FAQ
Online: 35
Threads: 28,006
Posts: 1940
Members: 15,207
Go Back   FXOpen forex forum - forex review - trading methods - education - analytics > FELLOW COUNTRYMAN DISCUSSION > Asia > Malaysian Forum > Expert Advisor & Indikator
All times are GMT. The time now is 04:34 AM.
 
Welcome to the FXOpen forex forum - forex review - trading methods - education - analytics. If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed. To start viewing messages, select the forum that you want to visit from the selection below.
Reply
     
  #1  
Old 04-21-2009, 11:32 AM
gilos gilos is offline
Guru
gilos's Avatar
Join Date: Aug 2008
Location: port klang-shah alam-puchong
Posts: 1,089
FXO Points: 9,523
Rep Power: 353
gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future
Send a message via Skype™ to gilos
Default Teknik VSA (volume spread analysis)

salam geng...sini saya bukak thread baru berkenaan teknik ini kerana teknik vsa ini berkait rapat dengan price action...volume difamouskan di forum ni oleh bro hafiz sebenarnya, jadi kredit untuk dia juga untuk thread ni...

And bro Kutu_loncat gak sebab tak abih2 tanya bila nak bukak thread...ekekekek

Untuk permulaan, biar saya translatekan dari satu artikel yang buat rumusan mengenai VSA ni...ingat ar...ni rumusan sajer...kena study mendalam lagi baru boleh masyuk...


Apa dia Volume Spread Analysis (VSA)?
VSA digunakan untuk mencari penyebab pergerakan harga. Penyebab itu secara asasnya adalah ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan (supply and demand), yang wujud sebab aktiviti professional traders (smart money@ sm). Siapa SM ni? Dalam setiap bisnes mesti ada professional dan mereka ni buat profit dari perbezaan harga dalam apa-apa bisnes…satu contoh SM ialah syndicate traders ie orang yg trade dlm co-ordinated groups untuk accumulate (kumpul) atau distribute (edar) saham atau dalam kes forex, duit.
Atktiviti SM ni dan yang paling penting niat diorang trade ditunjukkan secara jelas dalam price charts. Kalau boleh baca dengan betul, insyaAllah kita boleh trade bersama dengan SM ni.
VSA melihat perkaitan antara 3 variables dalam chart untuk menentukan supply and demand ni dan juga meramalkan arah market. Tiga variables ni adalah:

1: Volume ( samada satu bar atau sekumpulan bar)
2. spread harga atau jarak candlestick( high ke low) à bukan spread pair yer
3. kedudukan close cs

Dengan maklumat dari tiga perkara ni, mereka yang mahir dengan VSA boleh Nampak dimana fasa market tu sekarang…samada accumulation ( pikirkan mcm SM beli pada harga borong), mark-up, distribution (pikirkan mcm SM jual pada harga pasaran) atau mark-down. Pada mereka yang dah paham VSA, mereka akan kata yang untuk menganalisa chart tanpa volume mcm beli kereta tanpa tangki minyak…(bukan gue cakap ar, org2 yg mahir vsa cakap ar)…

Volume memang menunjukkan jumlah aktiviti yang berlaku. Dan price spread akan tunjuk pergerakan dari aktiviti tersebut. Cuma nak interpret tu yg masalah sikit…ada volume tinggi, spread rendah….volume tinggi spread tinggi and so on…tapi anggap camni la…nak naik bukit, kita kena tekan minyak kereta skit…tapi kalau dah tekan minyak kuat2, kereta gerak sikit jer, tu menunjukkan akan ada masalah la nanti…silap2 enjin boleh meletup… (tekan minyak=volume, pergerakan kereta= price spread)

Asal VSA

VSA adalah improvement dari pengajaran seseorang yg bernama Richard D. Wyckoff….diupgradekan oleh Tom Williams…nak tahu lebih lanjut pasal diorang, tanyalah uncle google yer…


Any timeframe, any pair, any market

VSA boleh digunakan dalam mana2 market asalkan market tu boleh tunjukkan volume. Jika tiada volume sebenar, tick volume juga boleh digunakan. Bezanya volume sebenar menunjukkan berapa lot yang dijual beli, manakala tick volume menunjukkan berapa kali jual beli berlaku…so dalam satu2 pergerakan tick, mungkin ada 50 lot bertukar atau 5 lot jer…aphal pun yang penting ia menunjukkan aktiviti…

