PDA

View Full Version : Masalah Berkenaan Liberty Reserve

Apache
07-07-2008, 04:00 PM
Saya ada membuat pengeluaran melalui Liberty Reserve. Bagaimana saya boleh memeriksa status pengeluaran saya ( pending, accepted , rejected )?

Di trader's cabinet, saya cuba check di "Payment History" ( Used to check your request status ) tetapi tiada apa2 yang dipaparkan. Harap penjelasan. TQ.

learn2biz
07-07-2008, 05:57 PM
Sila lihat bahagian withdrawal notice .. bukannya payment notice ... atau sini : https://fxmalay.cabinet.fxopen.com/History/Withdrawals.aspx ... payment notice tu utk notis berkenaan deposit.

alface
07-07-2008, 06:12 PM
Saya ada membuat pengeluaran melalui Liberty Reserve. Bagaimana saya boleh memeriksa status pengeluaran saya ( pending, accepted , rejected )?

Di trader's cabinet, saya cuba check di "Payment History" ( Used to check your request status ) tetapi tiada apa2 yang dipaparkan. Harap penjelasan. TQ.

Sudahkah buat semua proses utk pengeluaran ?

1) akaun perlulah sudah diverify ...

2) isi borang pengeluaran dana didalam cabinet & klik "Pengeluaran"

3) klik link utk mengesahkan pengeluaran didalam email

p/s : Untuk memeriksa status pengeluaran ... ikut seperti apa yg learn2biz terangkan diatas

:cool:

nyamuk_tido
10-11-2008, 11:21 AM
saya ingin tahu adakah pengeluaran melalui Liberty Reserve ini lagi laju berbanding local bank dan adakah pengeluaran melalu LR ini boleh dijalankan pada hari sabtu dan ahad, kerana dalan pengetahuan saya, pengeluaran melalui local bank hanya boleh dijalankan pada hari bekerja sahaja

mazlimoin
10-11-2008, 11:30 AM
saya ingin tahu adakah pengeluaran melalui Liberty Reserve ini lagi laju berbanding local bank dan adakah pengeluaran melalu LR ini boleh dijalankan pada hari sabtu dan ahad, kerana dalan pengetahuan saya, pengeluaran melalui local bank hanya boleh dijalankan pada hari bekerja sahaja

ikut pengalaman saya...pengeluaran liberty reserve memang lagi laju dari local jika tiada masalah la...dan pengeluaran hanya waktu bekerja sahaja...

p/s: elok withdraw pakai local jer..lagi selamat dan senang..

nyamuk_tido
10-11-2008, 11:47 AM
maksudnya LR juga hanya pada waktu bekerja juga? saya ingat saya ingin keluarkan sekarang menggunkanan LR

learn2biz
10-11-2008, 11:57 AM
Nak tahu sebab apa ? sebab bila wd guna LR, finance fxopen tak online juga sabtu/ahad .. then bila dia online hari bekerja, dia akan tanya kat fxmalay utk confirmation jika memang ada akaun tu buat wd, wakil fxmalay akan tepon anda utk pengesahan.. then kalau betul anda yg wd .. baru finance fxopen proses.

Nampak leceh tapi inilah tahap keselamatan yang terpaksa diambil bagi mengelakkan orang tidak bertanggungjawab 'wd bagi pihak anda' (ingat tak FXOpen kena DDoS bulan lepas?)

Harap dapat bersabar....

nyamuk_tido
10-11-2008, 12:52 PM
ouh..
teriima kasih.. sebab hari2 lepas saya keluarkan dana saya menggunakan LR dan sungguh cepat,, cuma nak tahu sahaja sama ada LR boleh keluar dana pada haring sabtu dan ahad, terima kasih learn to biz

nonamer
10-12-2008, 01:01 AM

Pengeualran E-currency akan diproses dalam masa 24jam waktu bekerja.
So kalau permohonan dibuat pada hari Cuti, proses masih akan dilakukan pada hari bekerja. Bermakna waktu proses akan bermula dari hari Isnin. Jadi masa hari Sabtu dan Ahad tidak akan diambil kira.

dokgitu
10-27-2008, 07:54 PM
[QUOTE=nonamer;268746]Pengeualran E-currency akan diproses dalam masa 24jam waktu bekerja.
So kalau permohonan dibuat pada hari Cuti, proses masih akan dilakukan pada hari bekerja. Bermakna waktu proses akan bermula dari hari Isnin. Jadi masa hari Sabtu dan Ahad tidak akan diambil kira.[/Q

Saya buat pengeluaran pada petang isnin 27.10.08 melalu LR. Sehingga jam 4.00 am pagi urusan pengeluaran belum dilakukan oleh pihak FXOPEN. Adakah pengeluaran 24 jam sudah tidak digunakan atau cam mana. Dah send email kat [email protected]

akaun 113047

Sekadar bertanya

halzu
10-28-2008, 03:47 AM
Saya buat pengeluaran pada petang isnin 27.10.08 melalu LR. Sehingga jam 4.00 am pagi urusan pengeluaran belum dilakukan oleh pihak FXOPEN. Adakah pengeluaran 24 jam sudah tidak digunakan atau cam mana. Dah send email kat [email protected]

Cuba anda baca dgn teliti, dah diberitahu dlm tempoh 24 jam...sedangkan anda memohon pada petang Isnin 27.10.08....kalau ikutkan kiraan 24 jam, semasa pukul 4am 28.10.08 masih belum 24 jam....:)

dokgitu
10-28-2008, 10:25 AM
Cuba anda baca dgn teliti, dah diberitahu dlm tempoh 24 jam...sedangkan anda memohon pada petang Isnin 27.10.08....kalau ikutkan kiraan 24 jam, semasa pukul 4am 28.10.08 masih belum 24 jam....:)

Tu lah yang masalahnya. Biasa tak sampai 24 jam drawing LR dilakukan oleh pihak fxopen. Sekarang dah delay. Sajer jer tanya. Any way saya tunggu malam ni.

TQ

ammal07
11-10-2008, 07:14 AM
tadi baru depo guna LR, ke akaun micro 114490,tak masuk lagila, kenapa pending lama sangat,selalu cepat je..

learn2biz
11-10-2008, 12:17 PM
tadi baru depo guna LR, ke akaun micro 114490,tak masuk lagila, kenapa pending lama sangat,selalu cepat je..

Dah settle belum masalah ni ? kalau belum PM saya ... tq

torreseemee
12-06-2008, 07:35 AM
Saya nak tanya apakah yg menyebabkan withdrawal saya kena reject seperti di bawah. Saya buat pengeluaran menggunakan Liberty Reserve.

http://usera.ImageCave.com/torreseemee/rejected.jpg

learn2biz
12-09-2008, 08:57 AM
Saya nak tanya apakah yg menyebabkan withdrawal saya kena reject seperti di bawah. Saya buat pengeluaran menggunakan Liberty Reserve.

Check samada pernah depo guna e-gold atau tak ...

Lain kali, bagi la no akaun sekali .. baru pihak yg berkenaan boleh bantu .. setakat tanya camtu .. kitaorg boleh jawab general aje

dellyx
12-22-2008, 01:04 PM
tengok annoucement takleh withdraw local bank so aku withdraw LR pagi tadi.. boleh je kan? biasa brapa lama aaa sbab pagi tadi aku dah wat tapi tak deduct pun lagi.. :D

dellyx
12-22-2008, 07:29 PM
tengok annoucement takleh withdraw local bank so aku withdraw LR pagi tadi.. boleh je kan? biasa brapa lama aaa sbab pagi tadi aku dah wat tapi tak deduct pun lagi.. :D

elo kat sini ke aku patut bitau.. aku nyer withdraw LR dari awal pagi isnin pending je lagi.. account 146988..

dellyx
12-23-2008, 04:23 AM
elo kat sini ke aku patut bitau.. aku nyer withdraw LR dari awal pagi isnin pending je lagi.. account 146988..

haik takde jawapan ke neh.. iskk

suremasyuq
12-23-2008, 06:29 AM
haik takde jawapan ke neh.. iskk

finance fxopen akan buat petang ni...

dellyx
12-23-2008, 06:30 AM
finance fxopen akan buat petang ni...

