PDA

View Full Version : Senaraikan 5 perkara yang anda rasa patut anda tahu untuk trading :)



flizzoe
12-14-2008, 04:35 AM
Salam,

Aku nak tanya semua trader kat sini, apakah 5 perkara yang korang rasa korang patut tahu sebelum korang trade :)

gilos
12-15-2008, 03:34 AM
1. MM
2. candlestick and its patterns
3. indicator yg pelbagai utk tunjuk lain2 perkara bkn utk tunjuk perkara sama
4. tahu kawal sikap tamak dan takut...
5. dan yang paling penting...tahu yang forex ni bukan skim cepat kaya... :)

tu kalau aku la...bleh gak belajar dari org lain nih... :)

arialun
12-15-2008, 05:45 AM
1. konsep Leverage / swap / lot
2. Type of brokers - ECN, Market Maker, Bucket shop, etc.
3. Type of Trading platform use by broker
4. Fundemental(news) analysis& Technical analysis
5. MM

Belajar & ambil tahu dari basic, jangan 'terjah' terus ke trading..

halzu
12-15-2008, 06:34 AM
Bagi aku perkara basic la... bak kata org-org tua "Back to Basic"...:)

1. Tahu mcm mana guna komputer (terutama nak switch on/off)
2. Tahu mcm mana nak connect ke internet (samada streamyx atau 3G dll)
3. Tahu membaca serta faham apa yang dibaca.
4. Tahu menulis serta faham apa yang ditulis
5. Faham bahawa duit itu bernilai

Nampak mcm menggarutkan..??? Tapi itu lah hakikatnya... Back To Basic...;)

arialun
12-15-2008, 07:13 AM
Lagi satu.. ni aku nak quote apa Shamx777 cakap;

kena ajar apa beza 'main forex' dan 'trade forex'.

Yang paling senang adalah 'main forex'. Sebab just click buy/sell je.
Anak aku 5 tahun pun buat.:D

Dr_cryonic
12-16-2008, 07:23 AM
I think we should know when to start and when to stop... that is the most important!!! Above all indi-tenchni and fundi...

flizzoe
02-02-2009, 04:01 AM
nice replies..
ada sesiapa lagi nak tambah..
kalau kita compile benda-benda ni, pastu amek tahu..
rasanya boleh membantu dalam mendapatkan profit neh :D

Pepsifire
02-07-2009, 03:15 PM
nice replies..
ada sesiapa lagi nak tambah..
kalau kita compile benda-benda ni, pastu amek tahu..
rasanya boleh membantu dalam mendapatkan profit neh :D

Yup, aku pun sokong sume yg korang katakan tuh,
Mmg sebenaynya kita perlu tau bnde2 tu samada yg basic atau pn yg
advance. Barulah blh jd trader berjaya... :)

Hmm....kalau kau plak flizzoe, ape plak yg ko perlu tahu? ;)

ForexWaveSoldier
02-07-2009, 03:36 PM
1.DISIPLIN YOUR TRADING RULES
2.USE YOUR KNOWELEDGE
3.ENTER TRADE WITH COMFIDENT
4.TAKE PROFIT / STOP LOST.
5.SLEEP AND REPEAT IT NEXT DAY

END OF THE MONTH. u will happy

score_pips
02-07-2009, 06:33 PM
Pada pendapat aku la, yg perlu ada untuk menjadi seorg trader,
sesorg tu perlu tahu :-

1) Main Trend
2) Kawasan Sasaran (Target Area)
3) Bila nak Enter Post
4) Bila nak Close Post

tu je la.....kalau tak jwbnya MC memanjang lerrrrr....

flizzoe
02-08-2009, 01:55 AM
Yup, aku pun sokong sume yg korang katakan tuh,
Mmg sebenaynya kita perlu tau bnde2 tu samada yg basic atau pn yg
advance. Barulah blh jd trader berjaya... :)

Hmm....kalau kau plak flizzoe, ape plak yg ko perlu tahu? ;)

aku perlu tahu:

1. basic stuff - meta4, internet, terms, leverage
2. trading style - scalping, swing, etc
3. money and risk management
4. psychology trading
5. dan aku perlu tahu yang aku perlu belajar lagi :D :D

dan banyak lagi~~~

arul57
02-14-2009, 02:06 AM
nak tambah sikit, basic yg trader perlu ader

1. pengetahuan tentang internet, MT4, broker
2. trade utk short term ker long term
3. macam biasa MM kena jaga dan tahu kira
4. trade forex ni nak main2 ker atau nak serius
5. emosi kena kuat, jgn bila dah floating -ve jer dah gelabah

kena byk lagi membaca pasal forex ni

amerz
03-07-2009, 06:24 PM
1. Candlestick.
2. Support and Resistance.
3. MM and Risk and Reward.
4. Market Hours.
5. A lot of Discipline.

ichigo88
03-08-2009, 02:37 AM
untung(happy).....
&
rugi(benci)......
&
Cik margin
&
news
&
kene cool je mase trade ni.. ekekeke...

roceli08
03-08-2009, 03:25 AM
1.ILMU...dari teknikal/fundamental,basic, tipu muslihat ( kerja2 mat saleh dan pencipta news yg suka manipulasi).