Kenapa VSA?
Setiap market asasnya adalah supply and demand. Kalau ada ramai pembeli, harga akan naik…kalau ada ramai penjual, harga akan turun…tapi sebelum orang kata ‘senangnya kalau begitu’, sebenarnya ada banyak lagi factor yang mempengaruhi harga sedang berjalan di belakang tabir…prinsip asas adalah betul, Cuma ada sikit tukar saja…
Untuk sesuatu uptrend tu berlaku dengan betul2, mesti tiada langsung penjualan (supply) masuk dalam market. Bila tiada supply untuk mengganggu harga naik, baru la boleh uptrend berlaku…serupa jugak utk downtrend…bila tiada demand, barulah boleh turun mcm air terjun…
Apa yang kebanyakan traders tak tahu ialah, kebanyakan SM sudah membeli pada harga yang rendah dalam peringkat accumulation…dan aktiviti membeli ni sebenarnya dinampakkan dengan down bar/s yang mempunyai volume yang tinggi. Dan actually, SM ni akan cuba go long bila bad news masuk dalam market…(terbalik pulak untuk distribution)


Contoh VSA sedang bekerja




Contoh di atas menunjukkan market sedang berada dalam mark-up sampai la ke bar 1, lihat volume yang mencanak dengan spread yang extreme tapi price close di tgh2 bar. Ini menunjukkan yang kemungkinan SM sedang menjual ( kalau SM tengah membeli, takkan price close ditgh2 bar?) Kenapa SM buat camni? Sebab SM trade dengan jumlah yang besar, mereka kena jual masa semua orang tengah membeli, especially masa good news…

Mereka yang terlatih dengan VSA akan paham yang bila volume tinggi, spread besar, tapi price close ditgh2 menunjukkan yang SM tgh buat ‘transfer of ownership’ pada weak holders yang akan tahu tak lama kemudian yang mereka berada dalam side yang salah. (bila SM dah tak demand/beli, camner market nak naik lagi tinggi)
Bar lable 2 menunjukkan selling dari SM ke weak holder masih berlaku, dan bar label 3 mengesahkan berlakunya perpindahan dalam bar 2 tadi…

Jangan jadi yang 90% tu…(Don’t be part of the Herd)





Meh kita tgk apa yang berlaku dalam chart tadi. SM jual apa yang mereka ada pada weak holders atau HERD. SM jual dan pembelinya terkunci pada harga yang tinggi. Macamana harga nak jadi tinggi kalau SM dah tak support market?

Bila market dah turun, weak holders tadi pun selalunya akan cut loss, dan ini menambahkan penurunan harga. Bila SM nampak price dah jatuh dgn secukup rasa, mereka akan accumulate pulak (buy) dan cycle ni happens over and over again…

So VSA ni insyaAllah boleh menjawab dua soalan paling penting untuk menjayakan sesuatu trade tu... kenapa dan bila…

Nota penting:
1.Market bergerak sebab ada supply and demand
2.Untuk ada uptrend, mesti ada demand... dan supply semua dah dimusnahkan
3.Untuk ada downtrend, mesti ada supply... dan demand semua dah dimusnahkan
4.Volume tunjukkan aktiviti, spread tunjukkan pergerakan, close tunjukkan niat SM


p/s: contoh tu pakai bar chart...nak tengok close, tgk horizontal line (line melintang) kat kanan...

p/s2: SM takder kaitan hidup atau mati dengan SM Salim...eheheeh...


sistem NO LOSS GREEN PIPS- FINALE dari bro Hafiz:- silalah klik


ebook volume (vsa + wyckoff):- Silalah Klik

new attachment: indis from fxbrain, a master of vsa from another forum ...he wanted the indis to stay only in this thread and not to be posted on other forum or anywhere else...hope that those who download and use it to respect that...
Attached Files
File Type: zip Trading The Better Volume Indicator … My Secret to Analyzing Volume.zip (9.3 KB, 914 views)
File Type: zip vsa-fxbrain-zip.zip (30.4 KB, 602 views)
File Type: zip VSA indicator.zip (3.1 KB, 208 views)
__________________
:::Forex is SIMPLE but NOT EASY::
:::The secret to my success is that I know that I will be wrong -George Soros:::

