PDA

View Full Version : Sejarah Piala Malaysia



murahrezki
12-31-2007, 11:27 AM
Antara sejarah Piala Malaysia


1. PIALA Malaya yang dianjurkan buat julung kali pada 1921 adalah perintis kepada pertandingan Piala Malaysia. Ia adalah langkah susulan kepada lawatan kapal Inggeris HMS Malaya apabila kelasinya mengadakan perlawanan ragbi dan bolasepak persahabatan dengan penduduk tempatan untuk merebut Piala HMS Malaya, sumbangan Kapten Buller. Pada 1967, Piala Malaya ditukar nama kepada Piala Malaysia.


2. PERLAWANAN akhir 1930 antara Selangor dan Singapura di Padang Kelab Selangor mencetuskan kontroversi apabila pengadil menangguhkan permainan semata-mata kerana padang becak. Permainan disambung di Jalan Anson, Singapura. Pasukan pulau itu akhirnya menang 3-0.


3. GELANGGANG yang menjadi pilihan perlawanan akhir sebelum pembinaan Stadium Merdeka ialah Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka), Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh dan Jalan Rifle Range serta Jalan Anson (Singapura).


4. SEJARAH tercatat pada 1964 apabila Televisyen Malaysia menyiarkan perlawanan akhir antara Singapura dan Perak secara langsung buat kali pertama. Singapura menang 3-2 menerusi dua jaringan pada dua minit terakhir.


5. TIGA hari sebelum musim 1981 bermula, tokoh paling dihormati di Singapura, Choo Seng Quee, mengumumkan persaraannya dan mengejutkan masyarakat bolasepak tempatan apabila membuat kenyataan "Saya benci bolasepak" meskipun bergelumang dengan sukan itu selama 50 tahun.


6. SINGAPURA diulit kontroversi pada 1981 kerana kecundang kepada Selangor 0-4 dalam perlawanan akhir selepas beraksi cemerlang sepanjang musim. Mereka dituduh mengambil rasuah. Badan pencegah rasuah negara itu menyiasat secara terperinci dengan menemuramah pemain, isteri mereka, jurulatih dan tukang urut, tetapi tiada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan.


7. PEMAIN Perak, Ng Boon Bee, muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada 1959 untuk membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir. Boon Bee kemudian menjadi bintang badminton negara apabila membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967.


8. KELANTAN mencatatkan jaringan terbesar menumpaskan Pahang 16-1 pada pusingan awal 1962 dan Mohammad Che Su menyumbang lapan gol. Tahun berikutnya, Selangor mengatasi rekod itu dengan menewaskan Terengganu 18-0.


9. KEAJAIBAN penyerang Singapura, Allahyarham Awang Bakar, tiada tandingan. Pada perlawanan akhir 1950, dia membalas sepakan percuma penjaga gol Pulau Pinang, Tan Swee Hock, dengan rembatan dari jarak 40 meter. Bola menerjah ke gawang sebelum Swee Hock sempat kembali ke posisi. Singapura menang 2-0.


10. APABILA kejohanan diadakan semula pada 1948 selepas tergendala akibat Perang Dunia kedua dari 1942-47, Singapura gagal menjejakkan kaki ke perlawanan akhir buat kali pertama. Ia sebaliknya ditandingi Negeri Sembilan dan Selangor. Negeri Sembilan menang 2-1.

murahrezki
12-31-2007, 11:35 AM
Statistik Piala Malaysia

Juara bertahan 2006 - Perlis (layak final 3 kali berturut-turut [2004,2005,2006])
Juara terbanyak - Selangor (30 kali juara tambah 2 kali Juara Bersama Singapura)
Juara edisi pertama Piala Malaya - Singapura (1921)
Juara Piala HMS Malaya piala baru - Singapura (1933)
Juara selepas Perang Dunia Kedua - Negeri Sembilan (1948)
Juara Piala Malaysia piala baru edisi pertama - Perak (1967)
Juara hatrik 3 tahun berturut kali pertama - Singapura (1923-1924-1925)
Pasukan yang pernah juara hatrik - Selangor & Kuala Lumpur
Pasukan bersatus kelab pertama juara - MPPJ Selangor (2004)
Singapura layak ke finale 20 tahun berturut2, Juara 14 kali & naib juara 16 kali. (tahun 1921-1941)
Singapura juara pertamakali sebagai negara tahun 1965, setelah keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun yg sama.
Singapura juga juara kali terakhir 1994 sebelum menubuhkan Liga Singapura pada 1995.

