mana tidak terkecuali. Akibat dn natijahnya, seringkali akaun live gagal. Demo tetap ok. Terbalik kan?

Sebab amik mudah pada 2 perkara tersebut. Memetik kata-kata mereka yg pro di dlm bidang Forex nie...cuma 30% saja kejayaan mereka bergantung pada teknik/analisa...selebihnya pada kedua-dua perkara tersebut tadi. Kenapa pulak mcm tu?
Renung2kan lah...pasti jumpa jawapannya.

Pernah juga berbual di YM dgn seorang Raja Scalper. Tanya pandangan beliau ttg konsisten dlm trade. Jwpn beliau senang je. Dgn teknik yg betul ( mahir ), untukkan masa-masa yg sesuai utk buat OP dan MM yng betul..hasilnya profitable. Tak perlu nak mengadap komputer @ laptop berjam-jam lamanya. Tu je jwpnya... Mudah dn simple. Tapi mengapa pula kita yg asyik beradap depan PC/Laptop ni tidak semudah itu mendpt profit?

Kebanyakkan mereka yg pro dn profitable dlm trade ni mereka yg menjaga MM + Teknik ( Mahir ) + Emosi Stabil + Masa Singkat = BERJAYA.

Yup...itulah kesimpulan yg saya dpt sendiri dari pandangan dn sudut mereka yg telah berjaya dn sentiasa berjaya. Takde pulak mereka katakan, hari2 masuk market dan buat OP dn pastikan setiap OP tu semua sekali profit. Tanpa 1 Op loss. Takde... Tapi mengapa mereka berjaya walaupun ada Op mereka loss...? Sebab yg mudah.. MM mereka jaga. Tu je la jwpnya.

Moral di sini....

Jgn memaksa diri sendiri utk mempastikan setiap OP yg dibuat pasti profit tanpa loss. Cuma kurangkan loss lebih kan profit. Dgn syarat jaga MM kita dan kawal emosi semasa trading. Itu lah KUNCI kepada KEJAYAAN. Mudah? Anda dan saya sendiri yang bakal menentukannya...

amat_kayu
10-18-2009, 01:43 AM
Perkara-perkara yg remeh tp sering diabaikan di dalam trade ialah:

1. MM
2. Emosi/Perasaan/Jiwa

harap e-book nih boleh membantu sekira nya tuan Faredz belom ada.

Mental Fitness for traders. (http://www.megaupload.com/?d=61C97YID)

:sm53:

Faredz73
10-18-2009, 10:31 AM
harap e-book nih boleh membantu sekira nya tuan Faredz belom ada.

Mental Fitness for traders. (http://www.megaupload.com/?d=61C97YID)

:sm53:

Terima kasih atas ebook tu bro... Moga semua mendapat manfaat dari nya...

:sm9:

NewInForex
10-18-2009, 11:42 AM
:sm12: Cak! Cak!....hamba dengan segala hormat nyo mengajak tuan hambo masuk bertanding dalam contest kecil2an antara newbie.....mau ka??masok ajo, modal usd10 jo....sapo menang dio dapat BMW cik mat bagi, hambo tukang cariorang jo, hadiah cik mat sponsor....huahuahua....

roceli08
10-18-2009, 01:19 PM
Ada masanya dan ada ketikanya kita akan letih dan ingin berehat sekejap. Tp kekadang tuntutan keperluan memaksa kita utk tidak berehat lama-lama. Byk perkara yg perlu di selesaikn. Terutama mereka yg terlibat secara FTT tanpa ada sumber-sumber lain terutamanya diri sendiri.

Ada juga masa dan ada ketikanya, kita memberontak pd diri sendiri, andai kita melakukan kesilapan dan kesalahan. Terutama nya bila kita salah entry post. Begitu juga dgn saya sendiri...hingga saya terlupa satu je...Hedging...ngapa tak buat? Huhuhuuu...emosi yg mengawal segala hingga lupa... Jgn lupa....dn mudah lupa. Kena ingatkan diri sendiri.