Last edited by gilos : 07-26-2009 at 04:07 PM.
Reply With Quote
  #2  
Old 04-21-2009, 11:55 AM
gilos gilos is offline
Guru
gilos's Avatar
Join Date: Aug 2008
Location: port klang-shah alam-puchong
Posts: 1,089
FXO Points: 9,523
Rep Power: 353
gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future
Send a message via Skype™ to gilos
Default Accumulation and Distribution

SM memang bijak untuk tentukan market mana nak trade. Kalau diorang putuskan nak market ni atau market tu, mereka akan trade dgn bersungguh2. Mereka akan plan, dan laksanakan plan tu dgn military precision...

Accumulation

Di mana SM akan mengumpulkan sebanyak mungkin tanpa menaikkan harga sampai mengganggu aktiviti membeli mereka...(diorang taknak beli pada harga tinggi, so kalau letak sekaligus duit diowang, market akan mencanak dalam masa terlampau cepat, diorang kumpul sikit2 sampai takder supply, then demand sendiri akan naikkan harga market) Bila takder supply, takder saper leh jual lagi untuk mengganggu uptrend (floating supply yer maksud kat sini)


Distribution

Bila SM dah nampak potential top, mereka akan let go sikit2 pegangan diowang. Selalunya perkara ini berlaku masa news yang baik, orang lain semua sibuk membeli lagi...(mana datang supply? banyaknya dari SM ni la)

Dalam peringkat awal distribution, kalau selling berlaku dengan mendadak dan cepat, SM akan stop selling dan market naik balik, then sell lagi sampai mereka dah siap pindahkan pegangan mereka pada weak traders...
__________________
:::Forex is SIMPLE but NOT EASY::
:::The secret to my success is that I know that I will be wrong -George Soros:::
Reply With Quote
  #3  
Old 04-21-2009, 12:08 PM
azroy85 azroy85 is offline
Member
azroy85's Avatar
Join Date: Aug 2008
Location: 4th dimension
Posts: 83
FXO Points: 440
Rep Power: 247
azroy85 is on a distinguished road
Send a message via Skype™ to azroy85
Default

wah...best.nih..dah buka rumah baru...thanks to gilos...dan semestinya bro hafiz...aku mesti jd pengikut setia thread ni...hahaha...
__________________
"in forex"

"trade what u see not what u think "
Reply With Quote
  #4  
Old 04-21-2009, 12:17 PM
kg_boy kg_boy is offline
Member
kg_boy's Avatar
Join Date: Jun 2007
Posts: 75
FXO Points: 408
Rep Power: 446
kg_boy will become famous soon enough kg_boy will become famous soon enough
Send a message via Yahoo to kg_boy Send a message via Skype™ to kg_boy
Default Best!..Best...

Salam...

Teruskan penerangan Bro.. tumpang baca dan terus perati indi2 yg ada tu.
pening nak tengok Bar2 tu semua...mintak2 paham jugak akhirnya nanti.
Reply With Quote
  #5  
Old 04-21-2009, 01:02 PM
areyein areyein is offline
Real Member
Join Date: Apr 2008
Location: paka-pagoh-tenggaroh
Posts: 345
FXO Points: 1,724
Rep Power: 333
areyein has a spectacular aura about areyein has a spectacular aura about
Default

Cantik!!! dah ada topik khas ttg volume nie. Mesti hafiz gumbira dgn thread gilos bukak. jgn lupa selit kan gak ttg wick nti..
Reply With Quote
  #6  
Old 04-21-2009, 01:46 PM
gilos gilos is offline
Guru
gilos's Avatar
Join Date: Aug 2008
Location: port klang-shah alam-puchong
Posts: 1,089
FXO Points: 9,523
Rep Power: 353
gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future
Send a message via Skype™ to gilos
Default

antara stock indicator dan custom indicator yang ada untuk VSA:




1. yang dalam main window= volume chart
2. window 1= MT4 stock volume
3. window 2= better volume: boleh tunjukkan upthrust, no demand/no selling pressure etc...
4. cdrw volume= hijau jika lebih tinggi dari 2 bar sebelum, kuning jika lebih tinggi dari salah satu dua bar sebelum, merah kalau lagi rendah dari 2 bar sebelum
5. tickseparatevolume= indi yang saya minta seorang trader dari forum lain buat. ianya memecahkan volume tu pada tick yang ke atas (buyer) atau ke bawah (seller) ((hijau belakang buyer, merah depan seller))

personally saya pakai tickseparatevolume dan bettervolume...

ada satu lagi iaitu wick O gram...yang tu saya pakai kejap then tak sebab indi tu tunjuk shadow candle actually...so boleh tgk kat chart jer...cara interpret dia kena tunggu bro hafiz terangkan...

indi saya paste di post pertama...enjoy...
__________________
:::Forex is SIMPLE but NOT EASY::
:::The secret to my success is that I know that I will be wrong -George Soros:::

Last edited by gilos : 04-21-2009 at 01:49 PM.
Reply With Quote
  #7  
Old 04-21-2009, 01:53 PM
mael mael is offline
Real Member
mael's Avatar
Join Date: Sep 2007
Posts: 311
FXO Points: 1,576
Rep Power: 424
mael will become famous soon enough
Default

Salam,
Maknya Volume tinggi dan spread tinggi menunjukkan aktivity buy sedang hangat ke bro?
Volume dan spread yang boleh dianggap tinggi dari berapa ke berapa bro?

Last edited by halzu : 04-21-2009 at 08:49 PM.
Reply With Quote
  #8  
Old 04-21-2009, 02:04 PM
gilos gilos is offline
Guru
gilos's Avatar
Join Date: Aug 2008
Location: port klang-shah alam-puchong
Posts: 1,089
FXO Points: 9,523
Rep Power: 353
gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future
Send a message via Skype™ to gilos
Default

humang aih...quote semua skali...ekekek...

1. bergantung pada mana kedudukan dan warna cs...kalau baru nak uptrend dan volume besar spread besar close atas then kemungkinan nak naik kuat...kalau berlaku masa dah uptrend, tu kemungkinan vigorous buying oleh traders selain SM, dan SM mmg suka jenis camni utk distribute...kalau nampak close tu kat tgh2 or dekat low cs, maknanya tgh distribute la tuh...

banyak lagi contoh...kena buat satu2 nanti...

2. ni relatif...kadang2 volume rendah dari dua bar sebelum tapi overall masih tinggi lagi...pada saya, kalau volume tu dua kali ganda tinggi dari sebelumnya...yg tu tarik perhatian...spread pulak kalau 2-3 kali lagi besar gak..and especially kalau real body dia 3 kali ganda besar real body sebelumnya...

aphal pun, kalau volume tu tinggi melampau, tunggu dan tgk dulu price camner...
__________________
:::Forex is SIMPLE but NOT EASY::
:::The secret to my success is that I know that I will be wrong -George Soros:::

Last edited by gilos : 04-21-2009 at 02:08 PM.
Reply With Quote
  #9  
Old 04-21-2009, 04:09 PM
arul57 arul57 is offline
Senior Member
arul57's Avatar
Join Date: Oct 2008
Location: kota damansara
Posts: 206
FXO Points: 2,390
Rep Power: 223
arul57 has a spectacular aura about arul57 has a spectacular aura about
Send a message via Yahoo to arul57
Default

caya lah bro gilos,

info pasal VSA amat kena pada masanya, vsa ni jarang kita dengar diperkatakan, mgkn masih baru... jadi bila ada ruangan macam ni, lagi luas la dunia ilmu forex ni pada kita semua. bro gilos , dlm byk2 indi tu yg mana yg lebih popular dan mudah difahami semua. kalau boleh dr semua(4) indi tu dijadikan satu indi yg merangkumi semua rumusan, ada sesapa yg boleh buatkan jadi lebih baik, pasal skreen pc dah jadi makin kecil (byk sgt indi) indi mp2009 lagi tambah indi lain bla2... hehehe
Reply With Quote
  #10  
Old 04-21-2009, 04:22 PM
zurin zurin is online now
Old Member
zurin's Avatar
Join Date: Dec 2008
Location: nusajaya
Posts: 861
FXO Points: 11,963
Rep Power: 263
zurin is just really nice zurin is just really nice zurin is just really nice zurin is just really nice
Send a message via Yahoo to zurin
Default