2. EMOSI/KEYAKINAN...keadaan persekitaran yg tenang adalah bonus yg berganda.

3. MASA...tiada gangguan jadual.

4. KESIHATAN...baik..kebiasaanya para trader tidak cukup tidur ( termasuk sy.)
5. PUULUUS CUKUP !!!

PERINGATAN : Ketika dah enter trade jangan lupa persediaan untuk meletakkan TAKE PROFIT....(sorry, sy kurang guna STOP LOSS tapi sy ganti dengan BUY STOP/SELL STOP) KERANA kuatir masalah server/metatrader akan berlaku..... muka pun jadi biru. he.he..

learn2biz
03-09-2009, 04:17 AM
1. Duduk kerusi dgn selesa
2. Hidupkan komputer
3. Sambung internet
4. Buka terminal
5. Kutip pip lagi & lagi & lagi & lagi ........

ps: realitinya tak semudah itu .. heuhuehue

mawie
03-21-2009, 01:49 PM
25 Peraturan untuk Trade Secara Berdisiplin.
1#KEADAAN MARKET YANG MEMBAYAR ANDA UTK BERDISIPLIN.Trade secara berdisiplin poket makin berisi,kurang rugi.. Keadaan market sendiri yang mengajar anda utk berdisiplin.. Anda berdisiplin anda mendapat duit yang MAHAL nilainya, anda tidak berdisiplin anda terpaksa MEMBAYAR dengan HARGA YG MAHAL..


2# BE DISCIPLINED EVERY DAY, IN EVERY TRADE, AND THE MARKET WILL REWARD YOU. BUT DON’T CLAIM TO BE DISCIPLINED IF YOU ARE NOT 100 PERCENT OF THE TIME.
Untuk BERDISIPLIN di dalam Forex adah perkara yang AMAT PENTING!!! Jgn sekali-kali anda katakan anda Berdisiplin dalam 9/10 trade.. krn 1 trade anda tidak Berdisiplin boleh BLOW trade anda yang 9... Discipline must be practiced on every trade,everytime, everyday...

3# MULAKAN ENTER DGN SIZE TRADE YANG KECIL DULU.
Semua traders yang bagus akan ikut rules.. Mulakan dgn satu lot.. lihat pergerakan market.. sekiranya anda dlm trade yang betul baru tingkatkan lot anda... yang penting pastikan TREND dulu.. Jgn tambah lot baru atau enter trade baru bila anda ada 2 trade yang loss dalam trading.. Lihat dulu pergerakannya... Tunggu floating untung dulu baru tambah trade... Jgn risiko akaun anda... Lagi byk anda buka posisi semasa ada trade anda yang loss anda makin berisiko untuk rugi... Pastikan margin yang anda buka tidak lebih dari 20 – 30 % daripada akaun anda.


4# TRADE YANG UNTUNG JGN BERTUKAR RUGI.


KETAMAKKAN memain peranan di sini... Bermain Forex.. Ingatlah pesan org tua-tua .. TAMAK SELALU RUGI... Bersederhanalah... Forex sentiasa ada 24 jam sehari.. Katakan anda sudah trade dalam Trend yang betul.. anda sudah untung 70 pips... Target Profit 100 pips, anda 70-90% sudah tercapai... anda lihat sekarang market mula berlawanan anda.. Anda berharap , market akan bergerak semula dalam trend yang anda mahu. Target anda belum tercapai.. So.. anda tidak close... Kemudian dalam beberapa minit trade anda bertukar negative semula... Sebenarnya anda rugi.. buang pips dan buang masa..Untung dah depan mata.. Take Profit dulu... Bila Trend kembali semula dalam Trend sebelumnya anda boleh enter trade sekali lagi.. Sekurang-kurangnya anda tahu price akan cuba break harga tadi.. Anda dah buat 2 trade drp menunggu trade anda menjadi untung semula.. Keadaan ini boleh mengganggu kesabaran dan emosi anda..
Anda menjadi kurang sabar bila menunggu dalam trade yang rugi.. Bila sahaja anda dah untung dalam 10- 15 pips anda dah close krn risau anda akan rugi lagi sedangkan anda boleh profit 70 pips tadi.. Melainkan anda tidak berada di depan computer... Tetapi jgn sekali-kali trade tanpa meletakkan STOPLOSS. Meletakkan STOPLOSS lebih PENTING daripada TARGET PROFIT!
Meletakkan STOPLOSS adalah satu teknik.. Ketahui tekniknya... Kalau tak STOPLOSS anda yang akan HIT dulu daripada Target Profit anda..

Satu cerita ok.. kisah benar.. krn 10 pips tak tercapai seperti target profit walaupun masa tu dah untung tapi tak close.. overconfident.. tiba- tiba market berlawanan.. untung jadi rugi..
Setkan stoploss.. lihat mcm nak hit stoploss.. adjust stoploss.. market masih lawan lagi..
Last-last.. padam stoploss.. berharap market kembali dalam trend.. jantung berdebar kuat.. apa nak buat.. rugi dah lebih drp yang anda untung tadi.. market macam main-main.. kejap turun.. kejap naik.. jantung anda pun macam tu.. margin dah tinggal sikit... mcm nak dipanggil Datin Marginah je.. Mengadap computer berjam-jam.. masuk 2 hari.. nak tidor tak boleh tidor walaupun ngantuk.. nak tutup computer pun risau.. makan pun ala kadar.. anak-anak bising pun kena marah.. pergi kerja hati ingat forex.. dah berhari tunggu.. Alhamdulillah trend dah kembali pada trend anda.. untung je 15 pips market dah main-main balik.. dah mula risau.. kalau tak close nanti rugi lagi... sementara buat decision dapat close 5 pips..
Memang dapat.. tapi berbaloikah dgn masa menunggu berjam-jam, tidur tak cukup, bil elektrik, makan terabai,anak bini kena marah,nak buat kerja tak boleh concentrate.. Semua tu lebih mahal dari 5 pips. Lebih MAHAL lagi ia telah mengajar anda utk DISIPLIN...
Tu ok lagi.. kalau dipanggil Datin Marginah... meraung..
Lagi sakit ati lepas je close position market pergi dalam trend anda tadi dan pergi sampai 100-200 pips...

