PDA

View Full Version : Nak test trade guna Ilmu Nujum Pak Belalang



fxtraders
04-21-2009, 02:01 AM
Salam semua,

Saya belajar macam-macam ilmu nak trade forex, tapi ni yang terbaru bagi saya untuk trade disebabkan terlalu sibuk dgn tugas harian.

Trade ini menggunakan buy stop dan sell stop untuk OP Buy atau SELL dan kita letak SL dan TP sekali....biasanya saya letak TP=100 dan SL=30. Semalam dah untung sikit guna pair GBPUSD dan GBPJPY. Buat order sebelum pergi kerja pukul 5.00 pagi waktu Malaysia. Bila balik nanti tengok le bubu kita tu, kalau untung...rezekilah tu

Nanti saya letakkan ss di sini...tak sempat nak capture skrin lagi.

abgmoxs
04-21-2009, 11:51 AM
Salamm...

elok juga tu tuan letakkan SS supaya boleh juga kami cuba teknik nujum pak belalang ni..

moxs pon sebenarnya tak boleh tumpu sangat pada chart memandangkan waktu siang habisnya di opis .... mungkin teknik tuan ni dapat atasi masalah yang moxs hadapi selama ni ...

tq

kutu_loncat
04-22-2009, 03:33 AM
Salam semua,

Saya belajar macam-macam ilmu nak trade forex, tapi ni yang terbaru bagi saya untuk trade disebabkan terlalu sibuk dgn tugas harian.

Trade ini menggunakan buy stop dan sell stop untuk OP Buy atau SELL dan kita letak SL dan TP sekali....biasanya saya letak TP=100 dan SL=30. Semalam dah untung sikit guna pair GBPUSD dan GBPJPY. Buat order sebelum pergi kerja pukul 5.00 pagi waktu Malaysia. Bila balik nanti tengok le bubu kita tu, kalau untung...rezekilah tu

Nanti saya letakkan ss di sini...tak sempat nak capture skrin lagi.

ada gak terbaca kat forum indon diorg buat cam nih... pasang bubu subuh subuh... ok ke style cam nih?.. tapi rasa selalu klu dari subuh sampai ke kul 2 ptg (9.00 pagi waktu fxopen) price lembab sikit gerak sebab tak aktif, byk org tido lagi (area barat)

fxtraders
04-22-2009, 11:23 PM
Sibuk betul. ni baru ada masa naktunjuk ss pada 20 April. Saya guna GBPUSD dan GBPJPY. Analisanya Rugi $803.63 dan utnung $2,091.00. Untung bersih $1,287.37. Hoooray. Berjaya juga..nanti tengok pula 21 April apa jadi....

fxtraders
04-22-2009, 11:36 PM
Ni lah langgar pantang larang dari tok guru. Sepatutnya trade hari Isnin sahaja...tapi saja saya gatal tangan nak cuba hari selasa 21 April. Semuanya rugi....sebab apa rugi mungkin price yang dipasang dekat sangat dan juga mungkin market sideways.
Tapi apa-apa pun bila trade kena letak SL...tambah lagi kita tak monitor dia. SL tu sebagai penyelamat akaun kita.
Minggu depan cuba lagi, dengan variasi lain pula....Letak SL saja tanpa letak TP....let the profit run to maximum.

fxtraders
04-22-2009, 11:43 PM
ada gak terbaca kat forum indon diorg buat cam nih... pasang bubu subuh subuh... ok ke style cam nih?.. tapi rasa selalu klu dari subuh sampai ke kul 2 ptg (9.00 pagi waktu fxopen) price lembab sikit gerak sebab tak aktif, byk org tido lagi (area barat)
Kalau market lembab waktu Asia Open, kita boleh buat Buy stop dan sell stop sebelum London Open...Tapi saya tak boleh akses fxopen terminal kat ofis....Jadinya minggu depan saya cuba hantar order sebelum London Open, nak bawa mobile broadband ke office.
Kalau kita dapat monitor lagi bagus sebab bila price yang kita order dah HIT, maka kita ubah SL tu ke opening price dan guna trailing stop untuk ambil profit maksima, kalau market reverse, kita tak rugi apa-apa

fxtraders
06-11-2009, 05:03 AM
Salam semua,

Lama betul tak menulis kat sini, sebab pergi bertapa kat gunung ledang dan berguru untuk menambah ilmu trading forex. Rupanya banyak lagi nak kena belajar, banyak buku nak kena baca macam belajar ambil ijazah kat universiti dulu. Sekarang ni masih belajar Elliot Wave Principle...guna Elliot Wave untuk trading.

Oleh kerana ada orang hantar pm bertanya cara trade guna Buy Stop (BS) dan Sell Stop (SS) jadi saya cuba terangkan sedikit sebanyak ilmu yang saya pelajari.

1. Masa yang sesuai untuk buat order guna BS/SS ini ialah sebelum London Open dan Sebelum New York Open. Dan Hari yang sesuai...tak kiralah kalau nak cuba Isnin Hingga Jumaat, tapi hari yang selalu menguntungkan ialah hari Isnin dan Selasa. Hari Isnin biasanya saya buat order pukul 12.00 atau 1.00 tengah hari.

2.Untuk GBPUSD guna formula ini:

a. Buy Stop: harga semasa + 17pip
Contoh hari ini harga GBPUSD 1.6412 +0.0017 = 1.6429
Jadi buat Buy Stop pada harga 1.6429
SL= letak je 30, dan TP=100

b. Sell Stop: harga semasa - 13pip
Contoh: 1.6412 - 0.0013 = 1.6409
Jadi Sell Stop pada 1.6409
SL=30, TP=100

Lepas tu kena lah monitor akaun kita tak boleh biarkan begitu saja.

Selepas salah satu oder menjadi aktif, maka kita kena ubah SL ke break even, atau kalau dah untung 20 pip, kita letak SL=+10pip.
Satu lagi order yang tak aktif mestilah dibatalkan ( DELETE order)

Lepas tu boleh tutup komputer kalau sibuk, ikut nasib le lepastu...kalau kena SL kita untung 10pips, kalau kena TP maka untung 100 pip.

Atau selepas kita buka balik komputer dan position masih belum close, ikut suka hatilah nak close ke tidak....kalau dah untung 50 pip tu elok close aje, ambil aje untung depan mata...jangan tamak..

Yang penting lepas kita untung...mesti letak SL=break even atau +1 pip...supaya untung tidak bertukar jadi rugi.

id2login
06-15-2009, 07:32 AM
hmm.. teknik yang hampir serupa dgn apa yang sedang saya kaji dan masih dalam percubaan. Iaitu semua "entry dibuat pada waktu pagi apabila candle untuk hari baru bermula. Cara mencari price untuk sell stop dan buy stop menggunakan fibo, untuk take profit juga menggunakan fibo jd TP tak tentu ikut jarak fibo. Nilai pips dari SL ke buy stop atau sell stop boleh dijadikan trailing stop.

Project ni saya bagi nama ringkasannya "PMT" atau nama panjangnya Price Movement Trap.

Lebih kurang mcm pasang bubu jgk la.. so kalau tak keberatan boleh la cerita kita kongsi2 pengetahuan. :sm46:

Rizal
01-31-2020, 10:02 AM
jom aktif kembali dalam forex :smile34: