New York 12:15 PM London 5:15 PM Tokyo 1:15 AM Sydney 2:15 AM
                  Online: 1890    Threads: 57,987    Posts: 1,800,127 Members: 7,142  FXO Forum Shares: We Buy $1.5354 | We Sell $1.5829
 
Results 1 to 11 of 11
  1. #1
    Elder Analyst atoullah's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    malaysia
    Posts
    566
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    $0.000
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default 20 amalan utk dimurahkan rezeki

    Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

    Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

    1. Menyempatkan diri beribadah
    Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

    2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

    3. Tinggalkan perbuatan dosa
    Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya. (Riwayat at-Tirmizi)

    4. Sentiasa ingat Allah
    Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: (iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (Ar-Rad: 28)

    5. Berbakti dan mendoakan ibu bapaDalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya. (Riwayat Abu Yaala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya. (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

    6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
    Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu. (Riwayat Bukhari)

    7. Tunaikan hajat orang lain
    Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya (Riwayat Muslim)

    8. Banyak berselawat
    Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu alam.

    9. Buat kebajikan banyak-banyak
    Ibnu Abbas berkata: Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

    10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
    Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara
    1. Sihat sebelum sakit,2. Muda sebelum tua,3. Kaya sebelum miskin,4. Lapang sebelum sempit,5.Hidup sebelum mati.
    (Riwayat dari Ar-Tirmizi dan Muslim)
    -----------------------------------------------------------------------
    http://kadirpk.blogspot.com/
    Share on VK Share on Facebook Share on Odnoklassniki Share on MySpace Share on Twitter Share on LiveJournal Share on Google+ Share on Ya.ru Share on Mail.Ru

  2. #2
    Elder Analyst atoullah's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    malaysia
    Posts
    566
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    $0.000
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default 20 amalan

    11. Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. (Riwayat Bukhari)

    12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki. (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

    13. Bersedekah
    Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya. (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

    14. Melazimi solat malam (tahajud)
    Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

    15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

    16. Bersyukur kepada AllahSyukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. (Ali Imran: 145)

    17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
    Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asmaul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

    Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

    Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca Ya Allah ya Fattah berulang-ulang, diiringi doa: Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim. Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu alam.

    18. Berdoa
    Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

    19. Berikhtiar sehabisnya
    Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

    Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

    20. Bertawakal
    Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya). (At-Thalaq: 3)

    Nabi s.a.w. bersabda: Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang. (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

    Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. (At-Talaq: 2-3)

    Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
    Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara
    1. Sihat sebelum sakit,2. Muda sebelum tua,3. Kaya sebelum miskin,4. Lapang sebelum sempit,5.Hidup sebelum mati.
    (Riwayat dari Ar-Tirmizi dan Muslim)
    -----------------------------------------------------------------------
    http://kadirpk.blogspot.com/
    Share on VK Share on Facebook Share on Odnoklassniki Share on MySpace Share on Twitter Share on LiveJournal Share on Google+ Share on Ya.ru Share on Mail.Ru

  3. #3
    Elder Analyst atoullah's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    malaysia
    Posts
    566
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    $0.000
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default adab

    AMALAN UNTUK MURAH REZEKI DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

    Hendaklah diamalkan selepas solat Fardhu, terutama sekali selepas solat Suboh dan Asar.



    1. BACA SURAH AL FATIHAH - 3X

    2. BACA SURAH AL IKHLAS - 3X

    3. BACA SURAH AL FALAQ - 3X

    4. BACA SURAH ANNAS - 3X

    5. BACA SURAH AL FATIHAH - 1X

    6. BACA SURAH QURSI - 3X

    7. BACA SURAH AL FATIHAH - 1X

    8. SELAWAT KEATAS NABI - 33X ATAU LEBIH

    9. BERDOA.



    YA ALLAH, andainya rezekiku ada di langit turunkanlah, dan andainya ia berada di bumi keluarkanlah, andainya ia berada didalam laut naikkanlah, dan andainya ia jauh maka perdekatkan akan dia dan kalau sedia dekat, permudahkanlah, dan sekiranya sedikit, perbanyakkanlah, dan kalau sedia banyak, maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan kepadanya, dan berilah rezeki akan daku seperti yang ku jangka dan tidak ku jangka, rezeki yang halal, yang baik, limpah mewah lagi diberkati padanya sehinggakan tidak ada seseorang daripada kalangan hamba MU ku perlukan daripadanya, dan jadikanlah kedua tangan ku berada diatas dengan pemberian, dan jangan jadikan kedua tangan ku berada di bawah dengan meminta-minta, sesungguhnya ENGKAU Amat Berkuasa keatas setiap sesuatu.
    Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara
    1. Sihat sebelum sakit,2. Muda sebelum tua,3. Kaya sebelum miskin,4. Lapang sebelum sempit,5.Hidup sebelum mati.
    (Riwayat dari Ar-Tirmizi dan Muslim)
    -----------------------------------------------------------------------
    http://kadirpk.blogspot.com/
    Share on VK Share on Facebook Share on Odnoklassniki Share on MySpace Share on Twitter Share on LiveJournal Share on Google+ Share on Ya.ru Share on Mail.Ru

  4. #4
    Elder Analyst atoullah's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    malaysia
    Posts
    566
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    $0.000
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default 10 sebab doa tidak diterima

    Berdoalah padaku nescaya aku aku akan mengabulkan doamu.
    Begitulah firman Allah kepada hambanya,tapi tahukah kita bahawa ada sepuluh sebab kenapa doa itu di tolak menurut ahli sufi antara sebab-sebabnya ialah;
    1. Kamu mengaku mengenali Allah tetapi kamu tidak memenuhi hakNya .(Mengikut segala suruhan dan meninggalkan laranganya)
    2. Kamu mengaku mencintai Rasulullah but kamu tidak pernah mengikuti sunahnya.
    3. Kamu membaca al-Quran but kamu tidak mengamalkan isi kandungannya .
    4. Kamu mengaku bahawa syaitan adalah musuh kamu but kamu patuh pdnya.
    5. Kamu berdoa memohon dijauhkan api neraka but kamu mendekatinya dgn selalu membuat maksiat
    6. Kamu berdoa semoga dimasukkan dlm syurga but kamu tidak berusaha utknya
    7. Kamu mengetahui bhw kematian itu pasti tetapi kamu tidak bersiap sedia utknya .
    8. Kamu selalu membuka keaiban saudara kamu but kamu tidak melihat keaiban diri kamu sendiri.
    9. Kamu memkn segala rezeki dan nikmat Allah but kamu tidak mahu mensyukurinya.
    10. Kamu mengebumikan orang yg meninggal dunia but kamu tidak mengambil iktibar darinya.
    Lihatlah kawan-kawan sekalian mari kita renungkannya ,adakah kita tergolong di dlm golongan di atas,Jangan kita salahkan sesiapa sekiranya doa kita tidak dimakbulkan kerana ianya adalah berpunca dari diri kita sendiri yang leka ,lemah dan cuai dgn kelalaian yang kita cipta sendiri ,moga Allah merahmati hidup kita Amin
    Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara
    1. Sihat sebelum sakit,2. Muda sebelum tua,3. Kaya sebelum miskin,4. Lapang sebelum sempit,5.Hidup sebelum mati.
    (Riwayat dari Ar-Tirmizi dan Muslim)
    -----------------------------------------------------------------------
    http://kadirpk.blogspot.com/
    Share on VK Share on Facebook Share on Odnoklassniki Share on MySpace Share on Twitter Share on LiveJournal Share on Google+ Share on Ya.ru Share on Mail.Ru

  5. #5
    Piplet pali_png's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Posts
    17
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    $0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    terima kasih...
    Share on VK Share on Facebook Share on Odnoklassniki Share on MySpace Share on Twitter Share on LiveJournal Share on Google+ Share on Ya.ru Share on Mail.Ru

  6. #6
    Elder Analyst atoullah's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    malaysia
    Posts
    566
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    $0.000
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default


    Baca 100x siang dan 100x malam


    Selawat Tausi'ul Arzaq Watahsinul Akhlak:

    Ertinya:

    "Ya Allah, semoga Engkau berkenan melimpahkan kesejahteraan atas penghulu kami Nabi Muhammad dan selawat yang dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah keselamatan."

    Cara mengamalkannya: Baca 11 kali setiap selepas solat fardhu atau boleh baca 100 kali sehari.
    Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara
    1. Sihat sebelum sakit,2. Muda sebelum tua,3. Kaya sebelum miskin,4. Lapang sebelum sempit,5.Hidup sebelum mati.
    (Riwayat dari Ar-Tirmizi dan Muslim)
    -----------------------------------------------------------------------
    http://kadirpk.blogspot.com/
    Share on VK Share on Facebook Share on Odnoklassniki Share on MySpace Share on Twitter Share on LiveJournal Share on Google+ Share on Ya.ru Share on Mail.Ru

  7. #7
    Elder Analyst atoullah's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    malaysia
    Posts
    566
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    $0.000
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    <14>

    " Ya Allah rahmat dan sejahterakan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarganya dengan bilangan sebanyak rezeki dan apa-apa yang dibuka. Ya Allah! yang membuka rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki dengan tiada diduga, bukalah ke atas kami rezeki yang luas daripada setiap penjuru dan daripada gedung ghaibMu dengan tiada mengharapkan makhluk dengan sebenar kurniaanMu dan kemuliaanMu dengan berkat rahmatMu wahai yang penyayang dari segala yang sayang".