Quote:
Originally Posted by arul57 View Post
caya lah bro gilos,

info pasal VSA amat kena pada masanya, vsa ni jarang kita dengar diperkatakan, mgkn masih baru... jadi bila ada ruangan macam ni, lagi luas la dunia ilmu forex ni pada kita semua. bro gilos , dlm byk2 indi tu yg mana yg lebih popular dan mudah difahami semua. kalau boleh dr semua(4) indi tu dijadikan satu indi yg merangkumi semua rumusan, ada sesapa yg boleh buatkan jadi lebih baik, pasal skreen pc dah jadi makin kecil (byk sgt indi) indi mp2009 lagi tambah indi lain bla2... hehehe
hi bro gilos,
kalau dapat sertakan indis dgn template,
lagilah cun.......

Last edited by learn2biz : 08-29-2009 at 12:59 PM.
Reply With Quote
  #11  
Old 04-21-2009, 05:02 PM
skyline39 skyline39 is offline
Senior Member
skyline39's Avatar
Join Date: Oct 2008
Location: "Otai" Fso Cendor
Posts: 174
FXO Points: 588
Rep Power: 215
skyline39 is on a distinguished road
Send a message via Skype™ to skyline39
Default

Thanks bro....
selama ni aku dok trade ikut candle momentum je..kalau ada vsa ni lagi le confident..
__________________
Trade with a confident.....win or loss at your hand.......Happy Trading...

Beat The Market.....
Standart Acc-
https://fxmalay.cabinet.fxopen.com/A...x?Agent=183445

Micro Acc-
https://fxmalay.cabinet.fxopen.com/A...x?Agent=183933
Reply With Quote
  #12  
Old 04-21-2009, 05:16 PM
gilos gilos is offline
Guru
gilos's Avatar
Join Date: Aug 2008
Location: port klang-shah alam-puchong
Posts: 1,089
FXO Points: 9,523
Rep Power: 353
gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future
Send a message via Skype™ to gilos
Default

Quote:
Originally Posted by arul57 View Post
Kalau boleh dr semua(4) indi tu dijadikan satu indi yg merangkumi semua rumusan, ada sesapa yg boleh buatkan jadi lebih baik, pasal skreen pc dah jadi makin kecil (byk sgt indi) indi mp2009 lagi tambah indi lain bla2... hehehe
indi2 tu cuma choices yg ada...semuanya menunjukkan maklumat yang sama...cuma cara interpret yg lain...pilih mana yang sesuai dengan traders sendiri...cam bettervolume tu senang nampak high volume + high spread pasal warna merah...yg cdrw plak senang detect perbezaan 3 bar volume terakhir...yg tickseparate tu bleh bezakan pergerakan ke atas or ke bawah yg mana banyak...

saya gabungkan dalam satu chart utk tunjuk kat forum jer...kalu tak kena letak 6 ss tuh...


Quote:
Originally Posted by zurin View Post
hi bro gilos,
kalau dapat sertakan indis dgn template,
lagilah cun.......
VSA ni boleh pakai dengan cs sahaja, or trendline, or letak pivot ker atau murrey math ker, or moving average ker...mana2 yang boleh buat SnR...so template tu terpulang pada traders mana dia sesuai cam saya pakai pivot,magic number ngan EMA...saya punya setting cam bawah...



saya tambah obv kat bawah tu...tu takder dalam vsa, tu sendiri punya...

so sesapa punya template pun boleh ngan VSA ni...yang penting popit...

p/s: kalau letak gambar juliana evans ker, julia ziegler ker emmy rossum ker ok gak share settting ema tuh...fasha senduk gue reject la...ekekeke
__________________
:::Forex is SIMPLE but NOT EASY::
:::The secret to my success is that I know that I will be wrong -George Soros:::