Itulah saya dulu bila tak cukup ilmu dalam FOREX...

mawie
03-21-2009, 01:51 PM
5# YOUR BIGGEST LOSER CAN’T EXCEED YOUR BIGGEST WINNER.

Simpan satu buku log bagi setiap trade yang anda buat. Katakan setakat ini anda dah buat untung 200 pips drp 10 trade. Trade anda yang paling byk ialah sebyk 50 pips sekali trade. So.. kalau ada trade anda yang rugi selepas ini jangan biarkan ia melebihi 50 pips.. Ini adalah contoh.. ia bergantung kpd pair yang anda trade.. ada pair yang pergerakkannya terlampau Volatile spt GBP/JPY, trade floating 50 pips yang rugi adalah biasa.. tetapi pastikan juga anda buat untung 100 – 200 pips.

6# PASTIKAN ANDA TRADE DENGAN METHODOLOGY DAN TETAP SERTA KONSISTEN. JANGAN UBAH METHODOLOGY ANDA DARI SEHARI KE SEHARI .

Pastikan anda ada satu sistem untuk trade. Pilih satu system yang anda rasa terbaik untuk anda trade. Tidak semua system dapat diguna pakai untuk pair dan Time Frame yang berbeza.. Ketahui kelebihan system anda. Setkan rulesnya. Trade berdasarkan rules. Disiplin dgn rules. Yakin dgn rules anda. Sekiranya tidak yakin lebih baik anda tidak pakai system yang anda buat.

Contoh :

Anda namakan system ini EFB

Setting EFB
• E- EMA 21, EMA 50, EMA 100, EMA 200 & EMA 365
• F- Fibo retracement & Fibo pivot
• B- Bollingerbands & Bbands Stop
• TF : DAILY untuk Entry ( Seiring dgn Trend Weekly & Monthly )


ENTRY• Sistem ini Entry pada TF Daily selepas bar pertama (Qualified Bar)
• Entry pada Open Price bar yang Ke 2
• Sekiranya BUY, Pastikan open price bar yang ke 2 lebih tinggi daripada close bar yang pertama, sekiranya lebih rendah lihat pergerakan market dulu dan enter bila Trend Up semula/warna candlestick berubah utk UP
• Sekiranya SELL, Pastikan open price bar yang ke 2 lebih rendah daripada close bar yang pertama, sekiranya lebih tinggi, lihat pergerakan market dulu dan enter bila Trend Down semula/warna candlestick berubah untuk DOWN

Qualification Signal BUY
• Bbands Stop Titik pertama muncul ( Biru )
• Price Open/Close atas dari lineEMA 21, EMA 50 & EMA 100
• Price Open/Close atas dari lower / midlle Bollingerbands
• Sekiranya berlaku retracement, Price Open/Close atas dari line Fibo pd % tertentu, Price tidak di bawah line EMA 365 pada TF Daily
• Price masih di atas dari line EMA 50 & EMA 100 pada TF Weekly & Monthly

Qualification Signal SELL: viceversa


STOPLOSS
• Setkan StopLoss pada lowest(BUY)/highest(SELL) Price bar yang ke 5 sebelum Bar Entry
• Peruntukkan 5 -10 minit sehari semasa market close/open utk adjust SL secara manual kpd 5 bar sebelumnya

EXIT

• Bila Target Profit Tercapai at least Risk:Reward , 1:1, Risk berdasarkan STOPLOSS pada permulaan Enter Trade
• Bila Hit STOPLOSS

Katakan ini adalah system dan methodology anda untuk Trade, jadi setiap kali anda Trade, ikutlah peraturan yang telah anda set.
Bila anda stick dengan satu system yang anda boleh buat profit, INSYALLAH peluang untuk anda Berjaya lebih tinggi. Utk betul-betul ikut rules anda MESTI BERDISIPLIN...
Anda boleh buat rules dgn system yang anda pakai...

7# KENALI DIRI,JADILAH DIRI ANDA SENDIRI... DON’T TRY TO BE SOMEONE ELSE

Cara seseorang membuat Trade berbeza-beza..
Ada system dan strategi yang berbeza-beza..
Ada Traders yang sekali trade dgn 10 – 20 lots... Ada yang 5- 10 lots..
Ada yang pakai TF Daily, TF H4, TF 5Min dan sebagainya..

Anda tahu zon selesa anda.. Anda mungkin Traders baru yang margin anda USD 300 utk akaun Mini..
so anda lebih selesa Trade secara scalping menggunakan TF 5 Min, sekali enter dgn satu lot... Target Profit anda dalam range 10 – 20 pips sekali trade.. Anda normally trade sebyk 10 trade dalam sehari.. so tetaplah dgn cara anda...

Jgn jadi org lain.. mungkin ada member anda sekali trade dgn 3 -4 lot dgn margin yang sama... tetapi anda tahu anda mungkin tidak berani ambil risiko itu.. so jgn ikut... ada yang simpan berhari-hari utk sampai target profit.. tetapi anda resah walaupun satu hari... jadi anda tahu had dan kemampuan anda...