Masa tambahan pertama dalam finale - 1977 Singapura 2-2 Penang .. after extratime Singapura 3-2 Penang.
Gol emas pertama perlawanan akhir - Selangor 1-0 Pahang (1995)
Gol emas terakhir perlawanan akhir - Selangor 1-0 Sabah (2002) [sekarang gol emas telah dimansuhkan oleh FIFA]
Penalti pertama perlawanan akhir - Selangor 0-0 Sabah, penalti 5-4 (1996)
Dua pasukan berkongsi juara - Selangor & Singapura kali pertama 1928 & kali terakhir 1929.
Pasukan yang sekadar naib juara aje - Sabah, ATM, Kelantan, Sarawak.
Pasukan yang belum masuk final lagi - Melaka, PDRM & lain2 kelab.

Allahyarham Mohktar Dahari membantu Selangor juara 10 kali (1972-1986)
Penjaring terbanyak finale - Abdul Ghani Minhat dgn 4 gol (1961)
Penjaring-penjaring hatrik finale -
Ghani Minhat, Selangor 4 gol (1961),
S.Thanabalan, Selangor (1968),
Ervin Boban, Johor (1991),
Abbad Saad, Singapura (1994),
Juan Manuel Aristegui, MPPJ (2003),
Bambang Pamungkas, Selangor (2005).

Jaringan terbanyak finale - 10 goal, Singapura 8-2 Selangor (1933)
Jurulatih import memimpin pasukan juara 3 kali - Ken Worden, Selangor - (1995,1996,2002)
Pemain import membantu pasukan juara hatrik - Mehmet Durakovic, Selangor (1995,1996,1997)
Tahun 1964 Televisyen Malaysia menyiarkan perlawanan akhir antara Singapura dan Perak secara langsung buat kali pertama dimana Singapura menang menerusi dua jaringan pada dua minit terakhir.

Gelanggang finale sebelum pembinaan Stadium Merdeka -
Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka),
Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh
Jalan Rifle Range (Singapura)
Jalan Anson (Singapura).

Tahun 1994 - 1997, Stadium Shah Alam (kapasiti 80 ribu) menjadi venue finale.
1998 - 2007, Stadium Nasional Bukit Jalil, KL (kapasiti 100 ribu) menjadi venue finale rasmi.

murahrezki
12-31-2007, 11:37 AM
Pemenang Piala Malaysia
Piala Malaya
1921 Singapore 2-1 Selangor [Oct 1, 1921]
1922 Selangor 3-2 Singapore
1923 Singapore 2-1 Perak
1924 Singapore 1-0 Selangor
1925 Singapore 2-1 Selangor [first final played in Singapore]
1926 Perak 1-0 Singapore
1927 Selangor 8-1 Singapore [also reported 8-2]
1928 Singapore 2-2 Selangor [trophy shared]
1929 Singapore 2-2 Selangor [trophy shared]
1930 Singapore 3-0 Selangor
1931 Perak 3-1 Singapore
1932 Singapore 5-3 Selangor

Piala HMS
1933 Singapore 8-2 Selangor
1934 Singapore 2-1 Penang
1935 Selangor 3-2 Singapore
1936 Selangor 1-0 Singapore
1937 Singapore 2-1 Selangor
1938 Selangor 1-0 Singapore
1939 Singapore 3-1 Selangor
1940 Singapore 2-0 Kedah
1941 Singapore 2-1 Penang
1942 not played
1943 not played
1944 not played
1945 not played
1946 not played
1947 not played
1948 Negeri Sembilan 2-2 Selangor [also reported 1-1]
repeat Negeri Sembilan 2-1 Selangor

1949 Selangor 3-2 Tentera [aka Army/Navy]
1950 Singapore 2-0 Penang
1951 Singapore 6-0 Perak [also reported 6-1]
1952 Singapore 3-2 Penang
1953 Penang 3-2 Singapore
1954 Penang 3-0 Singapore
1955 Singapore 3-1 Kelantan
1956 Selangor 2-1 Singapore
1957 Perak 3-2 Selangor
1958 Penang 3-3 Singapore
rep Penang 3-1 Singapore
1959 Selangor 4-0 Perak
1960 Singapore 2-0 Perak
1961 Selangor 4-2 Perak
1962 Selangor 1-0 Penang
1963 Selangor 6-2 Penang
1964 Singapore 3-2 Perak [also reported 6-0]
1965 Singapore 3-1 Selangor
1966 Selangor 1-0 Tentera