huhu oke thanks

nasir63
01-07-2009, 02:08 PM
153973
Macamana boleh ambil $17.51 dari akaun saya ya??heran
1/7/2009 11:22 10340434 U0494822
Deposit to account 153973 https://fxmalay.cabinet.fxopen.com/Login.aspx?ReturnUrl=%2fLocalDeposit%2fAdd.aspx

learn2biz
01-07-2009, 03:38 PM
153973
Macamana boleh ambil $17.51 dari akaun saya ya??heran
1/7/2009 11:22 10340434 U0494822
Deposit to account 153973 https://fxmalay.cabinet.fxopen.com/Login.aspx?ReturnUrl=%2fLocalDeposit%2fAdd.aspx

Maaf ye,takde sape dlm forum ni boleh tau kenapa ... kena email [email protected] kalau nak tau.

free2go
01-13-2009, 04:06 PM
saya newbie..Bagaimana kah cara deposit mengunakan liberty Reserve..adakah melalui bank ke liberty Reserve? Adakah perlu mengisi borang deposit yang disediakan oeh bank, lalu di tujukan ke akaun liverty..bagaimana dengan nama penerima? tolong bantu

tukunkuala
01-26-2009, 09:13 PM
no. akaun 135848:
saya ada buat pengeluaran melalui LR pada 26/01/2009 11:24:57 sampai sekarang still pending biasa 3,4 jam dan settle. balance kat cabinet dah tak sama kat mt4. macam server ada problem je. tolong fix semula. semua ni buat sy terencat nak kembali trade.

learn2biz
01-26-2009, 09:53 PM

Rujuk pengumuman mengenai masalah teknikal kabinet : http://forum.fxopen.com/showpost.php?p=349030&postcount=1

Jika masih tak terima wd LR selepas 24 jam, email [email protected] dan cc: [email protected] no akaun trading, akaun LR anda serta jumlah pengeluaran ... pihak fxmalay tak urus depo/wd LR, yg uruskan adalah pihak finance fxopen sendiri. Harap bersabar.

tukunkuala
02-10-2009, 01:01 PM
no. akaun. 135848:
ha ni lagi sekali lr withdraw lambat clear, dah lebih 24h dah ni apa hal. dah email kat finance cc sekali kat fxmalay, tengok apa jadi. ok.

nonamer
02-10-2009, 02:40 PM
no. akaun. 135848:
ha ni lagi sekali lr withdraw lambat clear, dah lebih 24h dah ni apa hal. dah email kat finance cc sekali kat fxmalay, tengok apa jadi. ok.

Hi

If u withdraw using Liberty Reserve please be patient, e-currency withdraw take time in between 24-48 hour working days.

U can check u status withdraw/internal at trader cabinet, if status pending, u withdraw/internal transfer still in process, but if failed u can check comment leave by finance.

Thanks

tukunkuala
02-10-2009, 03:33 PM
dah recieve. tq fxopen.
yang pending lebih 24h tu dah clear dan yang baru wd pun dah clear tak sampai 4jam macam biasa. tq tq. service memang superb.

cyberkapcai
02-16-2009, 03:05 AM
FXMalay tak ada ke broker untuk LR?

four11
03-12-2009, 02:15 PM
salam...sy ada acc std lama yg guna depo EG...nak pakai balik tapi depo ngan LR ada masalah tak? kalau takde...bila nak buat wd nanti, guna yg mana? EG ke LR?

learn2biz
03-12-2009, 02:18 PM
salam...sy ada acc std lama yg guna depo EG...nak pakai balik tapi depo ngan LR ada masalah tak? kalau takde...bila nak buat wd nanti, guna yg mana? EG ke LR?

kena wd EG shj sbb polisi FXOpen dari tahun sudah tak berubah lagi ... rujuk : http://forum.fxopen.com/showpost.php?p=94696&postcount=1

Buka shj akaun baru .. situasi EG tak jelas skarang ni kata finance ...

sk77
03-23-2009, 05:32 AM
Nak deposit duit kedalam akaun pun pending ke sekarang ni :confused: , oleh kerana "pending money deposit" saya dah "cancel" di dalam Traders Cabinet history". tapi dalam LR belum masuk balik pun duit yg sudah di deposit.:confused:

Memang mcm ni ke, ?:confused:

dulu tak mcm ni pun.

learn2biz
03-23-2009, 06:53 AM

Urusan deposit/pengeluaran selain dari bank tempatan adalah dibawah kelolaan pihak FXOpen sendiri. Sekiranya anda ada masalah, cuba live chat International atau email [email protected]

Lain kali, tolong la tulis transaction batch number, amount, no akaun yg tersangkut tu dan post dalam thread yg berkaitan .. jika ada batch/transaction number sekurang2nya boleh la tanya kat finance jika mereka online petang nanti ..

ps: post anda dan reply ini akan dipindahkan ke thread masalah LR .. TQ

nonamer
03-23-2009, 06:56 AM
Nak deposit duit kedalam akaun pun pending ke sekarang ni :confused: , oleh kerana "pending money deposit" saya dah "cancel" di dalam Traders Cabinet history". tapi dalam LR belum masuk balik pun duit yg sudah di deposit.:confused:

Memang mcm ni ke, ?:confused:

dulu tak mcm ni pun.

Hi

If e-currency deposited not instantly credited into u trading account please use notify form to notify finance department. Its take 24 hour working days for processing time. That why FXOPEN created notify form, its use if the deposited not get instantly credited. Sometimes e-currency cant instantly credited due to bug error.

Thanks

eezam70
03-24-2009, 12:22 PM
saya depo through LR...my batch no. 13249128 pd 21/3..tp kenapa still pending. Camna saya nak masuk dlm my real acc supaya saya boleh start trade. 4 info my ac no. 171510. Tolong ya..saya newbie

learn2biz
03-24-2009, 12:39 PM
saya depo through LR...my batch no. 13249128 pd 21/3..tp kenapa still pending. Camna saya nak masuk dlm my real acc supaya saya boleh start trade. 4 info my ac no. 171510. Tolong ya..saya newbie

Dah buat notis pemberitahuan LR ?

eezam70
03-24-2009, 02:02 PM
dah buat notis dah...tp status still pending

learn2biz
03-24-2009, 02:24 PM
dah buat notis dah...tp status still pending

Tunggu besok .. kalau still tak masuk, email [email protected] sbb yg uruskan selain depo/wd bank tempatan adalah pihak fxopen sendiri.

ps : no akaun LR n amount berapa ? mana tahu kalau sy boleh mintak tolong finance check ...

eezam70
03-24-2009, 10:17 PM
ok dah masuk dah...tkasih atas bantuan anda

hanizam
04-20-2009, 01:41 PM
saya telah membuat deposit melalui LR tetapi deposit masih belum masuk ke dalam akaun saya. No akaun saya ialah 118474. Harap pihak admin dapat menyemak semula. Terima kasih.

nonamer
04-21-2009, 12:15 AM
saya telah membuat deposit melalui LR tetapi deposit masih belum masuk ke dalam akaun saya. No akaun saya ialah 118474. Harap pihak admin dapat menyemak semula. Terima kasih.

Hi

Deposited menggunakan LR akan diproses oleh pihak Finance FXOPEN, pihak fxmalay tidak memproses deposit menggunakan LR.

Sekiranya deposit LR anda tidak dikreditkan secara terus ke akaun trading anda, sila lakukan notis pemberitahuan di trader cabinet. Pihak finance fxopen akan menyemak transaksi berdasarkan maklumat yang diisi di notis tersebut. Proses ini mengambil masa 24 jam waktu bekerja dari tarikh notis pemberitahuan dibuat.

Terima kasih

jackdaniels574
05-09-2009, 04:45 PM
salam...minta tolong, sy ade akaun LR kerana sbelum ni sy gune platform *********..masalahnye skang sy tk tau cr gune LR tuk deposit n withdraw duit gune LR tuk akaun FXopen..dlu ketika gune marketive,gune LR mmg mudah dan pantas..so boleh tk sape2 tunjuk cr2 gune LR tuk akaun FXopen ni?sbb sy masih blur n tktau cne nk gune...harap sudi bntu thanxxx

ForexWaveSoldier
05-09-2009, 04:56 PM
salam...minta tolong, sy ade akaun LR kerana sbelum ni sy gune platform *********..masalahnye skang sy tk tau cr gune LR tuk deposit n withdraw duit gune LR tuk akaun FXopen..dlu ketika gune marketive,gune LR mmg mudah dan pantas..so boleh tk sape2 tunjuk cr2 gune LR tuk akaun FXopen ni?sbb sy masih blur n tktau cne nk gune...harap sudi bntu thanxxx

Caranya masih tetap mudah dan pantas.. Register akaun micro/standard fxmalay.