Masih ada lagi yg perlu diperbaiki rasanya...tiada hari yg tiada masalah. Cuma perlu pandai menghadapinya...tetapi kadang2 kita seakan ingin lari dari segala masalah. Itu lah juga yg saya rasakan kadang2...

:

.. hedging pada sesetengah org byk membebankan .. tetapi ada masanya ia meringankan bagi yg tahu caranya ...

[B][I][FONT="Arial Narrow"][SIZE="4"][COLOR="SeaGreen"]Salam kembali pada teman-teman seperjuangan...

Perkara-perkara yg remeh tp sering diabaikan di dalam trade ialah:

1. MM
2. Emosi/Perasaan/Jiwa

2 Perkara yg mudah dn seringkali kita lupa. Byk yg mengutamakan teknik tanpa memperdulikan 2 perkara tersebut. Termasuk la diri saya sendiri yg mana tidak terkecuali. Akibat dn natijahnya, seringkali akaun live gagal. Demo tetap ok. Terbalik kan?

Pernah juga berbual di YM dgn seorang Raja Scalper. Tanya pandangan beliau ttg konsisten dlm trade. Jwpn beliau senang je. Dgn teknik yg betul ( mahir ), untukkan masa-masa yg sesuai utk buat OP dan MM yng betul..hasilnya profitable. Tak perlu nak mengadap komputer @ laptop berjam-jam lamanya. Tu je jwpnya... Mudah dn simple. Tapi mengapa pula kita yg asyik beradap depan PC/Laptop ni tidak semudah itu mendpt profit?

Kebanyakkan mereka yg pro dn profitable dlm trade ni mereka yg menjaga MM + Teknik ( Mahir ) + Emosi Stabil + Masa Singkat = BERJAYA.

Yup...itulah kesimpulan yg saya dpt sendiri dari pandangan dn sudut mereka yg telah berjaya dn sentiasa berjaya. Takde pulak mereka katakan, hari2 masuk market dan buat OP dn pastikan setiap OP tu semua sekali profit. Tanpa 1 Op loss. Takde... Tapi mengapa mereka berjaya walaupun ada Op mereka loss...? Sebab yg mudah.. MM mereka jaga. Tu je la jwpnya.

... sebagai seorg trader memang tidak pernah lekang dpd mengalami loss ... sebabnya .. .. memang lumrah camtu , bukan mudah menafsir market ... tetapi dari segi pandangan dan pengalaman , jika dalam sehari kita trade 10 kali dan 8 kali loss sementara 2 kali yg profit boleh mengatasi jumlah yg loss , masih dikira otai lagi ....

:sm12: Cak! Cak!....hamba dengan segala hormat nyo mengajak tuan hambo masuk bertanding dalam contest kecil2an antara newbie.....mau ka??masok ajo, modal usd10 jo....sapo menang dio dapat BMW cik mat bagi, hambo tukang cariorang jo, hadiah cik mat sponsor....huahuahua....

... org dah tak mau usah dipaksa2 bro .. :sm41:

Faredz73
10-18-2009, 01:36 PM
.. hedging pada sesetengah org byk membebankan .. tetapi ada masanya ia meringankan bagi yg tahu caranya ...

... sebagai seorg trader memang tidak pernah lekang dpd mengalami loss ... sebabnya .. .. memang lumrah camtu , bukan mudah menafsir market ... tetapi dari segi pandangan dan pengalaman , jika dalam sehari kita trade 10 kali dan 8 kali loss sementara 2 kali yg profit boleh mengatasi jumlah yg loss , masih dikira otai lagi ....