Buatlah satu system dan methodology seiring dgn diri anda... INSYALLAH anda akan menjadi Traders yang BERJAYA...

8# ANDA MASIH ADA PELUANG UTK TRADE ESOK HARI.

Jangan letakkan akaun anda dalam risiko yang besar di mana sekiranya trade anda loss pada hari ini, Pastikan margin yang ada dalam akaun anda, anda masih berpeluang untuk enter trade pada esok hari..

Katakan akaun anda yang ada pada hari ini USD 300, akaun MINI, anda tidak boleh loss lebih dari USD 100.. kerana dengan margin USD 200, anda masih berpeluang utk trade pada esok hari..

Sekiranya anda rugi hari ni dengan margin yang sudah tinggal sedikit dan peluang margin call tinggi, anda perlu tutup computer restkan diri, lupakan sementara tentang Forex.. bila anda dah tenang fikir balik kenapa anda loss... adakah anda dah stick dgn rules... kenalpasti trend... Fundemental analisis.. Teknikal analisis.. dan sebagainya..

Utk membantu anda fikir dan kaji.. Gunakan cara 5W & 1H..

W- What..
W- When
W- Where
W- Who
W- Which
H- How

Esok anda kembali lagi dengan trade yang baru...
JANGAN SEKALI-KALI ANDA CUBA COVER BALIK APA YANG TELAH ANDA RUGI SEMALAM.. TRADE BERDASARKAN MARKET PADA HARI INI.. HARI SEMALAM TELAH MENJADI SEJARAH

Katakan semalam anda rugi 100 pips... Berdasarkan TP dari perkiraan system yang anda pakai anda boleh capai dalam area 50 – 60 pips. Jadi letaklah target 80% dari itu.. kerana anda tidak dapat kejar semua pips.. Ambil kira masa yang anda ambil untuk entry, spread...

Anda jgn letak TP 100 krn nak cover yang loss semalam atau doublekan lot krn akaun anda tidak mampu..

FOREX SENTIASA ADA 24 JAM SEHARI...

9# PASTIKAN TRADE ANDA BETUL, ANDA BERHAK UTK TAMBAH LOT.

Ramai yang beranggapan dengan ada margin USD 2000, akaun mini anda boleh buka posisi 10 trade, gunakan size lot yang besar spt 3 lots, 5 lots dan sebagainya.. Ini anggapan yang salah.. Walaupun margin anda mampu, pastikan dulu trade yang ada dalam posisi yang betul, bila anda yakin trade yang betul baru anda boleh tambah lot

Sebagai kayu pengukur anda sudah boleh bermain dgn lot yang byk setelah anda membuat 15 – 20 trade yang untung berturut-turut.

10# BERANI UTK KELUAR/EXIT BILA RUGI.

Jgn rasa rugi kalau anda close position yang rugi.. Anda adalah indicator yang terbaik dalam Forex..
Ada satu perasaan yang beritahu anda samada trade yang anda buat itu betul atau salah... Sekiranya anda merasakan market melawan anda sebaiknya anda close position seawal mungkin walaupun margin anda mampu.

Sekiranya dibiarkan mungkin loss semakin byk.


11# THE FIRST LOSS IS THE BEST LOSS.

Once you come to the realization that your trade is no good it.s best to exit immediately.



12# DON’T HOPE AND PRAY. IF YOU DO, YOU WILL LOSE.

Jangan berharap dan berdoa yang market akan kembali semula kpd Trend anda sekiranya anda tahu market melawan anda.. Ia hanya mampu memberi anda harapan palsu..
Kebaikannya anda semakin ingat ALLAH..

13# DON’T WORRY ABOUT NEWS. IT’S HISTORY.

Dalam Forexs waktu NEWS memang patut anda tahu bila masa dikeluarkan. Tetapi anda tidak perlu menunggu sehingga waktu NEWS dikeluarkan baru untuk enter Trade.. Laporan NEWS yang dikeluarkan sudah terlalu lambat bila sampai dipengetahuan anda. Big & Profesionals Traders telah pun membuat tindakannya. Anda tidak perlu menghabiskan masa untuk membaca NEWS atau report secara details, cukup untuk memberi petunjuk kemungkinan pasaran akan naik atau turun. Ketahui masa NEWS sesuatu currency dan lihat pergerakan market semasa NEWS atau 2 – 1 jam sebelum bukannya selepas NEWS.. Sekiranya selepas NEWS anda terlepas movement yang besar dalam market.
Do not trade off of the reporting. It.s too late.



14# JANGAN JADI SPEKULATOR, JADI SEORANG TRADER.

Don.t be a speculator. Be a trader. Short-term scalping of the markets is the answer. The probability of a winning day or week is greatly increased if you trade short term: small winners and even smaller losses.

Maksudnya kat sini anda jangan jadi speculator yang membuat analisis harga akan naik sampai level-level tertentu dalam jangka masa yang lama. Paling lama pun seminggu.. Kalau lebih dari itu terlampau banyak naik turun harga.. Lebih baik anda close apabila anda dah untung pada certain level. Trade semula mengikut pergerakan market semasa..


15# LOVE TO LOSE MONEY.

What I mean is to accept the fact that you are going to have losing trades throughout the trading session. Get out of your losers quickly. Love to get out of your losers quickly. It will save you a lot of trading capital and will make you a much better trader.