Last edited by gilos : 05-10-2009 at 03:56 PM.
Reply With Quote
  #13  
Old 04-21-2009, 05:19 PM
gilos gilos is offline
Guru
gilos's Avatar
Join Date: Aug 2008
Location: port klang-shah alam-puchong
Posts: 1,089
FXO Points: 9,523
Rep Power: 353
gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future gilos has a brilliant future
Send a message via Skype™ to gilos
Default

Quote:
Originally Posted by skyline39 View Post
Thanks bro....
selama ni aku dok trade ikut candle momentum je..kalau ada vsa ni lagi le confident..
uih ni sifoo gak nih...harap share2 ilmu sini yer bro...and thanx for the links kat thread u...very informative...
__________________
:::Forex is SIMPLE but NOT EASY::
:::The secret to my success is that I know that I will be wrong -George Soros:::
Reply With Quote
  #14  
Old 04-21-2009, 05:58 PM
skyline39 skyline39 is offline
Senior Member
skyline39's Avatar
Join Date: Oct 2008
Location: "Otai" Fso Cendor
Posts: 174
FXO Points: 588
Rep Power: 215
skyline39 is on a distinguished road
Send a message via Skype™ to skyline39
Default

Nanti sesenang ada le aku menyapuk sesikit.....sebelum ni aku cuba gak study vsa ni..tapi sepatah haram tak faham, adanya thread ni baru le aku faham...
.dan untuk sampukan aku yg pertama..ni buat newbie le yg baru nak trade..kenal2 le ngan candlstick tak tahu nama tak apa asal tau rasa...(open,close,high low)......
__________________
Trade with a confident.....win or loss at your hand.......Happy Trading...

Beat The Market.....
Standart Acc-
https://fxmalay.cabinet.fxopen.com/A...x?Agent=183445

Micro Acc-
https://fxmalay.cabinet.fxopen.com/A...x?Agent=183933
Reply With Quote
  #15  
Old 04-21-2009, 06:09 PM
Pepsifire Pepsifire is offline
Old Member
Pepsifire's Avatar
Join Date: Jun 2008
Posts: 519
FXO Points: 1,634
Rep Power: 310
Pepsifire is on a distinguished road
Default

Mantap la bro...
Harap2 dapat la menambahkan pip aku lagi pasni...
Reply With Quote
  Reply  
Thread Tools
Show Printable Version
Email this Page
Display Modes
     
Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

vB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Forum Jump
Calendar
From Date:Select Date
To Date:Select Date
News Importance:
Show
Fri, 20 Nov 00:00 GMT
Date
JPY
Currency
High
Importance
Description
JPY Bank of Japan Interest Rate Decision
ActualForecastPrevious
0.10%0.10%0.10%
Fri, 20 Nov 02:00 GMT
Date
NZD
Currency
Medium
Importance
Description
NZD Credit Card Spending s.a. (MoM) (OCT)
ActualForecastPrevious
0.2%-1.0%
Fri, 20 Nov 02:00 GMT
Date
NZD
Currency
Medium
Importance
Description
NZD Credit Card Spending (YoY) (OCT)
ActualForecastPrevious
-0.4%-2.3%
Fri, 20 Nov 07:00 GMT
Date
JPY
Currency
Low
Importance
Description
JPY Convenience Store Sales (YoY) (OCT)
ActualForecastPrevious
-5.5%-5.6%
Forex  :  About Us  :  Terminal Metatrader 4  :  Trading Terms  :  Deposit / Widthdrawal  :  Forex Education
Forex Analytics  :  Economic Calendar  :  Live Market News  :  Promotions  :  Partnership  :  Contact Us
Powered by vBulletin® Version 3.6.4
Copyright ©2000 - 2009, Jelsoft Enterprises Ltd.
Trading on the Forex market involves substantial risks, including complete possible loss of funds and other losses and is not suitable for all members. Client should make an independent judgments as to whether trading is appropriate for him/her in light of his/her financial condition, investment experience, risk tolerance and other factors.
2005-2009 All rights reserved. © FXOpen