Log in Trader cabinet, pastu pergi bahagian Add Fund. kat sana anda boleh pilih nak depo guna apa.. then, Click Liberty Reserve.. Masukkan Jumlah yang anda mahu.. kemudian anda akan disambung terus ke site Liberty reserve..

setelah selesai.. tak sampai 5minit masuk la tu. ( waktu berkerja )

jackdaniels574
05-11-2009, 12:24 PM
salam,

sy ingin tahu, adakah stelah sy mngunakan transaksi gune LR sy tk boleh mngunakan transaksi dgn mngunakan kaedah lain cntohnya dgn mngunakan bank tempatan?adakah sy hanya perlu mngunakn LR saja untuk melakukan transaksi?sesiape sudi mmbantu sbb sy rs tersilap lak gune LR klu smpai bile2 tk boleh gune bank tempatan....:(

learn2biz
05-11-2009, 12:55 PM

Depo pakai local bank + LR tak de masalah. Yg jadi masalah ialah nak wd kena ke LR shj sbb syarat layak guna local bank utk wd ialah 100% depo local bank shj.

jackdaniels574
05-11-2009, 02:41 PM
Depo pakai local bank + LR tak de masalah. Yg jadi masalah ialah nak wd kena ke LR shj sbb syarat layak guna local bank utk wd ialah 100% depo local bank shj.

so stiap kali nk wd kne gune LR je la ek? n pasni klu nk depo le la gune bank local kn juz wd je kne gune LR tul tk pemahaman sy tu?

learn2biz
05-11-2009, 02:45 PM
so stiap kali nk wd kne gune LR je la ek? n pasni klu nk depo le la gune bank local kn juz wd je kne gune LR tul tk pemahaman sy tu?

Yeaaa.... 10 pip untuk anda :D

jackdaniels574
05-12-2009, 01:42 AM
Yeaaa.... 10 pip untuk anda :D

tolong....sy dh depo duet semalm..bile check dkt notis history status die reject sdgkn di platform meta4 duet ade..nape ek? ke duet dlm meta4 tu juz dummy je? n tkle digunekn lagi slagi notice tu tk approve?tolong..

ur prompt reply on this matter is appreciated..thanxxx

learn2biz
05-12-2009, 01:56 AM

Maaf tak dapat nak jawab dgn segera sbb LR deposit/withdraw bukan FXMalay yg handle tapi finance FXOpen sendiri. Nak tahu kenapa jadi mcm tu samada kena tunggu finance FXOpen online petang nanti atau anda email sendiri pada [email protected] dan cc: [email protected]

ps : mungkin LR transfer anda instant dan anda buat notice tu yg jadi reject .... atau mungkin anda terbuat notis dua kali ... cuba lihat bahagian payment .. ada tak dalam tu ... apa2 hal pun, cuma finance yg boleh check detail kenapa .. kami dlm forum ni tak boleh ...

amarism
06-17-2009, 05:03 PM
saya ada 2 akaun. yang 1st saya boleh kuarkan thru local bank, yang 2nd tak boleh thru local bank sebab saya sebab ada transfer dari 1st akaun ke 2nd akaun. sekarang saya bercadang untuk kuarkan sket duit dari 2nd akaun.

camane nak kuarkan duit dari liberty reserve ke akaun bank malaysia? pakai khidmat diorang2 ni ke?

mynetgold.com/
snapgold.com/index-my.php
gold-wire.com/libertyreserve.htm
tukargold.net/

ok ke khidmat diorang ni? ada kawan2 yang ada pengalaman?

p/s risau juga kalau kuar duit ribu2, last skali hangus pasal orang tengah tak amanah....

petehor
06-18-2009, 03:10 AM
saye test withdraw by LR pagi semalam, tapi sampai sekarang the process masih pending jeh.....
macam mana blh mempercepatkannya, normal berapa lamakah process withdrawal by LR?
:sm23: :sm23: :sm23:

nonamer
06-18-2009, 06:15 AM
saye test withdraw by LR pagi semalam, tapi sampai sekarang the process masih pending jeh.....
macam mana blh mempercepatkannya, normal berapa lamakah process withdrawal by LR?
:sm23: :sm23: :sm23:

pengeluaran e-currency mengambil masa antara 24-48 jam waktu bekerja, sila semak status anda di trader cabinet samaada pending atau rejected. Sekiranya masih pending harap bersabar permohanan anda masih diprocess dan sekiranya rejected please check comment.

learn2biz
06-18-2009, 07:28 AM
saya ada 2 akaun. yang 1st saya boleh kuarkan thru local bank, yang 2nd tak boleh thru local bank sebab saya sebab ada transfer dari 1st akaun ke 2nd akaun. sekarang saya bercadang untuk kuarkan sket duit dari 2nd akaun.

camane nak kuarkan duit dari liberty reserve ke akaun bank malaysia? pakai khidmat diorang2 ni ke?

mynetgold.com/
snapgold.com/index-my.php
gold-wire.com/libertyreserve.htm
tukargold.net/

ok ke khidmat diorang ni? ada kawan2 yang ada pengalaman?

p/s risau juga kalau kuar duit ribu2, last skali hangus pasal orang tengah tak amanah....
Pihak FXMalay tak boleh beri komen kerana semua itu adalah pihak ketiga dan adalah menjadi tugas anda utk buat due diligence anda apabila berurusan dengan pihak ketiga terutama sekali dlm perkara yg melibatkan wang ringgit. Sebarang pertanyaan berkaitan pihak ketiga akan terpaksa dipadamkan. Harap maklum.

amarism
06-18-2009, 08:14 AM

ok saya faham. pihak fxmalay tak bagi komen pun takpe. saya nak mintak komen kawan2 yang lain yang ada pengalaman keluarkan duit dari liberty reserve.

harap ada yang boleh bagi nasihat yang mana yang patut saya pilih.

tq...

fyna
07-09-2009, 11:29 AM
Salam abg2 supporter sekalian..akaun sy sblum ni semua depo dan wd guna local bank..jika sy wd guna LR adakah slpas ni sy xleh wd guna local bank lg..?

sbb ape yg sy tau jika depo guna LR da xleh wd guna local bank..so caner jika sy depo guna local bank tp wd guna LR..?

learn2biz
07-09-2009, 12:36 PM

1) deposit bercampur menghilangkan kelayakan wd secara bank tempatan
2) boleh depo guna local bank wd guna LR.

fyna
07-09-2009, 12:46 PM
1) deposit bercampur menghilangkan kelayakan wd secara bank tempatan
2) boleh depo guna local bank wd guna LR.

erm jika depo tak bercampur (hanya local bank) dan akaun sy mmg layak utk wd local bank sblum ni..tp katakan jika hari ni sy wd guna LR..adakah selepas ni sy da xleh wd guna local bank lg...?

FidiSWK
07-09-2009, 12:49 PM
Salam abg2 supporter sekalian..akaun sy sblum ni semua depo dan wd guna local bank..jika sy wd guna LR adakah slpas ni sy xleh wd guna local bank lg..?

sbb ape yg sy tau jika depo guna LR da xleh wd guna local bank..so caner jika sy depo guna local bank tp wd guna LR..?

akaun local depo boleh guna semua cara withdraw : local withdraw, wire transfer, e-currencies (LR, ... )
kali 1,2 local withdraw, kali 3,4 wire transfer, kali 5,6 ke LR, kali 7,8,... local withdraw x de masalah, janjinya akaun tu guna local depo aje.

kalau bro fyna nak withdraw ke LR dr akaun local depo, bro kena inform pihak fxmalay utk approval terlebih dahulu.