... org dah tak mau usah dipaksa2 bro .. :sm41:

Bukan tak sudi nak join, tak layak pun bro.. Sebab masih belajar teknik dan nak mahirkan. Takut yg dikendong berciciran...yg dikejar tak dpt....huhuhuu....:sm9:

amat_kayu
10-18-2009, 02:49 PM
:sm12: Cak! Cak!....hamba dengan segala hormat nyo mengajak tuan hambo masuk bertanding dalam contest kecil2an antara newbie.....mau ka??masok ajo, modal usd10 jo....sapo menang dio dapat BMW cik mat bagi, hambo tukang cariorang jo, hadiah cik mat sponsor....huahuahua....

hadiah nya gambar BMW,.... ekekeke

https://i937.photobucket.com/albums/ad216/Cubz_RoxOoX/Rosalie-s-BMW-M3-Convertable-twilig.jpg

roceli08
10-18-2009, 03:02 PM
hadiah nya gambar BMW,.... ekekeke

https://i937.photobucket.com/albums/ad216/Cubz_RoxOoX/Rosalie-s-BMW-M3-Convertable-twilig.jpg

... gambar BMW ?? wow bestnya ... boleh tampal kat bilik air ni ... pasti bro NIF setuju selain letak gambo ikan ...

p/s .. memang patut pun bro FAREDZ tak terkilan ... hehehehh ... maaf ya TT , gurau aje , cuma nak naikkan semangat para belia2 ita yg baru nak bangun ni ...

Faredz73
10-18-2009, 03:14 PM

Hehheee...tk kecik ati pun bro... Tak kisah. Lagipun takut nak contest ngan sapa2 sebab teknik tk mahir lagi. Bila mahir tu leh la gak nak join. Lagi satu MM masih terkucil. Sama gak ngan emosi. Tak nak dah bazirkan modal yg ada..walau cuma 15usd....huhuhuuuu...:sm42:

:sm9:

learn2biz
10-18-2009, 07:49 PM
L2b masih newbie nih .. buleh join tak ? tapi tak mo la gambor keta 'Banyak Makan Wang' ... tukar le jadi kupon KFC ke .. kupon ayamas ke ... buleh share makan ngan kengkawan kalo menang .. idak pun kupon shopping ke .... hueheuheueueu

jengkatech
10-19-2009, 12:04 AM
abes... byk suka dUka ye bro faredz...

cari keje dulu bro faredz.. tinggalkan dUnia fx ni..

Faredz73
10-19-2009, 05:22 PM
abes... byk suka dUka ye bro faredz...

cari keje dulu bro faredz.. tinggalkan dUnia fx ni..

Yup...dalam proses mencari keja skrg ni... Hajat hati nak mcm tu la. Nak tinggalkn Forex ni selamanya....wawawawaaaa....:sm9:

L2b masih newbie nih .. buleh join tak ? tapi tak mo la gambor keta 'Banyak Makan Wang' ... tukar le jadi kupon KFC ke .. kupon ayamas ke ... buleh share makan ngan kengkawan kalo menang .. idak pun kupon shopping ke .... hueheuheueueu

Kalau Kupon Parking nak tak boss? Hehehee..leh parking free... Mesti ramai yg nak taja hadiah... Err... FxMalay tak nak adakan contest utk akaun Micro ke? Rasanya lum ada lagi kot? Ke dah ada ehh??? :sm42:

:sm9:

p/s: Tak pun demo contest ke mcm ' diaorg' yg lain-lain tu....:sm42:

jengkatech
10-19-2009, 08:29 PM
Yup...dalam proses mencari keja skrg ni... Hajat hati nak mcm tu la. Nak tinggalkn Forex ni selamanya....wawawawaaaa....:sm9:

itu MM terbaik utk bro faredz wat masa ni :).

amat_kayu
10-20-2009, 03:05 PM
Yup...dalam proses mencari keja skrg ni... Hajat hati nak mcm tu la. Nak tinggalkn Forex ni selamanya....wawawawaaaa....:sm9:

rilek ler bro. carik keje yg permanent tu mesti kena carik sbb kalau takde keje dan buat FTT mmg agak pressure. SO bila dah pressure , emotional attachement dah ada masa buat trade. Banyak effect nya kalau ada emotional attachement.

Tapi tak bermakna kalau berkerja tak boleh memorex. Still ada option utk jadik swing trader. Bahkan jadik swing trader jauh lebih mudah dari scalping ( for me) dan lebih profitable dgn risk lebih rendah.

Tak perlu ngadap pc dan babysite chart. bukak chart hanya beberapa kali sehari atau seminggu. kalau dah takde keje sgt pun, pi ler menebas kat tepi rumah sbb kalau makin kerap bukak chart, makin kerap buat mistake.