    <15>

    Terjemahan : "Ya Allah, semoga Engkau mencurahkan rahmat yang sempurna dan keselamatan yang sempurna atas Nabi Muhammad s.a.w, yang menjadi sebab terlepasnya kerumitan dan hilangnya kesusahan, terpenuhinya segala hajat, dan tercapai segala yang disukai serta husnul-khatimah, dan turunnya hujan dari awan, berkat keagungan dan kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w, dan kepada para keluarga dan para sahabatnya pada setiap mata melirik dan jiwa bernafas sejumlah setiap yang Engkau ketahui."

    Imam Ad-Dainuri berkata, barangsiapa membaca selawat nariyah atau kamilah setiap selesai dari solat 5 waktu sebanyak 11 kali sebagai wirid rutin, maka rezekinya tidak akan terputus dan mengalir terus, serta memperolehi kedudukan yang tinggi.

    Selawat TAFRIJIYAH atau dipanggil Selawat NARIYAH

    1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

    2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

    3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

    4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.
    Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara
    1. Sihat sebelum sakit,2. Muda sebelum tua,3. Kaya sebelum miskin,4. Lapang sebelum sempit,5.Hidup sebelum mati.
    (Riwayat dari Ar-Tirmizi dan Muslim)
    -----------------------------------------------------------------------
    http://kadirpk.blogspot.com/
    Share on VK Share on Facebook Share on Odnoklassniki Share on MySpace Share on Twitter Share on LiveJournal Share on Google+ Share on Ya.ru Share on Mail.Ru

  8. #8
    Elder Analyst atoullah's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    malaysia
    Posts
    566
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    $0.000
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    Faedah-feadah Berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sdebagaimana dipaparkan oleh Al-Marhum Prof.Dr.Tg. Muhammad Hasbi As-Siddiiqi dalam bukunya "Kumpulan Dzikir dan Do'a"
    19 perkara:

    1. Memperolehi curahan rahmat dan kebajikan daripada Allah S.W.T.
    2. Menghasilkan kebaikan, meninggikan derjat dan menghapus kejahatan.
    3. Apabila kita membaca seratus selawat, kita memperolehi pengakuan kesempurnaan iman.
    4. (Apabila kita tidak suka membaca selawatan) memperolehi kerugian, penyesalan dan jauh dari dikawani oleh orang baik-baik (pada sisi Allah)
    5. Mendekatkan diri kepada Allah
    6. Menyamai pahala memerdekakan budak (hamba 'abdi)
    7. Menghasilkan syafa'at (Nabi)
    8. Memperoleh penyertaan dari Mala'ikat Ar-Rahmah
    9. Memperolehi perhubungan yang rapat dengan Nabi. Seseorang yang berselawat dan bersalam kepada Nabi; selawat dan salamnya disampaikan Mala'ikat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
    10. Membuka kesempatan berbicara (bercakap - P) dengan nabi s.a.w.
    11. Menghilangkan kesusahan, kegundahan dan meluaskan rezeki.
    12. Melapangakan dada: apabila seseorang membaca seratus kali selawat, menurut Hadith, Allah akan melapang dadanya dan memberi penerangan (nuur-P) yang sinar-seminar kepada hatinya.
    13. Menghapuskan dosa: apabila seseorang membaca dengan tetap setiap hari, tiga selawat, Allah hapuskan dosanya.
    14. Menggantikan sedekah orang yang tak sanggup bersedekah.
    15. Menggandakan -gandakan pahala yang diperolehi. Apabila seseorang berselawat di hari Juma'at, maka Tuhan berikan kepada pahala yang berlipat ganda.
    16. Menyebabkab dekat kedudukan penselawat itu dengan Rasullah s.a.w di hari Kiamat.
    17. Menjadi sebab diterima do'a
    18. Melepaskan diri dari kebengungan di hari Kiamat. Apabila seseorang meninggalkan selawat kepada nabi, ia akan menghadapi kebengungan dan kekacauan di hari Mahsyar (Perhimpunan sesudah manusia dikumpulkan-P).
    19. Memenuhi satu hak NabiMuhammad s.a.w, atau menunaikan suatu tugas 'ibadah yang diwajibkan atas kita umat Islam. Apabila seseorang tidaj berselawat, bererti ia enggan memenuhi hak nabi muhammad s.a.w. yang wajib dipenuhi."
    Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara
    1. Sihat sebelum sakit,2. Muda sebelum tua,3. Kaya sebelum miskin,4. Lapang sebelum sempit,5.Hidup sebelum mati.
    (Riwayat dari Ar-Tirmizi dan Muslim)
    -----------------------------------------------------------------------
    http://kadirpk.blogspot.com/
    Share on VK Share on Facebook Share on Odnoklassniki Share on MySpace Share on Twitter Share on LiveJournal Share on Google+ Share on Ya.ru Share on Mail.Ru

  9. #9
    Elder Analyst atoullah's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    malaysia
    Posts
    566
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    $0.000
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    FADHILAT-FADHILAT SELAWAT
    Firman Allah:
    Tafsirnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi Muhammad. Wahai org2 beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada baginda.(Surah Al-Ahzab)
    Sabda Nabi s.a.w:
    Sesiapa yg berselawat keatas Nabi s.a.w sekali; Maka Allah akan berselawat kepadanya seratus kali.(Hr Muslim)
    Rasul s.a.w:
    Orang yg lebih baik disisiku di hari kiamat adalah org yg paling banyak selawatnya kepadaku.(Hr Tirmizi)
    Sabda Nabi s.a.w:
    Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namuku disebut disisinya.(Hr Tirmizi)
    Rasulullah s.a.w bersabda:
    Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari jumaat; jadi perbanyakkan selawat pada hari tersebut.
    Maka sesungguhnya selawat yg kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat bertanya "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah hancur." Beliau bersabda "Sesungguhnya bumi tidak makan jasad anbiya"(Hr Abu Daud)
    Riadus Solehin oleh Imam Nawawi

    10 Fadhilat Selawat Ke atas Nabi Muhammad saw.

    1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR
    Muslim.)
    2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
    3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @wanita.
    4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
    5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa juamasalah.
    6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
    7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
    8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
    9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
    10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
    Selain dari itu juga menurut sumber yang lain, selawat adalah amalan yang sangat disukai oleh Allah Taala sehingga Allah Taala dan Malaikat-Nya juga berselawat ke atas RasulNya:
    (Al Ahzab : 56 )

    Di dalam hadis Rasulullah juga ada menyatakan tentang kelebihan selawat ini yang bermaksud:
    "Orang yang paling mulia dan lebih utama, di sisi-Ku pada hari Kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat keatas-Ku" ( Imam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya b Syarafuddin An-nawawi, T.Th : 316 )