Piala Malaysia
1967 Perak 2-1 Singapore
1968 Selangor 8-1 Penang
1969 Selangor 1-0 Penang
1970 Perak 2-0 Kelantan
1971 Selangor 3-1 Perak
1972 Selangor 3-0 Perak
1973 Selangor 2-1 Terengganu
1974 Penang 2-1 Perak
1975 Selangor 1-0 Singapore
1976 Selangor 3-0 Singapore
1977 Singapore 3-2 Penang [aet]
1978 Selangor 4-2 Singapore
1979 Selangor 2-0 Singapore
1980 Singapore 2-1 Selangor
1981 Selangor 4-0 Singapore
1982 Selangor 1-0 Terengganu
1983 Pahang 3-2 Selangor [aet]
1984 Selangor 3-1 Pahang
1985 Johor 2-0 Federal Territory
1986 Selangor 6-1 Johor
1987 Kuala Lumpur 1-0 Kedah
1988 Kuala Lumpur 3-0 Kedah
1989 Kuala Lumpur 2-1 Kedah
1990 Kedah 3-1 Singapore
1991 Johor 3-1 Selangor
1992 Pahang 1-0 Kedah
1993 Kedah 2-0 Singapore
1994 Singapore 4-0 Pahang
1995 Selangor 1-0 Pahang [asdet]
1996 Selangor 1-1 Sabah [asdet, 5-3 pen]
1997 Selangor 1-0 Pahang [asdet]
1998 Perak 1-1 Terengganu [asdet, 5-3 pen]
1999 Brunei 2-1 Sarawak
2000 Perak 2-0 Negeri Sembilan
2001 Terengganu 2-1 Perak
2002 Selangor 1-0 Sabah [asdet]
2003 Selangor MPPJ 3-0 Sabah
2004 Perlis 1-0 Kedah
2005 Selangor 3-0 Perlis
2006 Perlis 2-1 Negeri Sembilan
2007 ?

murahrezki
12-31-2007, 11:40 AM
Pemenang berapa kali :

32 - Selangor (2 shared)

24 - Singapore (2 shared)

7 - Perak

4 - Penang

3 - Kuala Lumpur

2 - Johor, Kedah, Pahang, Perlis

1 - Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ Selangor)
Brunei, Terengganu

murahrezki
12-31-2007, 11:41 AM
kalau ada fakta yg salah,tlg gtau..huhuuu...sm_smile

jackarse316
01-03-2008, 03:37 AM
borinkny tgk bola kt msia.. prestasi tak konsisten..

murahrezki
01-03-2008, 03:44 AM
borinkny tgk bola kt msia.. prestasi tak konsisten..

uikss..proud to be malaysian...

jackarse316
01-03-2008, 04:46 AM
of kos i proud sbg msian tp prestasi bola msia skrg tak sperti ape yg penyokong2 harapkan..

murahrezki
01-03-2008, 04:51 AM
tu r......tgk myteam..blanja abis byk,tapi.....

jackarse316
01-03-2008, 05:14 AM
haha.. myteam takpe sbb company besar yg sponsor not gov.. lgpun myteam lebih kpd entertainment... tp ade gak bbrp org pleya dorg yg bgs2.. boleh upgrad lg skil2 dorg tu..

murahrezki
01-03-2008, 05:23 AM
birokrasi pon jadi masalah gak...huhuuu...duit sume tu...

jackarse316
01-04-2008, 06:32 AM
i suggest bdk2 yg pandai maen perlu di kesan seawal umur6thn.. pastu asah bakat dorg, baru la basic skil tu power,, pastu buatla kolej bola sepak.. paling koma pun biasiswa bola sepak.. ni tak asyik2, ptptn2.. koma aku trima surat tiap bln.. hehe

murahrezki
01-04-2008, 06:49 AM
rasa nya dah ada projek2 kecik camtu,tapi macam hangat2 taik itik la,sbb dulu aku penah dgr citer psl benda2 ni...tapi...syp jek skang nih..huhuuu...

murahrezki
01-24-2008, 06:56 AM
Jadual Liga Super
Tarikh
Perlawanan
Masa Tempat
1/26/2008 Selangor DPMM FC 8.45 malam Stadium Darul Aman, Alor Star
1/26/2008 Terengganu UPB-MyTEAM 8.45 malam Stadium Utama Negeri, Kangar
1/26/2008 PDRM Perak 8.45 malam Stadium Darul Makmur, Kuantan
1/26/2008 Pahang NS NAZA 8.45 malam Stadium Majlis Perbandaran Selayang
1/26/2008 Perlis Johor FC 8.45 malam Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
1/26/2008 Kedah Sarawak 8.45 malam Stadium Shah Alam

Jadual Liga Perdana
Tarikh
Perlawanan
Masa Tempat
1/25/2008 Shahzan Muda Felda United 8.45 malam Stadium Darul Makmur, Kuantan
1/25/2008 Sabah PKNS 8.15 malam Kompleks Sukan Tawau
1/25/2008 Harimau Muda KL PLUS 8.45 malam Stadium Shah Alam
1/25/2008 ATM KM NAZA 8.45 malam Stadium Majlis Perbandaran Selayang
1/25/2008 Proton FC Kelantan 8.45 malam Stadium Petaling Jaya
1/25/2008 Kuala Lumpur Johor PG 8.45 malam Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur

mazlimoin
01-24-2008, 07:59 AM
Malaysia rangking ke 163 dunia..perhh!! caya laaaa...sat lagi sampai la 200..yesss..!!

murahrezki
01-24-2008, 04:20 PM
Malaysia rangking ke 163 dunia..perhh!! caya laaaa...sat lagi sampai la 200..yesss..!!

erk..keep support our team..malaysia boleh