Ni dia comment dari cabinet : contact your IB to submit the withdrawal to LR

Dah kami kena reject sekali pasal cam tu ^.^

fyna
07-09-2009, 12:57 PM
erm..caner nk contact IB tu..kena email ker..? leh bg cth tak..?

maksudnya lpas wd kena inform fxmalay ker..?

p/s : sis fyna k..not bro..huhuhu

FidiSWK
07-09-2009, 01:07 PM
erm..caner nk contact IB tu..kena email ker..? leh bg cth tak..?

maksudnya lpas wd kena inform fxmalay ker..?

p/s : sis fyna k..not bro..huhuhu

oppss.. salah rupanya sis fyna ^.^" tu dah luar pengetahuan saya, nanti L2B / supporter fxmalay akan terangkan kat sini cam mane nak buat tu.

kami transfer aje ke LR depo account, pas tu baru withdraw ke LR, mmg lambat lagi kalo buat cam tu, 2 kali kerja ^o^"

fyna
07-09-2009, 01:36 PM

owh..maknanya kalo nk sng akaun yg sy depo guna local bank sblum ni tu sy just depo guna LR jer..so kalo nk wd guna LR xyah lg perlu minta approve dari fxmalay kan...

erm mane abg2 supporter ni...:sm42:

FidiSWK
07-09-2009, 01:56 PM

sis jgn depo LR ke akaun tu, nanti hilang kelayakan LW, berdasarkan comment tu, sis cuma perlu contact IB (FXMalay) utk withdraw ke LR, cam mane nak contact, email ke mane, tunggu jawapan supporter, ingin nak tau jua kami, lain kali mungkin kami nak withdraw ke LR cam tu ^.^"

learn2biz
07-09-2009, 02:14 PM
owh..maknanya kalo nk sng akaun yg sy depo guna local bank sblum ni tu sy just depo guna LR jer..so kalo nk wd guna LR xyah lg perlu minta approve dari fxmalay kan...

erm mane abg2 supporter ni...:sm42:

1) periksa samada akaun anda under fxmalay atau tidak di : http://www.fxmalay.com/ahli.aspx
2) Kalau dia kata is member of this site .. hubungi admin menerusi email [email protected] setiap kali nak wd guna LR sbb kalau admin tak tahu, maybe kena reject.
3) Kalau dia kata not member of this site .. maknanya akaun bukan under fxmalay so suka ati la nak wd pakai LR atau local bank (hanya jika 100% depo local bank shj)
4) Pakai e-currency ni panjang cerita .. better pakai local bank shj coz anytime e-currency yg kununnya kukuh mcm e-gold/e-bullion dulu pun ranap disebabkan campurtangan kerajaan/kes bunuh. Kemudian nak kena exchange baru dapat duit dlm tgn .. dua kali keje.

ps : rule of thumb, can only withdraw to account with same name.

zianlaboy
07-16-2009, 03:35 AM
ok saya faham. pihak fxmalay tak bagi komen pun takpe. saya nak mintak komen kawan2 yang lain yang ada pengalaman keluarkan duit dari liberty reserve.

harap ada yang boleh bagi nasihat yang mana yang patut saya pilih.

tq...

Untuk pengetahuan awak saya pun guna LR untuk depo and withdraw duit saya dalam akaun fxopen. Istimewanya, LR ni prosesnya cepat... Saya jual LR kat Mynetgold,,, Bagi saya Mynetgold boleh di percayai.. Saya dah beberapa kali depo dan draw duit saya melalui Mynetgold.. Setakat ni tiada apa2 masalah...

aimanaries1
08-12-2009, 01:55 AM
salam..tolong bantu saya ..sudh 48 jam saya belum melihat acc saya di add fund yg saya dep guna liberty reserve ni apa kes ni ?apsal lambat sangat?

nonamer
08-12-2009, 01:59 AM
salam..tolong bantu saya ..sudh 48 jam saya belum melihat acc saya di add fund yg saya dep guna liberty reserve ni apa kes ni ?apsal lambat sangat?

Salam

If u deposited e-currency not credited instantly please fill the notify form on trader cabinet to notify finacne department. The process time are 24 hour working days.
Sometimes the instantly deposited cant get instant deposited due to error on e-currency site (merchant page) that why our finance department created notify form,
if anything happen u still can inform finance department with the approve of payment.

If u already make notification, please check the status of u notify either pending or rejected, if rejected please check comment leave by finance department, if still pending and already more than 48 hour workings days please send an email to [email protected] to check more further. Remember e-currency deposited are handle by FXOPEN finance not fxmalay.

Thanks

learn2biz
08-12-2009, 02:58 AM
salam..tolong bantu saya ..sudh 48 jam saya belum melihat acc saya di add fund yg saya dep guna liberty reserve ni apa kes ni ?apsal lambat sangat?
Salam, lain kali TOLONG la post dlm thread yg berkenaan ... kalau ikut rules dah lama kena delete jer sbb anda depo LR tapi tanya kat thread Bank Tempatan .... umpama depo ke bank rakyat tapi tanya kat Maybank ....sendiri mau ingat la ... :p

Langkah2 yg perlu anda ketahui utk depo LR :

1) Depo LR biasanya instant
2) Jika tidak instant, maknanya ada masalah teknikal, sila buat notice of payment dan tunggu 24 jam.
3) Segala urusan selain bank tempatan adalah di bawah pengurusan FXOpen sendiri. Anda depo masuk akaun LR FXOpen tapi tanya kat FXMalay ... mcmmana la FXMalay nak jawab ...
4) Jika masih tak ada berita selepas 24 jam, sila bertanya di livechat international. Waktu sesuai antara 3pm - 11pm sbb masa tu finance fxopen online.
5) Sila pastikan anda beri no akaun bg tujuan semakan. Tanpa no akaun, jgn salahkan support jika terima jawapan umum yg kemungkinan tak ada kaitan dgn soalan anda.

jazaa
08-14-2009, 05:44 AM
[QUOTE=learn2biz;458658]Salam, lain kali TOLONG la post dlm thread yg berkenaan ... kalau ikut rules dah lama kena delete jer sbb anda depo LR tapi tanya kat thread Bank Tempatan .... umpama depo ke bank rakyat tapi tanya kat Maybank ....sendiri mau ingat la ... :p

Bukan ke thread ni untuk masalah berkenaan Liberty Reserve? apa kena mengena dengan bank tempatan pulak...memang kebelakangan ni kalau depo melalui LR lambat di update...walaupun dah hantar notice about payment, saya pun mengalami masalah yang sama. Dah 3 kali hantar notice about payment, tapi akaun tak update lagi...tak mcm dulu, update on d spot....

learn2biz
08-14-2009, 06:37 AM

Hehehe .. nak sound mod pulak ... post asal yg ditegur tu mulanya kat thread lain (bank tempatan) ... mod pindahkan ke thread sepatutnya iaitu di sini ... hanya org yg post shj tahu sbb dia ... kenapa la nak tegur mod pulak kalau tak tahu apa cerita sebenar ...

Kalau dah antar notice about payment tu ... lepas 24 jam tak masuk .. contact ler live chat international sbb LR depo masuk dlm akaun FXOpen ... FXMalay tak ada akses pada LR FXOpen ni so tak tahu apa-apa ... tolong la baca apa yg sy tulis kat atas tu .. kalau nak marah mod sbb buat keje, marah la ... kami cuma jalankan tugas shj ....

SHAMX777
08-14-2009, 06:52 AM
Tadi ada orang tepon CZ... tak puas hati mengenai LR tak masuk2 lagi. I try to explain FXMalay tak ada kuasa apa2 keatas LR transfer. Kena deal direct dengan BROKER... FXOpen. Lagi pun saya tak pernah seumur hidup menggunakan E-currency. Saya cakap saya tak tahu macam mana nak tolong... cuma saya suruh baca FORUM di section ini.

Lepas tu last2 dia merapu2... tak pasal2 jerit "STUPID"... terus hang up phone.

First of all, Commerce Zone is a Training Centre... not FXOpen... not FXMalay. No phone CommerceZone hanyalah untuk Student2 CZ dan orang ramai untuk bertanyakan perihal KELAS-KELAS yang kita orang anjurkan. Masalah2 mengenai Platform... Deposit... withdrawal... trading... CZ tak dapat membuat apa2 pun. Sebab kita orang tak ada control over the acc or platform. Masalah2 selain daripada KELAS atau SEMINAR... silalah ajukan kedalam FORUM bahagian Masalah Pelanggan dan juga boleh guna LIVE CHAT FXOpen. Bukan LIVE CHAT Commerce Zone naaaaa....

Lagi sekali saya nak jelaskan... COMMERCE ZONE Sdn Bhd is NOT a BROKER. It's a TRAINING CENTRE.

jazaa
08-14-2009, 07:05 AM
Maaf lah...bukan nak marah atau salahkan mod, tapi nak bagi tau masalah kami pelanggan yang menggunakan LR..Bukan kah itu tujuan thread ni diadakan.....

halzu
08-14-2009, 07:15 AM
Maaf lah...bukan nak marah atau salahkan mod, tapi nak bagi tau masalah kami pelanggan yang menggunakan LR..Bukan kah itu tujuan thread ni diadakan.....

memang benar anda boleh menceritakan masalah anda itu...tetapi perlu la diingat adab & tatasusila.... kan ke mods dah berulang kali beritahu....FXMalay hanya mengendalikan Local Withdraw & Local Depo... selain daripada itu ianya adalah dibawah pengurusan FXOpen.... kalau mahu kan jawapan yg tepat sila la berhubung dgn livechat (international) atau masuk terus ke bahagian Forum (International)....