My advise, jangan mengalah,... :sm52:

Faredz73
10-20-2009, 05:08 PM

Yup...setuju banget ngan bro....

" No Retret No Surrender..."

Live for something and die for nothing...your call babe.... :sm9:

Faredz73
10-20-2009, 05:44 PM
Bersua kembali

Erm... berbagai komen dan pendapat diluahkan oleh para sahabat. Alhamdulillah...saya terima seikhlasnya pandangan peribadi kalian semua. Walau muka tak bersua, wajah tk bertemu...lidah tk berkata-kata di hadapan...tp ikhlas kalian terpancar dari coretan demi coretan di jurnal yg serba serbi kekurangan ini.

Masa berlalu dan yg telah berlalu tetap akan berlalu... Tak dpt kita kejar kembali walaupun sebenarnya kita tetap ingin kembali ke masa lalu. Begitu juga dgn trade kita yg rugi/loss/mc/profit serta berbagai lagi.

Kesilapan sering berulang walau kita cuba memperbaiki...tk kira sekuat mana pun kita...namun kesilapan sentiasa ada menanti utk menakluki jiwa kita. Begitu juga dgn saya sendiri, yang mana...tidak pernah lari dari membuat kesilapan dan kesalahan yg serupa.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Begitulah perumpamaan org tua2...yg mana cukup sinonim dgn kehidupan seharian kita. Samalah juga di dalam kita bertrading/berniaga matawang ini. Risiko rugi tetap wujud dan zahir. Hari ini kita untung...esok kita rugi. Begitulah ia seringkali berulang-ulang. Bagaimana nak meminimakan kerugian yg kita alami? Jawapan yg amat klasik dan sering di dengar...ialah...jaga MM anda. Jaga MM anda. Yakni...jagalah Money Management kita sendiri.

Terbukti kebenaran pada ungkapan tersebut. Jgn menafikan... Biarlah secantik manapun teknik yg kita ada... sebaik mana pun teknik kita miliki... tanpa penjagaan yg betul di dalam MM ( Money Management )... ibarat ' Lagu yang tiada berirama '. Andai dipisah keduanya...tiada makna lagu tersebut. Begitulah juga antara ' Teknik dan Money Management '.

Jadi... apa yg perlu kita buat? Jagalah MM kita...pastikan MM kita betul dan tepat seperti kehendak kita sendiri berdasarkan kepakaran teknik kita dn disertai dgn kebijaksanaan akal emosi kita... maka akhirnya...kejayaan itu ...insyallah..di dalam gengaman.

" I will not retret or surrender until my last breath..."

" Pantang Undur Tetap Mara ... walau jasad gugur menyembah bumi "
:malaysia-flag:

kmbeng
10-21-2009, 12:47 AM
Yup...setuju banget ngan bro....

" No Retret No Surrender..."

Live for something and die for nothing...your call babe.... :sm9:

pergh no retret no surrender... ni lagu noctunal breed... abang faredz layan noctunal breed ka?? thasher nieee....:sm40:

Faredz73
10-24-2009, 07:30 PM
Salam pada rakan-rakan trader.

Agak lain sikit yer tajuk kali nie... Kecewa je bunyinya? Yer ke...? Tak. Cuma rasanya ingin menjadi silent trader. Maybe...

Kebelakangan ni, byk meluangkan masa utk mengkaji pelbagai teknik dan indikator serta sistem yg ada di forum ini dn di forum sebelah. Apa pun semua nya mmg bagus. Cuma ingin mencari yg terbaik antara yg terbaik ...dn mengikut pemahaman kita sendiri. Lagi mudah serta bagus kalau kita ada sistem yg konsisten. Tak perlu nak merayau ke sana ke mari. Betul tak? Tapi... masalahnya kita mudah tergoyah dgn sistem dan indikator yg byk di pasaran/forum. Mengapa? Mengapa tak setia pada yg satu? ( ermm... jwpn pd soalan ini dlm diri kita sendiri )

Macam yg diberitahu sebelum ni. Bukan mudah seperti dijangka. Tiada siapa dpt meramalkn keadaan pasaran Forex ni. Guna lah sebanyak mana indikator tp jujur saja... Pasti kita akan jumpa jawapan kecundang. Kenapa ya sering berlaku 95% gagal dlm Forex? Tau jwpn nya? Fikir la sendiri...

