PDA

View Full Version : Jurnal Suka Hati-Rasheed Abdul Rahman



RasheedRahman
12-14-2008, 09:04 AM
Salam semua Trader2. Hmmm macam mana nak intro ni, Pernah dengar? Trading tak berlampu?

Macam tu lah setahun lalu saya Trade tak berlampu.
Setahun lalu saya kenal FX. Waktu tu paling hot (FM) Kuasa Forex dan Forex. Senang cerita saya tak kenal Forex secara mendalam, yang saya tahu Indicator KF dan Graf2 turun naik macam di hospital ICU. Waktu tu gelap gulita nya; jangan kata Pips, jangan kata lot, jangan kata leverage, itu semua saya tak kenal. hehehe...

Saya diterang ringkas Buy dan Sell je. Tapi sebab2 kecetekan ilmu, 50K habis satu malam je. Nasib baik Demo. Hahaha... Jadi tak sampai 2 minggu saya tutup buku lupakan FX dan anggap "ini kerja gila". Mana nak tahu bila mau turun, bila mau naik.

Tahun ni (September 2008) kerana di Cetuskan oleh si Supir,

saya mencari balik FX. Kali ini baru lah tahu ada Forum, ada web2, ada indi, ada fib dan segala jadah... InsyaAllah, Januari saya akan start trade real... (FXmalay)


{(Sebenarnya tujuan Jurnal ni adalah kerana saya selalau terasa meng"annoying" thead org lain sedangkan sebenarnya saya ni bukannya tahu sangat FX ni, jadi adanya Jurnal ni, sini lah tempat lepak (nota-nota suka hati)}

Feel free to join...

atoullah
12-15-2008, 12:57 AM
salam tuan tanah hehehe suke nye hati tuan ni

flizzoe
12-15-2008, 02:00 AM
hohoho.. dah buat journal..
aku nak tengok jugak apa yang kau letak neh..

p/s: jangan lupa reply email.. kalau tak bila nak abes belajar neh..

karkun
12-15-2008, 02:11 AM
selamat la tuan tanah, tahun baru dh dekat dh nie... ceq pun lebih kurang cam tuan tanah jugak. tahun depan baru nk betul2 serius dgn fx, tp still part-time je

granpa
12-15-2008, 03:47 AM
aku nak nak join juga...join forum ko...:D

gilos
12-15-2008, 03:50 AM
at least berani gak la bukak jurnal...gue tak berani lagi..all the best bro!!! :)

RasheedRahman
12-15-2008, 06:21 AM
Jemput masuk-jemput masuk,,,
Salam semua kawan-kawan,,,
Aloooh jangan lah macam tu, saya buat ni bukan apa2, kadang2 semua thread dah masuk (menyampuk) mungkin org pun dah boring saya tanya soalan pelik2 (baca nota malas) haha.

Jadi ini lah dia, Jurnal suka hati...

Dapat bonus hujung tahun ni nak test USD20 dulu...
(cepat2 siapa nak jadi Up Line!--- ada ke newbie buat mcm ni? hehehe,,, ada,,, saya la tu,,,,)

**Ciss Hong Leong online banking tak online banking hari ni...

cerminmataku
12-15-2008, 09:15 AM
allow bro rasheed...
bro ni orang gomen eh.. :) aku suka kalau ada ramai org gomen bertrading.. (saranan cuepacs pada anggota awam supaya cari pendapatan tambahan.)

semoga berjaya bro..

RasheedRahman
12-15-2008, 10:17 AM
Orang gamen, yang subsidi baja, subsidi benih, subsidi lembu tu lah bos saya...

...Hari ni trade macam gelombang, jumpa Kapt. Hapiz dapat advice sikit (baik jugak di ni selalu bagi free class)

boleh tak kalau thread macam ni,,,


Technical analisis
Fundimental
Ikut orang Analisis


Hahaha... macam mana lah nak tread real acc nih...

flizzoe
12-15-2008, 10:19 AM
Jemput masuk-jemput masuk,,,
Salam semua kawan-kawan,,,
Aloooh jangan lah macam tu, saya buat ni bukan apa2, kadang2 semua thread dah masuk (menyampuk) mungkin org pun dah boring saya tanya soalan pelik2 (baca nota malas) haha.

Jadi ini lah dia, Jurnal suka hati...