Kalau ada yang bising bising pun FXMalay hanya boleh menasihatkan supaya berhubung terus dgn channel yg berkenaan......sesetgh tu maklumat pun bagi tak lengkap... macam mana mods nak membantu....

learn2biz
08-14-2009, 07:53 AM
Memang benar tujuan diadakan thread ini utk masalah LR tapi kena la ambil tahu juga ... FXMalay tak ada akses pada LR pihak FXOpen dan thread ini pun cuma boleh jawab persoalan umum shj mengenai LR.

Sy dah tulis langkah yg perlu tahu mengenai depo LR. Sy sendiri pun tak pakai e-currency ni dan apa yg sy tulis tu pun adalah dari panduan yg diberikan oleh pihak FXOpen sendiri.

Jika ada masalah, sekurang-kurangnya beri la no akaun trading, no LR serta batch code ... kalau komplen shj ... kami memang tak dpt nak bantu

Itu sbbnya jika ada masalah deposit LR, selain dari dapat berikan jawapan umum, kena la tanya pada livechat yg ada akses pada finance FXOpen. Bila anda tanya kat livechat, mereka boleh tanya pada finance. Finance boleh terus periksa. Kalau tanya dlm forum, kami kena tunggu admin ... admin online baru dapat hantar ke beliau dan beliau yg akan contact finance. Finance reply ke admin, admin reply kpd kami, baru boleh reply dlm forum atau admin sendiri yg reply .... mana lebih cepat ? anda terus ke livechat atau tunggu kami reply ?

ps : itu sbbnya dari dulu sy dah beritahu, kami dlm forum ni tak ada akses apa-apa pada akaun sesiapa ....

jazaa
08-14-2009, 11:53 AM
memang benar anda boleh menceritakan masalah anda itu...tetapi perlu la diingat adab & tatasusila.... kan ke mods dah berulang kali beritahu....FXMalay hanya mengendalikan Local Withdraw & Local Depo... selain daripada itu ianya adalah dibawah pengurusan FXOpen.... kalau mahu kan jawapan yg tepat sila la berhubung dgn livechat (international) atau masuk terus ke bahagian Forum (International)....

Kalau ada yang bising bising pun FXMalay hanya boleh menasihatkan supaya berhubung terus dgn channel yg berkenaan......sesetgh tu maklumat pun bagi tak lengkap... macam mana mods nak membantu....

Maaf lah kalau telah melanggar adab & tatasusila....bukan nak complaint atau nak bising sbb depo pun bukannya ribu riban, ciput aje...tapi kalau boleh diselesaikan masalah kami pelanggan yang menggunakan LR ni, kami berterima kasih sbb dulu menggunakan LR jugak tapi account di update dengan cepat. Notice about payment pun dah dibuat, email ke finance pun dah dihantar tapi masih tak selesai...saya tel toll free 1800884444 nak bertanyakan masalah & yang menjawab kata, masuk forum. Emmmm.................

suremasyuq
08-14-2009, 01:09 PM
Bukan ke thread ni untuk masalah berkenaan Liberty Reserve? apa kena mengena dengan bank tempatan pulak...memang kebelakangan ni kalau depo melalui LR lambat di update...walaupun dah hantar notice about payment, saya pun mengalami masalah yang sama. Dah 3 kali hantar notice about payment, tapi akaun tak update lagi...tak mcm dulu, update on d spot....

Maaf lah...bukan nak marah atau salahkan mod, tapi nak bagi tau masalah kami pelanggan yang menggunakan LR..Bukan kah itu tujuan thread ni diadakan.....

Maaf lah kalau telah melanggar adab & tatasusila....bukan nak complaint atau nak bising sbb depo pun bukannya ribu riban, ciput aje...tapi kalau boleh diselesaikan masalah kami pelanggan yang menggunakan LR ni, kami berterima kasih sbb dulu menggunakan LR jugak tapi account di update dengan cepat. Notice about payment pun dah dibuat, email ke finance pun dah dihantar tapi masih tak selesai...saya tel toll free 1800884444 nak bertanyakan masalah & yang menjawab kata, masuk forum. Emmmm.................

1- Kalau kita baca kembali, kita akan tahu apa kesilapan yang berlaku (post di thread yg salah)

2- Memang thread yang disediakan untuk permasalahan, tapi pastikanlah post di thread yang betul.

3- Pertanyaan seperti ini " salam..tolong bantu saya ..sudh 48 jam saya belum melihat acc saya di add fund yg saya dep guna liberty reserve ni apa kes ni ?apsal lambat sangat? " agak-agak ler, siapa yang boleh bantu??? Semua orang boleh bantu.... apa bantuannya? sama sahaja, terlalu AM, dan ini menyebabkan si penanya tak puas hati, Sedangkan puncanya dari diri sendiri.

Kan bagus kalau bagi no. akaun trade, serta beberapa butiran yang berkaitan, baru ler senang pihak FXMALAY yang tiada kaitan dengan e-Currency merisik khabar terus ke Finance FXOPEN.

fikir-fikirkan lah..

learn2biz
08-14-2009, 01:57 PM
Disarankan kepada mereka yg ada masalah deposit/wd akaun LR, sila beri :

1) no akaun trading
2) no akaun LR
3) batch code (jika deposit)
4) jumlah

Tanpa ada butiran yg diperlukan ini, pihak kami cuma boleh beri jawapan umum shj. Harap maklum.

ps : kita kalau boleh nak cepat selesaikan masalah, bukan nak panjang2kan cerita ....

nonamer
08-14-2009, 02:08 PM
Maaf lah kalau telah melanggar adab & tatasusila....bukan nak complaint atau nak bising sbb depo pun bukannya ribu riban, ciput aje...tapi kalau boleh diselesaikan masalah kami pelanggan yang menggunakan LR ni, kami berterima kasih sbb dulu menggunakan LR jugak tapi account di update dengan cepat. Notice about payment pun dah dibuat, email ke finance pun dah dihantar tapi masih tak selesai...saya tel toll free 1800884444 nak bertanyakan masalah & yang menjawab kata, masuk forum. Emmmm.................

Salam,

If u deposited e-currency not credited instantly please fill the notify form on trader cabinet to notify finance department. The process time are 24 hour working days but sometimes can up to 48 hour working days if to many request/notification at the same time.
** Sometimes the instantly deposited cant get instant deposited due to error on e-currency site (merchant page) that why our finance department created notify form,
if anything happen u still can inform finance department with the approve of payment.

Then if the notification more than 48 hours working days, please check the status of u notify 1st then if still pending follow up with sending email to [email protected], mention u account number, LR account number, Total and batch LR transaction number .

** Please make only 1 notification per 1 transaction deposited. If to many notification u deposited maybe will delay.

Thanks

toyolman
08-19-2009, 04:36 AM
aku sdh buat wd guna LR tapi tu email verfiy blm sampai g....selalunya mcm mana aaa...

learn2biz
08-19-2009, 06:47 AM
aku sdh buat wd guna LR tapi tu email verfiy blm sampai g....selalunya mcm mana aaa...
Post anda dipindahkan ke sini kerana bertanya bab LR.

Setiap urusan pengeluaran dana perlu pada pengesahan transaksi ie kena klik link pada email yg dihantar. Biasanya mereka yg ada masalah tak terima email utk klik link ini adalah pengguna email yahoo. Jika anda tak terima apa2 email, cuba cancel permohonan dan buat semula. Tapi kalau masih tak terima buat kali yg ke-2, adalah disarankan anda tukar dahulu email yg anda guna dgn hantar email ke [email protected] no akaun, salinan ID, salinan bil utiliti dan no telefon yg boleh dihubungi serta alamat email baru.

Lepas dah tukar email baru buat permohonan semula. Sebaiknya elakkan penggunaan email yahoo utk urusan FXOpen/FXMalay sbb dari dulu lagi dah diberitahu mengenai masalah email yahoo ini. Sila guna fungsi search ... boleh jumpa byk masalah pengguna yahoo email ini.

toyolman
08-20-2009, 06:08 AM
' Oleh yang demikian akaun anda tidak layak memohon pengeluaran bank tempatan "

Bukan bermakna langsung tidak boleh membuat pengeluaran.

Saya guna LR utk WD start dari kemarin uat proses WD sdh buat email verfiy tapi sampai saat nie tiada lagi respon di cabinet masih true/pending akaun blm kena kurangkan g...pengeluaran tidak mengganggu margin buat masa nie....apakah masalh itu selalunya pengeluran cara ini memakan berapa masa berapa lama?????

nonamer
08-20-2009, 06:30 AM

salam

Pengeluaran LR adalah diuruskan oleh pihak finance FXOPEN. Pengeluaran melalui e-currency mengambil masa 24-48 jam waktu bekerja. So harap bersabar.

Terima kasih

shah020386
08-25-2009, 02:58 AM
salam semuanya...saya tak boleh draw pakai local depo.sebab ada internal transfer.so boleh ke saya draw pakai LR?berapa lama ambil masa dan berapa cas dikenakan?

learn2biz
08-25-2009, 11:22 AM
salam semuanya...saya tak boleh draw pakai local depo.sebab ada internal transfer.so boleh ke saya draw pakai LR?berapa lama ambil masa dan berapa cas dikenakan?

1) rujuk sini : http://www.fxmalay.com/DepositWithdrawal.aspx ... apa dia tulis kat situ ?

We accept libertyreserve for deposit/withdrawal of your funds.

* We don't deduct any fees for Liberty Reserve deposit but Liberty Reserve system have some fees check for details.
* No fees for withdrawal.
* No minimum for deposit.
* Minimum withdrawal amount 1$

2) Sy sebenarnya tak braper faham apa yg anda tulis .. nak draw (lukis) pakai local depo (local depo utk masukkan dana) :confused: ... jika nak withdraw local .. pastikan anda faham syarat dia ...

Akaun yang layak memohon ialah :

1- Akaun yang telah diverifikasikan.

2- Hanya mempunyai deposit Bank Tempatan sahaja

3- Tiada transaksi Pindahan Dana masuk (Incoming Internal Transfer)

4- Hanya transaksi REBET dari UPLINE sahaja yang dibenarkan iaitu antara 1hb -5hb

TQ

zianlaboy
10-08-2009, 05:20 PM
Saya menggunakan LR untuk deposit atau mengeluarkn wang melalui akaun forex saya.. Biasa, apabila sy melakukn transaksi tiada apa2 problem.. Tapi, tadi sy ingin mendepositkn wang kedalam akaun trading sy menggunakan LR tapi keluar mesej INVALID TARGET ACCOUNT.. Knp ianya trjadi? Adakah nom akaun LR fxopen telah bertukar?

learn2biz
10-08-2009, 05:42 PM

Masalah LR ni sebenarnya susah FXMalay support nak jwb sbb team FXMalay tak de satu pun yg guna LR. Sudilah kiranya bertanya pada international livechat atau email pada [email protected] sendiri kerana finance FXOpen sendiri yg handle permasalahan LR ini. TQ

ps : jika disertakan no akaun, boleh juga kita risik2 .. ni soalan general, jwpn pun general la .. maaf ye

zianlaboy
10-08-2009, 06:31 PM
Kalau nk suruh sy tnya kt internasional problem ni memang masalah ckit.. Kena tnya dlm bahasa inggeris, lagilh problem.. So sy mtk support team kt cni tlg risik2.. No. Acc sy:186235.. Mtk tlg jgk ya!.. Sy ingat esok pagi nk trade, tp kalau mcm ni xdptlh sy..

learn2biz
10-08-2009, 07:19 PM

Sy difahamkan tadi kabinet tgh upgrade, sekiranya dana tak transfer lagi, sila cuba semula. Tapi kalau dana tu dah transfer dan ada masalah, sila beritahu. TQ

zianlaboy
10-09-2009, 09:16 AM
Sy difahamkan tadi kabinet tgh upgrade, sekiranya dana tak transfer lagi, sila cuba semula. Tapi kalau dana tu dah transfer dan ada masalah, sila beritahu. TQ

sAYA SEKALI LAGI TRY DEPO GUNA LR,TP MALANGNYA HARI NI MASIH KELUAR MESEJ MCM SEMALAM WALAUPUN SWAYA CUBA BUKA AKAUN TRADING BARU NO: 219026... MASIH KELUAR MESEJ "Error(s) Detected Invalid target account "

sAYA TAK TAHU LAGI NK BUAT MCMANA! LEPAS2 SAYA BUAT OK JE TAPI KALI NI JADI CAMNI... TLG TENGOK2 KAN YE?

learn2biz
10-09-2009, 09:46 AM

FXOPEN FINANCE TANYA :

Do you see this message on LR site or in MyFXOPen?

KALAU BOLEH JGN LER PAKAI TULISAN BESAR. KALAU SAYA PAKAI TULISAN BESAR MCM NI APA YG ANDA FIKIR ?

HEUHUEHUHEUEHUHEHEUHEHUEHUEHEHUEHUEHE ....

learn2biz
10-09-2009, 09:55 AM
Uh uh ... belum ada reply ? finance tgh tunggu tu ... jgn biarkan finance tunggu .. diaorg byk keje lain ooooo ... hueheuheue

Sebagaimana sy beritahu, team fxmalay tak dapat nak bantu sgt sbb kami tak ada akaun LR (sbb saper guna LR selalu dapat email phising dan scam) ...

EDIT 1 : Adakah anda depo guna kabinet atau terus dari LR ?
EDIT 2 : Account 219026 is NOT member of this site. Boleh periksa sendiri di sini : http://www.fxmalay.com/ahli.aspx

ps : itulah sbbnya jika ada masalah depo/wd selain bank tempatan, better email terus [email protected] dan cc: [email protected] agar finance sendiri reply dan admin boleh follow-up

fazlan
10-19-2009, 09:12 AM
saya ada akuan LR,kalau saya draw duit melalui local bank blh x?

learn2biz
10-19-2009, 09:17 AM
saya ada akuan LR,kalau saya draw duit melalui local bank blh x?

Sila login kabinet dan baca syarat pengeluaran secara bank tempatan. Kalau lukis duit ikut local bank nanti kena tangkap pulak sbb buat duit palsu ... hueheuheueu

ps : antara syarat pengeluaran bank tempatan adalah 100% deposit bank tempatan shj.

yusri
11-16-2009, 01:17 PM
salam sume....

sesapa tau... leh x kita guna acc LR & depo untk acc fx malay org len...???:sm48:

coz baru nie aku try depo kt acc member aku....
pas 2 aku login kat cabinet dia, tngok asyik pending jer..... sampai ke hari nie...:sm36:

& lagi 1...

kalu x leh depo kat acc org len....
mcmne kita nk cancel balik..???
coz aku try ari 2... duit yg aku depo ari 2 dia x masuk acc LR aku balik...

tolong erk.... tq
nie acc yg aku depo:-

FXMALAY ACC: 192097
ACC LR : U7109675
DEPO AMOUNT: $11

halzu
11-16-2009, 01:39 PM

Sila rujuk link berikut.... http://forum.fxopen.com/showpost.php?p=459865&postcount=78

FidiSWK
11-16-2009, 03:13 PM
salam sume....

sesapa tau... leh x kita guna acc LR & depo untk acc fx malay org len...???:sm48:

coz baru nie aku try depo kt acc member aku....
pas 2 aku login kat cabinet dia, tngok asyik pending jer..... sampai ke hari nie...:sm36:

& lagi 1...

kalu x leh depo kat acc org len....
mcmne kita nk cancel balik..???
coz aku try ari 2... duit yg aku depo ari 2 dia x masuk acc LR aku balik...

tolong erk.... tq
nie acc yg aku depo:-

FXMALAY ACC: 192097
ACC LR : U7109675
DEPO AMOUNT: $11

sharing akaun LR utk funding akaun fxopen/ fxmalay mungkin akan menimbulkan masalah semasa withdraw, sebab pihak fxopen cuma withdraw fund ke
(1) akaun LR sama nama dgn akaun fxopen/ fxmalay tsb.
(2) akaun LR yang pernah depo ke akaun fxopen/ fxmalay tsb.

jadi cadangan kami lebih baik gunakan akaun LR masing2, jgn campur. ^.^"

sumazau
11-17-2009, 12:19 PM
guna Liberty Reserve tak selamat ke?

learn2biz
11-17-2009, 12:46 PM
guna Liberty Reserve tak selamat ke?Sebagaimana yg anda maklum, LR adalah e-currency pihak ketiga yg tiada kena mengena ngan pihak FXOpen.

scenario 1 : Jika LR tiba2 tutup kedai, dua2 pihak (FXOpen dan anda) yg tanggung. Segala langkah keselamatan terpulang pada mereka yg menggunakan perkhidmatan ini.

scenario 2 : Jika anda tak jaga pw anda, tak ada anti-virus/spyware ... tiba2 kena keylogger, dan baki dlm akaun anda lesap, itu bukannya masalah sesiapa tetapi masalah pemegang akaun itu sendiri.

scenario 3 : Sistem LR terganggu (cth : site down) dan anda komplen pada FXOpen. FXOpen tak boleh buat apa sbb bukannya masalah FXOpen tapi masalah LR itu sendiri.

Rule of thumb : Please take extra cautions when dealing with 3rd party. That's all.

myfahrul
01-13-2010, 04:54 PM
salam
masalah withdrawal acc 58186
Status:Rejected
Comment:cancelled by client

note: acc dah verify dan mengikut segala syarat.sebelum ni penah withdrawal guna ebullion tp sekarang ebullion dah tutup.jadi sy withdrawal guna Liberty Reserse pula

sy withrawal sekali lagi.mintak admin approve.minta tolong

musykil2

learn2biz
01-14-2010, 08:12 AM

1) post anda dipindahkan ke sini dari thread bank tempatan sbb anda nak wd LR bukannya bank tempatan. Sila post dlm thread yg sepatutnya di masa akan datang.

2) Bila anda req. selain bank tempatan, pihak FXOpen yg akan uruskan. Jika pihak FXOpen cuba hubungi anda utk pengesahan kedua dan tidak dapat dihubungi menerusi no telefon yg ada dlm profile, secara automatik permohonan tersebut akan ditolak. Dari itu, sila pastikan anda jawab telefon jika ada buat pengeluaran selain bank tempatan. (pastikan juga no telefon dlm profil akaun anda dikemaskini - email [email protected])

3) Pihak FXMalay tak dapat nak bantu sbb urusan selain deposit/pengeluaran bank tempatan bukannya urusan pihak FXMalay. Sila berhubung dgn [email protected] sendiri bagi urusan tersebut. (bukan admin FXMalay yg boleh approve/reject permohonan LR anda tapi finance FXOpen.)

TQ

myfahrul
01-17-2010, 10:34 AM
salam.kenapa acc 58186 dari verified jadi not verified.
kenape rejected witdrawal.
kenape dulu boleh withdraw guna ebullion sekarang withdrawal guna liberty reverse tidak boleh.
NAK KENA VERIFIED LAGI KE.
Please help admin.
muskil2

myfahrul
01-17-2010, 10:42 AM
salam.kenapa acc 58186 dari verified jadi not verified.
kenape rejected witdrawal.
kenape dulu boleh withdraw guna ebullion sekarang withdrawal guna liberty reverse tidak boleh.
NAK KENA VERIFIED LAGI KE.
Please help admin.
muskil2

powerfx_ea
01-17-2010, 11:20 AM
Masalah yg sama spt diatas...

Akaun No. 44545

Akaun ni dlu Depo / Wdrawal guna Ebullion.
Dari Status Verified sekarang dah jadi tak verified.

Dan Pin Code asal dah x bleh guna.

Sbb pe ye??

learn2biz
01-17-2010, 02:16 PM
myfahrul, post anda dipindahkan ke sini dari 2 thread berlainan. Kenapa la nak post berkali2 dlm thread berasingan ... dah berapa kali anda post dlm thread yang tak berkaitan ... haiyaaaaa ......

Akaun yg ada depo ebullion, sila email [email protected] atau post di bahagian international kerana kami tak dapat apa2 update/makluman mengenai perkara ini. Bila search keseluruhan forum, post masalah berkaitan ebullion yg terakhir adalah pada bulan Jun 2009. Dari itu, kami tak ada jawapan mengenai sebab musabab mengapa masalah ini terjadi buat masa ini. Tambahan lagi finance tak online hari Ahad. Harap maaf.

Jika pincode asal tidak boleh digunakan, sila email [email protected] utk reset pincode sebagaimana contoh yg pernah diberikan : http://forum.fxopen.com/showpost.php?p=462942&postcount=750

learn2biz
01-18-2010, 09:18 AM
salam.kenapa acc 58186 dari verified jadi not verified.
kenape rejected witdrawal.
kenape dulu boleh withdraw guna ebullion sekarang withdrawal guna liberty reverse tidak boleh.
NAK KENA VERIFIED LAGI KE.
Please help admin.
muskil2

Masalah yg sama spt diatas...

Akaun No. 44545

Akaun ni dlu Depo / Wdrawal guna Ebullion.
Dari Status Verified sekarang dah jadi tak verified.

Dan Pin Code asal dah x bleh guna.

Sbb pe ye??

myfahrul dan powerfx_ea .. sila buat permohonan pengeluaran semula ... dah inform finance mengenai masalah anda. TQ

LookP
05-23-2010, 09:20 AM
salam..(No.Akaun 252743(standard),nak tanya tentang tambah dana drp LR, tambah dana pada hari ahad (diMalysia)boleh ke..?sya cuba buat tapi bila masuk laman LR xboleh proceed seterusnya.dalam payment history tercatat status tambah dana tu sebagai "pending"...atau ada masalah lain pada akaun sya.mohon panduan.

LookP
05-23-2010, 09:43 AM
salam..supporter sya mohon penjelasan ttg masalah deposit dana menerusi Liberty Reserve,bila saya tambah dana akaun FX saya,sebaik saja masuk laman LR diberitahu xdapat proceed.(tak faham maksud dia),bila buka kat payment history,tercatat status pending deposit yg dimaksudkan tu.. saya cuba tambah dana pada ahad 23/5/10,no. akaun:252743..mohon panduan tq

learn2biz
05-24-2010, 02:02 AM
Sila email [email protected] dlm english no transaksi LR utk semakan.

nonamer
05-24-2010, 02:37 AM
salam..supporter sya mohon penjelasan ttg masalah deposit dana menerusi Liberty Reserve,bila saya tambah dana akaun FX saya,sebaik saja masuk laman LR diberitahu xdapat proceed.(tak faham maksud dia),bila buka kat payment history,tercatat status pending deposit yg dimaksudkan tu.. saya cuba tambah dana pada ahad 23/5/10,no. akaun:252743..mohon panduan tq

Salam

Buat masa sekarang deposited menggunakan LR melalui trader cabinet menghadapi sedikit masalah. Pihak IT fxopen sedang cuba memperbaiki masalah yang timbul. Jadi harap bersabar.

Terima kasih

wassalam

learn2biz
05-26-2010, 05:36 PM
Kepada pengguna LR, sila rujuk : http://forum.fxopen.com/showthread.php?t=66712

TQ

rizam000
10-13-2010, 05:29 AM
Saya ada masalah..dimana saya gagal untuk deposit kan duit ke akaun baru saya.. saya melakukan nya melalui liberty reserve wallet beberapa kali tetapi masih gagal.. boleh encik/puan bantu saya dengan segera atau ada cara lain untuk saya deposit ka duit ke akuan baru saya

learn2biz
10-13-2010, 05:45 AM
Saya ada masalah..dimana saya gagal untuk deposit kan duit ke akaun baru saya.. saya melakukan nya melalui liberty reserve wallet beberapa kali tetapi masih gagal.. boleh encik/puan bantu saya dengan segera… atau ada cara lain untuk saya deposit ka duit ke akuan baru saya…

Utk depo ikut LR, kena ikut kabinet MyFXOpen nanti dia akan direct ikut merchant page. Pas tu kena hantar notis pemberitahuan (jika tak instant). Kalo ikut LR wallet tak de saper boleh periksa. Proses samada instant atau 24 jam (jika ada masalah teknikal)

Nota : Ini cuma panduan. Sy tak guna LR jadi sekiranya ada masalah, sila email [email protected] (dlm english) utk jwpn yg pasti sbb hanya mereka yg handle LR ini. TQ

ps : cara lain boleh guna local bank. Rujuk thread panduan anda.