    Kelebihan-kelebihan selawat adalah seperti berikut: 1. Para malaikat akan berselawat pula ke atas pembaca selawat itu dan Allah akan menurunkan rahmat-Nya. 2. Allah akan mengurniakan kekayaan seumur hidupnya Mereka yang berselawat 500 kali sehari, insyaAllah akan memperoleh kemenangan dan keselamatan selamanya. 3. Akan terhapus sifat marah dan terjauh dari bala bencana Menjadi kekasih kepada kekasih Allah 4. Terhindar daripada mengalami kesukaran untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Mendapat rezeki yang berkat, berhasil hajatnya dan terlindung daripada bala bencana 5. Mendapat syafaat di dunia dan di akhirat ( Hj. Johari Hj. Alias, 2001: 46-48)
    Ada banyak lagi kelebihan selawat itu jika diamalkan secara ikhlas. Di sini jelas, selawat adalah salah satu kaedah yang telah Allah SWT ajar kepada kita untuk menyelesaikan kemelut nafsu Ammarah dan Lawwamah. Nabi Adam A.S, manusia pertama di dunia, juga menyelesaikan kemelutnya ketika dikeluarkan daripada syurga, iaitu bertawassul dengan menggunakan nama Nabi Muhammad SAW. Apabila Nabi Adam A.S tercampak ke dunia, selama 40 tahun, baginda menangis memohon keampunan daripada Allah Taala. Setelah diketemukan semula baginda dengan isterinya Hawa, iaitu di Jabal Rahmah, Adam A.S dibuka kasyafnya oleh Allah Taala untuk melihat perkataan:
    Perkataan ini dilihat oleh Nabi Adam A.S tertera di tiang arash syurga. Dengan menggunakan kebesaran dan keberkatan nama Nabi Muhammad SAW, Adam memohon keampunan daripada Allah sambil mengucap dua kalimah syahadah ini. Allah Taala kemudiannya mengampunkan Nabi Adam A.S. (Hj. Abdul Al Hadhi :26-28)
    Contoh lain ialah kisah Qabil dan Habil (anak Nabi Adam A.S). Ketika Qabil yang telah membunuh saudara kandungnya Habil, sedang ditenggelamkan oleh Allah SWT hingga ke paras pinggang ke dalam tanah, tiba-tiba teringat dia akan pengalaman ayahnya iaitu Nabi Adam A.S. lalu Qabil bertawassul dengan kebesaran dan keberkatan nama Nabi Muhammad SAW, sehingga azabnya diringankan daripada ditelan bumi kepada dicampakkan sahaja di tengah-tengah padang pasir. (Hj. Abdul Al Hadhi : 26-28)
    Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara
    1. Sihat sebelum sakit,2. Muda sebelum tua,3. Kaya sebelum miskin,4. Lapang sebelum sempit,5.Hidup sebelum mati.
    (Riwayat dari Ar-Tirmizi dan Muslim)
    -----------------------------------------------------------------------
    http://kadirpk.blogspot.com/
    Share on VK Share on Facebook Share on Odnoklassniki Share on MySpace Share on Twitter Share on LiveJournal Share on Google+ Share on Ya.ru Share on Mail.Ru

  10. #10
    Elder Analyst atoullah's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    malaysia
    Posts
    566
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    $0.000
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    salam tuan tanah tumpang lau jap untuk iklan





    Tauke Tesco....

    Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News
    (www.ljn.co.uk<http://www.ljn..co.uk>) diedarkan secara percuma di kesemua
    cawangan Tesco di seluruh England ..
    Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk regim
    ganas Zionis di Israel.

    Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya.
    Nama pasaraya Tesco diambli daripada nama isterinya Tessa Cohen.
    Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia,
    mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian
    Israel yang berjumlah jutaan dollar.

    Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan
    dikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London,England.
    Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat "search" di
    internet dengan menaip "Tesco Jewish" dan anda akan dapat pelbagai
    laman web Yahudi
    yang dikaitkan dengan Tesco. Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu
    menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila
    anda membeli belah di Tesco.
    Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara
    1. Sihat sebelum sakit,2. Muda sebelum tua,3. Kaya sebelum miskin,4. Lapang sebelum sempit,5.Hidup sebelum mati.
    (Riwayat dari Ar-Tirmizi dan Muslim)
    -----------------------------------------------------------------------
    http://kadirpk.blogspot.com/
    Share on VK Share on Facebook Share on Odnoklassniki Share on MySpace Share on Twitter Share on LiveJournal Share on Google+ Share on Ya.ru Share on Mail.Ru

  11. #11
    Intraday Master granpa's Avatar
    Join Date
    Sep 2007
    Location
    ..pahang..JB..lumut..SANDAKAN..
    Posts
    399
    FXO Shares
    0
    FXO Bonus
    $0.000
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    terima kasih tuan tanah....sama2 la kita ingat memperingati sesama kita...insyAllah...
    ...pERjaLaNaN kU maSiH jaUH...
    kita cuma musuh pengkhianat bangsa dan negara
    apatah lagi pengkhianat agama
    Share on VK Share on Facebook Share on Odnoklassniki Share on MySpace Share on Twitter Share on LiveJournal Share on Google+ Share on Ya.ru Share on Mail.Ru

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
Calendar Collapse this Category
From Date:Select Date
To Date:Select Date
News Importance:
Show
Wed, 01 Oct 08:55 GMT
Date
ISK
Currency
High
Importance
Description
Sedlabanki - Interest Rate (01-Oct),%
ActualForecastPrevious
6.0066
Wed, 01 Oct 12:15 GMT
Date
USD
Currency
High
Importance
Description
ADP Employment Survey (Sep),k
ActualForecastPrevious
213205202
Wed, 01 Oct 14:00 GMT
Date
USD
Currency
High
Importance
Description
ISM Manufacturing (Sep),index
ActualForecastPrevious
56.658.559
Make your BET!!!
BUY FXO Forum Shares
596
Shares in the BANK:
We BuyWe Sell
$1.5354$1.5829
bitcoin 160x600-en