[COLOR="Blue"][B]

mawie
03-21-2009, 01:52 PM
16# KALAU TRADE TAK KE MANA DALAM TIMEFRAME YANG DIBERI , IT’S
TIME TO EXIT.

Secara amnya oversupply dalam BUY akan membuatkan market bergerak ke atas dan oversupply dalam SELL , market akan DOWN . It is trading capital that pushes a market one way or another..

Bila anda sudah enter TRADE dan dalam jangka masa tertentu anda lihat pergerakan market naik dan turun lebih kurang sama, lebih baik anda keluar dulu..Ambil apa yang untung atau cut your loss.

You don.t want to be in the market at these times. The market is not going anywhere. It is a waste of time, capital and emotional energy. It.s much better to wait for the market to heat up a little and then place your trade.


17# NEVER TAKE A BIG LOSS. ONLY A BIG LOSS CAN HURT YOU.

Tolong review rules #5, #8, #10, #11 and #15. Sekiranya anda follow anda tidak akan lupa yang ni..

Bayangkan anda dah bersusah payah mengumpul Trade yang untung sebanyak 100 pips dalam 10 kali trade. Puratanya 10 pips per trade. Tetapi bila terkena loss, sekali loss 120 pips.

Meletakkan STOPLOSS adalah satu skill. Lebih baik anda tidak trade sekiranya SL anda -50 pips untuk capai Target Profit 15 pips.. Sekali terkena SL, tak dapat cover 3 trade anda yang untung.

Kalau anda lihat kebanyakkan yang pakai EA guna system ini.. Fikirkanlah...

“ They wipe out too many small winners that you have worked so hard to achieve. Big losses also kill you from a psychological and emotional standpoint. It takes a long time to get your confidence back after taking a big loss on a trade.”



18# SEDIKIT DEMI SEDIKIT... LAMA-LAMA JADI BUKIT.

Ramai org beranggapan melakukan Forex cepat kaya.. Membuatkan anda set target yang tinggi untuk membuat Trade dalam satu-satu hari. Setkan limit... masa yang anda akan peruntukkan utk Forex. Setkan berapa Pips utk dapat dlm satu hari.. bila dah tercapai.. time to close the computer..

Katakan sekali trade target 10 pips. Dalam sehari nak buat 5 trade, semasa London Open Market.. Maksimum sampai New York open market.. Bila 50 pips dah tercapai.. Close Computer..

Bunyinya macam sikit.. tapi cuba kira.. 50 x 5 hari = USD 250
Sebulan USD 250 x 4 =USD 1000 lebih kurang RM 3000
Setahun USD 1000 x 12 = USD 12 000 lebih kurang RM 36 000

Siapa nak bagi... So anda mempunyai banyak masa utk perkara lain yang lebih berfaedah..

MASA ITU NYAWA ANDA... DARI HARI KE SEHARI ANDA SEMAKIN DEKAT UTK MATI...

Peringatan untuk saya...


19# SET TARGET PROFIT BERDASARKAN PERGERAKAN MARKET SEMASA.

Anda mungkin percaya dan yakin kepada laporan, berita, spekulasi yang market akan bergerak dan hit pada level tertentu.. Kebetulan anda trade pada posisi yang menyokong anda kearah itu. Sekiranya target profit anda tercapai sama seperti yang dijangka oleh speculator... anda boleh anggap itu satu kebetulan.. Kebanyakkan masa speculator membuat tafsiran utk long term trading. Level itu tercapai mungkin mengambil masa seminggu, sebulan atau pun setengah tahun..

Trade berdasarkan apa yang anda lihat... bukan apa yang anda dengar... bukan apa yang anda mahu...

20# PRAKTIS, DISIPLIN, TETAP DAN KONSISTEN DGN METHODOLOGY MEMBUATKAN ANDA YAKIN.

Amalkanlah... anda sendiri akan melihat hasilnya. Rugi adalah resam dalam Forex. Anda tak dapat elak. Belajar dan bersedia utk menerimanya. Bila anda yakin... peratus yang Untung lebih tinggi daripada yang Rugi... Sama dgn mula-mula anda belajar memandu kereta..


21# BELAJAR UTK SCALE OUT BILA UNTUNG.

Maksud kat sini katakan anda Trade dalam size 3 lot per trade. Anda lihat trade anda dalam position untung dan dah capai area Target Profit yang pertama. Lebih baik anda scale out/ keluarkan 2 lots dulu utk ambil untung dan biarkan satu lot lagi utk anda close mengikut pergerakan market.

Katakan market bergerak melawan market atau berlaku retrace anda boleh guna konsep hedging. Keadaan ini selamat utk anda hedging krn anda sudah ada posisi yang untung satu lot.. konsep hedging menyebabkan margin anda dalam posisi yang selamat.. bila anda tahu market akan kembali semula dalam posisi anda yang sebelumnya, anda close posisition hedging dan re enter dalam trend sebelumnya.

Kebaikannya anda bermain margin yang anda untung tadi..




22# MAKE THE SAME TYPE OF TRADES OVER AND OVER AGAIN – BE A BRICKLAYER.

Lakukan cara yang sama berulang-ulang kali. Guna pakai system yang anda rasa terbaik utk anda, tak perlu ubah... Anda akan rasa sama seperti anda makan nasi...



23#JANGAN TERLEBIH ANALISA... NANTI ANDA TERLEWAT.