Dapat bonus hujung tahun ni nak test USD20 dulu...
(cepat2 siapa nak jadi Up Line!)

**Ciss Hong Leong online banking tak online banking hari ni...

hohoho.. takmo jadi downline aku ker..
$20 tu boleh jadi risky kalau silap MM..

apa-apahal contact aku..

p/s: internet aku slalu lagging/dc, kalau nak chat memang susah.. :(

BOYO-LEPER
12-15-2008, 07:56 PM
at least berani gak la bukak jurnal...gue tak berani lagi..all the best bro!!! :)

gue pun tak berani gak tapi gue suka baca journal selamat berjournal
Tuan tanah... he.. he.. :D

BOYO-LEPER
12-15-2008, 07:58 PM
selamat la tuan tanah, tahun baru dh dekat dh nie... ceq pun lebih kurang cam tuan tanah jugak. tahun depan baru nk betul2 serius dgn fx, tp still part-time je


gue pun cam tu gak still part-time je... :D

RasheedRahman
12-16-2008, 12:16 AM
Salam semua,
Kalau nak tulis berkenaan ilmu forex ni belum berapa lagi, tapi ini lah yang ada.

Sambung cerita,
Kerana dicetuskan oleh si Supir, maka saya tekad untuk cari jalan (singkat menuju ke syurga) income money selain kerja sekarang (kerja yang xada masa depan katanya) hahaha... Saya pun korek2 nota, korek2 ilmu MLM, korek Phone Book, terjumpalah member lama (sekarang dah SO) yang bergiat forex ni. Oleh kerana si dah SO, dan hanya dibekalkan babypips.com mula lah jouney saya.

waktu tu memang berapi-api gila. kalau nak baca laman blog ada kat sini...
http://forex3belas.blogspot.com/
tapi sekarang saya dah tak update. maleh, xada orang baca pun, hahaha,,, (kalau tulis kat sini lagi baguih) banyak kawan dapt komen dan beri pendapat di sini.

Langkah seterusnya selepas babypips.com dan blog saya pun mula mencari e-book dan guru. situlah saya mula terjumpa
forum FF.com.
kat situ memang banyak otai, pada mula memang tak masuk akal apa yang dorang2 ni bincangkan (ilmu nota dan praktikal kan lain). Dari situ perhatikan betul apa yang dorang bincang nih... ahh lantak lah (siapa lah saya ni, newbie sembreno) menyampuk je, kene layan tak kene layan yang penting join.
dari forum, disitu lah yang paaaaaaaaling banyak ilmu yang dapat dijumpa... ini pesanan la kenapa yang lebih2 newbie baru jumpa FX ni mende (hari ni) carik lah kawan2 di forum (bukan nota semata). Di FF jumpa lah dengan Taiko2 dari Malaysia, (memang betul lah, Malaysianisme dan malaysia boleh tu memang semarak di Forum Malaysia). Masa tu lah kenai Bro Sham (Taiko, otai, founder, dan juga jadi Admire masa tu dan ni) ni...


jap lagi edit (baja datang loooor...)

ps: siapa minat tanam mangga chokanan saya nak kongsi manual tanaman mangga; http://www.mediafire.com/?jm5xjxwungy dan http://www.mediafire.com/?ymrki4amiqd

Dr_cryonic
12-16-2008, 07:45 AM
OOO0000 tedah,,, apa cerita ya?
Salam tuan tanah,,, saya ni peminat Pair GU dan EU, ada komen apa2 tak mana dorang dua ni nak pegi malam ni?
GU mungkin bakal terus melompat naik, EU retrace dan terus naik lagi ke? Lain macam je EU ni?

***Thanks giving is coming, hazardous market!

BOYO-LEPER
12-25-2008, 02:22 PM
Mana Tuan Tanah ni lama tak dengar khabar berita.... sibuk dok petik
mangga cokanan ke...

Dr_cryonic
01-05-2009, 09:10 AM
Tuan tanah... semoga cepat sembuh. Bz dia ni. Almaklum lah, Bos. Sorry bos... bocor rahsia bos main Forex.

ForexWaveSoldier
02-19-2009, 06:07 PM
lama betul tak dengar berita dari tuan tanah.. sakit apa sebenarnye ni?? rasanya dah 3 bulan kot tak dengar berita.. kalau sakit saya doakan sempat sembuh