Sy pernah mengutarakn tentang arah yakni lebih pada yg terbaik utk mencari arah tujuan kita memasuki pasaran Forex. Berniaga matawang dlm erti kata sebenarnya. Dan bukan bermain Forex. ( bro Pukulan Maut punya ayat ni. ) Setuju atau tidak, kita kena fikir sendiri sama ada kita ingin berniaga atau bermain Forex. Sifat kedua-duanya adalah tidak sama. Jgn sesekali kita samakan kedua nya. Ibarat mencampurkn minyak dn air. Pasti takkan serasi. Natijahnya...kalau kita mengabaikan prinsip ini... Ermmm.... Fikir la sendiri...

Berkenaan dgn arah ni... fikirkan ke mana kita nak pergi hari ni. Apa jalan kita nak guna? Apa kenderaan kita nak naiki? Mcm mana kalau-kalau ada kemalangan? Apa perlu dibuat saat2 kritikal ( yg mana kita rasa tk mampu tangani ). Ini semua berkait rapat dgn tujuan cara memasuki pasaran Forex.

Masih tak faham lagi maksud saya ni? Kalau faham baguslah. Tak faham pun...buat-buatlah faham. Senang kata tiada yang mudah sebenarnya. Kalau mudah, maknanya dah ramai yang berjaya dlm bidang Forex. Yang gagal sebenarnya masih ramai...seperti tajuk di atas...bila gagal.... Lambaian Terakhir...

Faredz73
10-25-2009, 01:17 PM
Salam kembali...

Esok maka bermula episod baru dalam pasaran market. Adakah kita sudah bersedia utk menghadapi karenah turun naik pasaran? Itulah yg seringkali saya tanya pada diri sendiri. Kadang-kadang ada timbul rasa bosan. Sebabnya? Seolah-olah rezeki di dalam bidang Forex ni terlalu mahal. Masih tercari-cari di manakah level saya sendiri skrg ini.

Bukanlah pula bermakna kita kena mengaku kalah pada keadaaan. Tidak perlu rasanya. Tapi kadang-kadang kita sendiri tetap tewas keadaan. Sebabnya mudah. Kita hanya insan biasa. Tidak lari dari semua itu. Tidak akan dapat lari. Cuma bagaimana kita perlu mengawal keadaan semasa agar kita tidak sentiasa tewas. Itu lah yang saya sendiri cuba untuk terapkan di dalam diri. Berkali-kali mencuba. Walau kadang-kadangnya saya sendiri tewas tapi tidak salah untuk mencuba agar kita tidak selalu di dalam keadaan yg tewas. Tidak perlu takut untuk mencuba...kerana istilah orang-orang atau mereka yang berjaya ialah...mereka yang pernah gagal. Setiap kejayaan itu bermula dari kegagalan. Jangan takut pada kegagalan kerana kegagalan itulah antara punca awal pertama mula ke arah kejayaan. Beranikan diri dengan kegagalan.

Sekarang ini... saya sendiri sudah menemui apa yg saya cari. Cuma apa yg perlu ialah utk memastikan agar saya sentiasa stabil dlm penghasilan di bidang Forex. Ini adalah kerana saya perlu membuktikan bahawa bidang yang saya ceburi ini bukan sia-sia walaupun pembelajaran saya dlm mengecapi ilmu ini dgn harga yang agak mahal. Mungkin bg sesetengah orang ianya tak sebanyak mana tapi bagi saya ia jumlah yang byk dn dgn masa yg bukan sekejap. Bertahun menimba ilmu...bertahun mencuba...bertahun untung dan rugi silih berganti. Walaupun hakikatnya rugi lebih banyak dari untung....tapi yang pasti setiap sesuatu itu ada timbal balasnya. Rugi lawannya untung dan begitu juga sebaliknya.

Teruskan apa yg kita percaya kerana bukan orang lain yang dpt mengubah keadaan kita melainkan kita sendiri yg seharusnya mengubah. Jgn mudah kita berputus asa....kerana orang yg putus asa ialah orang yg tidak menikmati kehidupan dlm erti kata sebenarnya. Sesungguhnya...mereka yg berputus asa ialah orang yg tidak mensyukuri rahmatNya.

Emmm... Apapun setiap yg bermula pasti berakhir. Tidak perlu risau. Teruskan...
:sm9:

tetikus10
10-25-2009, 04:26 PM
Salam bro Faredz....

Jgn pernah kenal erti putus asa bro...teruskan perjuanganmu...setiap yg dimulakan harus diteruskan...saya menyokong dari belakang...

Carilah ilmu selagi kamu memerlukan kerana ilmu itu tiada batasan...

Salam GGH sume...:malaysia-flag: :sm9:

NewInForex
10-29-2009, 10:07 AM
lama menghilang bro...bertapa ker.....harap perolehi ilmu yg lebih baik dan berjaya menemui kejayaan....good luck

Faredz73
11-15-2009, 06:24 PM
Salam kepada semua rakan-rakan trader yg dihormati.

Terlebih dahulu, maaf kerana terlampau lama tak update jurnal nie. Ada sebab-sebab yang tertentu yg tak dpt nak dielakkan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya lama menghilangkan diri. Bukan kerana betapa atau pergi belayar ke mana...cuma sesekali teringin utk lari dari dunia maya nie.

Apapun, segalanya mungkin akan berubah selepas ini. Biarkan lah masa yg menentukan, di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung.

Buat masa ni, belum ada idea nak coretkan di sini. Masih dlm penelitian sama ada patut atau tidak segala pengalaman di dedahkan. Tengah memikirkan implikasi. Apapun tunggu la sambungan dlm jurnal nie selepas ini... Insyallah.

tetikus10
11-18-2009, 04:25 PM

Saya dan rakan2 tetap setia menanti bro.....:sm46:

NewInForex
11-19-2009, 05:39 AM
Salam kepada semua rakan-rakan trader yg dihormati.

Terlebih dahulu, maaf kerana terlampau lama tak update jurnal nie. Ada sebab-sebab yang tertentu yg tak dpt nak dielakkan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya lama menghilangkan diri. Bukan kerana betapa atau pergi belayar ke mana...cuma sesekali teringin utk lari dari dunia maya nie.

Apapun, segalanya mungkin akan berubah selepas ini. Biarkan lah masa yg menentukan, di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung.

Buat masa ni, belum ada idea nak coretkan di sini. Masih dlm penelitian sama ada patut atau tidak segala pengalaman di dedahkan. Tengah memikirkan implikasi. Apapun tunggu la sambungan dlm jurnal nie selepas ini... Insyallah.

ya bro...jgn berputus asa....takpe tak trade, asalkan lengkapkan ilmu dulu, biar lambat asal selamat bro....lengkapkan diri dengan senjata, persiapan mental dan fizikal sebelum berperang di arena forex nih.....good luck!!!

Faredz73
03-30-2010, 09:53 AM
Salam rakan-rakan Trader...

Agak lama juga menyepi dijurnal ini. Namun hari ni tergerak hati untuk mencoretkan secebis kisah kehidupan.

Mulanya, mmg berat untuk meninggalkan dunia Forex, tapi apakan daya... bila mana perjuangan selama ini masih belum menemui bentuk kejayaan yang boleh dibanggakan. Dalam masa yg sama, hanya tinggal kenangan buat masa ini.

Apa pun, andai nanti, aku bisa punya kemampuan kembali...insyallah...kan ku kembali lagi....