learn2biz
04-01-2011, 07:58 AM
Bagi mereka2 yg menggunakan perkhidmatan LR ini dan ada masalah dlm proses tambah dana/pengeluaran ... sila rujuk : http://forum.fxopen.com/showthread.php?69686-Liberty-Reserve-website-is-down&p=541384#post541384 dan http://blog.libertyreserve.com/2011/03/liberty-reserve-downtime-update.html

Sebelum2 ni FXOpen kena DDoS ... skarang LR kena DDoS ... alahai ... naper la ada manusia2 yg suka menyusahkan org lain ye ....

forextime8
04-01-2011, 01:15 PM
saya ni dua hari lepas sudah request withdraw LR,tapi sampai hari ini pun tak terima lagi,
boleh tolong check apa yang berlaku tak ?

no. fxopen saya ialah 328490
boleh cepatkan lagi proses withdraw tak?
nak pakai duit ni ..

learn2biz
04-01-2011, 02:29 PM
Dukacita dimaklumkan bahawa apa2 yg berkaitan dgn LR perlu la tunggu sehingga dapat akses semula. Jika anda tak dapat akses akaun LR anda, pihak finance pun tak dapat akses akaun LR utk proses ... adoai ...

tokeikang
04-05-2011, 01:53 PM
Nak tanya masta seme..
kenapa ada pending utk deposit melalui LR yerkk.. adakah ini peraturan baru..
rasanya sebelum ni realtime jer terus masuk akaun, ni pending plak.. adoi.. dah lebih 5jam dah ni.. tak masuk2 lagi..
takut cik marginah datang jer ni,, hu hu

Thanks

arialun
04-05-2011, 04:15 PM

NI tanya kat salah thread ni.
Urusan berkaitan LR sepatutnya di thread kat link bawah ni.
Bila tanya pada thread yang betul, dah pasti jumpa jawapannya.

http://forum.fxopen.com/showthread.php?28323-Masalah-Berkenaan-Liberty-Reserve&p=541544&viewfull=1#post541544

note : post soalan dan jwpn telah dipindahkan ke thread yg betul :)

learn2biz
04-05-2011, 04:34 PM
rujuk la sini ye : http://forum.fxopen.com/showthread.php?28323-Masalah-Berkenaan-Liberty-Reserve&p=531860&viewfull=1#post531860

madusawi
04-07-2011, 03:05 AM
saya ada buat fund deposit melalui LR awal pg td berjumlah usd49.50 tapi masih belum dimasukkan ke trading acct saya 186187. Balance trading acct saya masih menunjukkan balance yg lama. saya juga telah menghantar email kepada [email protected] dan [email protected] bersertakan copy receipt pembayaran melalui LR utk membuktikan pindahan tersebut telah berjaya dibuat melalui LR. Tolong proses masalah tersebut ASAP.
terimakasih.

mohamad bin mohamad taha

learn2biz
04-08-2011, 08:43 AM

Adakah buat tambah dana menerusi kabinet atau dari laman LR? Sudahkah buat notis pemberitahuan dalam kabinet? Selepas 24 jam hari bekerja, sudahkah masalah ini selesai?

tokeikang
04-25-2011, 01:01 PM
NI tanya kat salah thread ni.
Urusan berkaitan LR sepatutnya di thread kat link bawah ni.
Bila tanya pada thread yang betul, dah pasti jumpa jawapannya.

http://forum.fxopen.com/showthread.php?28323-Masalah-Berkenaan-Liberty-Reserve&p=541544&viewfull=1#post541544

note : post soalan dan jwpn telah dipindahkan ke thread yg betul :)

woiks ngapa lak salah thread..
bila klick kat link yg diberi tu pun masuk thread yg sama gak, hu hu..

kompius plak aku ... :sm34:

apa2pun sampai ari ni deposit aku masih pending lagi,
bila aku semak semula kat trading kabinet ada, dua transaction deposit aku yg pending
iaitu pada 05/04/2011 9:18:55 (130usd) dan 12/07/2010 1:00:19 (16 usd)

apa nak jadi dah,, nak buat macamana ni,,,

thanks

nonamer
04-25-2011, 03:40 PM

dah buat notification ?

Jika anda sudah menghantar wang ke akaun FXOpen anda dari salah satu sistem e-mata wang, tetapi baki akaun trading anda belum ditambah, sila isi borang notis pemberitahuan. Login ke My FXOpen dan pilih menu Notis Pemberitahuan dan pilihan bayaran yang sesuai di senarai di bawahnya dan isikan borang. Proses notis pemberitahuan adalah dalam masa 24 jam waktu bekerja.
sekiranya dah buat notis tapi masih belum diproses sila hantar email ke [email protected] dan nyatakan masalah yang timbul dengan terperinci.

Wassalam

learn2biz
04-25-2011, 04:42 PM

Sori ye kalo sy mencelah ....

1) asalnya soklan awak ni kat thread lain so sy yang move masuk thread ini. Toksah nak konfius2 ye .. sbb awak yg mula2 konfius bila post kat thread salah (bank tempatan).

2) Lepas sy dah move masuk sini, sy pun dah jawab soklan awak ni .. kalo awak ada baca betul2 tentu awak dah settle masalah ni lama dah ... iaitu kena buat notis pemberitahuan dalam kabinet : https://fxmalay.cabinet.fxopen.com/LibertyReserve/Notice.aspx .. maka disebabkan tiada notis, tiada apa2 tindakan diambil oleh pihak finance.

3) disebabkan deposit LR adalah diuruskan oleh pihak finance fxopen (bukan fxmalay) dan masalah pending ni ada yg dari tahun lepas (2010) .. terpaksa la uruskan sendiri dengan finance selepas anda buat notis pemberitahuan dengan email [email protected] dalam English sekiranya tidak diproses lagi selepas 24 jam hari bekerja ... adeh la ... naper tak bgtau lepas 48jam hari bekerja tapi biarkan berlarutan sampai camni ... dah la tak bgtau no akaun .. tak de screenshot .. tak de bukti apa yg boleh digunakan kalau2 kami nak tolong tanyakan pun... so .. mmg kami tak dapat nak bantu apa2 langsung melainkan memberi jawapan am shj ...

Harap maaf.

ps : sblm ni mmg depo LR instant tapi disebabkan selalu berlaku masalah kat merchant page LR ngan server maka terpaksa la guna notis pemberitahuan lepas anda depo LR ni bila dia tak masuk secara instant (pending)...

tokeikang
04-26-2011, 02:07 PM

Terima kasih atas respond tuan,, nanti saya try..

terima kasih atas support anda..

learn2biz
06-27-2011, 06:21 AM
Bagi mereka yg menggunakan cara pengeluaran menerusi LR, sila rujuk :

http://forum.fxopen.com/showthread.php?70323-Liberty-Reserve-withdrawals-delay

Dear Customers!

Due to some technical problems withdrawals to Liberty Reserve system can be processed with delay during these days. As soon as this issue is resolved all withdrawal requests will be processed.

We are sorry for the delay.

Kakarot
06-30-2011, 07:51 AM
Maaf tuan support.. sye ingin bertanya.. mengapa di trader cabinet saya tidak terdapat deposit melalui LR.. Adakah LR tidak boleh digunakan lgi...

arialun
06-30-2011, 09:06 AM
Maaf tuan support.. sye ingin bertanya.. mengapa di trader cabinet saya tidak terdapat deposit melalui LR.. Adakah LR tidak boleh digunakan lgi...

Anda boleh rujuk di sini dahulu untuk perkembangan terkini mengenai LR.
http://forum.fxopen.com/showthread.php?70323-Liberty-Reserve-withdrawals-delay&p=546413&viewfull=1#post546413

pak sheikh
07-04-2011, 09:18 AM
maaf tuan support, sy cuba withdraw ke moneybookers sejak tidak bole w/draw ke LR. braper lama masa diambil utk transfer ke moneybookers?

learn2biz
07-04-2011, 09:48 AM
maaf tuan support, sy cuba withdraw ke moneybookers sejak tidak bole w/draw ke LR. braper lama masa diambil utk transfer ke moneybookers?

Proses pengeluaran biasanya adalah dlm tempoh 24-48jam hari bekerja. Sekiranya ada masalah, sila email [email protected] (dlm english) no akaun trading, jumlah yg dipohon, screenshot dlm kabinet, dsb. Hanya finance FXOpen yg menguruskan pengeluaran selain bank tempatan.