Don.t overanalyze the trade. Place the trade and then manage it. If you.re wrong,get out. But you.ll never be right unless you actually make the trade.



24# PELUANG UTK SEMUA TRADERS ADALAH SAMA.

Semua traders bermula dari zero.. melihat pergerakan market yang sama.. Semua mencari peluang dan ruang untuk trade.. Tapi adakah anda melihat apa yang mereka lihat?




25# BELAJAR UNTUK RESPEK MARKET

The market moves wherever it wants to go. It does not care about you or me. It does not play favorites. It does not discriminate. It does not intentionally harm any one individual. The market is always right. You must learn to respect the market.

The market will mercilessly punish you if you do not play by the Rules.

…………………………………………
DALAM FOREX ADA BEBERAPA JENIS TREND YANG PERLU DIKETAHUI...

JENIS-JENIS TREND

ADA 6 JENIS SECARA AMNYA IAITU:

1. UP TREND
2. DOWN TREND
3. RANGING
4. BIAS
5. BREAKOUT
6. RETRACEMENT

P/S ADA KE YG NAK BACA HEHEHE

gilos
03-21-2009, 02:43 PM
P/S ADA KE YG NAK BACA HEHEHE

ada...ada...tq bagi nihh...benda yg sama diulangi setiap hari tapi kekadang tak ikut pun...tu masalahnya... especially still sayang duit masa tau marketdah change direction...huahuahua...

p/s: kena belajar cepat nih... :)

mawie
03-21-2009, 04:00 PM
sama la dgn aku hehehe

Rozaly
03-21-2009, 04:16 PM
P/S ADA KE YG NAK BACA HEHEHE

ade la bro...dan yang paling penting jika semua trade masih tidak menguntungkan....'berbalik kepada asas FOREX'....kekadang kita ni slalu terpengaruh oleh emosi x kira sesiapapun lebih-lebih lagi orang baru...(macam aku) :D

mawie
03-21-2009, 11:40 PM
Esok anda kembali lagi dengan trade yang baru...
JANGAN SEKALI-KALI ANDA CUBA COVER BALIK APA YANG TELAH ANDA RUGI SEMALAM.. TRADE BERDASARKAN MARKET PADA HARI INI.. HARI SEMALAM TELAH MENJADI SEJARAH

aku suka ayat nie
sebab selalu pujuk hati aku hehhehehe:)

mawie
03-22-2009, 02:51 PM
* Plan Your Trade And Trade Your Plan
* The Trend Is Your Friend
* Focus On Capital Preservation
* Know When To Cut Loss
* Take Profit When The Trade Is Good
* Be Emotionless
* Do Not Trade Based On A Tip From A Friend Or Broker
* When In Doubt, Stay Out
* Do Not Overtraded

zurin
03-22-2009, 03:45 PM
1. Duduk kerusi dgn selesa
2. Hidupkan komputer
3. Sambung internet
4. Buka terminal
5. Kutip pip lagi & lagi & lagi & lagi ........

ps: realitinya tak semudah itu .. heuhuehue

kadang2 aku pun pikir macam ni juga,
ada atm dkt dalam rumah sendiri,
senangnya dalam hati..........:D

salmi1278
03-27-2009, 09:23 PM
to brader mawie,

very goooooood info for newbies like me.... tq:)

simi7347
03-28-2009, 03:31 PM
blh sapa2 bagitau apa beza spot dgn future?

paanjawa
06-09-2009, 06:34 PM
to bro mawie jgk..

thnx 4 d info.
sgt berguna tk newbie mcm sy :sm17:

amin71
06-10-2009, 02:46 AM
Bro mawie.. good info.. just want to add one more TAWAKKAL.

zurin
06-10-2009, 04:53 AM
Akhirnya aku jumpa juga cara buat mesin atm di rumah.
Kutip pip dan kutip pip lagi dan kutip pip lagi ....scalper :-)
:sm18:

rizal_cr88
06-10-2009, 06:23 AM
Akhirnya aku jumpa juga cara buat mesin atm di rumah.
Kutip pip dan kutip pip lagi dan kutip pip lagi ....scalper :-)
:sm18:

mmm kongsi la.. sikit macam mana ...:sm47:

zurin
06-10-2009, 07:26 AM
Hi bro,
caranya mudah sahaja,
cuma kena displin dan jangan tamak :-)
masa open position tu set tp 10 pip aje,
aku guna 1hr timeframe,
practice make perfect....TAYOR :sm18:

kmbeng
06-10-2009, 09:11 AM
mmm kongsi la.. sikit macam mana ...:sm47:

setiap supertraer ada rahsia dia.. macam ayam kentaki:sm46:

asanatan
06-14-2009, 04:10 PM
1. cukup unur
2. cukup perbelanjaan
3. dah cukup ilmu forex
4. jangan lawan tokey (trend)
5. Jangan emosi
6. Tumpu perhatian semasa trade
7. MM ( Money Managment)
8. stick to trade plan
9. Plan your trade

azrabean
08-13-2009, 10:47 PM
1. terms atau function yg ada dlm platform metatrader
2. trade pair yg sesuai mengikut citarasa..scalp/swing/intraday
3. money management
4. best entry n when to exit the market
5. minimize risk

xena2000
08-14-2009, 01:09 AM
1. berani
2. ade broadband
3. ade acc
4. ade modal
5. bayar bill broadband

p/s klu takut nak trade anggap jer anda sedang maen.....