Rindu dalam syahdu...

salmi1278
10-01-2010, 06:19 PM
mana tuan tanah ni lama tak update jurnal ni...

agak syahdu juga bila sy membaca perjalanan hidup en faredz ni... banyak asam garamnya.. membuatkan diri ini berfikir sedalam-dalamnya hakikat akan dunia forex yang sebenarnya.. x semuanya yang indah itu manis, yang buruk itu pahit.,

secara peribadi sy baru je start memorex kembali selepas break setahun 2 bulan sejak july tahun lepas, selepas acc kena mc dan bb maxis tidak dapat dibayar(rm138 sebulan), agak mahal pada ketika itu... duit utk trading dlm acc mikro sudah lebur hampir +/- rm350.

ini minggu pertama start memorex, banyak keje n ulang kaji perlu dibuat. start praktis dgn satu indi yg dirasakan sesuai dgn diri sendiri dan juga mengkaji pair mana yg sesuai dgn jiwa ini.. perjalanan masih jauh utk diharungi. dengan berbekalkan semangat, yakin dan kepercayaan yang tinggi terhadap forex ini menjadikan saya kembali semula ke dunia forex ini.

disertakan ss statement acc sy utk direnungi bersama. for the 1st week trade, usd80 can make profit hamoir 70% dari modal. itu yang manisnya... tapi disebabkan tamak dan kurangnya ilmu, next week nya acc kena mc. masa ini layan swing coz busy dgn keje shift.. last2 dia pulak swing aku sampai terduduk...

dah berangan nak pakai kete sport n beli rumah banglo dgn hasil forex ini,tapi apakan daya... masih banyak lagi yang perlu dipelajari.....

sempena bulan syawal yang mulia ini aku bangkit kembali utk mencipta kehidupan yang lebih baik dgn forex ini. diharapkan perjuangan ini akan tercapai juga suatu hari nanti... amin...:sm32:

Faredz73
12-21-2010, 06:53 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera pada para sahabat dan rakan seperjuangan yang dikasihi.

Terlebih dahulu, izinkan saya menyusun sembah salam memohon ampun dan maaf kerana menghilangkan diri untuk jangka masa/waktu yang agak lama. Bukan kerana merajuk atau bertapa, cuma ingin merawat luka yang agak parah sebelum ini. Baik secara lahiriah dan batiniah.

Jadi, salam kembali pada para sahabat dan rakan yang dihormati. Dengan munculnya kembali warkah pertama ini, diharap kita akan sentiasa bersua di arena penulisan forum di dalam FX Malay ini secara berterusan dengan izinNya. Insyallah.

Sekiranya ada masa dan ketika, insyallah akan saya kembali bergiat di dalam forum kesayangan ramai ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada yang masih sudi menjenguk jurnal/thread saya ini.Sekian dulu buat masa ini, saya sudahi dengan wassalam dan selamat berjuang di arena Forex. Juga selamat menyambut Tahun Baru 2011 yang bakal tiba tidak lama lagi. Moga semua kita di forum ini, bakal memperolehi apa yang kita semua ingini. Insyallah.

salmi1278
12-24-2010, 01:29 PM
https://img88.imageshack.us/img88/4437/welcomeback.jpg (http://img88.imageshack.us/i/welcomeback.jpg/) Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)

Faredz73
04-26-2011, 06:35 AM
Salam sahabat semua,

Huhuuu... apa la, malang lak nasib ulang perkara yang sama. Mcm boring pun ada. Dah dekat 2 tahun stop... minggu lepas try masuk 100usd... wat profit dalm 3 hari 100usd gak...masuk hari Khamis... hilang terus...ngan modal2 lingkup... amek nah...

salmi1278
06-23-2011, 02:38 AM
as salam bro..

jangan cepat putus asa n cepat mengalah,
teruskan usaha...

dimana ada daya usaha n kemahuan,
pasti ada kejayaan..

jika anda berhenti mencuba n berusaha,
maka disitulah maksud gagal yg sebenarnya..

Kakarot
06-29-2011, 06:35 AM
Ade juga member yg senasib ngan aku.. cuma bezanya aku tak pernah stop trade walau pun byk kali MC.. hehehe... Belajar dari Kesilapan....

Faredz73
11-18-2011, 06:31 PM
Salam kembali...

Ku akan kembali lagi...

Thanks

Rizal
12-15-2018, 01:25 AM
jom meriahkan jurnal TT :)