:sm47:

Hyppme
08-27-2009, 07:38 AM
1. Masa
2. Jangan Putus Asa
3. Belajar.. Belajar.. Belajar..
4. Make It Simple
5. MM

:sm42:
Penat gak pikir e.k..

secretsuccessmgnt
09-04-2009, 04:30 AM
:sm53: Fakta/Soalan/Data yang perlu dikumpul sebelum memulakan trade. (PENTING)

1) Berapa bilangan Pair yg disediakan oleh broker?
2) Berapa range Hi ke Low Setiap Pair?. Daily
3) Trade Pair atau Trade Currency?
4) Currency yang mana patut dipilih?
5) Pair Mana yang patut di pilih
6) Spread Value
7) Price Action Patern (PAP)
8) Market Vector?
9) Market Reversal?
10) TOTAL market Trendy?
11) What/who actually move/control the markets?
12) Domination or Not?


Amalan Biasa Trader:

1) Aku Trade GJ...sebab volatile tinggi senang nk profit
2) Aku dah biasa ngan E/U volatile rendah spread kecik!
3) Aku lak trade GU sebab cikgu aku ajar masa kelas dahulu.
4) Aku trade pukul 5 am masa tu market baru open
Masa tu gak market tengah repair!. ader istilah repair market ke?

Gaya Trader Kita:
Semasa saya ni Forex Exihibition di KLCC tempoh hari, saya berbual dengan seorang trader " abang, kalo nak trade guna trend line ngan fibo je! "
erm..nmpak yakin dia, dlm hati sy biarkan la asalkan profit. Asalnya saya berbual tentang server broker yg dia gunakan. Tapi dia melalut macam2...mungkin sebab dia dikelilingi oleh rakan2 yang lain.


secretsuccessmanagement.com

zam7371
09-23-2009, 11:39 PM
:sm53: Fakta/Soalan/Data yang perlu dikumpul sebelum memulakan trade. (PENTING)

1) Berapa bilangan Pair yg disediakan oleh broker?
2) Berapa range Hi ke Low Setiap Pair?. Daily
3) Trade Pair atau Trade Currency?
4) Currency yang mana patut dipilih?
5) Pair Mana yang patut di pilih
6) Spread Value
7) Price Action Patern (PAP)
8) Market Vector?
9) Market Reversal?
10) TOTAL market Trendy?
11) What/who actually move/control the markets?
12) Domination or Not?


Amalan Biasa Trader:

1) Aku Trade GJ...sebab volatile tinggi senang nk profit
2) Aku dah biasa ngan E/U volatile rendah spread kecik!
3) Aku lak trade GU sebab cikgu aku ajar masa kelas dahulu.
4) Aku trade pukul 5 am masa tu market baru open
Masa tu gak market tengah repair!. ader istilah repair market ke?

Gaya Trader Kita:
Semasa saya ni Forex Exihibition di KLCC tempoh hari, saya berbual dengan seorang trader " abang, kalo nak trade guna trend line ngan fibo je! "
erm..nmpak yakin dia, dlm hati sy biarkan la asalkan profit. Asalnya saya berbual tentang server broker yg dia gunakan. Tapi dia melalut macam2...mungkin sebab dia dikelilingi oleh rakan2 yang lain.


secretsuccessmanagement.com

Yg last para. tuh lain je bunyi bro... da macam bunyi "TheRumpledOne".
Banyak ilmu nih. Apa kata U buka terus thread U punya method... rasa2 ada yg nak tau tuh...
Yg baik kita kongsi2 kan yg tak baik pun kita kongsi2kan. untuk kebaikan Kita juga. And of course with no provocation

"U punya nasi u makan, dia punya nasi dia makan. Apa salah kita makan sama-sama?". Huhu.. maaf zahir batin
- pinjam jap L2B

secretsuccessmgnt
09-24-2009, 08:37 AM
Yg last para. tuh lain je bunyi bro... da macam bunyi "TheRumpledOne".
Banyak ilmu nih. Apa kata U buka terus thread U punya method... rasa2 ada yg nak tau tuh...
Yg baik kita kongsi2 kan yg tak baik pun kita kongsi2kan. untuk kebaikan Kita juga. And of course with no provocation

"U punya nasi u makan, dia punya nasi dia makan. Apa salah kita makan sama-sama?". Huhu.. maaf zahir batin
- pinjam jap L2B


Kena minta izin dgn TT dulu. Ilmu x byk bro kena carik lagi. Kalo rasa dh pndai susah woo
Forex ni laju giler. So kena guna semua kekuatan/sharing/idea rakan2 lain.

Faredz73
09-25-2009, 10:47 AM
Salam para otai dn masta-masta semua...

Nampak menarik perbincangan 5 perkara ni.

Disebabkan ada yg mengibaratkan Market Forex ni mcm medan perang, maka ini 5 perkara dari sy yg newbie.

1. Peta - ( Jantung sesuatu operasi baik darat, laut dn udara. )
2. Persiapan Tempur. ( Segala keperluan bermula dari A hingga Z )
3. Perancangan Tempur. ( Siapa? Apa? Di mana? Mengapa? )
4. Startegi Tempur. ( Mara, Serangan, Pertahanan dn Berundur )
5. Analisa Keseluruhan. ( Apa keputusan hasil dari 4 perkara di atas. Menang? Kalah? )

Anda sendiri boleh huraikan apa yg dimaksudkan di atas.

Madah berhelah:

'Kalau anak nak makan ikan, jgn bg ikan...bagilah mata kail. '

suriamarlina
10-14-2009, 02:53 AM
Bagi saya pulak, asas 5 perkara:

1. Major trend.
2. Support n resistence
3. Entry timing
4. MM
5. Exit timing

Kalau faktor tamak tu agak subjektif sebab, sifu saya boleh belasah floating sampai 50 pos dengan yakin sebab dalam major trend dia searah. cuma dalam h4 n h1 dia terlepas untuk exit. Agak bahaya kalau orang lain ikut. Saya pun tak cukup berani belasah lebih 6 pos floating.

darkquincy
10-24-2009, 09:06 AM
Emmm..forex nih ikut org jugak lah..kalo aku:

1) Ada pengalaman guna komputer
2) Ada internet dan tau manfaatkan internet (leh melepak kat forum2 forex tambah2 ilmu)
3) Basic ilmu forex (spread,mm,leverage,lot,pips,swap,currency pairs)
4) Broker (type of acc offered,broker spread)
5) Metatrader platform Usage (indicators, expert advisor, candlestick,TF and etc)

amirsyazi
12-05-2009, 07:25 AM
erm..
1.modal berapa..dan nak pendapatan berapa?
2.berapa pips sanggup nak diriskkan sehari?
3.nilai lot yang nak dipertaruhkan.
4.kalau menang sekali berapa kali kita boleh lost..?
5.perfect entry & exit point(mungkin ikut target profit)

;p

qiyaii
12-13-2009, 12:05 PM
Dalam forex - kene sabar bebanyak...jangan terlalu excited....kalu loss sapa yang susah mereka dan diri mereka sendiri

mluqman
12-13-2009, 01:03 PM
5 perkara...

1. Belajar dengan berguru, lebih afdal.
2. Faham kehendak pasaran.
3. Jangan mudah terpengaruh dgn SS org. (Sesetengahnya dah merasa pahit maong dunia forex @ dah trade bertahun2, mrk dah sampai kesatu tahap yg sepatutnya)
4. Jaga MM.
5. DISIPLIN.

p/s: Sekadar pendapat dari NewB.

kingnorth
12-23-2009, 08:30 PM
Salam para otai dn masta-masta semua...

Nampak menarik perbincangan 5 perkara ni.

Disebabkan ada yg mengibaratkan Market Forex ni mcm medan perang, maka ini 5 perkara dari sy yg newbie.

1. Peta - ( Jantung sesuatu operasi baik darat, laut dn udara. )
2. Persiapan Tempur. ( Segala keperluan bermula dari A hingga Z )
3. Perancangan Tempur. ( Siapa? Apa? Di mana? Mengapa? )
4. Startegi Tempur. ( Mara, Serangan, Pertahanan dn Berundur )
5. Analisa Keseluruhan. ( Apa keputusan hasil dari 4 perkara di atas. Menang? Kalah? )

Anda sendiri boleh huraikan apa yg dimaksudkan di atas.

Madah berhelah:

'Kalau anak nak makan ikan, jgn bg ikan...bagilah mata kail. '

aku suka yg nie... sbb setiap market, pattern, time, memerlukan startegi yg berlainan..
bagi aku 5 benda..mmm apa arr..

1. relek
2. trade like u are rich man
3. sentiasa diskass forex ngan member2..eat fx, dream fx, talk fx.. fx..bla2...
4. always know how to counter market when it's go agains u...
5. relek.. hehehe..cool..

flizzoe
12-25-2009, 01:03 AM
aku suka yg nie... sbb setiap market, pattern, time, memerlukan startegi yg berlainan..
bagi aku 5 benda..mmm apa arr..

1. relek
2. trade like u are rich man
3. sentiasa diskass forex ngan member2..eat fx, dream fx, talk fx.. fx..bla2...
4. always know how to counter market when it's go agains u...
5. relek.. hehehe..cool..

aku sangat setuju no. 4! kalau market gerak arah lawan, mesti ada plan B :D

kingnorth
12-25-2009, 06:38 PM
aku sangat setuju no. 4! kalau market gerak arah lawan, mesti ada plan B :D

ramai yg kantoi no.4 termasuk aku.. trade to win.. 99 trade win.. 1 loss, hancuss akaun.. jadi berhati2.. sentiasa ada plan tuk counter balik bila market tu betul2 lawan prediction kita..

flizzoe
12-26-2009, 03:11 AM
ramai yg kantoi no.4 termasuk aku.. trade to win.. 99 trade win.. 1 loss, hancuss akaun.. jadi berhati2.. sentiasa ada plan tuk counter balik bila market tu betul2 lawan prediction kita..

seorang trader mesti tahu cara nak masuk, cara nak keluar. kalau tak nampak jalan keluar baik jangan masuk. tanya diri sendiri:
1. kalau profit, nak exit kat mana.
2. kalau lost, nak exit kat mana.

jebon2288
12-26-2009, 03:43 PM
1.Keadaan emosi & fizikal yg membenarkan utk trade & fokus waktu itu

2.Boleh kenalpasti Pair yg bakal menguntungkan utk waktu itu

3.Kenalpasti news yg akan diumumkan & waktu pengumuman hari itu(major) yg bersangkutan dgn pair

4.Boleh kenalpasti trend utk waktu itu(naik,turun,sideway)

5.Kenalpasti support/resistance penting waktu itu

cruel_intensive
02-27-2010, 06:06 AM
kira duit kot..